Macam Mana Nak Hilangkan Pelat Huruf "R"???

Farah Waheda Wahid
34
Source Extracted from Google
Kalau dah buat tajuk entri pelik2 tu, maksudnya ini semua adalah keywords carian mereka2 yang di luar sana tu... Hurmm... Dan ini mungkin sangkut kerana entri INI...Uikk pelik ke tajuk ni, tak adalah sangat kannn??? 

Source Extracted from Google
Ok, iolss tak pelat ok, tapi ini lirik lagu... *_^... Nak cerita lebih2 iolss bukan doktor pakar pun dan tak pernah mengalami situasi ni... Tapi kawan2 adalah... hurmm... ok... cubalah mana yang termampu yer... dari petikan artikel di SINI...

Sejak dulu lagi ramai yang beranggapan pelat disebabkan oleh lidah yang pendek atua tebal. Sebenarnya, tiada istilah lidah pendek ataupun tebal, hal ini kerana panjang lidah seseorang tidaklah terlalu berbeza. 

Bagi yang menghadapi masalah dan ingin menyelesaikan masalah ini... pernah tak uols pergi berjumpa doktor??? Sebenarnya bukan lidah yang pendek, tetapi kerana wujud perbezaan pada bahagian yang dinamakan "frenulum linguae", yang menyebabkan gangguan untuk melafazkan suatu huruf atau lebih dikenali dengan istilah pelat. Huruf seperti R, S, F dan banyak lagi... 

"Frenulum Linguae" dapat dilihat apabila uolss menggerakkan lidah ke atas. Ia kelihatan seperti tisu yang menghubungkan dasar mulut dengan lidah. Perbezaan panjang dan pendek "frenulum linguae" inilah yang menyebabkan lidah sukar bergetar lalu menyukarkan seseorang menyebut huruf berkenaan.

Penyelesaian???
  1. Menjalani terapi pertuturan (speech theraphy) dengan syarat, memang tiada kelainan atau gangguan kesihatan lain yang boleh menyebabkan keadaan yang uolss hadapi ini.
  2. Terapi ini merangkumi pergerakan nafas atau penyebutan huruf tertentu yang sukar bila dilakukan tanpa bantuan pakar kerana melibatkan koordinasi lidah dan bahagian lain di rongga mulut.
  3. Boleh juga dapatkan nasihat pakar terapi pertuturan.
*Jangan jadikan kekurang sebagai masalah tetapi jadikan sebagai semangat untuk kita berjaya...pelat itu bukan cacat atapun kekurangan...

Post a Comment

34Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. dengar kat mana ntah tak ingat..
    baca alquran pun boleh rawat masalah pelat. sbb bahasa alquran tu kena disebut dgn jelas.. kira mcm terapi juga kot. kalau anak2 kita detect pelat masa kecil cepat2 lah ajar dia mengaji.. wallahualam.

    ReplyDelete
  2. Comel ape kalau pelat. Kekekeke. :D

    ReplyDelete
  3. alise mase budak memang pelat.. so sebelom sekolah tiap ari memang sebut R R R jek..mak suruh. takut pulak pelat sampai ke tua kan.. tapi sesejak akhir ni macam kenan anak sedare pulak sampai gagap.. hahaha T_T

    ReplyDelete
  4. Susahnya kalau pelat ni kan..
    Mesti tuanpunya badan tu geram tak boleh sebut R

    ReplyDelete
  5. pelat R nie kalau dengar mcm comel jer bunyinye...

    ReplyDelete
  6. CP pun dulu pelat..tapi bila kita selalu mengaji dan setiap hari berlatih membaca Alhamdullilah sekarang dah tak pelat..apa pun mesti bermula dari kecil..

    ReplyDelete
  7. hahaha my ex boss dulu pelar R.. dia kata dats y dia tak boleh jadi lawyer sebab dia pelat R..

    ReplyDelete
  8. Aku zaman sek rendah dulu mmg pelat R. Pastu tak tahu mcm mn jd ok plak..hehe
    Tp kakak aku smpi skrg tak dpt sebut R ..hehe

    ReplyDelete
  9. kalau pelat R teringat Lisa Surihani :)

    ReplyDelete
  10. masa tadika dulu ada gak pelat sikit2.. hehe..tapi bila dah besar, hilang sudah pelat tu.. tak tau kenapa. hehe

    ReplyDelete
  11. salam admin blog :)

    Gambar Facebook ANGGOTA TENTERA MAKAN HAIWAN HARAM
    http://blog3dalam1.blogspot.com/2014/06/gambar-facebook-anggota-tentera-makan.html

    Izara Aishah Akui Sudah Putus Cinta, Dah Ada Kekasih Baru?
    http://syokbah.com/izara-aishah-akui-sudah-putus/

    ReplyDelete
  12. so far akak tak pernah alami apa2 pelat...tp ada one of my colleague kat opis..pelat R sampai sekarang and u know what he is dealing project with client...

    ReplyDelete
  13. hehehe....sy sll kata lidah pendek kalo jenis yg xleh sebut2 huruf ni..ahaks..

    ReplyDelete
  14. Ingat zaman sekolah dulu...ada kawan pelat r...kesian dia selalu kena ejek...dahla kecik...nak sebut nama dia pon susah...nadira jadi nadiva...tapi seriously dia mmg sgt comei orangnya..

    ReplyDelete
  15. dulu masa sekolah rendah, sy pelat R, tapi ayah selalu ajar sy sebut dengan betul, practice make it perferct..alhamdulilah, sekrang dah tak pelat. hihihi, datang klik churp

    ReplyDelete
  16. hehehe.. pelat R nie comel act. :D

    ReplyDelete
  17. Suke dgr org yg x boleh sebut huruf r ni. Kelakar. Tapi nasib la akk boleh sebut.

    ReplyDelete
  18. liz sndiri pelat R sbb liz dlu mk hntr sekolah chung hwa,. jadi liz ckp slen mcm cina sikit,hukhuk.

    ReplyDelete
  19. adik kita pelat huruf 'R'. Dia tukar huruf 'R' jadi huruf 'W'. Surau jadi suwau xD

    ReplyDelete
  20. saya rasa orang pelat cakap comel je hehehhe

    ReplyDelete
  21. ada anak sedara tiga orang pelat R..dua tu dah OK sebab practise hari-hari.sorang je tak ok lagi, sebab dia lahir kat Kedah kot... p/s :oghang utagha jangan maghah naa ;)

    ReplyDelete
  22. hm.. kalau dari kecil dah perasan benda ni kena cepat2 buat terapi :)

    ReplyDelete
  23. adik husna dulu dya tak pndai sebut R.. skarang ni je dah kurang sikit.. sebab dok main2 dgn R..

    ReplyDelete
  24. Dulu kecik kecik , wani tak pandai sebut R . Sekarang pandai dah , heee .

    ReplyDelete
  25. Akak mmg pelat R but now dah ok sikit...

    ReplyDelete
  26. Lisa Surihani kena baca entri ni...hehehe...

    ReplyDelete
  27. Kena latih dari kecik... Skrg mmg tgh train ank sulung sbb R dan ر

    ReplyDelete
  28. Kawan Adam ada yang pelat R ada yang pelat S hukhuk.
    Btw,nice sharing :)

    ReplyDelete
  29. Jadi, kalau dpt kesan awal kena cepat2 buat terapi..
    Perkongsian yg baik..

    ReplyDelete
  30. salam hee sy ok saja..tak pelat :)

    p.s menabung michelin & lenovo :))

    ReplyDelete
  31. Kawan2 cina selalu menghadapi masalah sebut R ni.. mungkin sebab bahasa dorang kurang huruf R..

    ReplyDelete
  32. pelat R selalu dengar...selalunya member cinalah..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !