Home » , , , , , » Tips Mudah Mengenali Emas Palsu...

Tips Mudah Mengenali Emas Palsu...

Source Extracted from HERE
Ho ho ho, khas untuk penggemar emas... Dah nak nak musim perayaan ni kann??? Bagi penggemar emas biasanya mereka suka bertukar atau membeli emas baru...Iolss??? Hurmm... I'm not a fanatic fan of gold tapi adalah barang kemas jugak... Pakai yang basic ajer uolss.... So... perkongsian dari FB buat semua... mana tau kot2 berguna kannn dan boleh dijadikan panduan???

TIPS MUDAH MENGENALI EMAS PALSU 

1. Pakai barang kemas tersebut sekurang2nya 1 hari, jika uolss dapat mengesan sebarang tanda pada kulit uols atau perubahan warna maka emas tersebut mungkin palsu.

2. Dengan lembut cucukkan jarum pada emas tersebut, jika jarum tersebut tidak patah, maka emas uolss mungkin tulen kerana emas bersifat lembut (untuk emas 999).

3. Letakkan barang kemas uolss hampir kepada magnet, emas yang tulen tidak mempunyai sebarang sifat magnetic, tips ini sesuai untuk emas yang besar/tebal seperti jongkong emas atau (platinum), jika uolss rasa barang kemas tersebut seperti melekat kepada magnet tersebut, maka ia adalah palsu.

4. Jika barang uolss berupa rantai atau gelang yang boleh diputar, dengan lembut dan perlahan cuba pulas barang kemas tersebut, ia seakan boleh diputar tetapi jangan gunakan tenaga yang banyak kerana ia boleh putus. Cuma rasakan saja, ia keras atau lembut (tidak berkesan kepada emas 14 karat ke bawah).

5. Tengok pada cangkuk atau penyambung emas, kebiasaannya setiap emas akan ditanda dengan kualitinya seperti 916, 750 atau apa sahaja. Selain itu, oleh kerana emas biasanya dijual oleh tauke2 cina, ada beberapa gambarajah (maaf penulis tak dapat attach sekali) seperti orang berlari, bentuk rumah dan sebagainya adalah tanda kualiti emas tersebut sama ada paun, 916 ataupun emas lama.

6. Jika uolss dapati ada tanda seperti GP atau ZGP (Zhulian) maka ia adalah emas celup, lagi banyak tanda pada cangkuk atau penyambung emas, maka lagi besar kemungkinannya ia adalah palsu. GP stands for Gold Platted.

7. Jika uolss tidak sayang pada barang kemas uolss, uolss boleh cuba toreh kepada batu hitam berkali2 dan uolss boleh tengok sama ada warna emas ataupun warna putih ke-silver-an yang terhasil. Hanya 2 logam menghasilkan torehan berwarna kuning iaitu emas dan tembaga. Emas putih pun menghasilkan torehan berwarna kuning.

8. Ada juga barang kemas palsu yang berbentuk bulat dan sukar untuk diputar (penipu emas pun arif tentang emas palsu) maka tiada cara lain, uolss perlu sendiri bawa berjumpa mereka yang lebih arif.

9. Emas tidak mempunyai bau, gosok barang kemas uolss pada seluar jeans yang uolss pakai (dockers pun boleh...semua la)...sehingga panas dan cuba bau... jika ia adalah besi atau apa sahaja uolss boleh bau seakan ferum (bau besi), emas tidak mempunyai bau (saya ulang sekali lagi). 

10. Jika ia jongkong yang ditulis berat pada sisinya, sila pergi timbang, kebiasaannya jongkon yang palsu tidak mempunyai berat yang tertera kerana pembuat emas palsu cenderung menggunakan bekas bentuk emas tulen tetapi menggunakan logam lain. Emas adalah logam yang paling padu, maka tiada logam lain yang mempunyai berat sama seperti emas dalam saiz yang sama.

11. Jika uolss pernah menonton filem cowboy, mereka menggigit emas untuk mengesahkan ketulenannya, ia mungkin sedikit fiction tetapi mungkin juga benar kerana emas tulen bersifat lembut, uolss boleh cuba gigit, ada sedikit rasa lembut dan tidak keras seperti menggigit ekzos kereta uolss... (hahaha ha...katanya mereka tidak bertanggungjawab jika gigi uolss patah).

12. Bagi mereka yang bersifat sentimental, ada sedikit perasaan berbeza ketika menyentuh emas palsu atau emas tulen. Saya pernah berjumpa dengan pelabur emas yang membeli jongkong emas kerana ingin merasai kenikmatan memegang dan menyimpan emas tulen.

So semoga berguna pada uolss yang merupakan penyimpan, peminat dan bakal2 pembeli emas yer... Hew hew hew... Moga2 jangan tertipu dengan membazirkan duit membeli emas palsu..Iolss macam ni jerlah belum sampai seru dan takkan sampai seru kot nak jadi Mami Jarum...ha ha ha...tak berapa minat...Kalau Tiff & Co ke, Pandora ke...okaylah jugak...Ahakss... Taste tak menghingat... 

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Tips Mudah Mengenali Emas Palsu..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, June 23, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

20 comments:

  1. senang citer..beli kat kedai yang diyakini je la..hehehe..Habib je la pendek kate ;)

    ReplyDelete
  2. Wah macam pakardah Pn Farah kita ni ..tapi betul la Farah kena hati2 masa membeli ..Lya kalau beli emas mmg beli kat kedai yang TERPILIH & DIYAKINI sahaja ..Alhamdulillah takder masalah ngan emas tipu setakat ini ...Minta jauh la kena tipu ..

    ReplyDelete
  3. BAGUSNYE. dulu yumida peminat emas. skrg x lg. pakai pun masa raya je. aah skrg byk jenis emas. yg besar gedabak pun ada. yg main ukur pakai meter tu. emas x ori. tp suka tgk org pakai.

    ReplyDelete
  4. sis klu ada peluang mmg suka trade in jer . cuma satu tapi setiap thn design berbeza ... hah , kan best tu ...

    ReplyDelete
  5. bagus tips ni sbb emaskan 'entiti' yang paling bernilai pd akhir zaman ni

    ReplyDelete
  6. Nice sharing....
    selalu beli kat arrahnu je...

    ReplyDelete
  7. bagus info ni..jangan tertipu membeli emas palsu..

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum kak.. mekasih share.. sy pun xde la minat emas sngt. skdar ada je la pun..hehe

    ReplyDelete
  9. hehehehe....Sally tak boleh pakai emas...sob sob

    ReplyDelete
  10. wah ! bagus tips ni, tapi kalau CN senang2 beli jer dekat kedai emas tai yik di banting, sah2 emas tulen ! hehehe

    ReplyDelete
  11. Harus belajar bab ketulinan emas ni... Memang senang kena tipu kalau main belasah je beli utk tesayang...kesian dia pakai yg palsu...haha ke sengaja beli yg pelesu wakaka..

    ReplyDelete
  12. sekrg jual emas pun online
    cam ner tu...thanks

    ReplyDelete
  13. wah! tercaricari juga info macam mn nak tau ori ke tak emas tu. almaklumlah, skang ni banyak dah jual emas online. hihi..

    thanks for sharing... :)

    ReplyDelete
  14. nice info..sebelum ni kurang pengetahuan mengenai emas..

    ReplyDelete
  15. kita sama kut farah...noe pun bukan penggemar emas...hehehe...klu beli pun emas putih jer...

    ReplyDelete
  16. kena hati-hati ketika membeli macamni..

    ReplyDelete
  17. Huhuhu..info berguna..aida pon dah tertipu dengan kedai emas satu ni..kata 916 tapi rupanya 830 je..huuhu..nak mintak ganti rugi ni nanti..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia