Home » , , , , , , , , , , » Kids...Gadgets...Eyes...Brain Development Stuffies Stories....

Kids...Gadgets...Eyes...Brain Development Stuffies Stories....

Source Extracted from Google
Tak ada perkara atau tak benda yang nak dihairankan punnn zaman sekarang ni bila childrens dah semakin sibuk atau semakin pandai (kadang2 tu lebih dari weolls) dengan gadgets. Mostly babies, toddlers and childrens memang dah expose dengan gadgets sekarang ni. Ahaksss, termasuklah arjuna beta Ash... Nak bagi exposure for brains...gadgets, nak bagi diam gadgets... nak bagi berhenti meragam or menangis gadgets... ihikss ada tu bila dah pegang, dialah yang conquer, orang lain toksah pegang dah... kalau tak boleh gaduh or meraung berpanjang2an... hurmmm...dan ada kes parents terpaksa beli yang khas untuk theyolls demi tak nak berebut dan parents pun nak guna... wakakaka... Ash pun bakal ado ni ha... Mummy plan nak get him Tab 3.7 for Kids for his birthday... Shhh.. rahsia untuk Ash... Uolss jangan dok inform dia pulak sudah... Ahakss... ting tong Mummy... Bukan apa, senang sikit, tak yah nak berebut dengan Mummy ni ha yang nak buat work... Kalau tak... berpoluh2 den ni ha... 

Memang tak ada salahnya untuk expose dan bagi guna... Tapi caranya perlu betul... dan kena ada disiplin jugak penggunaannya... kena monitor dan segala jenis bagailah...  boleh expose tapi don't expose too much things in a box... Things in a box merangkumi TV, iPad, iPhone, tablets, lappy dan segala jenis bagai gadgets lah... 

Mata... mata ni penting untuk weolls jaga sedari kecil, salah satu pancaindera yang paling berharga... that's why when we expose kids to the things in a box... kena monitor kecerahan skrin and the distance they are seeing it... budak2 kann??? Something that amaze them membuatkan mereka nak pergi atau tengok lebih dekat lagi... Ash pun tak terkecuali... 

Menurut Prof.Madya Dr Haliza Abd Mutallib di dalam artikel beliau di SINI...

Tanda2 masalah penglihatan pada kanak2 adalah... 
  • Mengecilkan kelopak mata ketika menonton TV atau cuba membaca papan tanda.
  • Juling atau cuba menutup satu mata dengan telapak tangan.
  • Meneleng atau menjeling ke satu arah ketika cuba fokus. 
  • Sering menggosok mata. 
  • Suka mengelip mata secara terlampau (twitching).
  • Mata merah atau berair dala  keadaan normal.
  • Lahir pramatang.
  • Perkembangan terbantu seperti lambat berjalan.
So, kalau agak2 ada tanda ni semua, bawaklah jumpa pakar mata yer uolss... Jangan dibiar melarat kalau boleh... 

Dan sedikit perkongsian dari petikan entri di blog INI untuk knowledge weolls bersama... 

DON'T EXPOSE TO TOO MUCH THINGS IN A BOX

"Things in a box" adalah seperti TV, iPad, tablet, phone,games etc. Yang ni paling ngeri. 

Aku tengok sendiri dengan mata kepala aku, masa pergi special school Dr.Sherine tu, ada sorang budak Australian ni. Umur baru 4 tahun. Jari tangan dia, kaki dia, lutut dia, semacam tak normal. Tak tahu nak describe macam mana. Tapi korang nak tahu apa sebab dia jadi camtu? Sebab too much exposed to computer lighg and touch screen!!!
Scary nak mampos hoii. 
Tak sangka sampai boleh jadi gitu kan. 
Mak dia exposed budak tu main iPad sejak lahir tau.
T_T

Aku borak ngan mak budak tu, sampai nangis2 makcik tu cerita kat aku. 
Dia cakap saraf2 anak dia rosak. 
Sebab takde rangsangan dan kurang latihan pergerakan masa kecik. 
Patutnya masa kecik kan, baby aktif gila nak meniarap la, nak merangkak la, nak lompat2 la.
Kan?
Tapi sebab parents dia terlalu busy, dan diaorang takde pembantu rumah, so dia bagi je baby tu lek dengan iPad 24/7! Hamik kau.
Aku dengar pon macam nak baling lesung batu je kat mak dia. ;D

So bila anak dia dah umur 4 tahun ni, baru nak pergi kelas pemulihan. Belajar lompat, meniarap, belajar merangkak. Kesian kan?

Sampaikan diaorang tak bagi keluarkan apa2 gadget depan budak tu. 
Ada sekali tu, phone aku ada SMS masuk, so aku nak keluarkan la dari beg nak check SMS kan, Tetiba Dr.Sherine cakap kaut2, 
"No handphone in front of Alex! No handphone in front of Alex please!"

Gitu.
Takut aku. :D

Aku ada mintak komen Dr. Sherine tentang gadget2 ni. 
Sebab aku pon selalu je tengok BoBoiboy dengan Haikal kat iPad. Hehehe.
So ini jawapan Dr.Sherine,

"Takde masalah kalau nak tengok benda in a box ni. But make sure not more than 10 minutes at a time."

"Never leave the child and iPad alone. Watch with him. Tengok Boboiboy sama2 dwngan dia, interact dengan dia. For example, kita cakap, Oh Boboiboy wearing a red cap. Oh there, Boboiboy plays badminton with his driends! Sentiasa interact with him while watching."

Ini bahasa mudah untuk faham kenapa iPad, TV, phome, tablet, games tak elok untuk perkembangan kanak2. Menurut Dr.Sherine:

Bila kita tengok iPad, mata kita tertumpu kepada satu level sahaja.
Tiada pergerakan "rolling" oleh mata.
So, bila too much iPad, that means no eyes nerves stimulation.
So lama2 pandangan anak tu tak luas.
So brain dia pon tak boleh fikir dengan luas/kreatif.

So parents digalakkan supaya banyak stimulate mata baby. How? 
Bawak keluar rumah. Look around. Atas, tunjuk sky tunjuk airplanes.
Bawah, tunjuk grass, tunjuk cat, tunjuk flowers.
Kalau tak boleh keluar rumah, still boleh buat dalam rumah.

Contohnya, boleh guna mainan flash cards ABC tu. Flash huruf A kat atas, supaya anak dongak ke atas.
Pastu flash huruf B kat bawah pulak. 
Pastu flash huruf C sebelah kiri, huruf D sebelah kanan.
Dan sebagainya. 
Dengan cara macam tu, automatik ada "rolling" eyes movement.

So bila ada pergerakan mata atas bawah atas bawah camtu,
saraf mata dirangsang dengan baik.
So brain development pon berlaku dengan baik.

Siapa yang nak anak ketinggalan mengikuti arus teknologi kann??? Siapa yang nak anak mereka ketinggalan di belakang??? Siapa yang tak nak anak genius kannn??? Di sebalik keinginan ni semua memang tak salah expose our kids to all these, namun as a parent we need to know the right way and the correct methodology of doing it. Tak naklah sampaiii jadi macam kes Australian boy di atas tadi. Nauzubillahminzalik.  

Setiap pro ada cons betul tak... Benda yang baik tak semestinya tiada kekurangan. Macam manusia, rupa paras atau pengucapan yang penuh berhemah tak menjanjikan kesempurnaan diri, iman serta khilaf. Ha, cam tulah ibaratnya. Jangan sampai anak2 weolls jadi seperti kes di atas. Apa orang kata??? Berpada2lah... 

*Tak yah berlumba2 sangat kot??? Chillex... zaman2 weolls dulu tak ada benda ni semua, tapi ramai jer yang jadi orang dan success in life... Ye tak??? Ihiksss... Iolss pun exposed Ash juga but at the same time sebab aware tentang keburukannya... Iolss pun studylah what, how, why, impact, prevention dan sebagainya, besides the common sense... ^_*

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Kids...Gadgets...Eyes...Brain Development Stuffies Stories.... , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, July 21, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

16 comments:

  1. sejak lahir?... means?
    susahnya ibu bapa sekarang kn ...

    ReplyDelete
  2. mmg banyak keburukan kalau kita biarkan anak dok leka dgn gadget2 canggih ni..

    ReplyDelete
  3. memang kita takleh biarkan anak leka ngan gadjet...nanti diaorg addicted!! nak bermain ngan orang pon tak reti nanti..huhu..

    ReplyDelete
  4. zaman berubah..minat nak2 pun berubah..boleh tp perlu dikawal sebaiknyaa :)

    ReplyDelete
  5. salam. kalau mereka dah ketagih dengan gadget susah tu..

    ReplyDelete
  6. Susah la kalau anak2 dah ketagih ngan gadget ..sebagai ibubapa kita kena la pantau apa yang patut ..jgn la bagi bulat2 jer kat anak2 ..

    ReplyDelete
  7. Wah ! Ash nak dapat hadiah la. Lepas ni kita rebut okay Ash. Hahaha. Jangan pakai sorang. :P

    ReplyDelete
  8. Good job, sis.
    For sharing sign & symptoms of visual impairment in children.
    Thanks sudi singgah blog saya
    Life is beautiful... Don't waste it.

    ReplyDelete
  9. mintak2 kalau ada anak nanti, dari awal ajar dia main congkak... kembali ke masa silam..huhu

    ReplyDelete
  10. mesti dipantau..tapi yg kelakar, sbb pengaruh mamanya, irfan pun dah pandai selfie sendiri tau..siap gaya2 selfie lagi..gambo jer tak berani jadi...hehe

    ReplyDelete
  11. Akk pun x bg sangat anak anak layan ipad ni. Sekali sekala je.

    ReplyDelete
  12. uiks..bahaya kan..kena beringatlah ye semua parents

    ReplyDelete
  13. Ini la keburukkan sebenar gadgets pada anak2...

    ReplyDelete
  14. Tak dedahkan tapi pndai sendiri...

    ReplyDelete
  15. bahaya kan kalau kanak-kanak terlalu terdedah dengan benda ni.. aduhai.. perlu dikawal...

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia