Borak2 Tentang Leather Handbags... ^_^

Farah Waheda Wahid
27
Source Extracted from Google
Muahahahaha...Gucci ajer uolsss... Ini menandakan iolss minat handbag leather Gucci yang satu ni... Belinya??? Ha ha ha...entah bila... Sebelum ada Ash bolehlah berangan2 menyimpan selama setahun setengah pas tu beli sejibik...lepas ada Ash ni tunggu 3 tahun kot baru boleh beli...muahahahaha.... Lepas tu design dah outdated dah.... Tapi kalau dapat rezeki terpijak...why not kann??? Self-rewards sikit untuk diri sendiri... 

Ada macam2 jenis kulit yang biasanya dibuat atau di-transform menjadi handbag... ada cowhide, lambskin, calfskin, pigskin (ha yang ni jangan gegatal nak beli ek uolss...haremmmm!!!), jenis full grain, nappa and etc.... Tapi uolss rasa2lah uolss faham tak setiap jenis skin tu??? He he he...iolss pun tak berapa nak faham sangat dan tak berapa nak tau sangat... Ekekekeke...tapi lepas terjah sana terjah sini...jumpa sesuatu di SINI

Calfskin
Calfskin ni merupakan kulit yang diambil daripada lembu2 muda yang masih menyusu...kesiannya... Disebabkan kulit muda ni mempunyai kesempurnaa yang tinggi (kurang parut/bekas2 gigitan), ia sangat sesuai kalau dibuat fullgrain leather. Apa itu fullgrain leather??? Fullgrain leather ada corak natural kulit itu sendiri, tak perlu melalu "sanding proses" iaitu lebih kurang macam polish la untuk hilangkan corak "grain pattern of the skin". Tapi calfskin ni lembut melalui pengalaman iolss...so so soft uolss... eleh...uolss pun mesti pernah rasa kann??? Ada pendapat mengatakan calfskin terlalu lembut untuk dibuat wallet atau bag. Tapi kannn...bak kata tukang share ni... durabiity sesuatu product tu bukan sebab sama ada ia dibuat menggunakan calfskin ataupun tidak... workmanship tu yang penting.

Lambskin
Lambskin pulak ialah kulit yang diambil daripada anak kambing biri2 (young sheep). Lembut, agak mudah lentur dan tekstur tu halus macam sutera. Agak sukar untuk memproses sesuatu produk yang menggunakan lambskin, tidak seperti cowhide leather. Ia terlalu lembut, susah nak dapat sesuatu bentuk dengan menggunakan bahan ni. Tapi, banyak digunakan dalam pembuatan "fabric-like" product seperti jacket dan sarung tangan ("glove"). Lambskin sangat sukar dijaga. High maintenance. Mudah calar. Perlukan penjagaan extra rapi.

Cowhide
Cowhide pulak ialah kulit yang diambil dari lembu. Ianya kukuh, kasar dan tebal. Kedengaran macam tak berapa nak best kann??? Tapi cowhide ni lah yang digunakan secara meluas dalam pembuatan produk kulit. Bila diproses dan dirawat dengan teliti, ia akan menjadi bahan yang sangat bermutu, mempunyai nilai yang tinggi dan sangat tahan lama. Ia juga boleh dikatakan tahan calar dan sangat mudah menjaganya.

Pigskin
Oink! Oink! Oink! Pigskin atau kulit khinzir adalah alternatif termurah bagi menggantikan cowhide. Pigskin memang sangat murah dan biasa digunakan dalam pembuatan lining dalam kasut atau lining dalam handbag. So hati2 uols!!! Pigskin mempunyai pores (liang2 roma) yang jelas. Ada orang mempertikaikan tentang 'apa kisah dengan kulit khinzir atau lembu?'...Hoiii...haruslah kisah... Muslim tidak dibenarkan menyentuh khinzir sama sekali!!! Jadi amatlah disarankan kita2 yang Muslim ni mengambil tau tentang barang yang weolls beli sama ada untuk diri sendiri atau orang lain ok??? Personal suggestion, bila beli handbag, walaupun dibuat dari kulit lembu, pastikan weolls meneliti bahan apa yang digunakan sebagai lining dalam beg. If daripada bahan kulit seperti sued (velvety), jangan sentuh!!! Ia mungkin kulit khinzir. Kebanyakan handabags menggunakan lining kain satin, ia selamat untuk digunakan. Tapi, 'taraf' pigskin nampaknya semakin naik bila Gucci mula menggunakan pigskin dalam pembuatan produk kulitnya. Walaupun bahan murah, oleh kerana disebabkan brand tu Gucci dah tentu tentu ia kelihatan sangat menarik kann??? harga pun menarik jugak... So hati2 kalau bercita2 nak beli Gucci Leathergoods. Macam yang iolss minat kat atas tu... Marc Jacobs Jelly Jacquard pun bila baca review sana sini... ada pigskin lining uolss.... Oh oh...

Patent Leather
Patent leather ialah kulit yang dirawat dengan plastic coated yang memberikan hasil glossy. Ia kelihatan hampir sama dengan kulit tiruan yang bersifat glossy tapi patent leather mempunyai satu bau atau aroma yang agak wangi if dibandingkan dengan kulit tiruan. Sangat mudah dibersihkan, hanya menggunakan kain lembab. Kesan calar yang sedikit pun boleh dihilangkan dengan pembersihnya. Tapi lama kelamaan kekilatannya boleh pudar dan nampak sifat sebenar leather yang agak rubbery. Kalau nak tengok contoh patent leather ni...uolss boleh Google... Marc Jacobs Croc of Q Lil Riz yang dibuat daripada PVC. Ia glossy sama seperti patent leather. Dan Versace Croc Embossed Patent Handbag yang diperbuat daripada patent leather.

Lagi satu nak share dengan uolss... warninggg!!! dari pemilik entri di SINI ... it is really2 important lah ek... if uolss memiliki branded bags atau bercita2 memiliki from LV, Prada, Gucci, Channel etc...or even not really expensive branded bag like Guess, Zara or Mango...mesti nak jaga kann??? Caranya???
  1. Elakkan menyimpan dalam beg plastik, sebab akan menyerap kelembapan.
  2. Bungkus selalu leather bags uolss dalam beg kain. Alaaa...kalau beli handbag selalu bagi pembungkus macam laundry bag tu kann??? Guna tu... 
  3. Isi handbag dengan kertas polos atau tissue untuk jaga shape so that tak rosak or penyek.
  4. Pastikan almari beg tangan weolls kering dan tak lembab, tambahkan silica gel / perfume gantung almari untuk menghindari dari panas dan angin2kan beg2 weolls sebulan sekali. Jangan biar terpesuk jer ek??? 
  5. Beberapa branded bags, menjual pembersih khas for their products. Tanyakan penggunaan pada sales person. Selain merawat bahan, weolls juga perlu memperhatikan retsleting. Iaitu kotoran yang terselit. 
  6. Then, yang ni iolss tak pernah baca dan tau...katanya kalau nak nampak lagi baru gunakan minyak cap kapak sebab dikatakan minyak cap kapak membuatkan handbags weolls (beg kulit) tahan lagi lama... Ho ho ho...Iolss tak tau ek yang ni...ini yang writer suggest... Kalau rosak iolss tak bertanggungjawab...Ke ada sesiapa yang tau???
Gitewlahhh ceritanya tentang leather handbags... ho ho ho... kalau dah perempuan tu perempuan jugaklah kannn...ceritanya tak banyak sikit mesti berkait pasal handbags, shoes, accessories and bla bla bla... tu tak masuk part Pandora, charming bracelet, bla bla bla lagi tu... ho ho ho... 

Post a Comment

27Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. bnyak pulak kulit haiwan.
    lepas nie mungkin boleh cuba kulit pokok pula.
    heheh.
    kesian kt haiwan.

    ReplyDelete
  2. barangan kulit ni mmg kena betul2 jaga...kang nanti berkulat..

    ReplyDelete
  3. wow...akak mmg peminat handbag..

    ReplyDelete
  4. Nice info for penjagaan beg.. Hehehe..

    ReplyDelete
  5. yng pigskin tu xpnh la tgk kat beg. tapi pnh la tgk kat kasut. dia ada buat note la bgthu dibuat dari pigskin..

    ReplyDelete
  6. banyk upenye jenis kulit..uhuhuh...bese pakat bedal je asl bkenan...

    ReplyDelete
  7. beg sembonia sy dh rosak da kulitnye sbb dibiar je terperosok dlm almari..sadis sungguh

    ReplyDelete
  8. tak reti nak bezakan sebab tengok cam sama je haha. Lagipun, tak pernah beli leather beg sebab tak mampu hehe :D

    But, thanks for the info dear ;)

    ReplyDelete
  9. lawo giler beg gucci kuning tu...belikan tuk k.el hehe

    ReplyDelete
  10. part pigskin tu la yg takut tu walaupun branded punya handbbag...

    ReplyDelete
  11. akak pernah kena tipu, katanya leather..bayar mahal kemain, pakai tak sampai setahun mengelupas, kulit hamenda..

    ReplyDelete
  12. Payahnya lah beli barang2 mahal ni...sepatutnya mahal, senang dijaga dan lasak. hehe
    Tapi pasal jenis2 kulit tu memang kena ambil peduli!

    ReplyDelete
  13. Cantik. Tp x sampai hati nak beli. Mahal sgt.

    ReplyDelete
  14. New info yg pasal penggunaan minyak cap kapak..hihu...x berbau ke nnt bag2 tu dgn minyak?

    ReplyDelete
  15. Kathy Xpandai pilih handbag ni..

    ReplyDelete
  16. tak mampu lagi nak beli beg mahal2.. T_T

    ReplyDelete
  17. tgk cantikkk mesti nak beli..tapi jarang pakai

    ReplyDelete
  18. Banyak sungguh penggunaan pig skin ni kan..kalau yg branded tu selalu diorg bgtau, ok la kan...kena berjaga-jaga la yg pntg.

    ReplyDelete
  19. Ros tak pandai sangat bab handbag ni. sebab tak banyak pun koleksi.. selagi tak rosak, dok guna yang tu je la.. hihi

    ReplyDelete
  20. good sharing..ade la tahu sikit pasal bag kulit ni :)

    ReplyDelete
  21. Boleh tahu kat mna ya nk dpt kan kulit utk buat beg mcm wallet.. sy nk buat sndri kat umh ja.. tq.. klu ada kedai yg jual mcm skeping ke blh bg tau sy ya.. atau email kat sy di aidilazahar69@gmail.com

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !