Simplot Award - Malaysia's Best Home Chef!!!

Farah Waheda Wahid
22
SIMPLOT MENGETENGAHKAN RESIPI HASH BROWN SERBA GUNA 'BERTEMAKAN' MALAYSIA

Source Extracted from Google
Hashbrown memang yummylicious... Hari tu ada terfikir nak cuba buat sendiri... Tapi kalau tak sempat memang manjang jer grab this brand uolss... Nyum nyum... Tiba2 taip entri ni terbayang2 pulak kesedapan melting in the mouth giteww uolss... Terasa balik ni nak goreng jer... Ha ha ha... Tapi iolss ada cerita sikit nak kongsi dengan uolss tentang hashbrown ni...

Chef Florence Tan menghasilkan resipi hash brown mengikut cita rasa orang Malaysia yang cukup sesuai dijamah sepanjang hari!!!


Simplot, penanam, pengeluar dan pembekal kentang terbesar di dunia, telah berkongsi resipi hashbrown mereka yang serba guna dan menarik mengikut cita rasa orang Malaysia yang boleh dinikmati untuk sarapan, makan tengah hari, makan malam atau minum petang.

Lazimnya disediakan sebagai pilihan ruji untuk sajian sarapan, Simplot Hashbrown memang digemari kerana rasa, tekstur dan kerangupannya. Diperbuat daripada kentang sebenar, Simplot Hashbrown mengubah trend masakan apabila ibu-ibu moden mengetengahkan makanan ruji sejuk beku ini sebagai bahan sedia dimasak yang serba guna untuk menghasilkan sajian berserta tambahan rasa dan tekstur.

Hashbrown ini boleh dipadankan dengan apa saja termasuk mencampurkannya ke dalam kuah, disajikan sebagai bahan utama untuk membuat karipap, samosa, bergedel atau disajikan sebagai hidangan utama bersama-sama hidangan daging seperti ayam dan daging lembu atau sayur-sayuran. Ianya mudah disediakan dan menjimatkan masa berbanding memasak kentang mentah dan hashbrown juga menambah kerangupan dalam makanan.

“Memang tiada hadnya apabila bercakap mengenai ciptaan sajian yang lazat dan berkhasiat untuk seisi keluarga dengan Simplot Hashbrown. Hashbrown yang rangup, gebu dan berwarna keperang-perangan kini berada di hampir semua isi rumah rakyat Malaysia. Simplot menunjukkan cara yang berbeza bagaimana kentang goreng ini boleh dinikmati bila-bila masa saja sepanjang hari. Menariknya, Simplot mahu rakyat Malaysia menikmati kentang goreng yang mempunyai perasa tempatan, justeru kami menampilkan Chef Florence Tan untuk menunjukkan pelbagai hashbrown yang dicipta bersesuaian dengan cita rasa rakyat Malaysia,” kata  Ong E-Laine, Pengurus – Pemasaran Komersil, Asia Tenggara.



Pada bengkel Simplot tempoh hari, Chef Florence Tan menunjukkan beberapa sajian Malaysia yang menggunakan kentang goreng Simplot. Chef yang petah ini menyiapkan karipap dan mi rebus menggunakan hash brown sebagai bahan utama.

Peserta bengkel tersebut juga diundang untuk menyertai bengkel hashbrown – menyediakan hidangan dan snek lazat menggunakan resipi yang mudah diikuti daripada Simplot Malaysia Sdn Bhd. 



Beberapa sajian yang dihasilkan termasuk Potongan Kentang Hashbrown dan Sayur-sayuran, Ayam Masam & Manis dan spaghetti Bolognese ala Malaysia dengan Popcorn Hashbrown. Resipi boleh didapati menerusi  www.facebook.com/SimplotAward .

Simplot Hashbrown terdiri daripada empat jenis produk kentang termasuk produknya yang begitu laris iaitu Simplot Hashbrowns Original, Simplot Hashbrown Triangles, Mini Hashbrowns dan Popcorn Hashbrowns. Produk tanpa kolesterol, Simplot Hashbrowns tidak mengandungi sebarang perasa, pewarna atau pengawet tiruan. Ia juga tidak mengandungi lemak tepu.

Sempena bengkel tersebut, Simplot Malaysia turut menganjurkan ‘Anugerah Simplot – Chef Rumah Terbaik Malaysia’ yang julung kali diadakan.  Orang ramai boleh menyertai pertandingan ini dengan hanya mencipta resipi menggunakan rangkaian produk Simplot Hashbrown dan memuat naik gambar resipi kentang yang sudah siap bersama produk Hashbrown Simplot. Gambar berkenaan perlulah disertakan dengan tulisan mengenai  gambar dan hashtag #SimplotAward.

Sebanyak 20 resipi terbaik akan disenarai pendek dan menerima baucar bernilai RM200 daripada TESCO berserta beg cenderahati daripada Simplot Malaysia Sdn Bhd. Daripada resipi yang disenarai pendek tersebut, Simplot akan memilih 8 peserta akhir untuk bertanding pada pertandingan masakan akhir pada 19 Jun ini.

Orang ramai juga boleh mencalonkan ahli keluarga, rakan atau penulis blog makanan Malaysia yang biasa mereka ikuti untuk menyertai pertandingan berkenaan. Sekiranya peserta yang mereka calonkan itu disenarai pendek sebagai lapan peserta akhir, mereka akan juga memenangi baucar bernilai RM200 daripada TESCO berserta beg cenderahati daripada Simplot Malaysia Sdn Bhd bernilai RM100. Sekiranya calon mereka berjaya memenangi ‘Anugerah Simplot – Chef Rumah Terbaik Malaysia’, mereka juga akan memenangi peralatan dapur.

“Kami mahu mengetengahkan bakat dalam kalangan chef tempatan yang memasak di rumah.  Golongan hero yang tidak dikenali ini menyediakan sajian masakan rumah yang berkhasiat dan lazat untuk dinikmati seisi keluarga. Ibu-ibu malah ayah yang gemar memasak untuk keluarga seharusnya mengambil bahagian dan mengetengahkan bakat mereka, ” tambah E-Laine.

Hadiah-hadiah merangkumi wang tunai RM5,000, peralatan dapur dan beg cenderahati Simplot untuk juara; wang tunai RM3,000, peralatan dapur dan beg cenderahati Simplot untuk pemenang tempat kedua; wang tunai RM2,000, peralatan dapur dan beg cenderahati Simplot untuk pemenang sajian tempat ketiga. Hadiah saguhati terdiri daripada peralatan dapur dan beg cenderahati Simplot untuk setiap pemenang. Tarikh akhir untuk menghantar resipi ialah 12 Jun 2014.

Untuk maklumat lanjut mengenai resipi Simplot Hashbrown dan cara penyertaan, layari www.facebook.com/SimplotHomeChef dan Instagram @Simplot_MY.

Mengenai Simplot

J.R. Simplot Company, salah sebuah daripada syarikat milik persendirian terbesar di dunia ditubuhkan pada 1923 oleh Encik JR Simplot di Idaho, Amerika Syarikat. Simplot berganding bahu dengan tiga perniagaan utama iaitu Food Group, Agribusiness dan Land & Livestock. Simplot memiliki perniagaan di seluruh dunia, dari Amerika Utara, Amerika Selatan, Eropah, Asia Pasifik sehinggalah negara-negara Timur Tengah. Simplot merupakan pembekal utama jejari kentang goreng kepada rangkaian QSR dan sektor HORECA sejak 1960-an.

*So uolss apa lagi??? Masing2 kreatif kann??? Cubalah mana tau kalau2 ada rezeki uolss??? 

Post a Comment

22Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. wahh cam best ni..hasbrown sedap..erm..tak berapa kreatif lak bab masakan ni..bagi mereka yang kreatif dalam masakan ni bolehlah mencuba..all the best

    ReplyDelete
  2. wahhhh...rajinya tgknslot masakkan..😁😁😁

    ReplyDelete
  3. suka la hashbrown nie...sedap...selalu beli gak... :)

    ReplyDelete
  4. oo..boleh makan tengah hari ngan petang gak rupenye..hehee
    miza selalu buat sarapan je..memang sedap pun ^_^

    ReplyDelete
  5. kak farah tak nak join contest Simplot nie ker??hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  6. Lya lum try lagi ..Mungkin akan cuba nanti lepas dah baca entri Farah nie ..Sedap ker ?? Bila dgr Farah duk bercerita raser nak cuba ..Hehehe

    ReplyDelete
  7. Jenjalan kat blog yang comel / cantik / kacak ni. :D
    Nak ajak join segmen fiqa jugak. ^^

    1). Segmen Saya Nak Doodle 48 Jam Part #2 by Fiqa Nsz

    Hadiahnya:
    Peserta terawal x3 - Doodle
    Peserta Random x7 - Doodle

    Segmen Tamat pada 11hb Jun tepat pukul 5 PM.

    *Klik pada link dibawah untuk menyertai:
    SEGMEN SAYA NAK DOODLE 48 JAM PART #2 BY FIQA NSZ

    2). Infinite Last Romeo Giveaway

    GRAND PRIZE / TOP REFERRAL (1 winner):
    1x Infinite Last Romeo Official Album

    LUCKY DRAW (16 Winners):
    1x MP3 shuffle + 2GB Memory Card (All copy of Infinite Album in it)
    1x INFINITE Replica Jersey (all members available)
    2x INFINITE Special Limited Edition Button Badges
    1x Infinite Key Holder
    1x INFINITE Button Badge
    2x Notebook
    8x Topup RM5

    Giveaway end: 15 Jun 2014


    *Click on the link below to enter:
    INFINITE LAST ROMEO GIVEAWAY BY FIQA NSZ

    Annyeong! >.<

    ReplyDelete
  8. blm pernah jumap lagi benda nih ... nati lah pi usha ...

    ReplyDelete
  9. la.. senang je dh ada hashbrown mcm ni. suka sgt mkn hash brown mcd. huhu

    ReplyDelete
  10. perghhhh hashbrown ni kalau kat mekdi , sha selalu makan dengan jem anggur tu.... haha

    ReplyDelete
  11. mcam sedap je.. haruslah kita try nanti ye..

    ReplyDelete
  12. Hashbrown Simplot ni sedap dan boleh buat macam-macam hidangan..tapi CP selalu goreng & cicah sos dan mayonis je hehe

    ReplyDelete
  13. Ehehe umi pun slalu grap hashbrown brand ni tiap kali g shopping...mmg ada je stok dlm esbox 😄

    ReplyDelete
  14. tapi serius...Simplot mmg sedap gila laaa!

    ReplyDelete
  15. hashbrown ni memang ecah suka..cicah dengan sos jer pon..sedap..

    ReplyDelete
  16. akk selalu beli simplot fries tu...dulu masa memula keluar, murah je simplot ni...

    ReplyDelete
  17. Cam best ni tapi rasanya belum ada dalam pasaran di KK ni :)

    ReplyDelete
  18. Owh... Bru perasa... Pnh tgk tpi x pnh beli...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !