Home » , , , , , , , , » 2 Bakat Baru Pemenang Peraduan #masukdramaseludup Diumumkan!!!

2 Bakat Baru Pemenang Peraduan #masukdramaseludup Diumumkan!!!


Uolss masih ingat tentang #seludup??? atau baru pertama kali membaca??? atau mengetahui??? atau mendengar??? Kalau yang ingat2 lupa tu dan rasa nak refresh atau recap boleh refer entri iolss #seludup... Drama Bersiri Terbaru di Astro Malaysia  yang iolss up pada 27 Jun 2014. ^_^…

Kalau ada yang malas nak klik entri lama iolss tu oklah... sikitlah sikitlah iolss bagi snapshot of the entri... Tapi rugi tau tak...Ada banyak gambar... muahaha... 

#seludup... Astro Prima (Saluran 105) dan Mastermind Group Sdn Bhd memperkenalkan drama bersiri 13 episod...SELUDUP yang dijangkakan ditayangkan menjelang hujung tahun ini. Tayangan serentak HD juga boleh ditonton di Astro Maya HD (Saluran 135).

Brief synopsis??? Uolss silalah rajinkan diri klik entri pertama iolss tentang SELUDUP ni ek??? Eh ada gambar iolss dengan Tiz Zaqyah tau... ihikss... punyalah nak suruh uolss klik... ekekeke... tapi betul apa... nak tengok kliklah entri tu...

Dalam entri tu iolss ada mention tentang... kalau2 uolss minat nak jadi retis dan sekaligus memenangi sejumlah wang yang bernilai RM 15,000.00. Phewww... untung2... dahlah dapat jadi retis lepas tu dapat lagi duit... 


Inilah yang iolss maksudkan tu uolsss... dah ada 2 pemenang dalam peraduan #masukdramaseludup ni tau... Pemenang2 ni telah diumumkan pada 16 Ogos 2014. Mohd Nor Andika Bin Abdul Halim (25 tahun) dan Nur Afieqah Binti Zulkarnain (20 tahun) yang masing2 berasal dari Johor dan Kuala Lumpur. 




Mereka berdua ni telahpun berjaya mengungguli pertandingan #masukdramaseludup dan berpeluang untuk bergandingan dengan nama2 besar industri hiburan negara seperti Pekin Ibrahim, Tiz Zaqyah, Namron, Syafie Naswip dan Raja Ilya. Turut membintangi drama bersiri 13 episod ini adalah Jehan Miskin, yang juga bertindak sebagai penerbit eksekutif dan pengarah.

Nak tengok tak video ujibakat kedua2 pemenang ni??? Meh iolss kongsi dengan uolss... 



Dilancarkan oleh Astro Malaysia dan Mastermind Group Sdn. Bhd., drama sarat aksi dan cinta ini berkisar tentang kegiatan perdagangan barangan haram seperti rokok seludup, dadah dan pemerdagangan manusia yang menjejaskan pendapatan, keselamatan dan kualiti hidup masyarakat Malaysia. Produksi ini telah memilih daerah Pantai Pengkalan Balak di Masjid Tanah, Melaka sebagai lokasi dan kini di dalam fasa kedua penggambaran.

Menurut Jehan, "Pencarian bakat inj dimulakan sejak 25 Jun 2014 dan ia telah menerima sambutan di luar jangkaan dengan kiriman lebih 130 penyertaan melalui video yang dimuat turun di laman Facebook 'Seludup'. 2 pemenang yang dipilih inj adalah yang terbaik di antara mereka". 

"Berdasarkan karakter mereka, saya telah menulis 2 watak sampingan di dalam 'Seludup' yang bakal dilakonkan oleh 2 bakat baru ini. Tujuan kami bhkan sahaja untuk mencipta kelainan dan memberikan lebih impak kepada 'Seludup', tetapi juga untuk memeriahkan lagi suasana industri hiburan tanahair" ulas Jehan lagi.


Mohd Andika yang merupakan seorang pekerja restoran berkata “Saya amat berterima kasih kepada para juri yang telah memilih saya dan saya percaya saingan adalah sangat sengit. Peluang ini akan saya gunakan sepenuhnya untuk mencapai impian saya menjadikan bidang lakonan sebagai kerjaya”. Perasaan gembiranya turut dikongsi Nur Afieqah, seorang pelajar yang menyifatkan peraduan ini sebagai usaha yang sangat unik untuk mendedahkan bakat baru dengan realiti sebenar kerjaya lakonan.

Selain peluang keemasan untuk berlakon di dalam drama ‘Seludup’, pemenang-pemenang juga akan menerima hadiah bernilai sehingga RM15,000.

Untuk maklumat lanjut mengenai ‘Seludup’ dan peraduan #masukdramaseludup termasuk terma dan syarat, sila layari laman FB Seludup di http://www.facebook.com/seludup  ... Uolss juga boleh look see look see Instagram 'Seludup' di @seludup 

*Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan semoga drama 'Seludup' ni terus sukses serta mendapat sambutan yang menggalakkan... Ihikss tetiba terasa rugi pulak tak hantar video ujibakat... ^_*

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel 2 Bakat Baru Pemenang Peraduan #masukdramaseludup Diumumkan!!!, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, August 20, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

10 comments:

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia