Ibu Bapa Keras Dan Lembut...

Farah Waheda Wahid
18
Source Extracted from Google
Tiba2 jadi terfikir, ahaksss...adakah iolss bakal menjadi seorang mummy yang garang kepada Ash??? Uhuksss... Setakat ni belum lagi tapi tegas juga iolss dalam mendidik Ash ni sebenarnya... Angkat jer tangan, cakap kat Ash... "Mummy got 5 fingers in each hand, which one you one, the right one or the left one?"... Dah cembeng dah Ash... hua hua hua...tak ada apa pun, saja menyakat jer tu, nak test tengok whether dia dengar cakap dan takut kat mummy ke tak??? Naughty tak mummy??? *_^ Tak pun mummy akan cakap kat Ash... "Mie, bit (cubit) karang..."... terus terkebil2 mata dia pandang mummy dan cembeng... 

Terbaca satu artikel di SINI oleh Ustaz Love dan iolss ubah suai sikit mengikut kesesuaian ayat...

Kisah dari pengalaman seseorang... sewaktu beliau masih kecil, bapanya sangat mementingkan soal ketepatan masa, kalau bapanya suruh balik sebelum pukul 6, lewat seminit jer maka bapanya akan rotan sekali. Bayangkan kalau 15 minit lewat? maka beliau akan kena rotan 15 kali. Kalau difikir2kan memang nampak agak kejam...takkanlah nak kira sampai macam tu sekali kannn??? Tapi menurut si beliau itu... natijah hasil didikan bapanya yang sebegitu rupa, beliau telah menjadi seseorang yang sangat menepati masa (punctual).

Sebab itu, dalam sesebuah keluarga, sangat memerlukan seseorang yang garang untuk mengimbangi sebuah kelembutan... biasanya, bapa akan mengambil part garang tu, sebab lelaki ni memang dilahirkan dengan sikap lebih keras dan kasar, berbanding wanita yang lembut. Hurm...dalam kes iolss sejarah masa silam, ahakss...my mum lebih garang berbanding my dad. Seriously, no jokes. 

Dengan kelembutan seorang mummy, In Shaa Allah ia akan menjadi tempat luahan masalah anak2...tapi adakalanya anak2 akan naik lemak bila mummy terlalu berlembut kann??? Buat salah pun berlembut, hingga akhirnya akan hilang rasa hormat anak kepada mummy. Ohoiii, tu tak boleh tu tak boleh. I would never ever biarkan anak iolss pijak kepala iolss. Siapa pun kann??? Salah tetap salah, dan tetap perlu diperbetulkan.

Bapa pula biasanya akan bersikap keras bila anak2 melakukan kesalahan, tapi jika asyik berkeras, anak2 pun akan mula berdendam sampai mungkin mereka akan memberontak dan bertindak meninggalkan bapa bila masing2 dah besar... maka tinggallah si bapa menyesali nasibnya terutama selepas kematian isteri... (masa tu, bapa pun dah berumur, nak kahwin lagi dah tak larat...hu hu hu). 

Jadi, menurut artikel tersebut, dalam sebuah keluarga, mummy kena ambil part berlembut, tetapi dalam masa yang sama kena bertegas...ha ni iolss agreee... jangan sampai anak2 tak hormat pada mummy...mummy juga sangatlah dilarang bergossip dengan anak2 berkaitan sikap bapa... tak salah nak mendengar luahan anak tentang sikap bapa, tetapi jadilah seorang pendamai giteww... agar anak2 tidak bermusuh dengan bapanya sendiri (banyak kes2 permusuhan keluarga berlaku bila mummy mencetuskan permusuhan anak dengan bapa). 

Bagi para bapa pula, kena ambik part tegas dan garang itu, tetapi dalam masa yang sama kena juga berlembut kepada anak2, gunakan kelebihan seorang lelaki (yang penuh dengan sense of humour) untuk menceriakan keluarga, dalam pada masa yang sama memberi isyarat kepada anak2 agar tidak melampaui batas... Ini akan mewujudkan rasa hormat kepada bapa, bukannya rasa takut. 

Bila bapa sedang memarahi anak, mummy jangan sibuk nak masuk campur (kecualilah kalau bapa tu nampak macam dah naik hantu, nak belasah anak dengan kayu baseball ke...) biarkan sesi pengajaran bapa itu habis dulu, kemudian barulah mummy ambil part untuk menasihatkan anaknya secara lembut... In Shaa Allah, gabungan 2 cara ini (keras dan lembut) akan lebih membantu dan memberikan kesedaran kepada anak2...Jangan biarkan anak macam tu jer bila dah dimarahi atau dirotan...panggil mereka dan pujuklah mereka dengan lembut sambil memberikan justifikasi kenapa mereka kena marah atau kenapa mereka kena rotan bukan psiko anak yang bebukan ek?

Kalau mummy yang marah, bapa kena main peranan pujuk, kalau bapa yang marah, mummy pulak ambik peranan ...gunakan segala skill diplomasi dan psikologi untuk menenangkan hati anak dan membuatkan anak sedar kesalahannya dan kenapa patut dimarahi.

Secara teori nampak macam mudah ye tak uolss? tapi bila bab amalinya, memang susah... kadang2 dua2 sekali mummy ke bapa ke...dua2 naik hantu...hua hua hua... kena bawak banyak2 bertenang ni...Tak salah pun nak berkeras dengan anak2 tapi kena ambil peranan untuk berlembut dan berkeras... Anak2 mungkin tak nampak hikmah kekerasan parents pada masa sekarang...tapi bila dah dewasa dan sampai satu tahap umur macam weolls ni masa tu baru sedar apa hikmah di sebalik didikan weolls tu..

Mummy Ash??? Memanglah sayang anak yang sorang ni... tiada dua tiada tiga, tapi tegas tetap tegas... lembut tetap lembut...manja bertempat...kalau tak betul siaplah Ash...Uhukss..garang ke ni??? Orang kata garang biar bertempat... my mum selalu pesan... kalau nak anak jadi manusia, didiklah betul2 dan ada kalanya kita kena bertegas serta garang...demi untuk masa depan mereka... For me, flow iolss akan datang... dan even sekarang pun dah mula sikit2... iolss bukanlah nak memberi tekanan kepada Ash... tapi nak mendidik Ash... tentang disiplin, tentang adab, tentang kelakuan, tentang attitude, tentang pelajaran dunia dan akhirat dan dengan siapa Ash bergaul... iolss memang akan tegas... (nasiblah Ash dapat mummy cenggini...hu hu hu... tang bergaul tu bukan apa, tak nak Ash bergaul dengan sesiapa saja yang boleh memberikan kesan negatif...semua parents pun macam tu kann?)... Garang atau tak garang kita tunggulah bila tiba masanya nanti.... hu hu hu... 

Uolss rasa2lah kannn? Iolss garang ke tak??? Hew hew hew... Yang penting kena baca lebih lagi ni tentang ilmu keibubapaan dan juga cara mendidik anak mengikut Islam yang betul... 

*Tak boleh terlalu garang sebab akan bagi tekanan dan anak memberontak, tak boleh terlalu lembut sebab akan buatkan anak2 naik lemak dan pijak kepala... hu hu hu... Berbalik sekali lagi kepada konsep wasatiyah, iaitu bersederhana.... dan juga balance...

Post a Comment

18Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. zaman sekarang dgn zaman dulu lain kan farah.. dulu mak bapak kita mmg garang2.. salah sikit siap kena... skrg budak2 dah lain, kena byk main cara psikologi.. akk dlm mendidik Adam try jadi seorg mama yg tegas, tp pd ms yg sama kita jdkan anak sbg kawan juga...

    ReplyDelete
  2. Tulah, kadang-kadang dalam dilema jugakan nak menjalanan tanggungjawab as parents ni.. Takut yang ni salah, kang buat macam tu pun salah.. Suka the last word BALANCE :)

    ReplyDelete
  3. tapi kan...akak ni garang giler...cuma lately ni jer akak cool skit...akak tgh belajar untuk jadi mama yang lebih memahami..

    ReplyDelete
  4. Hihi cam mana agaknya bila cik akak ada anak sendiri nanti.
    Baru ada sedara pun cik akak syg kemain.
    Nak jentik pun tak berani hihi

    ReplyDelete
  5. zaza dengan Akiff garang sikit berbanding abah dia.. Tapi bila dah tahu nak berjauhan dah start lembut sikit dengan dia.. Hihihi..

    ReplyDelete
  6. seimbangkan mengikut kesesuaian..kalau berlembut sangat takut nanti dah besar xmakan saman dah..kalau berkeras lak takut memberontak..so kene cuba fahami jiwa anak..mungkin :)

    ReplyDelete
  7. Kena balance la kak.. Klu ibu lembut, bapa kena tegas bgitu sebaliknya... Dan tegas dan lmbut biar bertempat

    ReplyDelete
  8. Kita kena didik anak2ikut zaman mereka ..jgn ikut zaman kita dulu2..
    Kalau dulu salah sikit rotansalah sikit rotan ..
    sekarang ni anak2 mudah memberontak kalau kita marah2 ..
    Bg Lya cara Lya .. Lya tak gunakan kekerasan dlm mendidik Lya lebihkan pujukan ..
    Kalau dia salah jgn terus bantai marah dia tapi pujuk dia bgtau dia salah takpe usaha lg tak jd takpe boleh cuba lg hingga berjaya ...

    ReplyDelete
  9. My parents are both strict..he..he..Tapi Alhamdulillah semua anak-anak dia jadi "orang". Berjaya mengikut acuan dan aspirasi mereka..Tapi sekarang ni susah kot kalau parents strict. nanti ada yang masuk penjara..

    ReplyDelete
  10. Apa pun kena bersederhana dalam segala hal kan Farah...anak anak zaman ni dilayan keras sangat pun tak boleh, lembut sangat pun tak boleh...

    ReplyDelete
  11. lembut jangan lembut sgt.. tegas pon jgn tegas sgt..:)

    ReplyDelete
  12. depends pada parents nk didik anak sbnranya. . like my parents mereka jadikan anak mereka seorg yg berdikari n kuat tempoh dugaan. . alhamdullilah :)

    ReplyDelete
  13. betul tu dlm mendidik anak dlm kekerasan ada kelembutan
    lau dua2 ibu bapa sm2 keras susahlah..naya budak tu
    so bila si ibu marah..bapa kena lembut
    bila bapa marah..si ibu kena lembut
    hehe

    ReplyDelete
  14. Sekarang ni anak2 kena didik secara psikologi sikit Farah sebab dorang dah terdedah dengan macam2 maklumat...huhu
    Tapi kat rumah aku ni agak lembut sikit tapi babanya garang tau......anak2 semua kecut bila babanya marah....aku pula yang tak sampai hati tengok...hehe

    ReplyDelete
  15. agak mncabar kan.anak dlu dgn skrg xsama
    smga dipermudahkan hendaknya
    tambah ilmu di hari sabtu ni :)

    ReplyDelete
  16. My firasat sis.. you akan jadi mummy yang garang ehehehehe... sebab your mum jenis yang garang whoahahahahahaha.. tapi tak tahulah kan... my wife, mak dia garang...tapi dia tak garang... mungkin sebab I garang lagi kut... hahahaha

    Tapi bab nak didik anak ni... memang mencabar... sebab kadang-kadang anak akan refleks perangai kita dulu-dulu... so tengok balik lah perangai kita macamana... dan kena face it :D Apa yang penting... kena respect anak-anak (pendapat saya lah)... dan dia orang akan respect kita secara automatik...

    ReplyDelete
  17. uish akak garang... tapi bertempatla... hihi
    sebenarnya nak didik anak2 zaman sekarang perlu bersaikologi... anak zaman sekarang tak sama dgn anak2 zaman dulu... tapi tegas tu perlu ^__^

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !