Cabaran 30 Hari | Hari 7 - Sejauh Mana Pendidikan Itu Penting Bagi Iolss???

Farah Waheda Wahid
14
Source Extracted from Google
Hari Ahad lain pulak tajuk cabarannya ek??? Ha ha ha ... sepatutnya yang santai2lah sikit kannn??? Tapi dah namanya cabaran, haruslah disahut... ekekeke... 

Oklah bercakap tentang education, pendidikan ni sebenarnya pendidikan ni bukan hanya pendidikan duniawi jer yang penting... pendidikan akhirat pun penting juga. Itu semua orang tau. Tanpa pendidikan akhirat, semuanya jadi imbalance giteww... Dalam mengejar pendidikan duniawi bagi iolss jangan sesekali kita lupa pada pendidikan akhirat. 

Pendidikan duniawi dalam dunia dan zaman kompetitif ni memang sangat penting. Manusia semua berlumba2 untuk berjaya dalam kehidupan. Lebih2 lagi, dengan kos sara hidup masa kini yang semakin meningkat, memang survival itu penting. Tapi jangan salah anggap ek uolss, pendidikan duniawi ni bukan maksud iolss semata2 akademik ok??? Sebab walaupun mungkin ada yang segelintir kurang berjaya dalam akademik bukannya bermakna mereka tak berjaya dalam hidup. Pendidikan akademik dan pendidikan manipulatif juga sama pentingnya. Kejayaan dalam akademik bukan semestinya kayu pengukur kejayaan dalam hidup. Contohnya, lihat sahaja anak2 Cina sebagai contoh... jika mereka kurang menyerlah di dalam akademik... mereka sama ada akan mewarisi perniagaan keluarga ataupun memulakan perniagaan sendiri macam saloon ke? Kedai tayar ke? ?... Ermm nampak tak apa yang iolss cuba sampaikan. 

Pendidikan itu tidak terhad kepada akademik sahaja... pendidikan itu mencakupi semua aspek kehidupan. Kalau semua jadi doktor, siapa yang nak jadi penghantar ubat? Kalau semua jadi designer, siapa nak jadi tukang jahit? Faham tak maksud iolss??? Hidup ni saling bergantungan dan pendidikan dalam segala aspek tu sangat penting. Nak jadi tukang jahit pun perlu ada pendidikan cara2 menggunting kain, memasukkan benang serta menjahit. Nak jadi orang yang menghormati orang lain pun kena ada pendidikan moral. Kalau tak diajar dari kecik dan dalam hidup, sense untuk hormat orang lain tu tak mustahil boleh lenyap. Dunia pun dah jadi pelik sikit tanpa pendidikan yang membentuk seseorang manusia tu sebenarnya. 

Pendidikan akhirat lagilah penting... bekalan amal ibadat yang bakal dihitung serta bekalan di sana nanti ye tak??? Kalau tanya iolss tentang sejauh mana pentingnya pendidikan ni, memang jauh pentingnya uolss...sangat2 jauh... dan pendidikan adalah satu tanggungjawab yang paling besar untuk digalas oleh semua parents kepada anak2 masing2 kerana itulah yang mencorakkan mereka sebagai manusia dan itulah masa depan mereka akan datang, lebih2 lagi bila weolls dah tak ada. Tak dapat bagi harta segunung yang tinggi pada anak2 tak apa... harta dikikis ditarah hari2 tanpa ada penambahan boleh habis... tanpa pendidikan harta tak bertambah... pendidikan tu tak hilang.., dibawa sampai ke mati... nak kahwin pun ada pendidikan, nak uruskan hidup pun ada pendidikan... ye tak??? Nak uruskan emosi diri sendiri pun ada pendidikan... Begitulah gambarannya... 

*Pendidikan memang penting dalam aspek kehidupan tapi jangan sekali2 pendidikan yang tersasar dari landasan ye tak??? Eh lupa pulak... blogger pun ada pendidikan kan??? Till then cheerios... Daa....

Post a Comment

14Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. kalau takde ilmu, macam mana nak blogging, buat layout semua ni kan kak fara...?? pendidikan la jugak namanya tuuuuuuuuuuu....

    ReplyDelete
  2. Well said farah...setuju sgt dgn farah...kalo paper BM ni sue kasi A+ lah..

    ReplyDelete
  3. Fatin setuju dengan pendapat akak. Jemput singgah and komen entry ni juga ye kak http://nurinafarhana.blogspot.com/2014/09/cabaran-30-hari-hari-7-sejauh-mana.html

    ReplyDelete
  4. Kene belajar kenal abc baru boleh huat surat cinta #ehh hahaha

    ReplyDelete
  5. kalau xde ilmu mmg kena tipu je la...

    ReplyDelete
  6. Alamak jadi cikgu BM la hari ni kalau masuk blog yang sahut cabaran 30 hari.

    "Bagus farah, awak boleh maju dan tingkatkan ....." cikgu BM.

    ReplyDelete
  7. Mmg antara yg terpenting dlm kehidupan dan Allah angkat darjat org2 yg berilmu...

    ReplyDelete
  8. Tajuk yang agak serius kan hari ni.. Hehe..

    ReplyDelete
  9. Betul.. Aspek pndidikan sngt meluas dan ianya pnting..

    ReplyDelete
  10. adeh...rumusan yang sangat details...thumbs up farah...

    ReplyDelete
  11. yang penting pendidikan dunia dan akhirat seimbang :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !