Home » , , , , , , , » Catuan Air Bakal Berulang Kerana Fenomena El Nino!!!

Catuan Air Bakal Berulang Kerana Fenomena El Nino!!!

Source Extracted from Google
Oh my!!! Pagi tadi terdengar dari Era.FM...erks... Era??? Sejak bila beralih kepada Era ni??? Muahahaha... Terbukak uolss terbukak... yang catuan air bakal berulang kerana fenomena El-Nino... Uolss dah biasakannn dengan tentang El-Nino ni.. nama sedap tapi tak sesedap kesannya... 

Source Extracted from Google
Perkataan El Nino yang berasal dari bahasa Sepanyol yang bermakna "budak lelaki" di mana ianya mula2 dikesan oleh masyarakat Amerika Selatan yang bertutur dalam bahasa Sepanyol di Peru, Uruguay, Chile dan sebagainya.

Source Extracted from HERE

Kejadian El Nino ialah perubahan suhu permukaan laut yang tidak menentu. Di bahagian pertengahan lautan Pasifik akan terlalu panas yang menyebabkan pemeluwapan yang tinggi. Maka akan berlakulah 2 olahan tiupan angin yang berbeza.

Source Extracted from HERE
Dalam fenomena El-Nino secara relatifnya suhu di Malaysia akan bertambah sebanyak 3oC lagi.

Memang terasa bahangnya sekarang kann??? Kalau kat rumah tu ber-air-cond jer lah... Perghh...memang bil elektrik akan berjalan lancar ibarat air sungai mengalirlah tu... Muahahaha.... 

Tapi... bukan nak menciwi pasal El Nino sangat pun sebenarnya uolss...Kalau uolss nak baca secara lanjut boleh baca di SINI... agak bagus penerangan beliau... 

Yang iolss nak bebel adalah kesan ok? kesan dari Fenomena El Nino ni..  

Menurut Bernama di SINI ... Catuan bekalan air di Lembah Klang dijangka berulang kembali jika paras air di Empangan Sungai Selangor merosot ke tahap membimbangkan akibat fenomena El Nino. Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata walaupun musim kering dijangka melanda negara mulai bulan ini namun kesannya hanya dirasai pada Julai. Erkss..nak raya dah tu kann???

"Buat masa ini, paras air di Empangan Sungai Selangor hanya meningkat tujuh peratus kepada 43 peratus berbanding 36 peratus pada 2 bulan lalu ketika catuan bekalan air dilakukan. Jika musim kering menyebabkan paras tersebut kembali menurun, maka catuan terpaksa dilakukan kerana 60 peratus bekalan air di Lembah Klang datang daripada empangan tersebut," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Persidangan Kebangsaan Teknologi Hijau bersempena Minggu Teknologi Hijau 2014. 

Sebahagian Selangor dan Lembah Klang mengalami catuan air secara berjadual dan berperingkat selama 3 bulan antara Februari dan April ekoran kekurangan bekalan semasa musim panas baru2 ini. Mahdzir berkata ketika catuan dilakukan, kadar pengeluaran air di Lembah Klang diturunkan kepada 1,700 liter sehari berbanding kadar biasa 2.700 juta liter sehari. 

"Bagaimanapun, kerajaan negeri Selangor melalui Lembaga Urus Air Selangor akan melakukan pelbagai cara untuk meningkatkan paras air di empangan tersebut, termasuk mengepam air dari kolam takungan dan menggunakan air bawah tanah selain kaedah pembenihan awam oleh Jabatan Meteorologi," katanya. 

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air baru-baru ini mengeluarkan garis panduan untuk kegunaan operator air di seluruh negara sepanjang tempoh Malaysia dilanda fenomena El Nino atau cuaca kering. Garis panduan itu, antara lain, mengarahkan operator air memantau rapi paras sungai dan empangan yang membekalkan air mentah kepada loji rawatan di negeri masing-masing, mengaktifkan Pelan Kontigensi Bekalan Air sekiranya paras air menyusut pada paras waspada dan menyediakan keperluan logistik bagi menghantar bekalan air bantuan. 

Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan negara mengalami musim kering bermula bulan ini hingga September manakala Pertubuhan Meteorologi Dunia menjangkakan fenomena El Nino berlaku pertengahan tahun ini dan mungkin berlanjutan antara 6 hingga 18 bulan. 

Jeng jeng jeng... ini kemungkinan tapi tak mustahil berlaku, tau tau ajerlah isu air di Malaysia ni kann??? Terutama di Lembah Klang... makanya, bersiap sedialah kita semua dengan kemungkinan catuan air yang bakal berulang ni uolss... Tong2 air yang dah simpan tu nak kena simpan elok2 dan betul2... sat ni kalaulah kata jadi balik... makanya keluarkanlah balik ye tak??? Hew hew hew... 

*Nampak gayanya kalau catuan air berulang, Ash mandi ikut sukatan botol air mineral baliklah ni ek??? Ha ha ha... 

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Catuan Air Bakal Berulang Kerana Fenomena El Nino!!! , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, June 10, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

22 comments:

  1. Dah dekat nak bulan puasa ni, kalau ada catuan air sudah tentu terasa mencabar betul kan Farah :)

    ReplyDelete
  2. mineral pun mineral laaa mummy, asalkan Ash berbau wangi hehehe :D

    ReplyDelete
  3. alahai...seksa sungguh bila air kena catu.

    ReplyDelete
  4. hopefully hujan kembali mencurah seperti sebelum nie......... ujian berat di bulan ramadan kalau ia benar2 berlaku.......

    ReplyDelete
  5. memang berbahang dalam 3 ke 4 hari ini....tapi baru kejap tadi bandar melaka hujan rahmat turun dengan lebatnya seolah menyelami hati yang kering berdengkang nie.....

    ReplyDelete
  6. skang musim panas semula.harap² takde catuan air dan moga hujan jugak akan turun. nak tidur malam pun dah macam sauna :(

    ReplyDelete
  7. oh noooo.... hahaha.. banyak betul dugaan malaysia ni.,.. musibah dtg bersilih ganti.. huhu

    ReplyDelete
  8. Mmg skrang ni terasa bahang panasnya...xleh bayang puasa nanti cemane...sabarjela...huhu...

    ReplyDelete
  9. harap ianya tidak berlarutan hingga terpaksa kepada catuan,kesian mereka yang terlibat..tapi sekarang pun dah terasa bahangnya walaupun hujan turun..

    ReplyDelete
  10. xperrr sbb sy dh ready ooo yeahhh ;p

    ReplyDelete
  11. ohhhh tidak...hari tue catuan pun dah separuh tenat rasanya...moga2 kali nie xde la catuannya...

    ReplyDelete
  12. Ye betullah Farah. Kakak pun dengar berita radio pagi tadi.
    Yg sedihnya nak puasa dan raya kalau terus kena catu agak payahlah..

    ReplyDelete
  13. Catu lagi ? Okay ! Mari tadah air. :D

    ReplyDelete
  14. arggghh tak suka.. susah la kalau kena catu.. huhu

    ReplyDelete
  15. beli tong air siap-aiap..sebab masa krisis nanti harga akan melambung

    ReplyDelete
  16. oo mcm tu la nino..minta2 xkena catuan air lg..

    ReplyDelete
  17. Apa-apa.pun get ready... Moga ada kmbli hujan... Huhu

    ReplyDelete
  18. tak nak.. tak suke.. air tak de.. huwaaaa.....

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia