Home » , , , , , , , , » The "Bantal Busuk" Phenomenon!!!

The "Bantal Busuk" Phenomenon!!!


Ulang tayang gambar yang sama dari entri INI, semata2 nak tayang bantal papam Ash... Ahakss... Jangan harus hilang bantal papam tu... Mengamuk dia memang semacam... Semua jadinya serba tak kena... Itu salah ini salah... Ibarat nyawa dia bantal papam dia tu dan itulah bantal pertama Ash sewaktu lahir... Memang patut pun dia sayang... Sentimental value tu pada dia...Ahakss... Adoiiiii... Tapi Mummy pun sama uolss... Bantal papam hasil duit Nuffnang giteww namanya... Wakakaka... Itu pun nak mention... Perlu ke??? 

So why kanak2 sukalah sangat dengan bantal busuk ni??? Tabiat kanak2 tidak mahu renggang dengan bantal buduk dipanggil "clinging behavior" atau tingkah laku yang bergantung kepada sesuatu benda dan tidak mahu berenggang dengannya. Ia tidak terhad kepada bantal atau anak patung sahaja. Sesetengah kanak2 menjadikan kain selimut tertentu, sapu tangan dan seumpamanya sebagai objek selesa mereka.

Tingkah laku pautan (clinging behaviour) adalah sikap biasa yang sering terjadi kepada bayi dan kanak2 di peringkat awal. Biasanya tabiat ini bermula di rumah dan berlaku kepada kanak2 yang kurang stimulasi dan mahukan sesuatu untuk peneman untuk menenangkan diri mereka. Erks...Ash kurang stimulation ke??? Hu hu hu... hari2 Mummy interact and stimulate his thinking....Apakah??? Kurang lain ni agaknya... Ok... Mummy tau apa... tapi tak perlu cerita kat orang...Shhhh... kita dua jer tau apa kan Ash??? Ekekeke... 

Kanak2 yang begini akan memegang bantal, kain atau anak patung sebelum tidur kerana rasa ingin ada seseorang bersama mereka... Dush dush tetiap malam Mummy dok peluk kot... Tapi tengah2 tu mesti ada bantal papam dia... Perlakuan menggentel bantal atau kain ini seakan memberi keselesaan sehingga menjadikan mereka asyik. Dek keasyikan menggentel bantal, membuatkan mata mereka mudah terlelap dan perkara ini berulang2 sehinggalah ia menjadi satu tabiat yang sukar dikikis.

Ada juga sesetengah kanak2 berbual dengan bantal atau anak patung kesayangan mereka. Ini meupakan satu cara untuk mereka berkomunikasi dan ia dipanggil teman imaginasi (imaginary friends). Sebenarnya mereka mahukan seseorang untuk meluahkan perasaan, namun disebabkan kesibukan ibu bapa atau pengasuh, luahan itu terpaksa disalurkan kepada teman imaginasinya itu. Phew... harap2 anak Mummy taklah sampai peringkat imaginary friends ni ek??? Nak luah apa2 Ash luah jer kat Mummy ni ha... You've been given and gifted to a very open minded and non-orthodox Mummy... In Shaa Allah, I'll be able to follow your flow but that doesn't mean I agree to everything you think and do yer my baby son??? Yang salah tetap salah, yang betul tetap betul... dicipline is a must!!!

Satu lagi punca tingkah laku yang bergantung kepada sesuatu ini juga disebabkan oleh rasa ingin selamat (sense of secure). Kanak2 kecil belum memahamj konsep kehilangan sementara katanya. Mereka tidak faham bahawa sesuatu benda yang hilang itu akan muncul kembali dan kerana itu mereka mahukan ada sesuatu yang menjadi peneman mereka. Dengan melakukan perlakuan sedemikian seperti menggentel bantal, kain dan sebagainya membuatkan mereka rasa selamat dan tidak ditinggalkan keseorangan.

Dalam hal begini, ibu bapa tidak perlu terlalu risau dengan tabiat menggendong bantal atau anak patung ini kerana ia bersifat sementara. Ibu bapa perlu memainkan peranan untuk mengelakkan tabiat ini daripada berterusan dengan cuba memisahkan anak dengan rakan karib mereka ini secara perlahan2. Masa yang terbaik untuk memisahkan kanak2 ini adalah ketika umur mereka mencecah 3 tahun. Ha ha ha... Ash you still have time at least another 2 years??? Sebaliknya jika dibiarkan, perlakuan ini mungkin akan berterusan sehingga mereka dewasa.

Namun, terdapat juga kanak2 yang boleh berpisah dengan teman akrab mereka ini dengan sendirinya selepas memasukk taska kerana malu kepada rakan2 yang lain. Aktiviti seharian di taska mudah mengurangkan kebergantungan kanak2 tadi terhadap bantal atau anak patung mereka.

Menurut pakar psikologi, memiliki abantal busuk hingga dewasa bukan perkara yang mustahil. Memang tidak ada kesan sampingan, tetapi tabiat ini boleh berlarutan hingga dewasa dan sukar dikikis jika tidak dikawal. Sesetengah individu sukar berpisah dengan tabiat ini disebabkan ibu bapa terlalu mengikut kehendak anak yang mahukan bantal busuk sentiasa ada bersama. Dalam hal ini, peranan ibu bapa dan pengasuh perlu ada untuk mengelakkan tabiat ini berterusan.

Kredit: SINI

Oh Ashhh... janganlah sampai nak masuk school sok2 sibuk berentakan bagai nak bawak bantal papam tu yer??? Ihiksss... entahkan bantal papam dia wujud lagi ke tidak pada waktu dan ketika itu... hu hu hu... Hopefully mudahlah nak rengangkan Ash dengan bantal papam dia, one fine day nanti....

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel The "Bantal Busuk" Phenomenon!!!, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Sunday, July 6, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

18 comments:

  1. Salam Ramadhan & Salam Perkenalan..
    Nanti jemput join GA saya ye :)
    http://ummudd80.blogspot.com/2014/07/ihya-ramadhan-giveaway-by-ummudd80.html

    ReplyDelete
  2. adik sedara ayu x nak bantal. tapi kain batik mak dia. sampai skrg umur 9 years. dgn kain batik mama dia.

    ReplyDelete
  3. ooo..itu sebabnya ke rupanya. dulu saya pun asyik pegang bantal je. sampai menangis tak nak tidur bila bantal tu tak dapat jumpa. (mak cerita).

    ReplyDelete
  4. alolo rindu plak bantal busuk kita..hahah

    ReplyDelete
  5. Anak sedara CP pun sama. Tak boleh berenggang dengan bantal busuk. Sampai gi tadika pun letak dalam beg. hehe.

    ReplyDelete
  6. Hahaha jangan kan berbudak je dear...cik akak pun sampai sekarang ada bantal busuk hihi

    ReplyDelete
  7. Mcm damia lah tu Farah ... suka menggentel bantal busuknya ... hehe

    ReplyDelete
  8. ooo baru tahu knp budak suka bantal busuk...info yg bagus..tp kalo org tua bangka suka bantal busuk sebab apa plak ye

    ReplyDelete
  9. sebenarnya...saya ....hehehe :P

    ReplyDelete
  10. kak farah kite dah umur 22. Still attach dgn bantal busuk lg. haha. taktau la knape :P

    ReplyDelete
  11. Time nak tido jer kot dia cari Farah....kalau sekolah sok dia nak cari bahaya jugak tu hehe

    ReplyDelete
  12. tak sah kalau takde batal busuk kan..kalau basuh pun mesti die tak suka..nak jugak bau kepam bantal tu..hihi

    ReplyDelete
  13. Hahahaha. Rindu plak nak bergolek sakan dengan bantal busuk kita. Ekekeke. :P

    ReplyDelete
  14. bantal bucuk...anak saya takde bantal bucuk..tapi sejak dah besar ni suka peluk anak patong merah dia tu..

    ReplyDelete
  15. setgh org tak suka bantal busuk diorang di basuh, lpas tu baunya nauzubillah..-..-

    ReplyDelete
  16. selamat la Irfan tak terjebak dengan bantal busuk ni, kalau tak jenuh ler nk membasuh..baunyer ! huhuhu

    ReplyDelete
  17. Rimas betul dengan bantal busuk nih..

    ReplyDelete
  18. Anak akak pun ada bantal besok...siap akak sorok time dia dah besar...hihi

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia