Enjoy Your Sleep Before You Turns Into Motherhood!!! ^_^

Farah Waheda Wahid
15
Source Extracted from Google
Ihiksss...ini bukan menggambarkan iolss ok??? Fasa2 itu telahpun berakhir kecuali sewaktu Ash kena measles dulu...Now, starting dari Ash dah 6 months hari tu, tidur malam iolss dah ok dah...cuma terjaga ikut schedule Ash menyusu jer... ataupun turn on balik aircond bila dia gelisah...Pheww, anak yang seorang itu tak boleh tidur tak ber-air-cond, dia macam tau2 jer bila iolss switch off the aircond dan akan gelisah selagi aircond tak dibuka kembali... Sejuk mengelatuk baq hang... Dush dush ...Tak kira hujan ke, ribut ke, petir ke, aircond tetap jalan...Dan kerana itu tahniah kepada diri sendiri kerana bil elektrik telah mencecah angka RM 231.00 (yang tertinggi setakat ini) pada bulan lepas.... Banyak kann??? Banyakkkk... Pengsan kannn??? Pengsannn.... Hua hua hua... Demi anak Mummy berkorban poket uolss... Nama pun Mummy... berkorban demi yang terbaik untuk anak... Erkss...kira spoil-kan dia ke ni??? Tak kot??? Untuk keselesaan anak... sebab nanti Nek Ma dengan Atuk dia akan bising kat iolss...Kerja penat2 cari duit untuk siapa??? Untuk anak kann??? Dushh...Sekali Nek Ma dan Atuk dia bersuara... apa pun tak boleh... Defender ramai sangat...Kalah Mummy uolss...Ahakss...

Entri ni, adalah entri santai dari iolss nak bagi nasihat...ahakss..bukan nasihatlah...pesanan ikhlas dari hati sebagaimana kawan iolss dulu bagi pesanan kat iolss...Sementara uolss yang dah kahwin tu belum lagi ada anak...tolonglah enjoy tidur uolss...Ha ha ha...Sebab bila uolss dah ada anak... Nikmat tidur dan waktu tidur yang lama itu dah tak dapat lagi dah... Ha ha ha... Siapa yang dah merasa pasti tau apa yang iolss maksudkan...Bukannya untuk berkeluh kesah, tetapi sesuatu yang logic untuk dibincangkan... Every Mummy akan melalui fasa2 ini semasa anak2 masing2 masih baby lagi... Iolss sendiri mengalami fasa ini dulu...he he he... Boleh refer entri INI dan juga INI dan juga INI ...

Kalau tak teriak tak apa uolss bila berjaga..he he he... kalau teriak... dah sudah... uolss boleh jadi stress jugak tau... Alhamdulillah, Ash jarang lah jarang masa first 2 quarter of newborn tu menangis memalam, jarang2 ok jarang2... itu bermaksud... adalah 2-3 kali dia macam tu... Yang selebihnya dia banyak ajak bergurau senda jer...ajak borak... 
Ok, dah sentuh pasal perkara ni...meh nak kongsi sikit dengan uolss tentang Gangguan Tidur Bayi ... Yang dah tau pun tak apa, tak nak baca pun iolss tak paksa...ahakss..iolss ni kannn suka tulis entry berjela2... Bak kata Sally kalau tak berjela tu bukan Kak Farah ler... ha ha ha... 

Pasangan Bergilir Urus Anak Kurangkan Tekanan Berjaga Malam
Baby mudah terjaga dan menangis pada waktu malam atas pelbagai sebab, maybe sebab nak susu, maybe sebab lampin basah dan sebagainya. Macam Ash memang tak boleh kalau diapers dia basah... Tu kena invest diapers mahal sikit tu untuk malam...ahakss...demi tak nak terjaga kerap uolss... 

Bagaimanapun, situasi membimbangkan apabila tangisan yang kerap boleh memberi kesan yang berpanjangan. Justeru, parents especially Mummy-lah menggunakan pelbagai cara untuk membolehkan si kecil tidur nyenyak sepanjang malam. 

"Cara terbaik adalah tidur terlentang atau mengiring, boleh menggalakkan bayi tidur lebih lena, sementara cara meniarap pula boleh menyebabkan bayi lemas dan sering terjaga." Sarah Ong, Pakar Perunding Tidur Bayi Bertauliah.


Katanya, kadangkala tidur tidak lebih daripada tiga hingga empat jam pada satu-satu masa, sama ada pada waktu siang atau malam.

“Mengikut keperluan fisiologi bagi bayi baru lahir hingga usia tiga bulan, mereka memerlukan susu setiap dua hingga tiga jam atau pun apabila lampin basah. Bayi pada usia antara empat hingga enam bulan pula akan mendapat tidur lebih panjang iaitu sekitar empat hingga lima jam sebelum terjaga untuk diberikan susu,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Sarah berkata, cara terbaiknya tidur terlentang atau mengiring, boleh menggalakkan bayi tidur lebih lena, sementara cara meniarap pula boleh menyebabkan bayi lemas dan sering terjaga.

Ubah Gaya Hidup

Selain itu, beliau berkata, bayi menangis pada tengah malam disebabkan faktor gaya hidup ibu bapa yang tidur tidak teratur atau tidak sihat seperti membawa anak keluar hingga larut malam, melepak atau keluar ke tempat yang bersesak dengan ramai orang.
“Keadaan itu boleh menjejaskan waktu tidur anak. Ibu bapa perlu mengubah gaya hidup sihat dengan memberi keutamaan kepada anak,” katanya.

“Pelajari teknik terbaik menenangkan bayi. Sebelum melatih bayi untuk tidur sendiri, ibu hanya pandai mendodoikan anak setiap kali mahu tidur, tetapi amalan mendodoikan itu bagaimanapun akan membuatkannya terbiasa. Apabila bayi terjaga mahu didodoi,” katanya.

Sarah yang juga ibu kepada dua cahaya mata itu turut mengalami masalah sama sebaik menimang cahaya mata kedua.

Beliau yang asalnya bertugas di agensi korporat tidak dapat menikmati tidur yang cukup apabila anak keduanya sering terjaga dan menangis setiap dua jam, berbanding anak pertama yang tiada masalah tidur.

Bagi membantu menyelesaikan masalah yang bukan saja dihadapinya malah lebih ramai lagi ibu di negara ini, beliau menyertai program pengajian latihan dan pensijilan Maternity and Child Sleep Consultant di International Maternity Institute, California, Amerika Syarikat. Latihan selama lebih setahun itu mengiktirafnya sebagai perunding bertauliah masalah tidur yang pertama di Malaysia.

Sokongan Suami

Sebagai langkah meringankan beban menjaga anak, bahagikan waktu tidur dengan suami.

Sarah berkata, ibu yang kurang waktu tidur dan keletihan tanpa sokongan suami dalam membahagikan masa tidur boleh menyebabkan mereka mengalami tekanan perasaan dan murung. Tidak mustahil keadaan itu boleh mengundang masalah lain seperti berlakunya kes penderaan anak, bertindak kasar, memukul dan sebagainya.

Contohnya, tahun lalu seorang ibu muda sanggup memukul anaknya akibat terlalu tertekan kerana mengalami masalah dengan pihak lain, yang mungkin disebabkan suami. Wanita itu ditahan selepas rakaman video yang dipaparkan di laman Youtube itu tersebar.

“Bahagikan masa antara kedua suami isteri amat penting kerana wanita dibebani dengan pelbagai masalah selain perlu bekerja. Oleh itu, suami perlu membantu isteri secara bergilir-gilir menjaga anak supaya isteri dapat menikmati waktu rehat yang cukup tanpa tekanan,” katanya.

INFO: Waktu Tidur Bayi yang Disarankan

* Bayi baru lahir hingga usia tiga bulan tidur selama 18 jam sehari : lapan atau 10 jam pada malam dan lapan jam pada waktu siang

* Bayi usia empat hingga enam bulan akan tidur selama 16 jam sehari : 12 jam tidur pada waktu malam dan empat jam lagi pada waktu siang

* Bayi usia enam hingga lapan bulan akan tidur selama 14 jam : 11 jam pada waktu malam sementara tiga hingga empat jam pada waktu siang.

* Bayi usia lapan bulan hingga setahun akan tidur selama 13 jam : 11 hingga 12 jam pada waktu malam sementara dua jam pada waktu siang.

* Bayi pada usia 12 bulan hingga 18 bulan akan tidur antara 11 hingga 12 jam waktu malam sementara kira-kira hanya dua jam pada waktu siang.
 
Iolss pun pernah berkongsi info tentang waktu tidur baby di entri Baby & Children Sleep Chart

Panduan Membentuk Tabiat Tidur Yang Baik:

Aktiviti Pada Siang Hari
Lakukan aktiviti bersama-sama bayi pada waktu siang. Ajak mereka berbual-bual menyanyi atau bermain. Biasakan bayi suasana bising kerana stimulasi sebegini pada waktu siang hari membantu tidur yang lebih baik pada waktu malam.

Pantau Tidur Siang Si Kecil
Tidur sekejap pada waktu siang amat penting tetapi jika tidur terlalu lama pada waktu siang akan mengganggu pola tidur anak pada waktu malam.

Ikut Rutin Waktu Tidur Yang Konsisten
Sebelum tidur, mandikan si kecil. Lakukan urutan ringkas sambil membelai badannya. Ketika di bilik tidur menyanyi dan bacakan buku lama kelamaan si kecil akan mengaitkan semua aktiviti ini dengan tidur.

Tidurkan Bayi Ketika Mengantuk
Walaupun bayi belum tidur, tetapi sudah mula mengantuk, bawa anak terus masuk ke bilik tidur. Ini boleh membantu anak mengaitkan rasa mengantuk dengan tidur. Bagaimanapun, pastikan tempat tidur yang kemas.

Beri Masa Untuk Bertenang
Bayi kerap menggeliat dalam tidur mereka. Kadangkala ini disebabkan oleh faktor bising. Tunggu beberapa saat sebelum bertindak balas kerana kadangkala si kecil akan senyap dengan sendirinya.

Posisi Tidur Yang Betul
Si kecil mungkin menangis sebelum bertemu posisi tidur yang selesa. Cara terbaik ialah dengan mengiring ataupun terlentang.

Cakap Dengan Lembut dan Tenang
Jika mendapati si kecil lapar atau terganggu dengan mimpi menyebabkan tangisannya tidak berhenti. Oleh itu, bercakaplah dengan dengan tenang, belai dan tepuk perlahan belakangnya. Dengan cara begitu, si kecil tahu ibu berada di sisinya dan membantu unuk tidur.

Pastikan Malamnya Sentiasa Gelap
Jika bayi perlu minum susu pada waktu malam, guna lampu yang suram cahayanya. Perlahankan suara dan memberitahu bayi, masa itu adalah untuk tidur.

Elakkan Menonton Televisyen
Galakkan anak tidur di ruang tamu sambil menonton televisyen. Pastikan ibu bapa menetapkan rutin menonton sebelum waktu tidur dan tidak menonton lagi. Ini bagi memastikan mereka memahami rutin tidur harian mereka. 
 
Sumber: SINI 
 
Sebenarnya masalah baby jaga malam ni... kena train-lah dan biasa-kan dia untuk tidur ikut schedule... Apa2 benda pun mula2 susah, tapi lama kelamaan alah bisa tegal biasa...bila kita dah latih... In Shaa Allah, international hours diaorang tu jadi local hours...ihikss...
 
*Asalkan nak ringkaskan entri, tapiiii...terpanjang jugakkkk...huwaaaa...semoga bermanfaat uolss... *_^... 

Post a Comment

15Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Nice sharing kak... Tak dpt tidur tu pun nikmat...dpt lihat anak mmbsr dpan mata..hilang rasa pnt dan mengantuk...

    ReplyDelete
  2. akak setuju dengan farah...memang mengalami fasa tu sekarang nie...memang penat sikit,tapi bila tengok anak,penat pun hilang secara automatik..nice sharing farah..

    ReplyDelete
  3. tak sabar nak tunggu baby lahir..huhu..tapi sekarang ni memang tidur sangat awal..

    ReplyDelete
  4. Aritu nad jaga anak buah pun malam la die takmau tido..hehe..nanti ade ank sendiri kenela rujuk balik entry akk ni..hehe

    ReplyDelete
  5. salam. fuuhhh..panjangnya entri...hehhee
    nice sharing sis :)

    ReplyDelete
  6. sally takde anak pun tak cukup tido kak oii..hahaha

    ReplyDelete
  7. ok dah biasa..dah 3 anak la kata kan..
    mujur en hubby pun rajin bangun kalau abam bambam nak susu..
    sbb dia tau wifey dia ni tiap2 jam bangun susu kan dak tomei zayyan tu.
    alhamdulillah..

    ReplyDelete
  8. perkara biasa yang seorang mummy akan lalui..kena tidur puas puas lah ni ye..heee

    ReplyDelete
  9. hahaaa hargai la tidur anda..

    eiqa prnah rasa semua tu kak.
    even bukan anak sendiri tp anak kawan..
    ibu jaga tp memandangkan dia comel sgt dan eiqa pun mmg minat bnda gini..

    1 hari tu dia tido rumah, mama dia ade hal..
    eiqa jaga dia dari malam sampai esok pg tu..
    tdo dekat dgn buaian..
    tgh malam mcm biasa la budak kecik, msti merengek..
    Mse tu Ya Allah penat nya x trkira..
    Sampai ibu ambik alih tempat eiqa sbb tengok eiqa pun x ckup tido..
    hahahaa

    ReplyDelete
  10. Haaa aaa entry n i sesuai tuk bakal2 ibu .. Kena belajar banyak2 ilmu ni ..Thanks Farah sudi berkongsi entry ..

    ReplyDelete
  11. mmg penat jaga baby....tapi kenangan itu membuatkan kita merasai kehidupan ini terlalu indah.....

    ReplyDelete
  12. rumah saya takde aircond..alhamdulillah..anak saya dapat tido juga dgn hanya berkipas..taulah umah taman ni dalam kotak mmg panas..
    tapi saya set dalam minda,biarlah anak rasa susah sikit..taknak nak senang je kan..ramai lagi orang susah..ok je anak mereka tidur tak berkipas..
    bila anak dah besar,rindu masa dia kecil & rindu momen masa jaga dia tu..memupuk kesabaran seorang ibu..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !