Ash Jangan Nangis Cari Mummy Malam Ni!!!

Farah Waheda Wahid
9

Bab2 nak meninggalkan anak dengan orang ni memang perit bagi iolss atas tujuan dan sebab2 tertentu pada waktu2 weekend ataupun pada waktu2 kebiasaan weolls spend time untuk dia... Itu pada iolss lah... Pada uolss iolss tak tau sebab cara pemikiran dan pendapat kita adalah berbeza antara satu sama lain. Ada Mummy yang tak kisah dan chill jer tinggalkan anak dengan orang lain semata2 untuk memenuhi tuntutan kehendak serta lifestyle masing2.... Ada Mummy memang tak sanggup contohnya iolss lah... 

Jika sebelum ada Ash iolss bebas bergerak ke mana saja dan berada di mana2 saja untuk memenuhi kehendak tuntutan dan juga lifestyle. As example events yang berkait rapat dengan career, events for blogger ataupun events with friends (girls day out)... But then now segala itu agak terbatas.... Bukannya tak boleh... boleh... Antara hendak atau tidak sahaja... Tiada yang melarang dan tiada pulak yang tak sanggup untuk menjaga sementara iolss pergi sementara untuk memenuhi tuntutan itu... Dan kebiasaannya banyak perkara yang iolss akan timbal balik dan pertimbangkan... 

Jika melibatkan iolss terpaksa pergi selama beberapa hari atau malam dan pada waktu dan ketika itu iolss takkan dapat spend time dengan Ash di waktu kebiasaan Ash dengan iolss... Honestly jika boleh decline iolss akan decline...Semuanya semata2 demi Ash... Tapi jika waktu dan ketika itu cuma menuntut beberapa jam dari waktu iolss bersama Ash, iolss akan pertimbangkan semula dan selalunya iolss akan attend-lah... Ha ha ha..cumanya waktu berada di sesuatu tempat itu, pemikiran iolss akan berada di 2 tempat, satu di event satu pada Ash... 

Menyesal??? Tak pernah sama sekali menyesal, malah bersyukur dengan kehadiran Ash dalam hidup weolls... I'm a proud Mummy and I'm a happy Mummy to Iman Firash Bin Husaini. Syukran Allah SWT atas kurniaan Allah SWT yang tidak terhingga ini. Satu anugerah dan kurniaan terbesar dalam hidup weolls. 

Setakat ini tak pernah berjauhan di luar kawasan tanpa Ash kerana iolss memang tak sanggup uolss... Contohnya, ada 2 event blogger yang iolss terpaksa tolak baru2 ini...Satunya di luar kawasan atau radius km tu jauh sangat dengan Ash yang mana flexibility sekiranya terjadi apa2 kepada Ash susah untuk iolss bergerak dan sampai dengan cepat... Yang keduanya dalam kawasan dan radius km itu tak adalah jauh mana, cumanya... iolss terpaksa bermalam semalam dan meninggalkan Ash semalaman... Ho ho ho, tak sanggup iolss nak meninggalkan Arjuna Beta tu semalaman uolss... 

Bermula jam 6.00 petang ini sehingga membawa kepada 10.30 malam, Mummy is busy Ash... Mummy ada work and tanggungjawab yang perlu dipenuhi... So, malam ni Mummy tak ada untuk gurau dengan Ash, nightschool dengan Ash dan "pok" Ash kalau Ash nak tidur... Ash behave yer nak??? Once settle Mummy straight shoot balik ambik Ash... Ash jangan meragam dan jangan naughty2 yer... Mummy pergi sekejap ajer... Sekejap jer tau.... Ahakss, kerisauan melanda di hati kerana Ash tak pernah tak ada Mummy di waktu malam... Eh ada sekali tapi tu tak lama dari pukul 7 sampai 9 malam jer...kali ni agak lama sikit... Tapi adatlah tu kann??? Demi kelangsungan hidup... Mummy promise tomorrow we spend time together to the max yer nak??? Kita pergi "kai kai", naik musical car Ash and window shopping yer... And tomorrow night school kita start balik yer??? 

Ha ha ha... Poyo to the max Mummy Ash ni... Tapi itulah luahan perasaan seorang Mummy dan juga emosi ke-Mummy-an... ahaksss.... Bila ada anak ni memang berat nak tinggalkan kalau itu dah memang waktu kita dengan dia... Tapi berat tak berat adakalanya terpaksa juga... Dalam membuat decision, kita kena pertimbangkan dari setiap sudut, faktor dan aspect dan barulah bertindak ye tak??? Sebab itu akal fikiran yang waras serta seimbang diperlukan dalam membuat sebarang keputusan... Supaya kita tak tergelincir atau tersasar dari landasan... Kalau dah boleh angkut Ash, memang iolss tak tinggal Ash...Iolss akan angkut Ash sekali tak kira ke mana pun... Ha ha ha...tunggu sikit hari lagi, bila Ash dah pandai berjalan nanti... Sonang kojo Mummy.... Busylah anakku nanti ke sana ke mari... Tapi pastinya lebih menyeronokkan!!! 

*Seriously thinking, macam manalah Mummy2 yang kat luar sana boleh buang anak dan tinggalkan anak di semak samun atau campak dalam gaung atau biarkan anak2 di tepi jalan bila dah melahirkan... tergamak sungguh hati mereka...Iolss yang nak tinggal sekejap pun berat hati... inikan lagi nak berpisah dengan anak dengan cara tak senonoh macam tu... Takkanlah tak ada naluri ke-Mummy-an dan belas ihsan langsung pada anak2 yang tak bersalah...Dushhh... Rasa nak pijak2 dan lempang2 jer orang macam ni... Tak bersyukur dengan anugerah Allah pada anak2 kecil yang tak berdosa.... 

**Agak2 kalau Mummy Ash ni kena travel ke US untuk business trip satu hari nanti for few weeks...mau home sick gila2 ni... erkss... boleh tak nak request kat immediate superior upon that time yang Mummy Ash nak bawak Ash jugak no matter what??? Ha ha ha... In Shaa Allah... not now...tapi tunggu Ash dah besar sikit kot??? Erksss...masalahnya ada ke nak travel gi US??? Jauh benau melangkau pemikiran serta imaginasi iolss ni kannn??? Tapi who knows??? Rezeki tu tiba satu hari nanti??? In Shaa Allah...In Shaa Allah... working my ways out to it....

Post a Comment

9Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Samalah Farah....dulu Mia pernah tinggalkan anak (masa tu Shumi, 1st baby baru umur 6 bln) sebab kursus sebulan kat KL.......sedih tau2 ... tiap malam nangis sorang2 kat bilik hotel ingatkan anak....huhu

    ReplyDelete
  2. Mmg susah hati kalau tinggalkan anak lama2...lagi2 kalau breastfeeding lg...ohhh..x sanggup rasanya!!

    ReplyDelete
  3. Ash budak baik.. tau mummy nak work!!

    ReplyDelete
  4. Hati seorg ibu mana tak resah dear.

    ReplyDelete
  5. mummy work ash mesti faham..biasalah kan kak..susah untuk ibu tinggalkan anak walau sekejap..tapi dek kerana kerja,terpaksa meninggalkan seketika..

    ReplyDelete
  6. Huhuhuhu sedihnyerr Ash kena tinggal la mlm ni huhuhhu ..Jangan nangis2 tau Ash ..
    Biasa la Farah ..Dulu Lya masa tinggalkan anak2 mmg berat hati sangat ..Tu tinggalkan kat mak ayah still berat hati jugak .. Sekejap2 tepon kejap2 tepon sampai naik pening orang tua Lya huhuhu.......

    ReplyDelete
  7. Mmg tak snggup nk tggl kan anak... Sy dulu kursus punbawa ank..tmbh susu bdn kn.. Lagi lah...

    ReplyDelete
  8. Akak x takut sgt dulu masa tinggalkan anak when akak pi keja or ada event apa2 coz dari tapak kaki 2 jari mmg my mum yg jaga...kalau bleh bwk anak mmg bwk dari awal

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !