Home » , , , , , , , » Tentera Israel Berundur Sepenuhnya Dari GAZA???

Tentera Israel Berundur Sepenuhnya Dari GAZA???

Source Extracted from Google
Rasanya ramai yang dah mengetahui berita tentang pengunduran tentera Israel dari GAZA ni kann???

Melalui petikan berita di Astro Awani di SINI

BAITUL -MAQDIS: Tentera Israel pada Selasa mengumumkan pengunduran sepenuhnya tentera rejim dari Semenanjung Gaza, serentak dengan bermulanya pada pukul 8 pagi tadi waktu tempatan (0500 GMT).

Tentera Israel bagaimanapun akan hanya berundur ke kawasan di sepanjang sempadannya dengan Gaza dan mengambil posisi bertahan sepanjang 3 hari gencatan itu, menurut satu kenyataan oleh jurucakap tentera Israel Peter Lerner kepada wartawan.

Bagaimanapun hanya beberapa minit sebelum berlangsungnya gencatan senjata yang bermula, tentera Israel dan Hamas dilaporkan terbabit dalam insiden berbalas2 serangan dengan kedua2 belah pihak tekad mahu menunjukkan yang ia telah berjaya dalam konflik yang masuk hari ke 29 itu. 

Bunyi siren turut kedengaran di Baitul-Maqdia dan Tel Aviv selepas pergerakan Hamas didakwa melancarkan tidak kurang dari 16 serangan roket ke arah Israel. Di Gaza pula, pesawat tentera Israel dilihat melancarkan tidak kurang dari 5 serangan udara menurut seorang wartawan AFP.

Ini merupakan kali kedua dalam tempoh 4 hari kedua2 belah pihak dilihat cuba untuk mematuhi gencatan senjata, dengan kali terakhir pada 1 Ogos lalu yang diusahakan Washington. Ketika itu gencatan senjata hanya berakhir selama 90 minit apabila ia dicabul dengan beberapa serangan.

Sooo... I is confuse...Diaorang ni nak berundur forever ker? Atau nak berundur sekejap2 jer ni??? Main2 pulak... Berundurlah betul2 sepenuhnya selamanya... Hurmm... or kalau nak perang sangat...cari kawasan luas macam padang pasir tu, ha bedil membedil dan peranglah kat situ... Tak perlu sampai ke bandar atau perkampungan yang ada orang awam, wanita dan kanak2 kecil yang tak berdosa menjadi mangsa... (tapi tu dalam movie atau dalam game bolehlah uolss... kenapa mereka serang Gaza pastinya ada agenda tersendiri... dan kalau tak serang ke kawasan yang diaorang serang sekarang ni... tak mencapai matlamat apa yang diaorang nak lah sebenarnya...macam iolss pernah kongsikan di dalam entri 9 Sebab Kenapa Palestin Perlu Dipertahankan!!!)...

*Hope sangat semuanya berakhir dengan kuasa Allah SWT....

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Tentera Israel Berundur Sepenuhnya Dari GAZA???, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, August 27, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

20 comments:

  1. Alhamdulillah.. tapi rasa sedih juga setelah semua di Gaza hancur musnah.. :(

    ReplyDelete
  2. Harapkan "genjatan" yang berpanjangan, untuk selama-lamanya dengan restu Allah...

    ReplyDelete
  3. kan?? i is hopefully keadaan disana aman sentosa tanpa perang.... biarlah dunia ini aman damai sentosa dan bahagia...... aminnnnnnnnnn

    ReplyDelete
  4. Entahlah Farah kakak dah hilang kepercayaan pada bangsa munafik itu. Mereka manalah ada pegang pada janji. Hari ini kata setuju utk undur tapi esok melancarkan serangan bertubi-tubi...

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah. smg Gaza terus aman dan diberikan kemenangan mutlak suatu hari nanti. amin.

    ReplyDelete
  6. kalau benar, Alhamdulillah...
    p/s: kak FArah, mala ni takde live bola match antara kedah -sarawak je. tapi, macth lain ade jer. hihihi

    ReplyDelete
  7. dengar kata sebulan je...entah...wallahualam...semoga dipermudahkan la urusan mereka

    ReplyDelete
  8. Harap berambus selama lamanya.. ena pun keliru macam akk juga, dorang tamat berperang atau berhenti seketika... hurmmm

    ReplyDelete
  9. syukur alhamdullilah kalau betuk kannnn .. ;) amin amin doa kita didengarii NYA ;)

    ReplyDelete
  10. semoga kaum islam mendapat pembelaan..

    ReplyDelete
  11. Akak x yakin...helah israel je tu...peluru dah habih..tunggu order daru US tuh...

    ReplyDelete
  12. Jangan lupa untuk terus berdoa demi untuk Gaza

    ReplyDelete
  13. Syukur sangat ... Rasa bersemangat skit semalam ... Tapi harus berhati-hati juga, pasti ada agenda seterus nyer ... Teruskan boikot ...

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah..Moga bumi palestin terus aman.

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia