Simptom2 Keguguran


Opocottt mak ko... Tengah2 bulan Ramadhan ni dok tayang gambar yang tak sepatutnya pulak... Tak sepatutnya ke ni??? Ok bukan atas tujuan apa2... untuk gambar hiasan entri uolss... ermm... 

Sometimes ada beza antara kita tahu kita preggy dan suddenly things happens like this...dan ada kalanya kita tak tau tapi suspect kita preggy and things happens like this... So... mungkin ada orang yang tau apa itu simptom2 yang mereka bakal mengalami keguguran dan mungkin ada orang yang tak tau langsung apa itu simptom2 yang mereka hadapi seterusnya mengalami keguguran... dush dush... tu kaedahnya belum sempat nak check giteww...bila dah jadi dah ada pengalaman sendiri barulah tau kannn??? Tapi jangan sedih jangan putus asa dan jangan rasa apa2 pun... rezeki tu dari Allah SWT... it's up to Allah whether nak bagi atau tak kerana Allah tahu apa yang terbaik buat setiap hambaNya... Betul tak??? Ada sebab kenapa Allah tak bagi dan ada sebab kenapa Allah bagi... Chill, relax, redha, tabah, pasrah and accept it with an open hands.... In Shaa Allah, kalau dah dikatakan Kun Fa Ya Kun, tak ke mana rezeki tu... ^____^... Me??? Seelok2nya bukan sekarang uolss... my focus is towards Ash sekarang ni... Bukan tak nak lagi, but hold first... Cause we our ownselves know why and what is the reason...tapi kalau Allah dah nak bagi, weollss Alhamdulillah dan terima seadanya... Itu kan rezeki dari Allah SWT... 

Makanya, iolss nak berkongsi dengan uolss yang boleh dikatakan boleh menjadi info serta pengetahuan am, terutama2nya weolss the ladies ni... 10 tanda2 keguguran... 

Sakit
Uolss mungkin mengalami kekejangan pada pelvis, sakit perut yang berterusan atau sakit pada bawah belakang. Sakit mungkin berterusan sehingga beberapa hari sebelum atau sehingga selepas pendarahan terjadi. Kekejangan yang kuat boleh menjadi satu tanda keguguran. 

Pendarahan
Pendarahan faraj yang mungkin bertompok2 atau banyak yang menjadi lebih kerap dan sekali sekala. Pendarahan merupakan salah satu tanda keguguran tetapi ia juga boleh terjadi pada kehamilan yang normal.

Kehilangan Tanda Kehamilan
If badan uolss terasa kembali kepada normal di mana tanda2 kehamilan seperti mabuk hamil, keletihan, sakit belakang hilang. Ia kemungkinan tahap hormon telah jatuh di mana hormon tersebut tidak lagi mengekalkan kehamilan apabila semua tanda kehamilan telah hilang.

Ketiadaan Denyutan Jantung Baby
Denyutan jantung baby biasanya boleh dikesan melalui ultrasound scan. Ihikss..teringat Ash dulu...suka dengar denyutan jantung dia masa dalam perut gi checkup... Jika denyutan jantung bayi tidak boleh dikesan, ia akan menjadi satu tanda bahawa bayi telah mati atau tidak berkembang.

Tiada Pergerakan Janin
Uolss harus sentiasa memerhati corak pergerakan baby uolss sepanjang hari di mana baby uolss mempunyai tempoh waktu tidur, kadang2 ia berkekalan selama 4 jam. Walaubagaimanapun, tempoh ini tidak boleh melebihi 4 jam. Jumpalah doktor uolss if uolss tak boleh merasa atau kurang pergerakan baby. Pergerakan baby hanya boleh dirasa dalam antara minggu ke 18 dan minggu ke 24.

Sakit Belakang
Kadang2 ibu hamil akan berasa kekejangan sakit belakang dan ketidakselesaan. Akan tetapi kesakitan yang tajam dan kerap mungkin merupakan kontraksi dan isyarat awal tanda keguguran.

Ujian Positif Kemudian Bertukar Kepada Negatif
If ujian diambil pada 2 pagi berturut2 di mana hari pertama mendapat ujian positif dan kembali kepada negatif pada hari kedua, ia bukan saja menjadi tanda keguguran. ia mungkin juga menjadi tanda kehamilan luar rahim, ektopik.

Lelehan Faraj
Jika darah ketul dan tisu seperti daging keluar dari faraj, kemungkinan besar keguguran sudah terjadi.

Serviks Terbuka
Dalam kehamilan yang sihat dan normal, serviks biasanya kekal ditutup rapat sehingga beberapa minggu sebelum kelahiran baby. Jika serviks uolss buka dalam tempoh beberapa minggu pertama kehamilan, risiko keguguran adalah agak tinggi.

Paras Hormon HCG Jatuh
Badan perlu mengekalkan tahap hormon untuk mengekalkan kehamilan. Jika tahap HCG jatuh pada awal kehamilan, risiko keguguran adalah sangat tinggi. 

Sumber: SINI

Punca2 berlakunya keguguran pada awal kehamilan kebiasaannya lah disebabkan oleh faktor pemakanan, terlalu aktif, berdiri dan berjalan terlalu lama serta jauh, pakaian yang terlalu sempit/ketat, kasut tumit tinggi, tekanan atau stress, tidak cukup rehat, tidak mengambil asid folic, terlalu terkejut, kandungan tidak menjadi... Nak baca lebih lanjut boleh jer klik di pautan INI

*Makanya, my advice is, kalau suspect uolss preggy ataupun uolss sedang preggy...the first trimester, the first you got to know that you are pregnant, kenalah extra careful dan extra jaga dalam segala hal... Badan weolls ni semua tak sama kuatnya, tak sama antibodinya..ada orang memang boleh tahan tak kiralah ko melasak macam mana pun, ada orang yang weak, tapi better jaga dari awal uolss...

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Simptom2 Keguguran, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, July 3, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

30 comments:

  1. Begitu selama ni lya kurang tahu mengenai prkara ni..

    ReplyDelete
  2. pengalaman keguguran pertama,memang ada tanda-tanda macam tu...kali kedua memang tak perasan pun keguguran...lepas nie nak kena hati-hati lah kan..thanks for info nie farah..

    ReplyDelete
  3. It happened to my biras bln 2 hr tu. X de rezeki. Dah setahun kawin.

    ReplyDelete
  4. Betul tu. Lebih2 lagi 3 bulan pertama macam fizah sekarang. Kena extra hati2 dan rehat. Semoga baby fizah sihat hendakNYA. Selamat berbuka Farah.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum kak Farah.. masa gugur dulu, serba serbi taktahu apa. tengok2 keluar darah seketul besar macam hati ayam. sedih gila masa tu, awal nikah pula tu. bila mengandungkan Adam Husni, masuk bulan kedua baru tahu diri ni pregnant. baru start hati2 dengan semua benda. alhamdullilah, tengok anak depan mata. gembira tak terkata :)

    ReplyDelete
  6. Bagus sharing farah utk ibu2 muda..Alhamdulillah...ketiga-tiga anak akak xde tanda2 tu...

    ReplyDelete
  7. pengalaman sebegini memang menakutkan. syukurlah saya terselamat dari pengalaman ngeri... namun saya simpati kepada mereka yang mengalaminya... sudah tentu sedih. tetapi itu semua ada hikmahnya.... bersabarlah

    ReplyDelete
  8. salam sis. bab+ ni sy memang kurang tahu hehehhe btw nice sharing :)

    ReplyDelete
  9. tq sharing sis..tgk gmbr mule2 td nk pengsan rs..br tau tanda2 lain untuk tau kite dh keguguran..teringat my 1st baby..meninggal dlm perut tp xde tanda pape pun..gi klinik check denyutan jantung dh xde..scan, mmg dh xde..sedih sgtt..

    ReplyDelete
  10. nice info...saya ada 3 anak xde masalah masa pregnant dulu. tetiba yg ke-4 tak tahu apa sebab boleh gugur...takde rezeki

    ReplyDelete
  11. Pernah terjadi tapi ianya adalah sekadar chemical pregnancy..

    ReplyDelete
  12. thanks for the info kak..benda yang sangat menakutkan ni semoga para ibu ibu yang hamil menjaga kendungan mereka

    ReplyDelete
  13. Belum rezeki kak..xpe..hopefully there will be next..focus towards Ash first okay?

    ReplyDelete
  14. Ok, nice info especially for me yg tak pernah ambik tahu sblm ni... Huhu

    ReplyDelete
  15. thanks for the info kak. first time tahu pasal ni

    ReplyDelete
  16. ooo macam tu rupanya ..terima kasih berkongsi

    ReplyDelete
  17. Sha pun teringin sangat tapi tulaa... mungkin sebab Sha sakit so Allah taala hold dulu untuk mengandung kan... kewangan pun tak stabil lagi... tapi aduhai... teringinnnnnn sangat! anyway nice info kak fara.... sangat berguna...

    ReplyDelete
  18. sgt ngeri kan- mmg kena extra2x care dgn diri- membe baru keguguran & skrg masalah period tak teratur- moga dia dipermudahkan Allah atas dugaan y diberi.

    ReplyDelete
  19. 1st pregnant mmg xtau ada.check -ve tup2 turun drh n kuar seketoi tp kecik dr gmbr tu la.2nd pegnant pon check -ve.ada turun tnda drh gak ckit2.trus ke klinik scan n doc ckp pregnant.trus bhati2 ms nk wt keja2 n ckp kt bos dh xnk wt keja yg ada kena mengena dgn chemical

    ReplyDelete
  20. Pernah ada pengalaman sekali Farah ... bleeding ja wlupun dah sah pregnant. Seminggu camtu terus gugur....

    ReplyDelete
  21. Subhanallah harap nnti bila saya hamil saya tak alami perkara nie

    ReplyDelete
  22. Memang ngeri...akak ada pengalaman nie

    ReplyDelete
  23. bakal ibu atau ibu kalau tgh mengandung mesti kena jaga diri kan..

    ReplyDelete
  24. Wife Eraz pun pernah keguguran sekali.. Masa tu tak tahu pun pregnant..

    ReplyDelete
  25. betul tuh..dlu pernah jugak rse diri mcm pregnant.simptom tuh ade..xsmpat upt pun skali tgk drh kuar berketul...bgtau mak die ckp dh jd tp.xde rezki..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia