Home » , , , » It's Robbin Williams Not Robbie William Peeps!!!

It's Robbin Williams Not Robbie William Peeps!!!

Source Extracted from Google
Ingat lagi tak pelakon filem "Patch Adams" ni??? Sebenarnya beliaulah yang telah ditemui mati di rumahnya di California kerana disyaki membunuh diri. Sedikit petikan berita dari Astro Awani di SINI

LOS ANGELES: Pelakon dan pelawak Robin Williams ditemui mati di rumahnya di California disyaki akibat membunuh diri, kata polis semalam.

Menurut kenyataan Jabatan Sheriff Wilayah Marin, pemenang anugerah Oscar berusia 63 tahun itu ditemui mati sejurus sebelum tengah hari di rumahnya di Tiburon, California Utara. "Pada masa ini, Divisiyen Koroner Pejabat Sheriff mengesyaki kematiannya akibat asfiksia susulan cubaan membunuh diri," menurut kenyataan itu.

Pegawai seranta kepada pelkon "Good Will Hunting" ini berkata beliau sering mengalami kemurungan sebelum kematiannya. "Robin Williams meninggal dunia pagi ini. Beliau telah bergelut dengan kemurungan sejak kebelakangan ini," Mara Buxbaum berkata dalam satu kenyataan. "Ia satu kehilangan yang tragik dan mengejutkan. Pihak keluarga meminta agar tidak diganggu di kala mereka berduka di saat yang sukar ini."

Isterinya Susan Schneider memohon agar berjuta2 peminta bintang veteran yang juga ayah kepada 3 anak ini menyanjungi kepintaran pelawak genius ini berlawak. "Pagi ini, saya kehilangan suami dan rakan baik saya, manakala dunia kehilangan seorang artis yang disayangi dan seorang yang baik hati," kata Schneider, yang menjadi isteri ketiga aktor itu pada tahun 2011.

Antara penghibur Amerika yang disayangi dalam generasinya, nama Williams melonjak naik setelah muncul dalam sitkom televisyen "Mork & Mindy". Beliau kemudian berlakon di dalam beberapa filem, antaranya "Good Morning Vietnam" pada tahun 1987 di mana beliau memegang watak hos radio di pangkalan tentera Amerika Syarikat di Vietnam, "Dead Poets Society (1989) sebagai guru bahasa Inggeris eksentrik,d an "Good Will Hunting" (1997) di mana beliau telah memenangi anugerah pelakon pembantu terbaik di Oscar.

Tapi kannn uolss...ada yang tersilap tau tak???  Melalui EPOCH TIMES... 

Source Extracted from HERE
Ada yang ingat Robbie William yang passed away... hu hu hu... berita selanjutnya uolss boleh ricky2 di SINI... Kat Twitter-lah banyak... hu hu hu...

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel It's Robbin Williams Not Robbie William Peeps!!! , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, August 13, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

22 comments:

  1. alamak...handsomenya yang bawah tu...

    ReplyDelete
  2. aah ramai yg confius..tapi kesiankan tgk robbin williams

    dia berjaya menghiburkan ramai org, tapi siapa tahu isi hati dia

    ReplyDelete
  3. salam.

    RIP buat RW..

    selamat petang sis :))

    ReplyDelete
  4. hahahaa aduhhh.... kat FB pun ramai yang kompiusss.... termasuk iolsss

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum.. farah,

    ooooo robbin wiliam... rupa nyer... baru perasaan beza sikit aje... orait . Thanks..

    mselim3

    ReplyDelete
  6. Hahaha... ramai yg confused kak.. nama dekat2 kan.. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun dengar Robbie Williams dalam radio.
      Salah rupanya.

      Delete
  7. hi3.. sib baik teman cuma ingat pelakon tu je... yg hensem tu tak berapa ingat ..heee

    ReplyDelete
  8. Huhuhu. Paling suka tengok Jumanji. Tengok banyak kali pun tak jemu

    ReplyDelete
  9. Auw, ada yg silap ke... Menangis dhf robbie williams kang

    ReplyDelete
  10. Bila wujud kematian yang melibat kepopularan dalam dunia hiburan ataupun politik pasti ada orang yang keliru. Kes ini bukan sekali. heheh

    ReplyDelete
  11. banyak sangat masalah sampai murung.. urmm kesian kesian

    ReplyDelete
  12. hahaha.. nama kemain dekat.. nengok wajahnya jauh sangat..hahaha..

    ReplyDelete
  13. Alahai, kesian Robbie William.. Tak pasal2 dpt ucapan RIP..Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
  14. RIP..suka jgk tengok filem2 dia dulu..

    ReplyDelete
  15. banyak masalah dalam kehidupan.

    ReplyDelete
  16. nama seakan² memang ade yang confused

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia