Home » , , , , , , , , » Fadhilat Dan Kelebihan Solat Tarawih Di Bulan Ramadhan...

Fadhilat Dan Kelebihan Solat Tarawih Di Bulan Ramadhan...

Source Extracted from Google
Bulan Ramadhan ni memang bulan yang sangat meriah kann uolss??? Betul tak??? Macam2 aktiviti, macam2 makanan, macam2 event... macam2lah...pendek kata, bulan Ramadhan ni memang most of us busy jer memanjang..Ihikss...Busy makan sana makan sini tu memanglah kann??? Tapi Solat Tarawih is one of the highlight juga setiap kali Ramadhan... ^_^... 

Sukalah kiranya, sempena bulan baik, hari baik ni iolss untuk berkongsi perkara2 rohaniah, perkara2 ilmu dan juga perkara2 bermanfaat untuk diri sendiri dan juga uolss...Walaupun mungkin ada yang memang dah expert dan tau... Tak salah rasanya kalau iolsss berkongsi kan? kan? kan? 

Moh ler kita sama2 go through sekiranya sudi... ^_^

Sayidina Ali Abi Thalib RA meriwayatkan sebuah Hadis (yang panjang) daripada Rasulullah SAW iaitu jawapan baginda ketika ditanya oleh para sahabat mengenai fadhilat dan kelebihan solat tarawih pada setiap malam di bulan Ramadhan. Baginda bersabda bahawa:

Malam 1
Diampuni dosa2 orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

Malam 2
Diampunkan dosa orang2 yang beriman yang mengerjakan solat tarawih, serta dosa2 kedua ibu bapanya. 

Malam 3
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam2 lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa2 mereka. 

Malam 4
Orang2 yang mengerjakan solat tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang2 yang membaca kitab2 Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang2 yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala malaikat2 yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang2 yang mengerjakan tarawih malam itu. 

Malam 7
Seolah2 ia dapat bertemu dengan Nabi Musa AS serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir'aun dan Hamman.

Malam 8
Allah SWT mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim AS.
Malam 9
Allah SWT akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad SAW.

Malam 10
Allah SWT mengurniakan kepada kebaikan dunia dan akhirat.
Malam 11
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
Malam 12
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengam muka yang bercahaya2.
Malam 13
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
Malam 14
Malaikat2 akan datang menyaksikan mereka bersolat tarawih serta Allah SWT tidak akan menyesatkan mereka. 

Malam 15
Semua malaikat yang memikul Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16
Allah SWT menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga. 

Malam 17
Allah SWT menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi2.
Malam 18
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati)

Malam 19
Allah SWT akan meninggikan darjatnya di dalam syurga firdaus.
Malam 20
Allah SWT mengurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang2 soleh. 
Malam 21
Allah SWT akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
Malam 22
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
Malam 23
Allah SWT akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
Malam 24
Allah SWT akan membuka peluang untuk 20 tahun ibadat bagi orang2 yang mengerjakan solat tarawih pada malam tersebut.

Malam 25
Allah SWT akan mengangkat seksa kubur darinya.
Malam 26
Allah SWT akan mengurniakan pahala 40 tahun ibadat bagi orang2 yang mengerjakan solat tarawih pada malam tersebut. 

Malam 27
Allah SWT akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
Malam 28
Allah SWT akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
Malam 29
Allah SWT akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
Malam 30
Allah SWT akan memberikan penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firmanNya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah2an yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad SAW yang bernama Al-Kautsar.
Selain daripada fadhilat2 yang tersebut di atas, terdapat banyak dan berbagai lagi fadhilat dan keutamaan solat tarawih atau Qiam Ramadhan ini sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis2 Rasulullah SAW.

SUMBER: SINI

Bulan Ramadhan tiba setahun sekali, dan kita tak tahu bila tiba masanya Ramadhan terakhir kita...makanya, sekiranya berpeluang, why not kita rebut peluang tu kann???

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Fadhilat Dan Kelebihan Solat Tarawih Di Bulan Ramadhan... , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, June 30, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

14 comments:

  1. tidak berkesempatan lagi nak buat solat tarawih ;(

    ReplyDelete
  2. Alhamdullilah masih berpeluang menunaikan solat tarawih..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah mudah mudahan tahun ni dapat solat terawih penuh dan takde tinggal..besar fadilatnya :)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah...moga kita semua dapat menikmati kelebihan2 tersebut dengan penuh keimanan

    ReplyDelete
  5. terima kasih kak atas infonya..:)

    ReplyDelete
  6. byk kelebihan solat terawih nih

    ReplyDelete
  7. Salam,
    Sebagai peringatan, hadis diatas adalah palsu.
    Rujukan: http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith/1283-irsyad-al-hadith-siri-ke-86-hadith-kelebihan-solat-sunat-tarawih-setiap-malam

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia