Home » , , , , , , , » Penyusuan Susu Bagi Ibu Yang Bekerja | Cara Penyediaan

Penyusuan Susu Bagi Ibu Yang Bekerja | Cara Penyediaan

Source Extracted from Google
Walaupunnn Ash tak minum susu ibu selepas habis tempoh confinement kerana Ash sendiri tak nak dan kalau dipaksa beliau akan muntah lilah.... Tapi sukalah kiranya iolss ingin berkongsi dengan uolss tentang info ni... ^_^... Tak dinafikan ada di kalangan weolls yang lebih expert melalui experience menyusukan anak sendiri...Tapi tak salahkannn kalau iolss berkongsi??? (Statement tak salah ni dah jadi macam skrip pulak kat Bubblynotes ni, dok ulang2 tanya soalan ni...he he he...)... 

Yang iolss nak cerita ni adalah penyusuan susu bagi ibu yang bekerja yang iolss baca di SINI ... baca uolss sekadar mengambil ilmu pengetahuan...walaupun iolss tak melalui fasa2 menyusukan Ash dengan susu Ibu lagi sekarang... Tapi ilmu pengetahuan tu kan tak terbatas... So, carilah ilmu yang baik di mana sahaja... betul tak??? Ilmu yang tak baik tu jangan sekali2 dekat... Jauhi diri dari ilmu2 yang tak baik kerana ia akan merosakkan diri sendiri.... Nauzubillahminzalik... 

Bagi ibu2 yang bekerja, penyusuan ibu tidak perlu dihentikan walaupun ibu bekerja. Ibu perlu membuat perancangan dan persediaan sebelum mula bekerja. Perkara yang paling pentin adalah mempelajari bagaimana caranya untuk memerah susu ibu, mengamalkannya dan melatih bayi untuk mengambil susu itu. 

Masa Untuk Mula Memerah Susu Ibu
 
Mula belajar memerah dan menyimpan susu ibu 1 hingga 2 minggu sebelum mula bekerja. Lakukan selama 15 hingga 20 minit. 

Teknik memerah susu ibu, iolss tak perlu berkongsi dengan lebih detail di sini, tapi kalau ada yang nak ambil tahu dan belajar...boleh baca di SINI 

Yang iolss nak kongsi dengan uolss kat sini adalah cara menyediakan susu yang telah diperah untuk baby uolss... ^_^ 
  • Susu yang telah diperah perlu disuamkan terlebih dahulu sebelum diberikan kepada bayi.
  • Susu yang telah dibekukan, perlu dibiarkan cair dengan meletakkannya di dalam peti sejuk selama 6 hingga 8 jam atau dengan cara meletakkan bekas di bawah laluan air paip.
  • Rendamkan bekas susu yang telah diperah ke dalam air suam. Jangan gunakan air yang panas kerana ini akan menyebabkan susu bertukar pekat dan bergentil.
  • Susu yang diperah tidak boleh dimasak atau menggunakan ketuhar gelombang mikro untuk tujuan memanaskan atau mencairkannya.
  • Suhu susu yang sesuai boleh diuji dengan menitiskannya sedikit di bahagian pergelangan tangan (wrist).
  • Susu yang telah dikeluarkan dari peti sejuk mesti diberi kepada bayi dalam masa 1 jam. Susu yang tidak diminum atau susu yang selebihnya tidak boleh dibekukan semula.
Mengajar Bayi Minum Susu Yang Telah Diperah
  • Uolss dinasihatkan melatih bayi minum susu yang telah diperah 2 minggu sebelum uolss kembali bekerja.
  • Gunakan jadual berikut sebagai panduan: sssss

Kalau tak nampak sila klik untuk tumbesaran... he he he...

Hari 1-3:
Penjaga perlu memberikan susu yang diperah kepada bayi hanya pada waktu sarapan pagi. Seterusnya ibu susukan bayi dengan susu ibu.

Hari 4-6:
Penjaga perlu memberikan susu yang diperah kepada bayi pada waktu sarapan pagi dan waktu minum pagi. Seterusnya ibu susukan bayi dengan susu ibu pada waktu2 yang lain. 

Hari 7-9:
Penjaga perlu memberi susu yang diperah kepada bayi pada waktu sarapan pagi, waktu minum pagi dan waktu makan tengah hari. Seterusnya ibu susukan bayi dengan susu ibu. 

Hari 10 - 13:
Penjaga perlu memberi susu yang diperah kepada bayi pada waktu siang dan ibu susukan bayi dengan susu ibu pada sebelah malam.

Begitulah kaedahnya... kalau Mummy kerja dekat2 dengan nursery atau pusat jagaan atau pengasuh anak tak apalah buat cenggini, tapi kalau distance tempat kerja tu jauh...makanya tu yang kena practice 2 minggu lebih awal tu, bagi memudahkan tugas dan keadaan... ^_^... 

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Penyusuan Susu Bagi Ibu Yang Bekerja | Cara Penyediaan, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, July 8, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

17 comments:

  1. Assalamualaikum kak Farah. wahh bagus ni. sheila mohon save gambar tu ye. hehehhee Adam pun minum ebm je bila sheila kerja weekdays... tak dapat nak balik rumah susukan dia

    ReplyDelete
  2. Lya tak tahu la plak nnt klau ada baby mcm mana

    ReplyDelete
  3. Working mom nie ternyata bukan satu tugas yang mudah kan kak??

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  4. bagus info nie farah,senang lah kan bagi rujukan mommy yang menyusukan anak tu..thanks sharing

    ReplyDelete
  5. Waah Good info lah . Dalam hati dah niat nak BF anak lelama . harap tiada halangan lah gamaknyaa :)

    ReplyDelete
  6. akak pon kerja..tak dapat nk buat macam ni dulu.

    ReplyDelete
  7. bagus entry ni, untuk rujukan para ibu :)

    ReplyDelete
  8. Kakak Adam selalu jugak buat macam ni dulu ;)

    ReplyDelete
  9. Okay. Dah bookmark. Ada anak kang senang, follow step akak je. hehe

    ReplyDelete
  10. Pergh.. ilmu ni.. bagus entri farah..

    ReplyDelete
  11. memang sedang menpraktikkan pon...walau nampak remeh tapi lelama jadik biase dan senang

    ReplyDelete
  12. walau nampak mcm ishhh leceh la susah la kalo di praktikkan btul btul seng aje

    ReplyDelete
  13. tips yg sgt bguna kak farah.. bakal ibu msti memerlukan semua nih..:)

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia