Home » , , , , , , , » Jangka Hayat Alat Solek...

Jangka Hayat Alat Solek...

Source Extracted from Google
I love cosmetics! I love make-ups! Apa saja yang berkaitan dengan ini, especially dari Bobbi Brown, Dior, Estee Lauder, M.A.C. and Inglot...muahahaha... tapii bukan handbag jer ada basahan tau uolss...make up pun ada basahan jugak... make up basahan iolss adalah REVLON... yang dipakai sehari2 ke office atau pergi outing ke malls... *_^... So lambatlah sikit habisnya make-up mahal tu...kui kui kui... Ini tahap kedekut ke apa ni??? 

Kedekut2 jugak, tapi kenalah sentiasa beringat yang all those make-ups ni ada expiry date jugak...bukan wear to tear ok??? Oh sayangnya kalau sampai expiry date lepas tu pakainya sikit jer.... Hu hu hu...Lepas tu pakai expired make up pun tak bagus jugak... hu hu hu... so sebab tu penting nak kena pantau dan tau bila satu2 alat solek tu dah expired uolss... 

Sebelum nak sapu lipstick tu atau nak pakai maskara, eloklah bawak2 berfikir 2-3 kali. Luaran nampak macam biasa dan masih elok digunakan tapi hakikatnya wujud macam2 ancaman tersembunyi yang memenuhi makeup box weolls tu.... sampaikan ada some of it yang boleh datangkan masalah kesihatan. 

Cuba jujur...ha ha ha...berapa ramai yang check expiry date setiap produk kecantikan??? Usually weolls lebih interested nak baca pamphlet, ingredients... lepas tu terlepas pandang expiry date... Iolss pun sama kekadang... Tapi lepas tu cepat2 gi check balik...

Gincu
Most of us akan obses dengan gincu edisi khas...limited edition kata ko... dan disebabkan susah nak didapati pada tempoh lain, susah kita nak buang lipstick tu walaupun selepas beberapa tahun. Untuk makluman weolls semua bersama... gincu/lipstick cuma mampu bertahan antara 6 bulan sehingga setahun selepas dibuka ya??? Tapi ia dihasilkan daripada bahan lilin keras yang berupaya menarik lebih banyak bakteria berbanding pengilat bibir. If nak gunakan lipstick dalam tempoh yang lama, potong atau buang bahagian atas yang terdedah dan gunakan bahagian bawahnya. Menurut Dr. Debra Luftman, pakar dermatologi di Beverly Hills, berkongsi lipstick dan pengilat bibir juga boleh menyebabkan jangkitan kuman. Ho ho ho, bukan kedekut, tapi tolong jangan pinjam iolss punya ok??? Muahahahaha... "Kebanyakan kes jangkitan mulut berlaku apabila berkongsi lipstick dan pengilat bibir. Kuman biasa malah herpes boleh merebak dengan cara ini. Menggunakan lipstick sendiri juga boleh menyebabkan jangkitan tetapi risikonya cuma 10 - 20% saja"...katanya.. Penyelesaiannya, gunakan lipstick jenis pensel yang boleh diasah untuk mengurangkan risiko terbabit. Walaupun BFF se-BFF mana pun, sila gunakan lipstick memasing ok??? No sharing2... Hew hew hew...

Pengilat Bibir
"Secara amnya, jika kita sering membersihkan berus pengilat, ia dapat memanjangkan jangka hayat produk terbabit. Tapi bergantung kepada teknik itu saja tidak memadai," jelas Dr. Debra. Perubahan pada warna, bau dan kelikatan pengilat bibir a.k.a. lip gloss boleh dijadikan sebagai petandan tarikh luputnya. Jika masih digunakan selepas melihat petanda itu, diri berisiko mengalami radang dan jangkitan serius.

Maskara
Tiub maskara yang gelap dan lembap punca terbentuknya bakteria. Menggunakan produk yang tercemar seperti itu di bahagian sensitif seperti mata hanya akan lebih memudaratkan diri. "Jika maskara dijangkiti, anda berpeluang dijangkiti blefaritis atau konjuktivitis antara 50 hingga 60%.Tapi menariknya, maskara mempunyai tempoh tamat sendiri," ujar Dr. Debra. Selepas 3 bulan, maskara biasanya kering sendiri lalu tidak boleh digunakan.

Bedak Asas
Produk kecantikan berasaskan serbuk seperti bedak asas, bedak debu dan pemerah pipi, tahan lebih lama sehingga setahun jika tidak bercampur dengan produk lain. Produk yang hadir dalam balang pula berisiko tinggi dijangkiti bakteria berbanding produk dalam bekas jenis pam. Jika ingin produk tahan lama, elakkan mencedok menggunakan jari dan jangan biarkan terdedah pada udara. 

Berus Solekan
Ha sebelum tu yang ni iolss pernah share Clean Your Make Up Brushes!!!  pada 15 Julai 2013... Cara2 nak bersihkan berus2 makeup weolls... Berus solekan mesti dibersihkan sekali sebulan. Menurut pakar dermatologi merangkap pengasas www.lovelyskin.com Dr. Joel Schlessinger, berus yang tidak bersih boleh menjadi ejen utama penyebaran bakteria pada kulit. "Jika digunakan setiap hari, sebaiknya bersihkan berus setiap minggu. Pembersihan berterusan ini akan membuatkan bulu berus lebih lembut dan tahan lama. Jangan gunakan pencuci atau sabun biasa tapi syampu bayi," katanya.

Bag Make-Up
Penggunaan bag make-up yang sesuai pun perlu diambil kira sebab bakteria daripada koleksi produk yang disimpan di dalamnya boleh menyebabkan bertambahnya jangkitan bakteria. Kerap bersihkan bag make up menggunakan wet tissue dan sebaiknya gunakan bag jenis lutsinar kerana mudah mengesan kotoran. Elak menggunakan beg rona gelap sebab ia memerangkap haba lalu memudahkan pembiakan bakteria.

Kredit: SINI

Gitewlah kisahnya, makanya selepas ni weolls semua moh ler pakat2 ramai2 sentiasa monitor dan pantau expiry date and conditions semua alat2 solek weolls...*_^...

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Jangka Hayat Alat Solek... , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, August 26, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

19 comments:

  1. Terima kasih kongsi hal ni.. baru ena tahu jangka hayat alat solek.. selama ni main dok peram je dalam beg makup... hahahah beli2 tak pakai.. kekadang je pakai

    ReplyDelete
  2. hurmmmm.. balik rumah ni nak kena selongkar beg mekap.. nak buang semua yg dah lama.. hahaha.. tp syg woo sesetengah tu sbb rasa sesuai + cantik.. :D

    tq for sharing.. good info..

    ReplyDelete
  3. good info and sharing dear :). Hanim memang tak arif pasal hal makeup2 ni, jadi bab nak amik tau expiry date pun gagal jugak hehe :D

    ReplyDelete
  4. bagus2... sebelum nie main pakai ja.. lepas nie kena tgk dh brapa guna alat make up semua tue..

    ReplyDelete
  5. selalu sangat gincu yang expired.. tak habis-habis. hihihi

    ReplyDelete
  6. info yg berguna jugak nih...walaupun tak selalu heavy make up

    ReplyDelete
  7. Wah, alat solek pun ada jangka hayat kan...

    ReplyDelete
  8. errrr tak pandai mekap dan tak penah mekap sendri,paling2 pun foundation,bedak compact,eyeliner.maskara n lipstik,thats all hehehhe.....tapi tak pe kita check mana yang ada hehheh....

    ReplyDelete
  9. erk...mascara saya dah setahun lebih....huhu

    ReplyDelete
  10. tq for sharing...masa sblm kawin suka sgt dgn maskara..hoho skrg dah beranak 3 takde maknanya la nak bermaskara bagai...certain2 waktu je pakai..

    ReplyDelete
  11. iolsss love lipbalm & eyeliner aje... gagal sungguh mekap2 ni..... tapi hasben suka iols mekap...kurang pucat katanya...

    hiks! kadang dah bertahun2 expired pun masih guna..... tak sayang diri betul -_-

    ReplyDelete
  12. Thanks 4 sharing akak.. bagus sangat info nie.. =D

    ReplyDelete
  13. berjasa betul entri ni..x pernah tahu plak lipstik yg dah dibuka tahan utk 6month @ 1 yr..
    tq manyak2 dear..sharing is caring..hehe

    ReplyDelete
  14. Good sharing farah. I like!
    Bag mekap - memang dibersihkan sebulan sekali guna wet tisu.
    sikat - sama juga
    Compact powder - guna sampai habis. 1 compact powder at one time.
    lip balm. Pun guna sampai habis. Sebab ada satu jer.
    lipstik - ade few dan tak pernah cek expiry date. Huhu..

    maskara/eyeliner/others - saya memang tak guna sebab tak reti.

    ReplyDelete
  15. Sebab tu sy mlas nk beli alat solek.. Sbb gunanya skli 2 je.. Pastu kt sthun smpan.. Hehe

    ReplyDelete
  16. kena pantaulah lepas ni.kalau x main pakai je sampai habis tak tengok bile expired tu

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia