#seludup ... Drama Bersiri Terbaru di Astro Malaysia!!!

Farah Waheda Wahid
16

Ada yang dah terdengar soh seh soh seh ke??? Atau sememangnya ada yang dah tau dan terbaca di mana2 uolss??? Anyone??? Ihiksss... 

#seludup... Astro Prima (Saluran 105) dan Mastermind Group Sdn Bhd memperkenalkan drama bersiri 13 episod...SELUDUP yang dijangka ditayangkan menjelang hujung tahun ini. Tayangan serentak HD juga boleh ditonton di Astro Maya HD (Saluran 135). 


SELUDUP adalah merupakan drama yang penuh dengan aksi di mana, SELUDUP bakal memulakan penggambaran pada pertengahan Julai 2014 ini. Siri ini adalah hasil idea seorang ikon serba boleh industri televisyen, Jehan Miskin yang merupakan Penerbit Eksekutif Mastermind Group Sdn Bhd. 

SELUDUP diilhamkan daripada kesedaran yang semakin meningkat di kalangan masyarakat mengenai perdagangan haram barangan seludup, tiruan dan cetak rompak yang telah menjadi isu sosio-ekonomi di negara ini dan menjejaskan pendapatan, keselamatan dan kualiti hidup masyarakat. Drama ini berlatarbelakangkan situasi ekonomi semasa di mana naratifnya menceritakan tentang kesungguhan seorang lelaki biasa dalam mencegah jenayah daripada mengancam keamanan kampungnya. Skripnya berkisar tentang protagonis iaitu Amran - seorang lelaki muda daripada sebuah perkampungan nelayan kecil dan usahanya menentang sindiket penyeludupan yang menggunakan nelayan di kampung tersebut untuk menyeludup barangan melalui perairannya.




Produksi ini dibarisi para pelakon terkenal dengan oeneraju utamanya, Pekin Ibrahim dan Tiz Zaqyah memegang peranan sebagai Amran dan Yasmin, menghidupkan watak2 yang mencabar tersebut. Pelakon2 lain yang diumumkan pada 25 Jun 2014, Rabu termasuklah Namron, Raja Ilya dan Syafie Naswip. Jehan Miskin yan merupakan penerbit drama ini turut memainkan peranan sebagai pelakon pembantu. 

Sedikit sedutam dari press conference yang berlangsung....




Ho ho ho, gambar kedua dan terakhir ni bukan barisan para pelakon secara keseluruhan yer uolss... Gambar2 ini adalah gambar2 para blogger yang hadir termasuk iolss lah ke 'soft launch' a.k.a. press conference bagi SELUDUP bersama pelakon2 yang terlibat. 

However, cerita tentang SELUDUP ni tak terhenti di sini ok??? Ada lagi yang menarik tentang SELUDUP yang iolss akan kongsikan sekarang dengan uolss yang who knows akan menarik perhatian uolss dan sekaligus menjadi rezeki uolss??? Seriously, ada sesuatu yang menarik tentang SELUDUP dan uolss... 


Uolss nak jadi retis??? Dan muncul di kaca TV dalam drama bersiri ini??? Dan sekaligus memenagi hadiah yan bernilai RM 15,000??? Boleh jadi ini adalah platform uolss dalam dunia selebriti tau... who knows??? Tapi dah glam jangan lupa iolss pulak??? Wakakaka... untuk maklumat lanjut tentang casting sebagai pelakon di dalam drama bersiri ini... uolss boleh melawat ke pautan INI... jangan lepaskan peluang keemasan ini uolss....


For the time being... untuk maklumat lanjut... uolss boleh juga melayari... 

FB Seludup:

Instagram: 

*Siapa yang dah lama berhajat nak menceburi bidang lakonan tu tunggu apa lagi??? Make your move now peeps!!!

Post a Comment

16Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. wah wah...Farah pun dah macam artis dah tu

    ReplyDelete
  2. Ada namron ngan syafie naswip..mesti best ni

    ReplyDelete
  3. Menarik..tapi sayang rumah saya tak piring kelabu atas bumbung..hehehe.

    ReplyDelete
  4. Merahnya mak ngahh... hehehe...

    ReplyDelete
  5. Salam ramadhan buat Farah sekeluarga...
    maaf lama akak tak singgah sini

    ReplyDelete
  6. pelakon² hebat semua dalam filem ni..mesti menarik..wah kak dah sebaris retis tu :)

    ReplyDelete
  7. wah...hebat pelakon-pelakon nie...

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum farah...wah mcm best jer cite nyer..:)

    ReplyDelete
  9. Best la adik akak jumpa retis....

    ReplyDelete
  10. meriahnue...untung la dpt jmp.retis

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !