Bagaimana Rekod CCRIS Mempengaruhi Permohonan Pinjaman???

Farah Waheda Wahid
10
Terpanggil untuk berkongsi buat general knowledge weolls semua... Extracted info from HERE

Soalan: Kenapa nama saya ada dalam laporan CCRIS???
Jawapan:
Semua rakyat Malaysia yang pernah buat pinjaman bank dan mempunyai kad kredit sebenarnya ada rekod nama dalam laporan CCRIS. Tak kisahlah sama ada rekod pembayaran pinjaman atau kad kredit dia sebelum ini baik atau tidak. Apa sebenarnya yang direkodkan dalam laporan CCRIS ialah status sejarah pembayaran balik pinjaman atau kad kredit, adakah ada lewat bayar atau tak membayar. 
Ini adalah contoh rekod CCRIS yang baik:

Ini pula adalah contoh rekod CCRIS yang tidak baik:

Biasanya sebelum proses permohonan pinjaman dapat dilakukan maka pihak bank akan check terlebih dahulu sejarah pembayaran semula pinjaman ataupun kad kredit weolss sebelum ni di Bank Negara Malaysia di samping dokumen2 sokongan yang lain seperti slip gaji, Borang EA dan sebagainya. Inilah prosedur yang biasa dilakukan oleh bank. Seringkali pihak bank tidak dapat meneruskan prosedur permohonan pinjaman disebabkan kena 'block' oleh sistem yang ada pautan dengan rekod CCRIS di Bank Negara Malaysia.

Soalan: Jika rekod CCRIS tak baik so macam mana nak mohon pinjaman???
Jawapan:
Caranya ialah, sila bayar jumlah lewat bayar atau dalam kes kad kredit SEBELUM tarikh akhir pembayaran setiap bulan. Pastikan selepas itu jangan sesekali lewat bayar dan sila bayar mengikut jumlah yang telah ditetapkan oleh bank (bayar lebih tak apa, asal jangan bayar kurang). Setelah weolls membayar penuh kesemua jumlah lewat bayar tersebut, cuba mohon pinjaman lagi selepas tiga (3) bulan. 
Biasanya untuk kad kredit, sekiranya dua (2) bulan berturut2 bayar kurang daripada jumlah bayaran minimum yang telah ditetapkan DAN/ATAU bayar lewat daripada tempoh akhir pembayaran bulanan maka akaun kad kredit tersebut akan dikenakan tindakan "TEMPORARY BLOCK". Sekiranya bulan berikut berikutnya masih bayar kurang daripada jumlah minimum ataupun bayar lewat maka akaun tersebut akan terus dikenakan "PERMANENT BLOCK" atau "BLACKLIST"

Soalan: Kenapa kena mohon pinjaman selepas 3 bulan???
Jawapan:
Sebenarnya bank nak lihat adakah weolls memang komited nak membayar semula pinjaman atau sekadar membayar semata2 nak mohon pinjaman. Sekiranya weolls mohon pinjaman sejurus selepas bayar tunggakan jumlah minimum maka bank akan anggap weolls membayar sekadar nak dapatkan pinjaman semata2. 
Soalan: Saya tak boleh tunggu sehingga 3 bulan. Apa yang patut saya lakukan???
Jawapan:
Nasihatnya adalah, if weolls ada duit yang cukup, maka langsaikanlah kesemua hutang2 tertunggak dalam pinjaman ataupun kad kredit tersebut sekaligus. Rekod pinjaman atau rekod hutang tertunggak kad kredit weolls akan dipadamkan dari laporan CCRIS dalam tempoh 40 hari selepas weolls membuat pembayaran penuh dan weolls bolehlah membuat permohonan pinjaman semula. Weolls juga boleh minta surat dari bank2 berkenaan menyatakan weolls telahpun membuat pembayaran penuh.

Soalan: Bank tempat saya mohon pinjaman tak dapat nak check bank mana yang saya ada terlewat bayar, jadi macam mana saya nak check dengan CCRIS???
Jawapan:
Nampaknya terpaksalah weolls hubungi setiap bank yang weolls ada buat pinjaman dan tanya sekiranya ada terlewat bayar. Weolls juga boleh ke Bank Negara Malaysia untuk mendapatkan laporan penuh.

Oh yess... apa itu CCRIS??? CCRIS adalah singkatan bagi Central Credit Reference Information System atau Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat yang merupakan satu sistem pangkalan data berkomputer untuk mengutip, memproses, menyimpan dan menghasilkan maklumat kredit seseorang individu. Ia dikawalselia oleh Biro Kredit di bawah naungan Bank Negara Malaysia. Apabila seseorang individu atau syarikat membuat pinjaman dari mana2 bank, maklumat pinjaman tersebut akan dikutip oleh Biro Kredit dan dimasukkan ke dalam laporan CCRIS ini. Di dalam laporan CCRIS terdapat 3 bahagian utama iaitu Laporan Ringkas Kredit, Laporan Kredit Terperinci dan Laporan Kredit Tambahan. Kalau nak tau apa 3 bahagian utama ni...uolss boleh refer entry iolss di SINI

*Phewww...sempat jugak cengkelat menaip selama 8 minit ni...ekekekeke.... walaupun busy...
Soalan:  Kenapa nama saya ada dalam laporan CCRIS?
Jawapan:
Semua rakyat Malaysia yang pernah buat pinjaman bank dan mempunyai kad kredit sebenarnya ada rekod nama dalam laporan CCRIS. Tak kisah lah sama ada rekod pembayaran pinjaman atau kad kredit dia sebelum ini baik atau tidak. Apa sebenarnya yang direkodkan dalam laporan CCRIS ialah status sejarah pembayaran balik pinjaman atau kad kredit adakah ada lewat bayar atau tak membayar langsung atau bayar mengikut jadual seperti mana yang diminta oleh bank.
Ini adalah contoh rekod CCRIS yang baik:
Contoh Rekod CCRIS yang baik
Contoh Rekod CCRIS yang baik
Ini pula ialah contoh rekod CCRIS yang tidak baik:
Contoh Rekod CCRIS yang Tidak Baik
Contoh Rekod CCRIS yang Tidak Baik
Biasanya sebelum proses permohonan pinjaman dapat dilakukan maka pihak bank akan periksa terlebih dahulu sejarah pembayaran semula pinjaman atau pun kad kredit kita sebelum ni di Bank Negara Malaysia di samping dokumen-dokumen sokongan yang lain seperti slip gaji, Borang EA dan sebagainya. Ini lah prosedur yang biasa dilakukan oleh bank. Sering kali pihak bank tidak dapat meneruskan prosedur permohonan pinjaman disebabkan kena ‘block’ oleh sistem yang ada pautan dengan rekod CCRIS di Bank Negara Malaysia.

Soalan: Jika rekod CCRIS tak baik jadi bagaimana nak mohon pinjaman?
Jawapan:
Caranya ialah, sila bayar jumlah lewat bayar atau dalam kes kad kredit  SEBELUM tarikh akhir pembayaran pada setiap bulan. Pastikan selepas itu jangan sesekali lewat bayar dan sila bayar mengikut jumlah yang telah ditetapkan oleh bank (bayar lebih takpe asal jangan bayar kurang).
Setelah anda membayar penuh kesemua jumlah lewat bayar tersebut, cuba mohon pinjaman lagi selepas 3 (tiga) bulan.
Biasanya untuk kad kredit, sekiranya dua (2) bulan berturut-turut bayar kurang daripada jumlah bayaran minimum yang telah ditetapkan DAN / ATAU bayar lewat daripada tarikh akhir pembayaran bulanan maka akaun kad kredit tersebut akan dikenakan tindakan ‘TEMPORARY BLOCK’. Sekiranya bulan berikutnya masih bayar kurang daripada jumlah minimum atau pun bayar lewat maka akaun tersebut akan terus dikenakan ‘PERMANENT BLOCK’ atau ‘BLACKLIST’

Soalan: Kenapa kena mohon pinjaman selepas 3 (tiga) bulan?
Jawapan:
Sebenarnya bank nak lihat adakah anda memang komited nak membayar semula pinjaman atau sekadar membayar semata-mata nak mohon pinjaman. Sekiranya anda mohon pinjaman sejurus selepas bayar tunggakan jumlah minimum maka bank akan anggap anda membayar sekadar nak dapatkan pinjaman semata-mata.


Soalan: Saya tak boleh tunggu sehingga 3 (tiga) bulan. Apa yang patut saya lakukan?
Jawapan:
Nasihat saya, sekiranya anda ada cukup wang, maka langsaikan kesemua hutang-hutang tertunggak dalam pinjaman atau pun kad kredit tersebut sekali gus. Rekod pinjaman atau rekod hutang tertunggak kad kredit anda akan dipadamkan dari laporan CCRIS dalam tempoh 40 hari selepas anda membuat pembayaran penuh dan anda boleh lah buat permohonan pinjaman semula. Anda juga boleh minta surat dari bank-bank berkenaan menyatakan anda telah pun membuat pembayaran penuh.


Soalan: Bank tempat saya mohon pinjaman tak dapat nak periksa bank mana yang saya ada terlewat bayar jadi bagaimana saya nak check dengan CCRIS?
Jawapan:
Nampaknya terpaksa lah anda hubungi setiap bank yang anda ada buat pinjaman dan tanya sekiranya ada terlewat bayar. Anda juga boleh ke Bank Negara Malaysia untuk mendapatkan laporan penuh.
- See more at: http://www.ezpayment2u.com/blog/2013/02/bagaimana-rekod-ccris-mempengaruhi-permohonan-pinjaman-bank/#sthash.wTDwOrgR.dpuf

Post a Comment

10Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. good info... huhu... paling malas nk berhutang kak... mmg dh xde hutang kecuali satu je yg mmg diitolak gaji setiap bulan.. lain2 dah settle... alhamdulillah...

    ReplyDelete
  2. ada sesetengah company cek CCRIS pekerja yang baru nak join...^_^

    ReplyDelete
  3. susah juga kalai dah kena CCris ni ye...Ada le pengetahuan farah share ni

    ReplyDelete
  4. Nak account clear kena bayar on time kan farah. Sekarang ni even one day dah ada rekod..

    ReplyDelete
  5. pernah dengar pasal CCRIS tapi tak tau apekendanya CCRIS tu.
    so thanks for sharing farah! :)

    ReplyDelete
  6. gud info,tq farah

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !