Harta Sepencarian Suami Isteri???

Farah Waheda Wahid
13
Source Extracted from Google
Harta sepencarian dengan harta cari sendiri lain... Harta sepencarian adalah harta yang dibeli serta dimiliki bersama2 suami/isteri...contoh paling senang adalah rumah, kereta...joint name giteww.... harta cari sendiri adalah harta dengan hasil titik peluh sendiri, dibeli dan dibayar bulan2 dengan hasil titik peluh sendiri tanpa ada campur tangan mana2 pihak lain iaitu sama ada suami atau isteri. Biasanya pasangan yang dah berumahtangga memang membeli serta memiliki harta sepencarian...harta cari sendiri ni biasanya sebelum berkahwin ataupun ada juga yang dah berkahwin tetapi lebih selesa memiliki harta cari sendiri dari berkongsi. Tak semua orang berkongsi segala2nya dalam rumahtangga... Ada orang memang berkongsi segala2nya, tetapi tak kurang juga ada yang cuma berkongsi kehidupan dan kasih sayang bukannya harta benda. Contoh yang paling senang dan ringkas... mungkin boleh terjadi dalam kahwin misyar. Penjelasan yang paling ringkas dan senang dari iolss...

Source Extracted from Google

Ok, kita pergi sedikit details mengenai harta sepencarian ni yer uolss... 

Konsep harta sepencarian hanya berkaitan harta yang dimiliki oleh pasangan suami-isteri sahaja. Ia bermakna isteri ada hak ke atas harta sepencarian atas nama suaminya, atau suami juga berhak ke atas harta sepencarian dari harta atas nama isterinya. Bentuk harta sepencarian yang popular sangat2 ialah rumah kediaman dan kondo atau apartment.

Pemilikan dan tuntuan harta sepencarian boleh dibuat semasa pasangan masih menjadi suami isteri, atau setelah penceraian atau setelah kematian pasangan. Pemilikan harta sepencarian dibuat melalui proses mahkamah syariah atau pasangan itu membuat DEKLARASI HARTA SEPENCARIAN.

Ada kelebihan tertentu dalam membuat DEKLARASI HARTA SEPENCARIAN ni... 
  • Kedua2 pihak boleh membuat keputusan dan bersetuju dengan pembahagian masing2.
  • Hak suami isteri sentiasa dilindungi sepertimana yang dipersetujui di dalam deklarasi tanpa pertelingkahan. 
  • Proses pembahagian yang cepat tanpa perlu membuat tuntutan ke mahkamah. 
  • Menjimatkan kos tanpa perlu ke mahkamah untuk membuktikan sumbangan kedua2 pihak.
  • Tiada pertelingkahan kerana Deklarasi merekodkan persetujuan di antara kedua2 pihak. 
  • Memudahkan dan memberi keselesaan sebab kehendak semua pihak telah dipenuhi.
Untuk maklumat lebih lanjut tentang DEKLARASI HARTA SEPENCARIAN ni uolss boleh refer di SINI. Ada juga antara kawan iolss semasa majlis akad nikah theyolls, terus sign borang DEKLARASI HARTA SEPENCARIAN ni... Pernah menyaksikan dan melihat pengalaman itu...

If suami nak bagi pada isterinya lebih daripada apa yang sepatutnya melalui faraid, atau ingin memastikan rumah yang theyolls duduki akan diwarisi isteri, so, DEKLARASI HARTA SEPENCARIAN merupakan penyelesaian terbaik.

Secara umum seseorang isteri/suami mahukan 50% daripada harta pasangan masing2 dijadikan harta sepencarian atau lebih daripada 50% atau hak milik mutlak uolss 100% gitewww dan mungkin juga kurang dari 50% asalkan pasangan mempunyai hak komersial atas sesuatu harta.

So, untuk lebih details... ada 4 keadaan yang menyebabkan isteri2 perlu tahu mengenai hak mereka ke atas harta sepencarian:

Kematian Suami
If suami meninggal dunia, hak isteri di bawah hukum faraid adalah 1/8 daripada harta suami dan baki 7/8 akan dibahagikan kepada waris yang biasanya ibu bapa dan anak2. Isteri boleh mendapat lebih 1/8 if semua waris bersetuju membahagi harta kepada isteri.

1 cara isteri hendak mendapat lebih daripada 1/8, katakan 50% ialah melalui tuntutan harta sepencarian di mahkamah. Tetapi, isteri belum tentu berjaya di atas tuntutan itu. Cara mudah ialah suami isteri semasa hidup menandatangani DEKLARASI HARTA SEPENCARIAN di mana suami bersetuju membahagi sejumlah harta, katakan 50% harta itu kepada isterinya.

Berlaku Penceraian
Penceraian adalah satu malapetaka yang tidak boleh diramalkan. Tetapi jodoh, rezeki, ajal dan tanah perkuburan adalah ditentukan oleh Allah SWT. Bila berlaku penceraian, isteri tidak menuntut sebarang harta dari suaminya kecuali harta sepencarian. 

Bagi menuntut harta sepencarian, isteri kena melantik peguam bagi mendapat keputusan mahkamah syariah. Bagaimanapun, isteri belum tentu mendapat harta sepencarian sekiranya tidak dapat menyakinkan mahkamah.  Again, cara mudah ialah suami isteri semasa hidup menandatangani DEKLARASI HARTA SEPENCARIAN di mana suami bersetuju membahagi sejumlah harta, katakan 50% harta itu kepada isterinya.

Suami Berpoligami
Bila suami berkahwin dua, tiga dan empat, isteri pertama akan merasakan kedudukannya terancam. Suami mungkin lebih menyayangi isteri kedua, ketiga atau keempat dan akan membahagi harta kepada isteri yang disayangi dan melupakan isteri pertama. Huisshhh... ni namanya kuang ajaq...kejam sangat tu ooiii.... 

Bagi memastikan isteri pertama mendapat hak pemilikan yang sewajarnya, maka isteri itu hendaklah mempengaruhi suami supaya membuat perjanjian harta sepencarian semasa suami berkahwin lain. Jadi apabila suami berkahwin lain, isteri pertama tetap mendapat harta tanpa diganggu oleh isteri2 lain.

Tiada Anak atau Tiada Anak Lelaki
Sekiranya pasangan suami isteri tiada anak lelaki atau hanya ada anak perempuan sahaja, makan berdasarkan hukum faraid, adik beradik suami atau isteri akan mendapat sejumlah harta arwah suaminya. 

If pasangan tak mau harta utama seperti rumah jatuh ke tangan orang lain, maka wajar suami isteri itu membuat DEKLARASI HARTA SEPENCARIAN. Dengan adanya DEKLARASI HARTA SEPENCARIAN, isteri akan mendapat haknya tanpa terikat dengan Hukum Faraid.  

Perjanjian harta sepencarian adalah cara yang berkesan bagi menjamin isteri mendapat hak2 yang berupa harta benda seperti rumah kediaman, kondo dan apartmen. Ini kerana pembahagian harta sepencarian terus berkuatkuasa serta merta sebaik DEKLARASI HARTA SEPENCARIAN ditandatangani oleh pasangan suami isteri.  

Untuk maklumat lebih lanjut tentang DEKLARASI HARTA SEPENCARIAN ni uolss boleh refer di SINI. Ada juga antara kawan iolss semasa majlis akad nikah mereka, terus sign borang DEKLARASI HARTA SEPENCARIAN ni... Pernah menyaksikan dan melihat pengalaman itu...

If suami nak bagi pada isterinya lebih daripada apa yang sepatutnya melalui faraid, atau ingin memastikan rumah yang theyolls duduki akan diwarisi isteri, so, DEKLARASI HARTA SEPENCARIAN merupakan penyelesaian terbaik. 

Just something that pop out through my mind and putting it into entry... Semoga bermanfaat buat semua buat pengetahuan umum...

*Iolss??? Bukanlah jenis yang tamak harta dan tamak segalanya... cukuplah bagi iolsss...permata hati seorang itu ada dengan iolss...Ash-lah siapa lagi dan cukuplah bagi iolss harta cari sendiri yang dah sedia ada uolss... Happy and syukran with that and don't intend to ask for more... Alhamdulillah Allah beri rezeki dan kekuatan untuk kumpul dan buat harta cari sendiri... Semoga rezeki weolss dua beranak terus dimurahkan oleh Allah SWT from time to time...In Shaa Allah...

Kredit: SINI

Post a Comment

13Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Mesti faham perkara ini neh, agar tak berebut dikemudian hari...

    ReplyDelete
  2. saya baru attend training wassiyah, faraid ni. Yes penting untuk kita menjaga hak sebagai isteri. kalau buat pembayaran rumah bersama contohnya, pastikan kita simpan segala resit transaction. Supaya in case lah apa2 terjadi, kita ada bahan bukti yg kukuh bila ada pihak tak puas hati dan nak bawa ke court.

    boleh tgk blog saya untuk any info kewangan dan pengurusan harta. thanks:)

    ReplyDelete
  3. Nice info Farah....but kalau hubby ty takde harta...camne tuh....hihi

    ReplyDelete
  4. farah. thanks a lot for sharing. saya dah tengok website as-salihin tu. glad to know diorang ade branch kat setia tropika. actually saya tak fikir sangat pasal benda ni tapi memandangkan kami dah ada rumah atas nama masing-masing, nak tak nak benda ni harus difikirkan juga. kita bukan nak mintak benda yg tak baik dalam rumahtangga, tapi kita harus ada persediaan sekiranya benda tu berlaku. kita juga taknak nasib isteri/suami dan anak-anak tidak terbela di kemudian hari.

    ReplyDelete
  5. salam. info terbaik kak..thanks share!

    ReplyDelete
  6. Ramai yang tak tahu ... Malas nak amek tahu ... Buat-buat tak tahu ...

    ReplyDelete
  7. Sebelum kahwin saya tak terfikir benda ni.
    Tapi, dah kahwin ni memang kena fikirlah.

    ReplyDelete
  8. Nice sharinggggg! Boleh jadi pandauan pada ktorg yg tak kwen lgi nie haaaa . Hehehhhehhh

    ReplyDelete
  9. apa sekalipun mmg kena tuntut la sbb itu hak bersama...contoh..rumah...bila terjadi pceraian..andai ada anak yang blm cukup umor maka ibu dan anak wajib tinggal dirumah itu,suami tak ada hak untuk menghalau bekas isteri dan anaknya..biarpun bayaran bulanan suami yang bayar

    ReplyDelete
  10. harta anak yang paling bernilai..semoga terus murah rezeki kak farah :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !