Jom Kenal Warna Najis Baby!!!

Farah Waheda Wahid
14
Source Extracted from Google
Mula2 fikir macam nak upload gambar2 warna najis baby...tapi lepas tu, risau pulak kalau2 boleh mendatangkan kemualan kepada sesetengah pihak...Hua hua hua...makanya kita carilah gambar baby yang comel tengah poo poo dari Google... Ekekekeeke.... 

Rasanya tak perlu iolss kongsi kot gambar2 poo poo tu semua... Kalau nak tengok uolss boleh refer ke A Visual Guide to Baby Poo. Siapa nak tau dan tengok tu klik tau klik... He he he... 

Najis baby ni akan sentiasa berubah semasa dalam proses tumbesaran uolss...Dari masa baby baru lahir sampailah akhir tahun pertama usianya dan dalam masa tu weolls akan lebih faham tentang najis anak weolls. Ia juga bergantung kepada kesesuaian susu yang diminum. Ada masanya baby juga tidak boleh minum susu ibu atas sebab tertentu. This is where if najis baby ada masalah lah... This case happens and if tak percaya uolss boleh refer PAED on this... 

So, bagi weolls2 yang dah jadi parents ni tak kiralah Mummy ke, Daddy ke, pernah tak uolss rasa bimbang bila najis baby bertukar warna daripada warna kebiasaannya warna kekuningan bertukar kelabu ataupun hijau??? So, is this changes normal??? Well, secara umumnya, najis baby mungkin berubah2 kepada warna2 seperti kuning, coklat, hijau, merah dan kelabu. From these colours-lah weolls boleh mengetahui sistem pencernaan baby normal or not.

Jom baca jenis najis baby melalui warnanya.

Kuning
Warna ini adalah normal jika baby hanya mendapat penyusuan ibu semata2, tiada campuran dengan susu formula. Warna kuning disebabkan bayi mendapat susu ibu sepenuhnya dari foremik (susu bahagian hadapan payudara ibu) dan hindmik (susu dari payudara belakang ibu).

Hijau
Masih dikategorikan normal tetapi jika warna ini berterusan ia menunjukkan uolss menyusukan baby dengan cara tidak betul (yang dihisap oleh baby hanya foremik). Keadaan ini berlaku kerana pengeluaran susu melimpah disebabkan baby kerap menghisap susu bahagian hadapan terlebih dulu yang mempunyai kandungan gula dan laktosa tetapi rendah lemak. Hal ini menyebabkan baby cepat lapar semula dan susu bahagian belakang yang mengandungi banyak lemak akan dihisap selepas foremik habis, sedangkan hindmik bahagian belakang inilah yang menjadikan najis berwarna kuning.

Merah
Boleh disebabkan adanya titisan darah bersama najis. Darah ini mungkin datangnya dari bayi atau dari weolls (ibu) yang terhisap semasa proses bersalin. Jika darah itu datangnya dari ibu atau anak, maka najis akan berwarna hitam dan berlaku selama sehari atau 2 hari. Jika darah tersebut bukan dari uolss atau baby sendiri, kemungkinan lain adalah alergi susu formula atau penyumbatan pada usus. Jika ini berlaku, perlu segera mendapatkan pemeriksaan doktor.

Kelabu
Warna ini dianggap tidak normal dan weolls harus segera mendapatkan pemeriksaan doktor. Warna kelabu menunjukkan terdapat gangguan serius pada hati, hempedu dan usus baby.

Bentuk Najis
Selepas 2 hari dilahirkan, bentuk najis adalah lembik, kemudian sedikit bergumpal seperti jeli, padat, berbiji dan mungkin juga sedikit cair. Najis baby yang diberi susu ibu sepenuhnya berbentuk pasta atau krim, berbiji dan agak cair. 

Kekerapan Membuang Najis
Berbeza2 di antara seorang baby dengan baby yang lain, terutamanya pada minggu ke-4 dan ke-5 yang pertama. Biasanya dalam sehari baby mungkin buang air besar sehingga 5 kali. Baby menghisap susu ibu sepenuhnya biasanya kerap membuang najisnya bahkan ada yang hingga 7 kali sehari. Erkss..Ash tak hisap dah susu ibu, tapi memang membuang banyak kali dalam sehari kot??? Ok anak iolss is normal...Alhamdulillah... 
Not to worries, this is normal kalau baby tak ada sebarang masalah kesihatan... If uolss nak baca lebih lanjut tentang poo poo baby ni...bolehlah baca di SINI

*Mungkin ada orang nampak this is just for info, tapi sebenarnya penting untuk monitor jenis and warna poo poo baby ni... As it relates to health and wellness of our babies kannn???


Post a Comment

14Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Nanti dah kawen , dah ada anak. Kena belek balik entry akak ni. :D

    ReplyDelete
  2. info yg bermanfaat..memang perlu tahu mana tahu ada rezki ank nnt :)

    ReplyDelete
  3. hehehe...sib baik farah tak upload gambar najis tu...klu tak mau terbayang masa berbuka nanti...hehehe...bagus ni farah untuk ibu bapa...jgn ambil mudah...

    ReplyDelete
  4. awfiyah tak buang air besar sehari pun akak dah risau...good info farah..

    ReplyDelete
  5. salam. heheeheh nice info sis :)) tapi sy takda baby lagi..nanti la bila da ada baby sendiri baru baca balik entry ni hehe

    ReplyDelete
  6. kita ni pun kalu x buang air beberapa hari da start risau daaa

    ReplyDelete
  7. nice sharing... :)
    fully bf, mmg x risau sgt kalau sehari x poo poo pun..

    ReplyDelete
  8. tak sgka merah pon ada ye.. dah macam water colour.. hehehe..
    nice sharing kak farah..:)

    ReplyDelete
  9. semuaa warna eiqa da pnah tengok, hahaa
    sebab adik2x semua mmbesar dgn tgn ku ini, ecehhh.
    cuma wrna merah aje xde, alhamdulillah :)
    adik2x semua sihat..

    ReplyDelete
  10. kalau najis baby hijau org org tua selalu ckp baby terperanjat

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !