Home » , , , , , , , , , , » Melatih Anak Menggosok Gigi...

Melatih Anak Menggosok Gigi...

Source Extracted from Google
Burrpppp...Alhamdulillah, baru lepas makan Jamuan Raya kat office ni ha...he he he... Kenyang yang amat...Mata pun dah berat jer dah... 

Kesinambungan dari entri Bayang Gigi Ash | Sekali 2 Batang Daa...  Nak buat macam mana, itu yang melintas di kotak pemikiran iolss ni... Nak nak lagi...Mummy yang baru pertama kali merasa menjadi Mummy kann??? Semua yang pertama kali semua nak dikongsi... Tapi kongsi bukan saja2 kongsi kosong tau... kot2lah mana tau kot2 boleh jadi pengisian serta bermanfaat pada yang lain yang bakal atau akan bakal pertama kali juga macam iolss... Haipp...yang dah expert tu dan berpengalaman 2-3 toksahlah nak compare diri itu dengan iolss...Muahahaha...Memang bak kata Mila Jirin dalam lagu "Aku Lebih Tahu"... (tak ingat lagu ni? tak pernah dengar lagu ni? sila search di YouTube ek???) - kutahu, kau bukan lawan untukku, sampai kuharus cemburu fikirkan dirimu... bukan mahu cuba dabik dada denganmu...- Ok stop karang melebih2 pulak...wakakakaka... 

Makanya, buatlah sikit research yang tak seberapa bagi memantapkan diri tentang ilmu parenting yang banyak cabang ni uolss... masih banyak lagi tak mantap... dah namanya carry niche blog parenting and lifestyle blogger... Haruslah kena ada ilmu tu kann??? Ini namanya menulis dari perjalanan ni...ahakss... (ok ok ok...stop melalut dan merapu meraban ke laut dan ke darat ...to the sky and to the moon... hu hu hu)... 

Melatih anak menggosok gigi ni dikatakan termasuk dalam hal2 yang bukan mudah juga katanya. Kegiatan menggosok gigi sebaiknya diperkenalkan kepada anak2 sejak awal lagi. Sebelum tooth eruption, mulut anak memang dah harus dibersihkan. Contohnya, selepas setiap kali habis minum susu, mulut baby dibersihkan dengan cara menggunakan kapas basah untuk membersihkan lidah, gusi dan sekitar mulut baby. Bila dah besar sikit, gusi baby dah mula kuat sikit... gunakan kain lembut. Caranya, gunakan kain lembut yang dililitkan di telunjuk, lepas tu celupkan ke dalam air supaya kain tu lembut lagi... then, barulah gunakan untuk membersihkan gusi, lidah dan sekitar mulut baby. Bila umur dah makin meningkat... gigi pun mula tumbuh...so this is where weolls kena ajar baby untuk gosok gigi... 

Tapi nak ajar baby atau anak gosok gigi ni...weolls sendiri kena equip ilmu tentang teknik gosok gigi yang betul ok??? 

Source Extracted from Google

Ada beberapa tips yang boleh digunakan untuk melatih anak untuk menggosok gigi uolss... Iolss baca dari blog Indonesian blogger di SINI and iolss cuba ubah gaya ayat supaya sesuai dengan pembacaan kita di Malaysia ni yer... He he he... Sebab tak semua orang faham...

Tidak Memaksa dan Menciptakan Aktiviti Menggosok Gigi Ni Sebab Sesuatu Yang Tak Disenangi atau Tak Disukai
Contohnya, dengan mengajak menggosok gigi bersama, sambil bercermin, bercerita, sambil menggayakan. Ataupun bagi contoh pada anak2 sambil bermain dengan theyolls. Sediakan 2 berus gigi yang attractive. Satu dipegang oleh anak, dan satu dipegang oleh weolls.

Gunakan Imaginasi
Budak2 ni memang ada satu imagination yang tinggi. Theyolls suka main macam pura2 shopping, main masak2 dan macam2. So, use the opportunity untuk ajar theyolls gosok gigi. Untuk memberikan kefahaman tentang betapa pentingnya untuk menggosok gigi, boleh guna puppet yang ada gigi kot??? Ceritakan pada anak macam mana dan kenapa puppet tu suka gosok gigi. Lama kelamaan, gosok gigi tu bukan satu perkara yang asing bagi anak2.

Kemajuan Bukan Kesempurnaan
At early stage belajar menggosok gigi ni, tak perlu harapkan anak2 jadi perfect dalam menggosok gigi. Objektik weolls cuma nak tanamkan kebiasaan menggosok gigi so that gigi tu selalu bersih dan sihat.

Pilih Sendiri
Ha ha ha, Ash kecik lagi tak boleh pilih berus gigi sendiri lagi. Mummy yang pilihkan... Eh, Mummy punya taste pun not bad ok??? Wakakakaka... Tapi bila dah pandai pilih...biarkan anak memilih sendiri berus gigi yang dia nak...

Posisi Yang Tepat
Masa nak ajar anak gosok gigi, posisi weolls sebaik2nya adalah di belakang anak sambil memegang dagunya. Posisi ini akan membantu weolls melihat semua gigi anak. Sesekali boleh jugak pretend weolls berpura2 berlumba menggosok gigi dengannya. Gunakan teknik memberus gigi dengan gerakan berputar pada sekelompok gigi dan perlahan2 ke semua gigi. 

Tetapkan Aturan
Sekurang2nya anak2 harus menggosok gigi 2 kali sehari, iaitu lepas sarapan dan sebelum tidur. Berapa lama??? Paling tidak 3-4 minit setiap kali menggosok. Lepas tu bawak gi jumpa dentist 6 bulan sekali untuk pantau keadaan kesihatan gigi theyolls... Ha ha ha...siaplah Ash kena pergi dentist lepas gigi dah tumbuh... Ehhh...Nak jadi Abg Zen junior kenalah jaga gigi...Ha ha ha...#ehhh... 

Ada something extra sikit nak share dengan uolss... 

Jika Anak Saya Tak Nak Buka Mulut So Macam Mana Nak Bersihkan Mulut Dia???
Cubalah letakkan jari weolls dekat mulut anak, naturally anak weolls akan bukak mulut perlahan2 sebab dia ingat weolls tengah bagi food kat dia...He he he...Iolss selalu buat kat Ash... Kena sabar, lama2 weolls akan terbiasa.

Kalau Anak Saya Gigit Jari Saya Masa Tengah Nak Bersihkan Gigi Dia???
Alaa...biasalah tu kann??? Namanya pun Mummy... Kenalah rasa dan lalu...

Tak Boleh Nak Sampai Kat Bahagian Belakang Gusi Yang Dalam Tu Macam Mana??? 
Perlahan2 uolss perlahan2... gosok perlahan2 mesti boleh sampai punya... Theyolls mesti bukak mulut punya... Ha ha ha... Ash setakat ni bukaklah bila nak bersihkan gusi dia...

Bila Waktu Terbaik Nak Bersihkan Mulut Baby Weolls???
Ajar waktu pagi dan waktu malam.

Kalau Ulcer??? Tak Payah Gosok atau Bersihkan???
Kena ajar jugak, bersihkan jugak... Tapi perlahan2... Supaya tak sakitkan theyollss... Takkanlah semata2 kerana ulcer tak nak bersihkan... bagi tau kat theyolls...nanti mulut berbau dan ulcer lagi lambat baik... 

Ermmm... itu jerlah ilmu buat kali ni kot... Iolss pun belajar jugak ni...Moga2 bermanfaat buat kita semua...

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Melatih Anak Menggosok Gigi... , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, August 25, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

23 comments:

  1. Aikk... kebetulan sharing info topik yg sama hari ni... hahahhaa... gud info... klau nak baca sharing pengalaman plak boleh ke sinihttp://marqiscareno.blogspot.com/2014/08/penjagaan-gigi-kanak-kanak.html?m=1

    ReplyDelete
  2. Ilmu ni..Mna blh main hentam he klau berus gigi kan sis hhee

    ReplyDelete
  3. tengah ajar aina gosok gigi juga.. gigi graham dah tumbuh 2 batang gigi depan pun dah banyak.. sysng jaga dari awal kan... tapi aina suka nak telan ubat gigi.. risau effect je..

    ReplyDelete
  4. berus gg dlm pic tu mcm arfan punye la hehe...tp xguna pn...sy gosok pakai jari je..hehe

    ReplyDelete
  5. Thank akk...teingat plak masa aja adk spupu dlu...wuka bnar dia, bukan sebab brush, sebab dia telan ubat gg qperisa tu...hehehe...

    ReplyDelete
  6. gg luth dah 4 btg atas, 3 btg bawah.. tp tetap x berjaya nak gosok gg dia.. dia x nak buka mulut.. nak gosok, kejap dia tutup mulut.. bila kita gosok gg, seronok nak berus juga..tp bukan nak berus gg dia, nak tolong berus gg kita plk..aduh..
    nak berkarat dah ni..
    berus gg pun, habs semua tempat dia buat berus..lantai pun guna berus gg dia.. gg je belum trberus..

    ReplyDelete
  7. budak2 gosok gigi comel..mcm anaka sdra syira..suka tgk

    ReplyDelete
  8. teringat plak time ngasuh anak buah dulu,nak suruh gosok gigi ka,mcm2 ragam diorg buat...

    ReplyDelete
  9. betul juga. kita kena buat gosok gigi tu macam diorang biasa main masak-masak or something like that. adik saya suka gosok gigi sebab ubat gigi tu sedap. adeh. kurang-kurangnya dia gosoklah juga. -.-

    ReplyDelete
  10. Info yang bagus... memang kena educate anak2 dari mula tumbuh gigi... KN ni sampai sekarang nak kena suruh anak2 gosok gigi tiap2 pagi... hehehe

    ReplyDelete
  11. info yang bagus...nanti mesti gigi ash cantik heheheh

    ReplyDelete
  12. bagus info farah utk ibu yang baru..akak selalunya belikan berus gigi yang fancy2 gitu..time dia mandi bagi dia main then tunjuk cemane guna berus gigi tu..awal2 dia akan gosok bahagian depan shj..kita kena bagi instruction kena buat apa lepas gosok depan..dua, tiga kali buat camtu nanti waktu mandi dia sendiri akan mintak nak gosok gigi sebab dah biasa..hihi..

    ReplyDelete
  13. kompom gg ash pasni bersih dan sihat.
    boleh dh ni jadi model ubat gg.
    hehehe...

    ReplyDelete
  14. baca entry ni tingat anak sedara... org lain sibuk dgn aminan dia sibuk dgn berus gigi. tidur pun dgn berus gigi... ;-)

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah... Ank sy suka gosok gigi...sbb dia sllu tgk kita gosok gigi..

    ReplyDelete
  16. anak saudara Za suka gosok gigi..lepas makan ja,nak gosok..hehe..hadoi..pening kepala..

    ReplyDelete
  17. penting untuk melatih anak ni, supaya dia biasa dengan kebersiahan gigi tu

    ReplyDelete
  18. zai pkai berus gigi pureen tu.yg pkai kt jari kita pstu gosok la kt gigi anak.dia bkn mcm berus biasa tu

    ReplyDelete
  19. bagus entry ni kak.. sebagai ibu bapa kita kena ambil tahu kan :)

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY