Home » , , , , , , , » SECERIA AIR TANGAN IBU BERSAMA PLANTA!!! ^_^

SECERIA AIR TANGAN IBU BERSAMA PLANTA!!! ^_^



KECERIAAN KUIH RAYA BERANEKA WARNA SEMPENA KEMPEN SECERIA AIR TANGAN IBU BERSAMA PLANTA 

 Planta menggalakkan para ibu menceriakan Hari Raya anak-anak yatim dengan meraih sasaran 50,000 biskut buatan air tangan sendiri...



Giteww kannn... Belum Raya lagi...bahang2 Ramadhan dan persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri dah mula 'warm up'...

Planta, jenama marjerin Malaysia yang dipercayai sejak turun temurun telah melancarkan kempen Seceria Air Tangan Ibu sempena Hari Raya sebagai pencetus inspirasi buat golongan ibu untuk berkongsi 'air tangan' mereka serta menghasilkan biskut dan kek enak yang berwarna-warni. Sentuhan air tangan ibu membawa suasan Raya yang meriah untuk seisi keluarga, terutamanya kanak-kanak. 

Resipi biskut dan kek Planta kini tampil lebih ceria dan berwarna-warni. Diilhamkan daripada warna pelangi, biskut dan kek ini dapat memberikan sentuhan ajaib air tangan ibu kepada kuih tradisional seperti Tat Nenas dan Semperit Pandan. Planta turut memperkenalkan resipi baru mengikut "trend" pada tahun ini iaitu Biskut Red Velvet, Biskut Buah Hati dan Biskut Roda Warna.

Resipi2 Planta yang diperkenalkan melalui kempen Seceria Air Tangan Ibu akan dibawa secara langsung menerusi segmen Wanita Hari Ini di TV3. Rancangan ini akan bermula pada 11 Jun dan bersiaran selama tujuh minggu dihoskan oleh selebriti dan pelakon, Sharifah Shahirah. Beliau akan mengetengahkan resipi biskut moden yang mudah dibuat, menarik dan lazat yang diciptakan oleh Planta. Sepanjang segmen bertemakan Seceria Air Tangan Ibu, Sharifah bersama ibu, ibu mertua, suami, adik dan anak-anaknya bergembira bersama menyiapkan biskut Planta yang ceria dan berwarna-warni di samping berkongsi pengalaman air tangan masing-masing.

Rakesh Mohan, Pengerusi Unilever Malaysia dan Singapura berkata, "Planta sudah lama menjadi kegemaran kaum ibu dan anak-anaknya. Kami berharap dapat memberi inspirasi kepada kaum ibu hari ini untuk meneruskan tradisi dan berkongsi air tangan mereka melalui pembuatan biskut yang ceria dan berwarna-warni. Anak2 pasti menggemarinya. Lagipun, tiada apa yang dapat menandingi kualiti masakan air tangan ibu yang dibuat dengan penuh kasih sayang."

"Saya sangat teruja untuk menjadi hos untuk segmen televisyen ini. Sebagai seorang anak dan ibu, saya faham perasaan kasih seorang ibu yang dicurahkan melalui air tangannya. Segmen ini membolehkan saya mengeratkan hubungan bersama keluarga dan anak2 serta menyediakan kuih Raya hasil air tangan sendiri. Saya berharap ia akan membawa inspirasi kepada ibu-ibu untuk mencetuskan keajaiban di dapur, penuh warna, keseronokkan dan inspirasi menjelang Raya ini," kata Sharifah Shahirah.

Bulan Ramadhan ini sebaiknya kita banyakkan bersedekah. Di sini, Planta turut menggalakkan kaum ibu untuk Beramal Bersama Planta dan berkongsi air tangan mereka dengan membuat kuih Raya untuk anak-anak yatim di Malaysia.

"Berkongsi hasil air tangan kaum ibu bersama anak-anak yatim akan membawa kegembiraan yang tidak terhingga. Ia pasti dapat memberi peluang untuk anak-anak yatim menikmati dan merasai kasih sayang seorang ibu dan menceriakan hati mereka sepanjang Raya ini," kata Rakesh.

Planta berhasrat untuk meraih sasaran 50,000 biskut di bulan Ramadan mulai 16 sehingga 20 Julai 2014.

Menerusi Beramal Bersama Planta, ibu-ibu boleh menghasilkan biskut dengan Planta buatan air tangan sendiri dan menghantar biskut berkenaan ke pasar raya Mydin dan Giant terpilih mulai 16 sehingga 20 Julai 2014. Seterusnya, Planta akan menyalurkan sumbangan biskut tersebut ke rumah anak-anak yatim terpilih di Malaysia. Orang ramai juga boleh turut serta untuk menyumbang dan Beramal Bersama Planta apabila mereka membeli Planta dan menghasilkan biskut di pameran bergerak yang disediakan di Mydin dan Giant terpilih. Maklumat lanjut mengenai lokasi pasar raya Mydin dan Gian yang terpilih dan cara-cara menyertai boleh didapati di saluran YouTube Planta di www.youtube.com/resepiplanta.



Pada majlis pelancaran kempen Seceria Air Tangan Ibu, Sharifah Shahirah bersama dengan chef profesional, Chef Rose Weiss turut mengajar para tetamu cara menyiapkan biskut Red Velvet Planta untuk diberikan kepada anak-anak yatim.
Untuk mendapatkan pelbagai resipi kuih Raya yang menarik dan maklumat mengenai Beramal Bersama Planta, layari saluran YouTube Planta di www.youtube.com/resepiplanta .









Acara Perasmian Kempen Planta Seceria Air Tangan Ibu
Lokasi: Bukit Kiara Equestrian & Country Resort, Damansara
Tarikh: 4 June 2014


###
Mengenai Planta
Planta merupakan jenama marjerin terkemuka di Malaysia. Planta adalah satu daripada jenama Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, satu nama isirumah yang dipercayai di Malaysia untuk menghasilkan kek dan biskut, juga sebagai sapuan dan memasak selama lebih daripada 80 tahun.

Buat masa ini, Unilever Malaysia mempunyai portfolio 13 jenama utama yang merangkumi produk makanan seperti Lipton, Knorr, Lady's Choice, Wall's dan Planta, barangan penjagaan diri seperti Sunsilk, Dove, Lux, Clear, Lifebuoy, Fair & Lovely dan Rexona serta barangan penjagaan isirumah seperti Breeze. Kebanyakan jenama ini merupakan peneraju dalam kategori masing-masing.

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel SECERIA AIR TANGAN IBU BERSAMA PLANTA!!! ^_^ , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Friday, June 6, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

14 comments:

  1. Bagusnya buat macam ni. Mesti dieorang seronok. Dulu pernah bagi doorgift pada budak2 rumah anak yatim dekat Seremban. Sorang-sorang muke excited. Kite tengok pun rasa seronok.

    ReplyDelete
  2. rugi tak dpt join haritu :( hubby exam plak!

    ReplyDelete
  3. Mmg suka planta... Sesuai utk masak apa sja...

    ReplyDelete
  4. seronok ada program mcm ni..at least kita bole buat dorg hepi kann..

    ReplyDelete
  5. Program yang amat baik. Peluang utk kita beramal.
    Sememangnya planta pilihan ibu sekeluarga..

    ReplyDelete
  6. Ni ke planta planta tadi tu kak ?? ^^

    ReplyDelete
  7. Nak dekat ramadhan nie , macam macam resepi akan tertayang , hehe .

    ReplyDelete
  8. alalalala bestnya kalau dapat join kann

    ReplyDelete
  9. bahang ramadhan muka terasa..:)

    ReplyDelete
  10. ada beberapa jenis biskut yang memang sesuai dan sedap dibuat dengan planta

    ReplyDelete
  11. Event ni la yg akak terpaksa tolak...dh dpt email tp belum buat entry lg...

    ReplyDelete
  12. best kalau dapat join even nie...akak mmg suka buat kek....

    ReplyDelete
  13. Bagus jugak cara ni,at least bantuan boleh dihulurkan kepada mereka yang memerlukan

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia