Adakah Anak Weolls Semua Ada Yang "Picky Eater"???

Farah Waheda Wahid
10
Source Extracted from Google
"Picky eater" among anak2 ni adalah salah satu topik yang agak sering jugak diperbincangkan dalam isu parenting atau parenthood... Dan tidak mustahil dalam kalangan kita ni semua ada yang mengalami situasi ni... Hew hew hew... 

Personally, iolss sendiri adalah seorang yang "picky eater" sedari kecik uolss...Muahahahaha...payah kalau pergi rumah orang... Hurmm... Ash iolss tak tau lagi sama ada dia "picky eater" ataupun tidak... Tak boleh nak tengok lagi...Setakat ni, semua pun dia balun, tak ada pilih2...Alhamdulillahlah kalau dia tak jadi "picky eater" macam Mummy dia ni...Ahakss..Kalau tak payah betul... At least apa yang Mummy dia tak makan dia boleh tolong makankan kot??? Sebab tu, kalau2lah iolss pergi rumah uolss ke, manalah tau kannn??? Denggg...kalau iolss tak sentuh apa2 lauk atau makanan yang uolss jamah, jangan berkecil hati yer... Sememangnya iolss tak boleh terima di tekak makanan2 tu... sebab kalau iolss paksa makan jugak... For sure, lepas tu akan terkeluar balik...lagi uolss kecik hati kannn??? 

Sebelum membebel tentang "picky eater" ni... so apa yang iolss tak makan??? Muahahahaha... Pertama, adalah IKAN DARAT / SUNGAI... Iolss tak makan ikan darat / sungai... kenapa??? Rasa macam entah lain macam jer, walhal semua orang cakap itulah yang sodap...muahahaha.... Bukan mengada2 tapi memang tak makan.... IKAN PARANG. TERUBUK, DURI...out of the list... DAGING ARNAB...memang tak ley terima... TELUR KUNING... seriously memang tak boleh blah... Ok, yang general jer lah... Ada lagi, tapi tak berapa nak ingat plak...Wakakakaka.... Mungkin pada uolss sedap, oh ya... SIPUT SEDUT...terbayang benda lain...muahahahaha... tapi iolss tetap tak boleh nak terima... Erkss... punya pasallah iolss tak makan kannn??? Panjang pulak ceritanya... 

Sedikit artikel dari SINI untuk perkongsian bersama...kalau2 lah iolss sendiri pada masa akan datang akan mengalami masalah "picky eater" pada Ash dan juga kalau2lah uolss mengalami masalah ni... 
  • Susun jadual makan anak weolls supaya mereka mempunyai 3 waktu makan yang tetap sehari dan 2 makan ringan yang sihat di antara waktu makan. Doktor mengatakan bahawa kebanyakan "picky eater" adalah "grazers" iaitu anak2 yang makan sedikit sahaja makanan dari pagi hinggalah malam. Pastikan anak weolls mempunyai waktu hidangan dan makan ringan (sihat) yang tetap. Ini akan membantu memastikan mereka makan apabila mereka lapar dan mengurangkan peluang mereka akan makan makanan ringan terlalu banyak.
  • Pelbagaikan jenis makanan yang baik untuk anak kecil weollss untuk makan pada setiap waktu makan. Apabila weolls menawarkan makanan baru, hanya letakkannya di hadapan anak weolls tanpa memaklumkan bahawa ianya makanan yang baru atau jarang diberikan. Biarkan mereka menyedarinya sendiri. Pastikan makanan yang weolls pilih adalah sesuai mengikut umur anak weolls.
  • Perkenalkan makanan baru satu demi satu dan dalam jumlah yang kecil. Bukannya menghidangkan kesemua makanan yang baru serentak. Sebagai contoh, hidangkan satu hidangan yang biasa atau kegemaran anak weolls bersama2 dengan sesuatu yang baru. Sentiasa hidangkan sekurang2nya satu makanan yang weolls suka atau biasa dimakan pada setiap waktu makan.
  • Cuba untuk jadualkan makanan baru apabila weolls tahu anak weolls lapar. Contohnya beberapa potong buah di antara makan tengah hari dan minum petang.
  • Kecilkan saiz hidangan anak weolls. Satu saiz hidangan untuk kanak2 adalah kira2 1/4 daripada satu hidangan orang dewasa. Satu hidangan daging untuk untuk seorang anak berumur 1 tahun adalah kira2 saiz tapak tangan mereka dan sayur2an adalah hanya kira2 1 atau 2 sudu besar.
  • Fahami bahawa selera sesetengah kanak2 ini lebih sensitif daripada yang lain. Ada di antara mereka yang tidak gemarkan tekstur, warna atau rasa makanan tertentu. Itulah sebabnya kanak2 mungkin sukar untuk menyukai makanan dan mereka tidak pernah cuba pun, malah ada sama sekali mengelak untuk merasa makanan baru. Selain itu, sesetengah kanak2 boleh menolak makanan kerana ia mengingatkan mereka ketika mereka sakit contohnya bubur yang diberikan semasa mereka sakit. 
  • Carilah jalan untuk memberikan anak weolls hidangan yang sihat. Tambah beberapa potong ayam atau oat ke dalam bubur kegemaran mereka. Bagi anak2 yang sukar makan sayur, mungkin boleh cuba kisar halus carrot dan brocolli atau bayam dan masukkan ke dalam sup ayam kegemaran mereka. Buah2an pula dikisar halus dan jadikan ice blended dengan perisa yang mereka gemari.
  • Elakkan daripada menawarkan makanan bergula dalam usaha untuk mendapatkan anak kecil weolls untuk makan lebih banyak. Weolls mahu mereka mengenali makanan2 yang sedap tetapi sihat, bukannya manis.
  • Kurangkan gangguan ketika makan. Jika adik beradik yang lain sedang berkejaran berdekatan meja makan atau sedang menonton kartun, anak kecil weolls boleh hilang minat dalam makanan yang dihidangkan. Cuba untuk menjadikan waktu makan anak weolls waktu yang santai dan tenang.
Moga2 info dari artikel ni sedikit sebanyak bermanfaat buat kita semua.... Hurmm...bercerita tentang makanan, teringat yang fruits Ash dah habis untuk Ash makan dengan baby feeder dia...  Nampak gayanya kejap lagi Mummy kena turun bawah kejap pergi Supermarket gi cari fruits dan juga vege untuk Ash... Malam ni nak masak bubur brocolli untuk dia... Nyum nyum...

Post a Comment

10Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. hehe... anak2 kena layan... bab-bab makan ni penting utk perkembangan diorang... *check logo halal* :)

    ReplyDelete
  2. anak nad, dia dah lama tak nak makanan dia... tp makanan kita dia nak makan.. disebabkan nad duduk dgn family, dan selalunya makanan mak yg dah siap masakkan, tak dpt control kandungan dlm makanan tu. huhu. tp nasib setakat ni mak mmg tak guna ajinomoto. pastu anak nad tau kalo guna pinggan dia, dia tak nak mkn walaupun kita letak makanan kita dlm tu. T____T

    ReplyDelete
  3. terima kasih berkongsi...anak saya memang tak berapa nak makan nasi...yang suka mee, kue tiau dan sama dengannya...

    ReplyDelete
  4. dari kecik ni kena ajar anak makan yang sepatutnya tapi tu lah setiap orang ade citarasa sendiri.mesti ade benda yang susah sangat nak ditelan kan even kekadang orang cakap sedap

    ReplyDelete
  5. salam singgah :)
    www.irrayyan.com

    ReplyDelete
  6. Dalam family akak pun ada yg pantang tentang makanan, ada yg tak mkn ikan darat, ada yg tak suka makan ayam, ada banyak yg cerewet tentang makanan nie

    ReplyDelete
  7. X semua org blh mkn apa ygkita makn kan...

    ReplyDelete
  8. salam..best baca blog u...
    blog pn cantik...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !