Home » , , , , , » Kerak Kepala Bayi??? Ash Pernah...

Kerak Kepala Bayi??? Ash Pernah...

Ini adalah gambar Ash semasa baru jer dibotakkan oleh Abah Ash... Masa ni masih di dalam confinement period lagi, tapi towards the end of confinement period lah... Kalau diperhatikan betul2, uolss akan nampak kulit kepala Ash selepas dicukur nampak tak sekata tone dia... yup... salah satu sebab dibotakkan adalah kerana kerak di kulit kepala itu... yang semakin menebal... Nek Ma Ash kata itu adalah "tahi sawan"... hurmm... mungkin istilah orang2 lama kot? Dan satu sebab lagi, memang rambut asal perlu dicukur kann??? Masa tu macam ada rasa...ala anak iolss dah motakkk.... (iolss tak suka anak iolss motak ok? ha ha ha... rindu giler dengan rambut asal Ash...tapi tak adalah giler betul2...muahahahaha...iolss masih waras lagi...dan masih boleh buat pertimbangan dengan betul).... 

Ok berbalik kepada cerita tentang kerak kepala ni... bukan apa, iolss terniat nak kongsi di Bubblynotes hasil dari pembacaan di SINI sekadar nak berkongsi dengan uolss... tak kisahlah siapa pun, so in the future ataupun sedang terjadi... tak adalah uolss rasa hairan atau pelik kalau tak ada pengalaman sebegini lagi kann??? Iolss dah mengalami so dah tau sekarang... 
 
Kerak kepala ini kelihatan seperti kelimumur.  Hal ini terjadi disebabkan oleh kelenjar lemak kulit (sebum) keluar dari tempat yang sama dengan keluarnya rambut. Jika kelenjar lemak sangat aktif, pengeluaran lemak akan banyak dan apabila kering akan menimbulkan lapisan kerak. Kadangkala kerak yang terlalu banyak boleh menutupi kulit kepala bayi.
 
Tapi uolss jangan risau, sekiranya baby uolss mengalami keadaan ini kerana kerak kepala ini tidak meninggalkan kegatalan mahupun membuatkan baby uolss tidak selesa. Cuma mungkin sebagai parents, weolls sendiri yang risau dan mahu menjaga kebersihan baby kita. Macam iolss dulu lah... risau dan takut kalau2 dia gatal. Rupanya tak gatal. And furthermore of course nak jaga hygiene baby kita... So, ada beberapa cara yang dicadangkan untuk menghilangkan kerak kepala bayi ni...Dan iolss pun buat juga beberapa perkara dari cadangan ni dulu... 
  • Cuci rambut baby uolss dengan kerap menggunakan syampu bayi dan kemudian tanggalkan kerak kepala yang ada. Yup, iollss dan Nek Ma Ash kerap syampu kepala Ash masa tu.
  • Gossokkan minyak bayi tau minyak zaitun ke atas kulit kepala bayi. Biarkan sekejap dan kemudian tanggalkan kepingan kerak kepala perlahan2. Iolss dan Nek Ma Ash buat yang ni... pelan2 weolls gunakan sikat kutu tu, sebab tak tajam kann??? Tarik pelan2 dan berhati2, kan kulit kepala masih lembut lagi dalam tempoh ni? Even sekarang pun... 
  • Uolss juga boleh sapukan minyak kelapa pada kerak kepala tersebut dan biarkan semalaman. Keesokkan harinya cucilah rambut baby uols dengan air suam sehingga bersih. Ni pun iolss dan Nek Ma Ash buat...punyalah nak hilangkan kerak kepala tu.
But then, selain dari cara di atas uolss juga boleh mengamalkan petua lama ini yang mana terbukti berkesan. Mula2 ambil segenggam kelapa parut dan campurkan dengan 3 ketul garam kasar. Masukkan campuran tadi ke dalam kain perca dan ikat kemas. Ramas sehingga keluar santan. Sapukan santan tersebut ke atas kepala baby dan biarkan seketika. Cara ini kalau diamalkan memang boleh menghilangkan kerak kepala dan dalam masa yang sama boleh membuatkan rambut baby uolss menjadi semakin lebat dan hitam. 

Alhamdulillah, lepas dibotakkan oleh Abah Ash dan lepas dah buat step2 kat atas yang disenaraikan masalah kerak kepala Ash dah selesai dan sehingga sekarang tak berulang lagi. Uolls yang bakal ada anak dan juga yang sedang mengalami masalah sebegini dengan anak2 uolss, cubalah, mana tau berhasil dan dapat menyelesaikan masalah kerak kepala ni.

Till then cheerios for now!!! (Busy sebab Pink Panther nak travel lagi... he he he... yeayyy...ooopssss)

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Kerak Kepala Bayi??? Ash Pernah... , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Friday, May 9, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

24 comments:

  1. Mmg betul tu Farah ..Kerak kepala ni biasanya akan ada kat kepala bayi ..
    Macam yg Farah ckp la kena rajin syampoo rambut baby .,..
    Masa anak2 Lya kecik2 dulu nenek diaorg gunakan santan kelapa untuk cuci kerak kepala ..pastu baru gunakan syampoo dan minyak zaiton..

    ReplyDelete
  2. cm ner nie sis.. nak komen tp tak tahu nak tulis ape.. hehe... tak de pengalaman jaga baby lagi... time kasih atas info nie...

    ReplyDelete
  3. kalau orang tua berkerak kepala acaner lak tu..adoyiai..kepala akak gatal ni, tah semana nak cari ubatnya, habis semua brand syampu dah try

    ReplyDelete
  4. mula2 dlu risau juga..sbb rambutnya yg makin lebat now dah hilang juga kerak tu

    ReplyDelete
  5. anak saya dulu,pengasuh lap denga minyak rambut johnson baby..saya memang takde pengalaman..serba serbi tak tau..
    masa jemput anak tengok2 kepala dia dah bersih..

    ReplyDelete
  6. sama la..anak² kathy semua ada dulu..

    ReplyDelete
  7. so far awfiyah takde masalah di kepala..cuma risau dilidahnya je farah..

    ReplyDelete
  8. leceh nak kutip satu persatu kerak kat kepala baby ni. Akhirnya, cukur jugakla jawabnye hehehe.

    ReplyDelete
  9. info yang bagus...boleh la fiza pkai if ada rezeki bab kelak...hehehe Salam jumaat :)

    ReplyDelete
  10. x pernah tau benda nie pun. huhu good info :)

    ReplyDelete
  11. akak x pernah hadapi masalah mcm ni lagi...hehehehe....masa Dania dulu ok je xde masalah...

    ReplyDelete
  12. lya pernah gak alami maslah nie masa jaga anak buah lya dulu..lya ingat kelimumur :)

    ReplyDelete
  13. comel pulak tgk ash kepala botak ni...nampak cool...hehehe

    ReplyDelete
  14. Nrl pun lumur je minyak baby johnson tu kat kepala, biar sekejap, baru tanggalkan pelan2 kerak2 yang ada tu... :)

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah... Dua-dua anak xde kerak kepala...

    ReplyDelete
  16. Kerak kepala pernah tengok ibu buang kepala anak sedara

    ReplyDelete
  17. pernah jugak tengok kerak² kepala mase anak² buah kerik dulu..kalau kering die mengelupas kdg² jadi luka jugak ye..kene sentiasa lembap je kulit kepala tu

    ReplyDelete
  18. Ada separuh baby mmg tebal kerak kepalanya....org kata buh baby oil...okje mcm tak perasan pulak kepala budak budak ni...berkerak ke idak...kotnya maid yg bersihkan hehe...

    ReplyDelete
  19. tips menarik tapi saya xde anak lagi kak..hehe

    ReplyDelete
  20. ingat nasi je ada kerak..hehehe..

    ReplyDelete
  21. Info yg bermanfaat.. thanks sharing Farah..

    ReplyDelete
  22. Terjumpa entry akak ni...
    Thanks akak..
    Iqy ni haa tetiba lak naik kerak kt kulit kepala dia...

    ReplyDelete
  23. Thats why sunah Nabi kita sarankan cukur kepala baby baru lahir hari ke 7.. Cukur semua rambutnya, boleh rujuk buku agama utk info lanjut.

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia