Kulapuk Bahaya Pada Kanta Lekap!!!

Farah Waheda Wahid
18
Source Extracted from Google
Ok, how do explain this ek??? I mean the kulapuk on the contact lenses... Ok, kulapuk is fungus, fungus is kulapuk...wakakakaka... well, if uolss adalah pengguna kanta lekap, uolss should know what does it mean by kulapuk... Ia adalah sejenis kotoran yang melekat pada kanta lekap yang mengaburkan pandangan mata weolls... especially kalau contact lens weolls tu dah expired ok??? And ianya adalah dangerous...

Kulapuk, fungus...ha ter right words is kulat... ^_^... So, meh iolss tolong explain further on this...

Spesies kulapuk Fusarium dikaitkan dengan jangkitan kulat berkaitan kanta lekap, yang dikenal pasti di Singapura dan Hong Kong. Seramai 56 orang di Singapura dan 16 orang di Hong Kong pernah didiagnos dengan jangkitan ini.

Biasanya, kulapuk tidak membahayakan kornea kecuali jika terdapat luka atau kerosakan pada lapisan epitelial. Apabila ini berlaku, kulapuk dengan filamen panjangnya akan memasuki stroma kornea yang terdiri daripada gentian kolagen. Filamen akan tumbuh di sepanjang kolagen dan sebaik melekat di situ, amat sukar membuangnya. Di peringkat ini, pakar surgeri mata mungkin perlu menanggalkan seluruh kornea dan menggantikan dengan kornea baru melalui pembedahan pemindahan. Gulp, tetiba terbayang dan terasa seriau. Ini akan menjejaskan penglihatan dengan ketara. 

Jangkitan kulat amat berbeza daripada jangkitan bakteria. Jangkitan bakteria boleh dirawat dengan mudah menggunakan antibiotik topikal. Kulapuk akibat jangkitan kulat lebih sukar untuk dirawat kerana ia tumbuh di dalam kornea tanpa disedari. Simptom seperti mata merah, mata berair dan mata sensitif kepada cahaya mungkin tidak akan dialami.

Bagi mencegah kulapuk di dalam mata apabila memakai kanta lekap, kena ikut prosedur pembersihan yang betul seperti yang disyorkan oleh pengeluar produk. Ini boleh mengurangkan pencemaran pada kanta lekap. Amalkan juga tabit mencuci tangan yang baik.

Keberkesanan disinfektan larutan serba guna kini semakin ditekankan. Bagaimanapun, biarpun larutan serba guna mampu membersihkan kanta lekap daripada bakteria, ia mempunyai sedikit impak saja ke atas kulat yang sudah melekat pada mata. Larutan yang mempunyai kuasa disinfeksi yang berlebihan juga boleh mengancam keutuhan struktur permukaan kornea. Oleh itu, pemilihan larutan serba guna yang memenui kriteria disinfeksi FDA/ISO dan membantu mengekalkan keutuhan dinding epitelial kornea adala penting untuk mencegah jangkitan kulat.

SUMBER: SINI

Ho ho ho, bahaya ni... jangan biarkan contact lens weolls sampai berkulat... bagi sesiapa yang pakai contact lens ler... macam iolss...kalau boleh jangan pakai contact lens yang dah rosak, atau dah expired... Hu hu hu... pukul anak sindir menantu, sebabnya sendiri pun kadang2 ada terbabas pakai contact lens yang dah expired, but I try ok untuk tak langsung terbabas pakai contact lens yang dah expired.... He he he... My BFF Nurul selalu marah iolss ok kalau iolss terlupa... Wakakakaka....

Pakai contact lens ni nak kena rajin jaga dan jaga betul2 kalau tak, memacam masalah kesihatan mata yang akan timbul...mata kena infection-lah... sampai bengkak, sampai tak boleh pakai contact lens... ha cam cerita entri ni kena jangkitan kulat lah...Setakat ni iolss pernah merasa infection sekali... uhuksss... sekali tu jer lah... serik dan tobat dah... seksa rasanya kena infection... tulah degil kann... 3 hari tak cuci lens masa tu... hu hu hu...kekonon sebab letih sangat... Tapi tu dululah dulu...lebih kurang 3-4 tahun yang lepas... Alhamdulillah sekarang tak ada... Pakai contact lens ni memang boleh fefeeling awesome dan fefeeling mata tak rabun...wakakakaka...tapi cara pemakaian, penggunaan, pembersihan serta penyimpanan memang nak kena particular...sebab involve mata kann??? Kalau apa2 jadi kat mata apa pun tak boleh...nak surgery memang mahal ler costing...kalau boleh jangan sampai peringkat kena surgery ler... Hu hu hu... I is seriau mengenangkan... 

Ini bukanlah pertama kali iolss bercerita tentang lens.... kalau nak baca lagi tentang lens boleh refer di entri "Lense" Tertinggal Dalam Mata??? dan To All The Lenses People! ... Semua info mengenai contact lens dan juga pemakaian ada di dalam kedua2 entri ini... ^_^

Till then cheerios...for now at least? *_^ 

Post a Comment

18Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Thanks for share info berguna ni :)

    ReplyDelete
  2. good info..akak dah lama tak pakai lens..lebih selesa pakai spec sejak dua menjak nie...

    ReplyDelete
  3. Adeiiii. Bahaya ni. Kena java betul2

    ReplyDelete
  4. gud info kak..Za x pernah pkai lens..takut..huhu.

    ReplyDelete
  5. woooh nightmare sangat CT pakai contact lense dulu each time main netball..
    lepas skeping hilang dalam mata punyalah nangis takot sbb terbawak tidur. lepas seminggu baru dia kuar balik entah dari celah mana :o

    ReplyDelete
  6. pakai contact lens memang kena jaga betul.tapi best lah kekonon tak rabun kann.hehe

    ReplyDelete
  7. memang kena jaga kebersihan..kalau tak, confirm mata merah merah bile pakai..huhu..

    ReplyDelete
  8. adoi... nasib baik lah mata iolssss takde pape... iolssss dulu pernah terjumpa contact lens my mama masa kekemas... dah lama kot contact lens tu... pastu pandai2 pakai... perghhh ngeri...

    ReplyDelete
  9. Selalu tgk orang pakai lens...lepas sering tertanya2 tak sakit ke....haha

    Entri terkini MINDAKABUR : Mindakabur Official Blog Facebook Page

    ReplyDelete
  10. Singgah sahur..Info berguna sis.. Nasib baik kathy xpki kanta lekap..hehe..

    ReplyDelete
  11. takut nak letak contact lens dlm mata...so tak pernah try.... hehehe... :)

    ReplyDelete
  12. pakai contact lens pon masa kawen dan zaman bujang dlu.. feeling mata bulat sangat hihi

    ReplyDelete
  13. Teringin gak nak try pakai lense ni. Tapi Xam seriau je.nak.masukkan.kanta tu dlm mata hehe :D

    ReplyDelete
  14. skang sue dah stop sekejap pakai lens. even clear lens. pakai spec je. ramai pulak yg ckp nampak lagi muda. *perasan kejap* hehehe

    ReplyDelete
  15. akak x pernah guna contact lens...hehehehe.....

    ReplyDelete
  16. 2 kali ja pakai masa nikah n kenduri pewettt..

    ReplyDelete
  17. Tak pernah pakai contact lens biasa pakai kacamata

    ReplyDelete
  18. Pakai kanta lekap ini memerlukan disiplin yang tinggi dalam cara pemakaian dan penjagaannya. Kalau tidak, macam2 komplikasi mata sehingga ke buta boleh berlaku.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !