Home » , , , , , » Cara Solat Sambil Mendukung Bayi...

Cara Solat Sambil Mendukung Bayi...


Islam itu kan indah, dan Islam itu kan mudah??? Tertarik serta terpanggil untuk up entri ni... walaupun mungkin ada yang sememangnya dah tau dan sememangnya mengamalkan solat dengan cara atau kaedah ini disebabkan beranak kecik macam iolss... 

Menurut sumber di SINI... 

Allah telah mewajibkan setiap makhlukNya yang telah baligh untuk menunaikan solat 5 waktu setiap hari. 

"Solat itu tiang agama, sesiapa mendirikan solat maka dia telah mendirikan agama dan sesiapa meninggalkan solat dia telah meruntuhkan agama" - Hadis Riwayat Baihaqi dari Ibnu Umar.

Berdasarkan firman Allah dan hadis Rasulullah yang jelas dan tegas itu tidak ada alasan bagi orang mukmin untuk meninggalkan solat walau dalam apa keadaan sekalipun. Mengingkari perintah solat bererti menolak perintah Allah SWT, dan barangsiapa yang menolak perintah Allah SWT maka dia telah merosakkan imannya dan meruntuhkan agamanya. 

Kadang2, kita mudah untuk memberikan alasan supaya tidak menunaikan atau menangguhkan solat. Contohnya, menangguhkan solat kerana tiada sesiapa yang dapat menjagakan bayi ketika ingin menunaikan ibadah.

Daripada Abu Qatadah katanya: 

"Bahawa Nabi SAW solat sedang cucunya, Umamah puteri Zainab, anak perempuan baginda, berada di atas belakangnya. Bila baginda rukuk, diletakkannya cucunya itu dan bila baginda berdiri daripada sujud diambilnya pula dan diletakkannya semula di atas belakangnya." 

Islam juga telah menyediakan jalan atau cara yang mudah untuk menunaikan solat di samping dapat menjaga bayi kita ketika beribadah.

Caranya??? 

1. Adalah baik sebelum itu, bayi yang mahu dikendong terlebih dahulu dibersihkan daripada segala najis.

2. Memulakan niat solat seperti biasa sambil menggendong bayi.

3. Tangan tidak perlu diangkat ketika takbir dan tidak perlu diletakkan di atas dada. Kerana hukum mengangkat tangan dan meletakkannya di atas dada hanyalah sunat. 

4. Bacalah apa sahaja yang perlu dibaca dalam keadaan berdiri. 

5. Lalu ruku' dengan tangan memegang erat bayi tersebut, tidak perlu meletakkan tangan di atas lutut kalau tidak dapat melakukannya.

6. Semasa mahu sujud, letakkan bayi itu dan kemudian dikendong kembali apabila mahu bangkit ke rakaat seterusnya.

7. Laksanakan seperti itu sehingga solat selesai.

Bukan tak boleh buat kan??? Semoga weolls semua yang beranak kecik sama2 istiqomah dan tiada alasan bagi weolls sebagai Muslim untuk tak menunaikan solat hanya kerana nak jaga baby weolls. Self reminder. Note to self. In Shaa Allah.

*Untuk bacaan lanjutan sebagai info uolss boleh baca di SINI, artikel dari Blog Fatwa Malaysia... ^_^


Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Cara Solat Sambil Mendukung Bayi..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, August 4, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

12 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian kak.. lepas ni boleh la ena cuba, sebab anak anak buah ena memerap dengan ena.. hahahaha nak berdukung je, kadang2 solat pun dorang ganggu

    ReplyDelete
  2. bgus ni..semenjak2 pndai merangkak ni..anak ida nak menempek je..huhuh..

    ReplyDelete
  3. terima kasih berkongsi farah...selalu saya gilir2 jaga anak...hihi

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas perkongsian adik....

    ReplyDelete
  5. bagus perkongsian nih lbh2 lg pada kaum bapa...bila lagi nak jaga anak kan kan kan ;p

    ReplyDelete
  6. tips nie nak share dengan husband akak...agak2 dia boleh buat tak..hehehe

    ReplyDelete
  7. Terima kasih Atas perkongsian ini ya Farah

    ReplyDelete
  8. Sesungguhnya ISLAM itu mudah ...

    ReplyDelete
  9. sy xpernah tahu pasal benda nie..thanks for sharing ya..ilmu yg berguna nie..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia