Dan Naluri Keibuan Ini Tersentuh.... Sob Sob...

Farah Waheda Wahid
18
Iolss tersentuh membaca coretan maya Dr. Amirul ini di FB beliau di SINI dan bagaimana pula dengan uolss???

Memang. Aku yang kandungkan anak ini. 9 bulan. Lama.
Memang aku yang lahirkan dia 6 bulan lepas. Sakit.

Tetapi. Anak aku bukan milik aku. Dia adalah amanah dariNya. Dia milik Allah. Bila2 masa Allah boleh ambil semula. 

Jadi. Mengapa aku mengeluh untuk melayan dia tak tidur malam dan mahu bermain. Sedangkan aku selamba layan kawan2 di kedai mamak sampai ke pagi. Jangan aku lupa, anak ini milik Allah, bila2 masa Dia boleh ambik balik. 

Mengapa pula aku mengeluh kesal bajunya perlu dibeli lagi. Sedangkan baru sahaja dibeli bulan sudah. Sedangkan ramai lagi ibu bapa teringin hendak beli saiz lebih besar lagi. Apakan daya anak mereka lambat membesar pula. Jadi mengapa aku tak bersyukur dan gembira anak aku mengembang sihat. Mengapa aku mengeluh. Lupakah aku. Anak ini milik Allah. Bila2 masa Dia boleh ambil balik. 

Aku mengeluh lemah lagi tidak mampu menyimpan wang di bank. Setiap bulan ada sahaja kehendak dan keperluan anak ini. Matilah macam ni. Ya Allah. Sedarkah aku. Ramai lagi yang berhabis berpuluh ribu namun masih tidak diberikan Allah rezeki yang dipanggil anak. Lupakah aku Allah itu pemberi rezeki. Dia pemilik kesemua di langit dan di bumi. Termasuklah anak ini. Ingatlah. Bila2 masa dia boleh ambil kembali. 

Aku terus mengeluh. Tengah sedap bersembang di FB, si anak ini merengek mahu diangkat2, diagah2 pula. Ahh, mana boleh. Nanti jadi manjalah dia. Nah ambil ini dan mainlah sendiri. Allah. Mengapa aku mengabaikan pinjaman Allah ini. Entah berapa ramai yang menangis merayu dalam sujudnya di malam hari mohon diberikan anak penyeri hidup. Tetapi Allah tak bagi. Allah berikan pada aku. Tetapi mengapa aku mengeluh. Inikan milik Allah. Bila2 masa Allah boleh ambil kembali. 

Ya Allah...Telah Kau berikanku anak sebaik, sesihat dan secantik ini... Tetapi masih aku banyak bunyi...Ampunkan aku Ya Allah...Kau panjangkanlah jodoh aku dan dia hingga jannahMu. Kau berikanku petunjuk dalam melaksanakan amanahMu. Sesungguhnya aku sering terlupa anak ini bukan milik aku...Dia milikMu...Bila2 masa kau boleh ambil kembali...  

I Love My Son!!! Sob sob sob...and never ever mengeluh dengan kehadiran Ash dalam hidup iolss!!! Never!!! I Love My Son so very the much till the end....

Post a Comment

18Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Sedihnyerrr ..tengok muka anak2 ..Ya Allah Syukurlah Kau Bagi Anak2 Ynag Sihat Sempurna buat aku juga suami ..Tq Allah tq Allah..

    ReplyDelete
  2. actually coretan ni di tulis oleh kawan fiza yang di pos pada 3 march https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10152068873323318&set=a.10150878521523318.425341.570263317&type=1&theater kemudian Di publish semula oleh Dr. Amirul pada 5 march dan di share oleh ramai orang..kawan fiza Lyn Heartfull, juga ada komen di status yang dishare tu beritahu karyanya.. apepun karya ini sangat terbaik..sangat tersentuh naluri keibuaan :) Good Job Lyn Heartfull :)

    ReplyDelete
  3. Huhu...pernah baca..mmg tersentuh rasa hati...kdg2 time stress selalu marah anak...padahal anak x salah pon...huhu..

    ReplyDelete
  4. Anak tu anugerah Allah yg xternilai..hargai kehadiran mereka

    ReplyDelete
  5. Sebagai ibu bapa..yes kan manusia..ada hati..ada perasaan..mengeluh itu cukup sekadar untuk mengurangkan rasa dijiwa..tapi jangan seringkali berkeluh kesah kerana menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa menjaga anak..takut takut menjadi tidak ikhlas dan redha..kufur nikmat..

    ReplyDelete
  6. tersentuh jugak walaupun takde anak.... teringin... teringin sangat nak memegang amanah yang satu ni... tapi rezeki tiada lagi.... kiss for Ash :-*

    ReplyDelete
  7. ok ..nk menitis airmata.."smbil memeluk erat ank yg tdur dipangkuan..hehe..

    ReplyDelete
  8. Teringin nak merasa jadi ibu...moga suatu hari nanti dianugerahkan kesempatan itu

    ReplyDelete
  9. Mmg tersentuh hati seorg ibu ni sob sob :(

    ReplyDelete
  10. Itulah kak.. Kdg bila terlepas marah.. Menyesal gak.. Sbb sntiasa ingtkn diri bahawa anak itu pinjaman Allah shaja..

    ReplyDelete
  11. yumida yg belum ada anak pun tersentuh bacanya sis
    moga semua org dikurniakan anak menghargai anak anugerah Allah
    mungkin nikmat tu juga blh ditarik balik..bila2 masa..semua kita di dunia hanya pinjaman..tetibe tacing...
    menabung nuff sini - volkswagen

    ReplyDelete
  12. besar tanggungjawab ada anak ni
    terkesan sangat bila tengok kisah anak oku yang dikurung hingga kurus kering tu kan
    tergamaknya :(

    ReplyDelete
  13. Ramai yg merungut bila tak dpt anak, tp anak itu amanah Allah yg cukup berata, moga terus berusaha jadi ibu bapa yg terbaik... Chaiyok sis!

    ReplyDelete
  14. betul tu farah..luahan ini buat saya sering rasa bersalah bila marahkan anak..
    semoga kita terus berusaha untuk yang terbaik utk anak

    ReplyDelete
  15. As a mom mustahil kita x tersentuh kan...sedih sebak rasa hati...moga ibu ini tabah menghadapi dugaan. ..amin...alfatihah untuk bidadari syurga

    ReplyDelete
  16. so touching...masa tengok video kanak2 OkU tu pun rasa nak menangis je..inikan pulak cerita nie...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !