Home » , , , , , , » Seekor Katak Kecil Yang Masuk Ke Dalam Rumah...

Seekor Katak Kecil Yang Masuk Ke Dalam Rumah...

Source Extracted from Google
Euwww.... Uweksss...Blueksss semua ado uolss... Hu hu hu... Sejibik sejibon itulah saiznya katak kecil yang masuk ke dalam rumah iolss malam semalam... Hu hu hu... Cepat2 dukung Ash dan ambil penyapu sambil menghalau2 katak kecil itu supaya keluar...Tapiiii bukan senang... katak kann melompat2... seriau jer kalau katak tu melompat ke arah weolls berdua beranak ok??? Geli2 pun tetap berusaha gigih untuk menghalau katak itu keluar... dan Alhamdulillah akhirnya berjaya... Tapiii iolss tak adalah terjerit2 ok??? Stay calm uolss stay calm dalam kegelian yang tidak terbendung... Kembang tekak pun ada... Kepelikkan Ash tengok Mummy dia ketuk2 batang penyapu tu... ho ho ho... anak yang masih tak faham apa2 tentang itu... hik hik hik... taunya animal jerlah kot pada pemahaman dia... Boleh dia gelak??? Chaittt... 

Selama lebih kurang 11 tahun duduk kat sini, tak pernah sekali pun binatang2 masuk ke dalam rumah... Ada dulu sekali masa mula2 pindah ular-lah depan gate rumah iolss... ular hitam...Jiran2 yang tolong buangkan ular tu... Dan tak pernah2 pulak katak masuk ke dalam rumah uolss... ho ho ho... pestime ni pestime katak masuk ke dalam rumah...kecik macam saiz kat atas tu pulak tu... Nasib kecik, kalau besar mau pengsan...Ha ha ha... Takkan ada putera katak pulak kot??? Itu cerita dongeng jer... 

Dalam kisah tak kisah tu... ha ha ha... kisahlah jugak nak fikir sikit2 dari mana datangnya katak tu.... iolss terfikir mungkin masa iolss balik dari kerja tadi kot, katak tu memang dah standby kat luar dan bila iolss bukak pintu dia pun loop masuk ke dalam rumah... Ekekekeke... Tapi tak nampak pulak kelibat katak tu...Yelah kecik kann??? Mana mungkin nak perasan... Tu jer iolss fikir... 

Lepas tu saja2lah nak cari info tentang petanda haiwan masuk ke dalam rumah uolss mengikut seni perubatan Islam... Kekononnya nak buat entri lah, nak share sama2 dengan uolss just as general knowledge... Errrr...sekali bukan terbaca sekadar satu laman blog atau web perubatan islamik... Ada 2-3 menggatakan perkara yang sama... Apa ek??? Hohh... Kali kedua ni Bubblynotes bercerita tentang mistik2 ni... Pertama kali dulu pasal main2 bukak tutup kipas tak silap iolss... tapi malas pulak nak gali entri tu...hik hik hik... eh ke kat FB ek??? Ni kira kali kedua-lah ni... Iolss ni malas sebenarnya nak fikir perkara2 mistik ni... Tapi tak lah iolss nafikan kewujudannya...cuma tak nak terbawa2 jer uolss... 

Ok apa yang iolss baca???  Puan punya blog, tuan punya web, iolss pinjam yer sebagai penerangan... hu hu hu... mengikut olahan iolss tersendirilah... 

Mengikut satu laman web berkenaan dengan sudut perubatan Islam, katak sering dikaitkan dengan seseorang yang ingin membuat jahat dan hasad dengki kepada rumah yang dituju dalam bentuk haiwan dan sebagainya. Ada sebahagian daripada mereka yang menggunakan khidmat makhluk Allah yang lain seperti bunian atau jin atas alasan memohon bantuan daripada seorang 'kawan'. Meminta pertolongan jin untuk mencari kekuatan dan kehebatan adalah haram hukumnya. Tetiba iolss dah tak jadi playful dan tetiba jadi seramm pulak... Ok ok think positive think positive... Tapi dalam masa yang sama... possible jugak, manusia ni kita tak tau kann... Kadang2 luaran manis jer, tapi dalaman...Allah jer yang tau kann uolss... Anything is possible uolss... 

Dan dari artikel serta entri yang iolss baca (nanti iolss kongsi link yer tanda bukan iolss mereka2 cerita...)... Jawapan yang cukup mudah dan ringkas...jangan lupa solat 5 waktu dan memohon dari ALLAH SWT agar diberi perlindungan seisi keluarga...berzikir...dan perbanyakkan membaca surah2 di dalam Al-Quran dan sering memperdengarkan ayat2 ruqyah di dalam rumah.

Ditulis oleh Asy Syaikh Muhammad bin Abdillah Al-Imam :

Definisi ruqyah secara istilah (syar’i) adalah berlindung diri dengan ayat-ayat Al Qur’an dan zikir2 serta doa2 yang diajarkan oleh Nabi SAW.
 
Syarat-syarat rukyah ialah :-
  1. Ruqyah tersebut dilakukan dengan menggunakan kalamullah Subhaanahu wata’ala, dengan nama-namaNya dan sifat-sifatNya. 
  2. Ruqyah dilakukan dengan menggunakan bahasa arab atau dengan sesuatu yang diketahui maknanya dari selain bahasa arab. 
  3. Meyakini bahwa ruqyah itu tidak memberikan pengaruh dengan sendirinya tetapi dengan izin Allah Subhaanahu wata’ala.

Jika ruqyah dan permintaan perlindungan diri ini dilakukan dengan sesuatu yang diketahui maknanya dan dengan sesuatu yang dibolehkan dalam Islam dimana seseorang boleh mengucapkan kalimat tersebut, berdoa kepada Allah SWT serta zikir kepada-Nya dan Allah SWT membolehkan untuk melakukannya. Jika demikian keadaannya, maka boleh bagi dia untuk meruqyah orang yang kerasukan dengan menggunakan cara-cara ini.

Telah tsabit dalam Ash Shahih dari Nabi SAW bahwa baginda membolehkan untuk meruqyah selama tidak mengandungi kesyirikan.


Jika dalam meruqyah itu terdapat kalimat2 yang diharamkan seperti kalimat yang mengandung kesyirikan atau kalimat tersebut tidak diketahui maknanya dan kemungkinan mengandung kekufuran, maka tidak boleh bagi seseorang untuk meruqyah, tidak boleh berkeinginan keras dan tidak boleh pula bersumpah untuk menggunakan kalimat tersebut walaupun kadang2 jinnya benar-benar keluar dari orang yang kerasukan. Kerana sesungguhnya apa-apa yang diharamkan oleh Allah SWT dan RasulNya itu lebih besar mudaratnya daripada manfaatnya.

Ketentuan mengenai ayat ruqyah ialah :
  1. Ruqyah tidak mengandungi unsur kesyirikan. 
  2. Ruqyah tidak mengandungi unsur sihir. 
  3. Ruqyah bukan berasal dari dukun, paranormal, tukan telek dan orang-orang yang segolongan dengan mereka, walaupun secara zahir mereka memakai sarban, jubah dan sebagainya. Kerana bukan penampilan yang menjamin seseorang itu terbebas dari perdukunan, sihir dan kesyirikan. 
  4. Ruqyah tidak mempergunakan ungkapan yang tidak bermakna atau tidak difahami maknanya, seperti tulisan abjad atau tulisan yang tidak difahami. 
  5. Ruqyah tidak dengan cara yang diharamkan seperti dalam keadaan junub, di kuburan, di kamar mandi, di bilik yang gelap dan sebagainya. 
  6. Ruqyah tidak mempergunakan ungkapan yang diharamkan, seperti celaan, cacian, laknat dan lain-lainnya.
ALLAH SWT akan sentiasa membantu hambaNya yang yakin dengan kekuasaanNya. Oleh itu umat Islam harus percaya dan yakin dengan Kebesaran ALLAH SWT. Rasulullah SAW bersabda, "Setiap penyakit ada ubat penawarnya dan apabila suatu ubat itu sesuai dengan jenis penyakitnya, maka penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah." ( HR. Muslim ) Dan yakinlah bahwa tidak ada yang mampu menyembuhkan sesuatu penyakit melainkan hanya Allah SWT. Maka di antara cara yang paling tepat efektif dan mujarab untuk menghilangkan sesuatu penyakit dan menangkal mara bahaya adalah dengan memfungsikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pengubatan.Rasulullah SAW juga mempergunakan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa untuk penjagaan dan perlindungan diri.

Bahan Bacaan di SINI & SINI

Tu dia penjelasan panjang lebaq uolss iolss bagi... tapi honestly-lah iolss tak terfikir sampai ke situ tapi taklah pula iolss nak menyangkal pendapat pihak lain... serta dari sudut segi pandangan Islam ataupun perubatan Islam... dan sampai sekarang masih mengekalkan teori yang katak kecik tu melompat masuk masa iolss buka pintu rumah semalam... hew hew hew... Theyollss kat FB tu siap ada tanya sama ada iolss pegang ke...jawapannya memang taklah nak pegang kann??? pas tu siap ada yang suruh cium lagi... nanti mesti jadi prince charming lah... suh usap2 sikitlah...kot kot keluar cam Rindu Awak 200%... muahahaha.. 

*Yang sebenarnya lebih kepada kegelian jer iolss ni... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Seekor Katak Kecil Yang Masuk Ke Dalam Rumah..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, August 27, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

23 comments:

  1. kalau x baca entry kak farah ni memang tak tau ... huhu. sebab kat umah kg memang kerap katak mai melawat. pernah dok tgk tv kat ruang tamu sambil baring , masa nak bangun tu kan tercekup katak kat tangan ... katak puru pulak tu..euwwww!

    ReplyDelete
  2. comel..tapi geli nak pegang..heee

    ReplyDelete
  3. geli nak pegang katak hehe.. katak selalu masuk kat rumah, terutama bila musim hujan..

    ReplyDelete
  4. aduhai..harap-harapnya bukan katak mistiklah kannn

    ReplyDelete
  5. heheh..
    nasib baik x jadi bahan mainan cuperboy.

    ReplyDelete
  6. Sue pun geli dgn katak... x terfikir pun psl hal2 mistik kalo katak masuk dlm rumah. Kalo lipan ye.

    ReplyDelete
  7. kalau akak takde la nak buang katak tu..tengok katak pun dah menjerit..mahu lari tak cukup tanah..hehe

    ReplyDelete
  8. Ingatkan td farah yg pegang katak tu .... gelinya badan dia lembik jak.

    ReplyDelete
  9. Ok.aje katak.... kalau dia kaki pancing...harus tangkap jadikan umpan.

    ReplyDelete
  10. katak? ok bye2..huhu mcm2 definisi klau katak msuk dlm rumh ni kn..hurmm

    ReplyDelete
  11. umah saya pun baru-baru ni ada jugak katak kecik masuk. Tapi tak sempat nak buang dah hilang. Takut jugak

    ReplyDelete
  12. Huhuhu katakkkkk ......Tapi kan Farah ada betulnya jugak tuu dulu kawan pernah kena camni selalu sangat katak masuk umah padahal umah nun di sana ats tigkat 7 nun ..camno dia lompat yerr naik ke atas sana ...ok pastu dia selalu mim[i yang pelik2 la kan ..pastu dia jumpa Ustaz ,..Ustaz tu ubatkan dan cerita mmg betul la ada yang nak buat aniaya ....... Tapi Farah kena hati2 ya .. Kalau boleh buat pendinding al quran kat dalam rumah ..kalau org buat apa2 tak terkena sebab dah ada pendinding al qura ..Moga2 Farah & Ash dijauhkan dari haasd dengki org ..

    ReplyDelete
  13. Ohh katak.. Geli aih.. Nasib la akk perasan.. Kut x perasan, pergi pula kat ash, dimainnya dgn ash, naya je.. Bhya..

    ReplyDelete
  14. nak tempat berlindung tue...ala comelnyerr..

    ReplyDelete
  15. gelilah, walau katak tu kecil.. hihi...

    ReplyDelete
  16. gelinya..ingatkan akak yg pegang katak tu tadi lepas tgk gambar.semoga akak sekeluarga terhindar daripada hasad dengki orang..

    ReplyDelete
  17. Sesuatu sgt...tp halau dulu la.....jgn dibunuh...

    ReplyDelete
  18. kalau fiza dah melompat ni nampak katak..apepun, mudah mudahan takde ape yang buruk terjadi

    ReplyDelete
  19. Nice sharing kak.. Sama mcm umah sy juga. Moga Allah lindungi dr anasir jahat... Mmg setiap mlm psg rukyah..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY