Cara Mengajar Anak Mengenal Allah...

Farah Waheda Wahid
13
Source Extracted from Google
Sejak bila seseorang itu perlu dikenalkan dengan Allah??? Jawapannya, sejak dari kecil lagi kann??? Bila anak2 dah mula pandai bercakap, dah mula suka menyoal itu ini... Tak mustahil anak2 akan mula bertanya2 soalan2 seperti ini... "Mummy, Allah tu apa?"... "Allah tu macam mana?" ... "Allah tu kat mana?"... Masa tu, weolls sebagai parents kena bersedia dengan jawapan2 yang boleh memahamkan anak2. 

Jadi parents ni weolls kena jadi someone yang should be able to predict whatever circumstances and things that might come all along the way. Kena bersedia untuk semua kemungkinan. Ha ha ha, budak2 kalau dah dapat mulut macam2 soalan yang theyolls boleh tanya uolss... Soalan yang diluar dalam jangkauan pemikiran pun boleh ditanya... Bersedia jer lah... Ye tak??? Lebih2 lagi kalau budak jenis yang keletah... Haaa... mendapat... Dan cara nak menghadapi anak2 yang suka bercakap dan bertanya ni, iolss dah kongsikan pun dalam entri iolss yang lepas di SINI.

Besar tanggungjawab weolls as parents nak bagi anak2 kenal ilmu yang bukan semata2 ilmu dunia sahaja... Ilmu akhirat tu lah yang penting dalam menyeimbangkan ilmu dunia tu... So, macam mana nak ajar anak kenal dengan Allah pada peringkat asas atau permulaan??? Ada pelbagai tips, ada pelbagai cara di luar sana uolss...Tapi iolss tertarik untuk berkongsi sesuatu dari SINI dengan uolss... 

Ajar Anak Mengenal Allah SWT
Memupuk keimanan dalam diri anak bukan setakat menghantar mereka ke sekolah agama sahaja atau mengetahui apa itu Rukun Iman. Itu hanya mengajar dan memandaikan mereka dan belum cukup tertanam pada rohani.

Ajari mereka seringkali menyebut "Alhamdulillah, thank you Allah" apabila berjaya melakukan apa2 aktivit walaupun sekadar menarik nafas. Halakan tangan ke atas (merujuk Allah melihat kita dari atas) ataupun ke dada.

Praktikkan anak menyebut "Allahuakbar" dengan melakukan aksi seperti bertakbir. Kadangkala disebabkan sikap anak yang suka meniru perbuatan orang dewasa, mereka akan terus bersujud selepas menyebut kalimah tersebut. Ash lah tu... ha ha ha...bila sebut jer kalimah tu, automatically kalau iolss pegang dia, dia menonggeng nak bersujud kekononnya. Kalimah ini boleh dipraktikkan bersama mereka ketika melihat suasana di luar rumah seperti awan biru yang terbentang dan segala kecantikan alam semulajadi. Inilah teknik kita melatih diri kita dan anak kita kembali kepada fitrah. 

Sebutlah "Allah is One" sambil mengangkat jari telunjuk. Bermainlah dengan "flash cards" yang bernombor untuk menyampaikan ilmu bahawa Allah itu Maha Satu dan Esa dan lakukan sedikit perbandingan dengan dirinya dan keluarga. 

Untuk Ash, so far... Alhamdulillah... iolss cuba praktikkan seboleh mungkin dan dia pun dah biasa dengan words2 seperti Alhamdulillah, Thank you Allah, Syukran... Allahuakbar...Kalau bersin tu...lepas tu mesti keluar bahasa German atau Korea dia macam seolah mengucapkan Alhamdulillah...ha ha ha..cuma tak lepas bercakap jer lagi, kalau lepas tak taulah macam mana bunyinya...Jadilah, betulkan step by step kann??? Lama2 esok biasalah dia tu... Kena sabar dalam mendidik anak gitew cara gayanya... Ni since dah baca artikel ni...nak biasakan Allah is One pulak ni... ^_^...

Post a Comment

13Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Alhamdulillah... Lazimi dgn zikir dan sentiasa ucap kalimah kalimah suci... Buat salah, nnt Allah marah... Lama2 dia biasa... Bila dewasa dia akn tnya Allah... Maka kena create jwpn yg releven yg dia blh fikir...

    ReplyDelete
  2. Perkongsian yang bagus... anak akakpundah rajin bertanya tentang Allah, syukur alhamdulillah.

    ReplyDelete
  3. Sangat² baik. Patut di terapkan semua ibu bapa..

    ReplyDelete
  4. bestnya dapat ajar anak2 perkara macam ni kan... kalau ada rezeki sha nak praktikkan jugekkk :)

    ReplyDelete
  5. tq sahring farah :) inshaa Allah shida dah ade ank blh bt mcm ni :)

    ReplyDelete
  6. thanks sharing. Zuyyin lagi 3 hari nak masuk 2 tahun 3 bulan, setiap kali nampak benda cantik akan cakap " bu, cantiknya moon, subhanAllah" huhu

    Salam Perkenalan. Jom follow

    http://butikgebugebu.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. Bagus! Lakukan yg terbaik ya Farah, semoga anak Farah menjadi insan yg soleh bila besar nanti. Bak kata org tua, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

    ReplyDelete
  8. thanx sharing sis
    salam perkenalan
    done follow sini
    jemput lah
    http://hidayuayumie.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. kadang=kadang tanpa kita sedar waktu bagi makan n minum kat anak kita sebut bismillah tu pun salah satu cara ingat pada Allah.. kan..

    ReplyDelete
  10. jadi parents ni kena bersedia dengan jawapan yang terbaik jika anak anak bertanya terutama soal agama

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !