Home » , , , , , , , » Jom Iftar @ TMCC, Menara TM!!!

Jom Iftar @ TMCC, Menara TM!!!


Dok sibuk2 Ash #ootd bagai dalam entri sebelum ni, di sinilah destinasi weollss untuk iftar session berkonvoi semalam... ^_^...ngee... konvoilah sangattt kannn??? Minggu2 terakhir Ramadhan ni, iftar outing pun best jugak... hew hew hew... Minggu2 awal spend time with family, minggu2 akhir dah mula sibuk sana sini sinun beriftar uolss... Schedule pun pack ajo... Sanalah sinilah... Ihiksss tapi bagi blogger ni kekadang extraordinary sikit, minggu sebelum Ramadhan bawaklah ke minggu akhir Ramadhan.... ada yang sentiasa sibuk dengan food reviews ok??? Tapi adatlah tu, dah faham sangat dah dengan kerja2 blogger ni... Memang best ooo... makan sana makan sini... Ihiksss kalau macam ni gaya, Ramadhan bukan tambah susut...maunya bertambah lagi berat badan ye tak??? Huwaaa.... 

Ok back to the story mory is all about. Ahaksss, menaip dalam kemengantukkan macam nilah adanya... tunggu masa nak sahur jer...Tapi uolss baca nowlah kann, bukan waktu sahur sebab iolss baru publish kann??? Ha ha ha...

So, bersempena dengan bulan Ramadhan ni, pihak Eden Catering telah bergabung dengan TM Convention Centre ("TMCC") untuk Jom Iftar @ TMCC,  Menara TM.

Apa yang theyolls offer??? Buffet of course... Buffet ini diadakan di Dewan Kristal TMCC yang mana pengunjung2 dapat menikmati juadah2 yang 'kick' sambil2 dialunkan dengan persembahan muzik tradisional. Yang menarik lagi, parking berbumbung yang of course free dan kemudahan solat juga disediakan. 

Nak ke TMCC ni tak susah dan senang jer uolss... sebab TMCC ni dekat dengan Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Sprint dan Jalan Pantai. Ia juga berhampiran dengan Stesen LRT Kerinchi. Mudah kann??? 

Apa yang menarik tentang makanan yang disajikan??? Meh kita roll the camera meh... 

Ha ha ha, mana2 Ramadhan Buffet inilah yang iolss cari... kambing tergolek2 ni... ekekeke...dan juga grilled western selections... 1st stall or station yang iolss akan terjah di mana2 Ramadhan Buffet... Heran Ash dok tengok kambing tu seketul jer kat situ.... :p... Agaknya dalam hati dia, apa ni becarnya.... Wakakakaka
Dari stall yang dinamakan 'goreng2'... cucur, banana fritters, keledek goreng, keladi goreng dan karipap...
Ini memang sedap uolss... Digoreng secara fresh dan rasa memang awesome... Tak tipu baq hang... Nama makanan??? Ala uolss pun kenal kann??? One of the most Malaysian Food.... Semua orang pun kenal ye tak???
Kekacang and kerepeks station... plus jeruks... kudap2an giteww namanya.... 
Pelbagai jenis pilihan kerabu yang ditawarkan... ha pilih ajo kerabu mana yang uolss nak makan.... nak makan semua or nak rasa semua pun boleh, ambik tu sikit, ni sikit, dapatlah merasa semua ye tak??? ^_^ 
Tauhu sumbat serta rojak buah yang turut tak ketinggalan menyerikan Ramadhan Buffet ini...
Western2 Western... my fave lah kannn??? Various type of soupy and salads... Yummylicious... 
Pengat ubi, kuih muih dan juga buah2an sebagai pencuci muluts... 
Ada lagi uolss sebenarnya...selections such as chicken mandy rice, mee rebus, chicken shawwarma (betul ke eja ni ihiksss), ice kacang, ice creams dan juga lauk pauk seperti rendang kerang, kari ayam and etc serta nasi putih ler of course. Ooo butter prawn of course ada.... 


Buffet ni diadakan bermula dari pukul 6.30 petang sehingga 10.00 malam. Harga untuk dewasa ialah RM75.00 bersih dan bagi kanak2 berusia 4-11 tahun adalah RM30.00 bersih. Meanwhile untuk kanak2 berumur 3 tahun dan ke bawah macam Ash... FOC ok? PERCUMA... Ada jugak pakej kumpulan uolss... di mana setiap kumpulan 10 orang dewasa, PERCUMA bagi dewasa yang ke 11. Tempahan awal adalah digalakkan. 

Sambil tu nak selit sikit... ha ha ha, nak jugak interframe... tapi sikit2 jer lah pun iolss.... Ekekeke.... 

Di antara ahli keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA) yang telah menghadirkan diri dan menyerbu TMCC semalam.... I is hujung sekali tengah dukung Ash... ekekeke... 
We are family!!! We are one great team... Warna warni KBBA di TMCC semalam... Uolss rawks and happening!!! Great time together.... Thanks Ty for these collage of pictures...

Dan tambahan sedikit... nak jugakkk ye tak??? 

Duduk diam2 yer Ash, mummy nak makan... ihikss... dengan penuh perasaan mengulum roti walhal tak ada gigi nak gigit pun.... 
Ok Ash ni fefeeling yang dia pandai sangat jalan, thanks Ruby tolong snap gambau ni... Syok2 fefeeling jalan Razi sapa dia... cembeng jap... Hu hu hu, Ash kan memang takut orang... dan tak nak kat orang sangat... makanya cembeng lah dia dan lebih tepat meraung.... wakakaka... kalau dalam entri sebelum ni siap berkasut semua bagai... ha ha ha... tanggal sudah... dia sendiri yang sibuk dok tanggal...
Sedikit info tambahan mengenai Eden Catering... Eden Catering ditubuhkan dalam tahun 1981, telah membentuk reputasi menjadi 'Katerer Pilihan Malaysia'. Eden Catering disokong oleh pasukan chef yang mahir dan professional dan berpengalaman yang sentiasa komited untuk  memberi pelanggan kualiti makanan dan perkhidmatan yang terbaik dengan fokus untuk mengekalkan standard tertinggi dalam penyediaan makanan dan kebersihan. Eden Catering yang disahkan halal sepenuhnya oleh JAKIM, menawarkan perkhidmatan gerai, dome dan buffet Muhibbah dan set course Oriental. Eden Catering menawarkan pelbagai tema dan set up, dari kumpulan yang kecil ke kumpulan awam besar melebihi daripada 6000 orang.

Untuk tempahan dan maklumat lanjut, bolehlah kiranya uolss yang berminat menghubungi talian 03-2240 1012 / 019 - 259 4334 or edencateringsales@edenzil.com atau layari web mereka di www.edenfood.com.my 

*Lepas ni musim open house pulak gamaknya... hew hew hew... 

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Jom Iftar @ TMCC, Menara TM!!! , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Sunday, July 20, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

20 comments:

  1. wahhh...best2! kita pon tak buat lagi entry review utk park avenue ni..haha..

    ReplyDelete
  2. Wow meriahnya...En. Hubby pun cakap Keow teoy goreng kat situ sedap.. Nyum.. Nyum...

    ReplyDelete
  3. Wah meriahnya sis maknanya pun sdp2

    ReplyDelete
  4. kuey teow goreng Eden Catering mmg terbaik! hehe

    ReplyDelete
  5. hamboihhh meriahnya kak fara ! tergoda dengan makanan2 itu !

    ReplyDelete
  6. perghhh not bad makan dia.. hehehe.. jemput plsss..

    ReplyDelete
  7. Ash pon duk menyelit jugakkk ......makan roti tapi takder gigi hehehehe kesiann Ashh Mommy dera eaaa..

    ReplyDelete
  8. tengok pun dah taw dah sedap xmakan lagi hurmmmm

    ReplyDelete
  9. wow..meleleh air liur tengok menu dia..huhu

    ReplyDelete
  10. Jekes...merajuk...x ajak pun....

    ReplyDelete
  11. tahun ni Ros jarang berbuka di luar..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia