Orang Yang Cepat Marah... ^_^

Farah Waheda Wahid
19
Source Extracted from Google
Semalam baru ter-tengok balik movie ni uolss...Hik hik hik...Anger Management...Filem lama tapi layan jugak bila tengok...dan bila tengok tu, teringat pulak nak buat entri tentang orang yang cepat marah ni... Errrr...uolss pernah berhadapan dengan orang yang cepat marah tak??? Macam mana rasa agak2nya... Kadang2 salah sendiri pun salah orang, salah yang tak patut disalahkan orang pun salahkan orang... 

Marah tu emotion... Satu emosi manusia yang normal dan sihat tapi bila tak dapat dikawal, emosi ni akan membawa masalah di tempat kerja, dalam hubungan peribadi dan jugak keseluruhan kualiti hidup weolls. Kemarahan yang tak terkawal akan jadi punca pergaduhan dan penceraian sehingga menyebabkan tekanan yang serious dalam hidup seseorang. Orang kalau dah marah ni uolss... memang cepat jer buat assumptions, conclusions dan tak nak dengar dah cakap orang lain dah...wakakakaka... betul kann??? Dia jer yang betul...dia jer yang tak salah... 

Menurut Imam Al-Ghazali, 10 punca yang menyebabkan sikap marah adalah:
  1. Rasa bangga diri (sombong)
  2. Takjub dengan peribadi sendiri
  3. Suka bergurau senda yang berlebihan dan melampaui batas
  4. Suka bercakap perkara sia2
  5. Suka membuat fitnah
  6. Suka berbantah2 dalam sesuatu perkara
  7. Berlaku khianat
  8. Tamak kepada harta dan pangkat
  9. Tidak dapat mengendalikan nafsu dan emosi
  10. Dengki dan irihati
Kemarahan adalah satu2nya dari tabiat manusia yang tidak mungkin dihapuskan. Reaksi seseorang yang sedang marah dapat dilihat pada wajah dan anggota badannya seakan2 menggigil kerana geram, suara menjadi nyaring manakala lidah mula mengeluarkan perkataan buruk sama ada mengutuk atau mengeji atau menyindir. Ada kemungkinan patah2 perkataan itu berupa penghinaan atau yang seumpama dengan yang haram diucapkan termasuklah menuduh orang lain sebagai kafir dan lain2. Selain itu, seseorang itu juga akan melakukan perbuatan yang di luar kawalannya sendiri seperti memukul, menumbuk, menampar dan sebagainya. Semua ini berkemungkinan akan mendorong kepada perbuatan yang menyakitkan orang lain yang akhirnya mewujudkan permusuhan dan kebencian di antara satu sama lain. Walaupun sifat marah tu adalah sifat semulajadi manusia, tapiii sebagai seorang Muslim weolls kenalah try untuk jauhkan diri daripada segala sebab yang boleh sebabkan kemarahan. ^_^ 

Rasa marah ni disebabkan oleh faktor dalaman dan luaran. Biasanya bila marah, tekanan darah dan kadar denyutan jantung akan meningkat, macam tu jugak dengan hormon tenaga adrenalin dan noradrenalin pun akan meningkat. Sebab tu kalau nak hidup happy2 dan sihat...kenalah kawal kemarahan dengan sebaik mungkin kannn??? 

Menurut sumber di SINI  ambil masa dan kawal diri dengan sebaik mungkin dan terdapat pelbagai cara nak overcome marah ni...antaranya...

BERTENANG
Tarik nafas dalam2 dan kosongkan fikiran. Ini mungkin dapat membantu untuk tenangkan diri weolls. Ambil nafas dalam2 jangan bernafas dari dada kerana ia tidak akan menenangkan, bayangkan nafas weolls seolah2 keluar dari perut. Secara perlahan2 ulangi perkataan 'bertenang' dan 'jangan susah hati', ulanginya berkali2 sehingga weolls rasa tenang. Gunakan daya imaginasi weolls gambarkan suasana yang tenang dan menyenangkan sambil tutup mata. Sambil tu tarik nafas dalam2.

Source Extracted from Google
SUSUN SEMULA PEMIKIRAN
Selalunya bagi seseorang yang tengah marah selalunya mengeluarkan kata2 yang tidak elok dan cacian. Bagi mengelakkan ini berlaku weolls perlu guna teknik mengubah cara pemikiran. Jadi setiap kali marah, tukarkanlah perkara2 berikut kepada yang lebih rasional seperti katakan pada diri weolls "ia sungguh mengecewakan", "ia memang teruk", atau "iollss faham iolss tengah sedih, tapi bukan bermakna selamanya iolss gagal". Kata2 itu akan menguatkan semangat weolls dan menghilangkan rasa marah weolls.

SELESAIKAN MASALAH
Sometimes kemarahan tu timbul bila ada beberapa masalah yang tak dapat diselesaikan. Oleh itu, selesaikan masalah weolls dengan merangkakan perancangan weolls, jangan lupa semak perkembangannya...ahakss...selesaikan masalah dengan cara yang paling berhemah dan jangan salahkan diri if tak dapat nak penuhi perancangan weolls.

KOMUNIKASI YANG BAIK
Selalunya orang yang tengah marah akan cepat buat kesimpulan uolss terhadap sesuatu secara tidak tepat. Jika menghadapi perbincangan hangat yang mencetuskan kemarahan, weolls patut bertenang dan jangan buat keputusan masa marah dan fikir dulu sebelum nak buat apa2. Jadilah pendengar yang baik pada perkara2 yang menyebabkan kemarahan.

BERTUKAR ANGIN
Sometimes environment sekeliling akan sebabkan weolls rasa tertekan. Masalah dan tanggungjawab yang banyak akan membebankan dan ini membuatkan weolls cepat marah. Oleh itu, weolls mestilah luangkan masa untuk diri sendiri. Pergi holiday ker untuk rejuvenate mood weolls??? 

MARAHLAH SECARA SIHATKemarahan adalah emosi normal manusia dan emosi ini juga penting untuk kita mempertahankan diri, marahlah dengan cara yang wajar dan terkawal tanpa diikuti dengan kekerasan tapi jangan memendamkan masalah itu..express so tak bagi kesan pada diri sendiri. Express feelings tu, tapi melalui trusted channel dan boleh simpan rahsia lah...

BAYANGKAN SESUATU YANG SERONOK
Masa marah, pejamkan mata dan bayangkan weolls sedang berada di sebuah pulau percutian ke? Kalau keadaan tak mengizinkan nak berbayang2 ni... cari ruang untuk biarkan fikiran weolls melayang jauh ke tempat yang buatkan weolls seronok. Kaedah ini dikatakan amat berkesan untuk memberi ketenangan dan mengurangkan rasa marah weolls.

GUNAKAN TEKNIK PERNAFASAN YANG BETUL
Tumpukan perhatian pada teknik pernafasan weolls. Fokuskan pada cara pernafasan weolls dengan memastikan nafas ditarik perlahan dan disedut sedalam2nya. Dengan bunyi pernafasan weolls dan nikmati pergerakan keluar masuk udara yang amat amat cosy dan menenangkan perasaan. 

MENGUCAPKAN TA'AWUZ
Iaitu membaca : “A’uzu billahi minassyaithanirrajim.”
Sesungguhnya marah itu daripada syaitan (jalan masuk hasutan syaitan kepada diri manusia). Maka berlindunglah dengan Allah dari kejahatannya.

LAKUKAN SESUATU UNTUK MENGAWAL MARAH
Hendaklah duduk jika sedang berdiri, berbaringlah jika dia sedang duduk. jika tidak hilang juga kemarahan dengan melakukan dua perkara tersebut maka hendaklah mengambil wudhuk (air sembahyang).

Sabda Rasul S.A.W. :
 “Sesungguhnya syaitan itu daripada api (an-nar) dan sesungguhnya dipadamkan api itu dengan air, maka apabila seseorg kamu marah, maka ambillah wudhuk (air sembahyang).” (Hadis Riwayat Abu Daud.)

“Sesiapa yang menahan marah, walaupun dirinya berkuasa melaksanakan apa yang tercetus hati untuk melaksanakannya; nescaya Allah akan memenuhkan hatinya pada hari qiamat dengan keamanan dan keimanan.” (Hadis Riwayat Abu Daud)


He he he.... Dari filem "Anger Management" ke laut ke darat perginya iolss ni up entri... Hua hua hua... Tapi kannn...iolss ni kalau marah cepat cool uolss... Tak mo lah marah2 selalu... Cepat pulak nanti timbul garisan2 halus di muka yang menandakan ketuaan...lepas tu cepat dapat darah tinggi... Ho ho ho... Mintak dijauhkan...

Post a Comment

19Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Marah2 pun tak kemana...Sakit hati dan dendam nanti yg kita dapat. Sabar ajer laa...

    ReplyDelete
  2. Naseb kalau kita marah tak lama. Ehek !

    ReplyDelete
  3. gud sharing sis
    bila nk mrah kita senyum dan cpt2 pkir .."jgn mrah nnti ko nampak bodoh "
    hehe :)

    ReplyDelete
  4. Dulu selalu berhadapan ngan org yg cpt marah ni...mende kecik pon nk marah...ngan mak sendiri pon kdg2 marah camtu jer...tp Alhamdulillah...sejak org tu kawen dia dh kurang marah..

    ReplyDelete
  5. Bila marah kita hilang pertimbangan dan cenderung sakit kan hati orang lain.

    ReplyDelete
  6. akak suka entry farah ni..betul-betul bermanfaat

    ReplyDelete
  7. Tak suka marah-marah...tapi kadang-kadang terlepas juga...he..he

    ReplyDelete
  8. Memang ada orang yang cepat marah ni..tapi tak boleh salahkan diorang..sebab diorang ni ada yang baik hati. cuma perasaan marah tu susah dikawal kan..

    ReplyDelete
  9. Nice sharing..kalau tengah marah atau nak marah cepat waraskan balik pemikiran kita..InsyaALLAH hati akan stabil balik..

    ReplyDelete
  10. saya pon sama la kak.. mrah tu kejap ja. pastu hilang mcm tu ja

    ReplyDelete
  11. deno kadang2 kalau terlampau marah, tak dapat nak marah.. kadang2 geram sampai menangis.. bukan marah org tu

    ReplyDelete
  12. yeah.. setuju ngan tips ni... leh guna nanti.. sbb salu stress.. bila stress haa.. siaplah.. ahahah

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !