"Mood Swing" Ketika Hamil...

Farah Waheda Wahid
15
Source Extracted from Google
Uiksss apa ni cerita2 pasal pregnancy lagi ni... muahahahaha.... zaman2 tu dah berlalu dah tahun lepas... Teringin nak preggy lagi ke? Dok aihh.... NOT YET!!! Amboi penegasan di situ ye tak??? Erkss...like daaa.... luka dalaman iolss ni baru nak bercantum dan pulih sedikit demi sedikit ok??? So memang jawapannya not yet lah... In fact, to be honest... belum ada planning nak menambah lagi pun buat ketika ini... Focus to Ash... Kalau ada pun lagi 3 tahun ok, lagi 3 tahun atas nasihat pakar perubatan...Al-maklumlah iolss ni kan special case sikit... 3 tahun tu pun tengok jugak... kot kalau2 masalah gak nanti... Ramai dok suruh tambah at least gegirl sorang ker? Ahakss...In Shaa Allah, kalau ada rezeki tak ke mana.... 

Ho ho ho, cukuplah merapu meraban kann??? Masuk kepada intipati entri pulak kita... 

MENGAPAKAH WANITA HAMIL SELALU MEMPUNYAI MOOD TIDAK BAIK???
Hormon progesteron dan estrogen, iaitu hormon wanita yang mengawal kitaran dalam sistem pembiakan, sedikit sebanyak bertanggungjawab menyebabkan mood weollsss tidak stabil kalau preggy. Tetapi angin tak baik ni kebanyakkannya disebabkan oleh perubahan besar yang berlaku dalam badan weollss semasa preggy. Weolls mungkin sangat gembira menanti kehadiran baby, tapiii pada masa yang sama risau mengenai future. 

Even though baby ni sangat dinanti2kan, ramai mummy yang rasa bimbang pasal future yang sometimes menggugat kegembiraan theyolls. Ni kes banyak fikir sangatlah ni... Weollss mungkin bimbang kalau2 hubungan dengan suami akan terjejas dengan kehadiran baby ni (apalah punya fikir macam ni...huh) ataupun risau dengan kesihatan baby yang dikandungkan, dan mungkin memikirkan bagaimanakah weolls akan menangani cabaran kewangan pada masa akan datang. Beberapa masalah kecil semasa hamil seperti pedih ulu hati (tak ada), keletihan (sikit jer) dan kerap membuang air kecil. Sangat.... Teman Setia Tandas uolss... juga boleh jadi sangat2 menjengkelkan... Kesemua kebimbangan dan masalah ini boleh membuatkan emosi weolls jadi tak menentu. Unpredictable.

BILAKAH KEADAAN INI BIASANYA BERLAKU???
Mood yang tak baik ni selalunya berlaku dalam 12 minggu pertama kehamilan. Ia sepatutnya mula berkurangan setelah weolls menyelesaikan beberapa perkara dan setelah badan weolls dah adapt dengan perubahan hormon yang berlaku.

BAGAIMANAKAH WEOLLSS BOLEH MENGURUSKAN MASALAH INI???
Ketakstabilan mood adalah sebahagian daripada pengalaman mengandung. Bukanlah sesuatu yang menghairankan bagi seseorang wanita hamil itu merasa gembira dan berubah sedih dalam sekelip mata. Jika uolss rasa bersalah kerana mempunyai perasaan sebegini, ketahuilah bahawa ini adalah perkara biasa dan memang dijangkakan jadi janganlah terlalu rasa bersalah.
Jika uolss berasa sugul, buatlah sesuatu yang membuatkan uolss happy. Tidur sebentar, pergi berjalan2 atau menonton wayang dengan rakan (sepanjang preggy memang tak layan cinema). Jangan seksa diri. Salah satu ubat yang terbaik ialah bercakap. Luahkan perasaan uolss kepada rakan2 dan ahli keluarga atau doctor uolss kalau uolls sukalah. Kehamilan ialah satu peristiwa besar yang mengubah hidup seseorang, dan ia boleh membuat sesiapa sahaja walaupun wanita yang telah mencuba bertahun2 untuk hamil, kadang2 merasa tertekan, jengkel dan keliru.

SO, KALAU TAK BOLEH KAWAL MOOD SWING MACAM MANA???
If uolss rasa bahawa mood swing ini akan menjurus kepada masalah yang lebih teruk, mungkin elok uolss berjumpa dengan therapist. Kira2 10% daripada bakal2 mummy mengalami kemurungan tahap rendah hingga sederhana sepanjang kehamilan theyolls. If uolss sering atau terus menerus merasa sedih, uolss mungkin termasuk dalam kategori ini.

Source: HERE

Iolss sepanjang pregnancy ok jer uolss... mood swings tu tetap ada, tapi tak kronik dan tak teruk... Most of the time chill jer... Uollss mummy2 kat luar sana, macam mana mood swings masa preggy dulu??? Hew hew hew... Agak2 teruk tak??? Mummy2 yang tengah preggy sekarang ni pulak macam mana???

Post a Comment

15Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. bukan ke tak nandung pun mood perempuan tetap caca merba?bahahaha..

    ReplyDelete
  2. emm kdg2...pompuan ni bukan tgh preggy jer mood swing, masa PMS pun mood swing jugak!

    ReplyDelete
  3. nampaknya akak lepas ni kena banyak bc info kat sini ;)

    ReplyDelete
  4. salam. eeheh baru tahu apa itu mood swing :)

    ReplyDelete
  5. risau kalau mood swing ni..husband la jadi mangsa kan..huhu

    ReplyDelete
  6. Happy Mom, it's nice experience for sharing...

    ReplyDelete
  7. Salam... biasalah kan mood org mgndung ni angin barat laut. Kejap ok kejap x ok. Incik suami kena sabo.. ala 9 bln 10 hari je... hehe

    ReplyDelete
  8. hmmm pengalaman anim mood swing takda, tapi food swing ada la hahaha.

    ReplyDelete
  9. mood nie kita tak boleh nak jangka.....

    ReplyDelete
  10. mod org mngandung mmg x djangka cmna kn..

    ReplyDelete
  11. paling tak suka mood swing nie...tapi tak boleh lari dari tu kan...hehe

    ReplyDelete
  12. biasa je mood k.el ms preggy n x..alhamdulilah kerja2 rumah pun mcm biasa je buat..hehe

    ReplyDelete
  13. Akak ngandung ke x ke sama je..mood akan sentiasa swing

    ReplyDelete
  14. morning sikness tu..hihi,kita dulu pun mcm tu juga..
    selera mkn tak menentu,angin tak tentu pasal,nasib baiklah
    perangai anak2 ok..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !