Home » , , , , » Hangatkan Semula Cinta dengan Koleksi Downy Parfum Yang Dipertingkatkan!!!

Hangatkan Semula Cinta dengan Koleksi Downy Parfum Yang Dipertingkatkan!!!


Teknologi Penukaran Bau Memastikan Setiap Sentuhan Memberikan Pengalaman Wangian Yang Berbeza


Jatuh cinta semula dengan Koleksi Downy Parfum, rangkaian pelembut fabrik berwangian mewah yang dihasilkan mengikut trend wangian terkini dengan pereka-pereka wangian terbaik di dunia. Sebagai salah satu jenama pelembut fabrik terkemuka dunia, Downy kini membawakan inovasi baru ke Malaysia, Teknologi Penukaran Bau - yang menjadikan setiap sentuhan satu pengalaman wangian yang baru!


Setiap varian dalam Koleksi Downy Parfum - Mystique, Passion, Innocence dan tambahan terbaru dalam rangkaian ini: Happiness - kini mengandungi Kapsul Mikro Wangian (Perfume Micro-Capsules, PMC) Dual di dalam setiap botol. Dua jenis PMC di dalam satu botol pelembut fabrik  dari Koleksi Downy Parfum ini meninggalkan partikel-partikel wangian bersaiz kecil yang melekat pada fabrik. Partikel-partikel kecil ini diaktifkan oleh pergerakkan semula jadi pada pakaian lalu membebaskan wangian yang berlainan dan menghasilkan rangkaian bau yang berbeza. Pengalaman ini boleh diibaratkan seperti menggunakan dua wangian kegemaran anda dan baunya akan kekal sehingga basuhan seterusnya.

Mengulas tentang produk tersebut, Cik Goh Seng Jone, Pengurus Komunikasi P&G Malaysia berkata, "Koleksi Downy Parfum sesuai untuk pengguna yang peka terhadap fesyen yang bukan sahaja inginkan penjagaan yang terbaik untuk pakaian, tetapi juga wangian mewah yang boleh menjadikan mood mereka lebih baik. Kini setelah rangkaian tersebut dipertingkatkan dengan Teknologi Penukaran Bau yang terkini, serlahkan diri anda dan bersedialah untuk menarik perhatian ramai kerana setiap sentuhan akan memberikan pengalaman wangian yang berbeza!"

Untuk menekankan kepentingan wangian di dalam majlis-majlis sosial yang penting, Koleksi Downy Parfum telah melancarkan kaji selidik dalam talian hari ini dengan kerjasama portal rangkaian sosial dan fesyen Clozette untuk meninjau sekiranya pembaca bersetuju bahawa lelaki tidak begitu peka terhadap wanita berbanding ketika janji temu pertama. Adakah benar lelaki tidak peka terhadap wanita selepas janji temu pertama? Lawati www.clozette.co/downy untuk menyertai kaji selidik ini. Sertai juga perbualan di media sosial dengan #CluelessMan dan #DownyMY.

Bau memainkan peranan yang penting dalam menentukan tahap kepekaan kita terhadap seseorang. Bau yang menarik boleh menjadikan majlis-majlis sosial  lebih bermakna, termasuklah janji temu pertama. Downy telah memilih salah satu pasangan pelakon paling popular di Malaysia, gandingan suami isteri Farid Kamil dan Diana Danielle untuk berkongsi pendapat mereka mengenai kepentingan bau dalam menghangatkan cinta di antara pasangan dan membawa kembali perasaan seperti ketika "janji temu pertama".



"Janji temu pertama adalah masa untuk mengenali diri masing-masing dan membiarkan cinta di antara pasangan berputik dan memekar," kata Diana. "Kadangkala, saya mengimbas kembali pengalaman janji temu pertama kami dan saya sukakan Koleksi Downy Parfum yang membolehkan saya mengalami semula "perasaan seperti janji temu pertama" bersama suami saya. Saya pasti dia juga gembira!" jelasnya sambil tertawa.

Apa pula kata Farid? "Saya percaya bahawa seorang suami tidak akan lupa tentang janji temu pertama bersama isterinya. Walaupun saya sentiasa menghargai kehadiran Diana di dalam hidup saya, kebolehan untuk membawa kembali perasaan seperti janji temu pertama sememangnya sukar dipercayai. Ia adalah pengalaman menakjubkan yang mampu dibawakan oleh Koleksi Downy Parfum baru yang dipertingkatkan."

Sepanjang bulan April dan May, pasangan ini akan berkongsi pendapat mereka tentang sama ada lelaki benar-benar tidak peka terhadap wanita selepas janji temu pertama dan menyeru para peminat Koleksi Downy Parfum untuk mengambil bahagian di dalam kaji selidik Clozette dan menimbulkan kesedaran di kalangan pengguna Malaysia tentang kebolehan untuk menghangatkan semula cinta dengan Koleksi Downy Parfum baru yang dipertingkatkan dengan Teknologi Penukaran Bau di laman-laman media sosial mereka (rujuk di bawah).

Koleksi Downy Parfum yang dipertingkatkan dengan Teknologi Penukaran Bau boleh didapati di semua cawangan runcit utama bermula April 2014. Harga Cadangan Jualan adalah RM5.85 untuk 370ML, RM10.90 untuk 900ML dan RM20.90 untuk 1.8L.

Ambil bahagian di dalam kaji selidik "Lelaki Tidak Peka Terhadap Wanita" di www.clozette.co/downy.

Sertai perbualan di media sosial dengan #CluelessMan dan #DownyMY

Kongsi pandangan anda bersama Diana dan Farid di Instagram & Twitter: @DianaDanielleB | @FaridKamilZ

Facebook


Mengenai Procter & Gamble
P&G berkhidmat bagi kira-kira 4.6 bilion pengguna di seluruh dunia dengan jenama-jenamanya. Syarikat ini mempunyai antara portfolio paling kukuh bagi jenama-jenama yang dipercayai, berkualiti dan menerajui pasaran, termasuklah Pampers®, Tide®, Ariel®, Always®, Whisper®, Pantene®, Mach3®, Bounty®, Dawn®, Fairy®, Gain®, Charmin®, Downy®, Lenor®, Iams®, Crest®, Oral-B®, Duracell®, Olay®, Head & Shoulders®, Wella®, Gillette®, Braun®, Fusion®, Ace®, Febreze®, Ambi Pur®, SK-II®, dan Vicks®. Komuniti P&G merangkumi operasi di hampir 75 negara di seluruh dunia. Sila layari http://www.pg.com untuk berita terkini dan informasi terperinci mengenai P&G dan jenama-jenamanya.

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Hangatkan Semula Cinta dengan Koleksi Downy Parfum Yang Dipertingkatkan!!!, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, May 22, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

21 comments:

  1. wpun mahal tapi berbaloi sebab high quality kan babe :)

    ReplyDelete
  2. rasa nak makan je baunya.hihihi

    ReplyDelete
  3. owhhh ni yang iklan baju die tukar colour tu kan kak farah,, una ingat die boleh tukar warne baju,, baru nk excited,, rupenyer, bau,, tp nice bau die mmg mcm pki perfume pun :)

    ReplyDelete
  4. tengok utube yang couple kat restoran tu..best jek..semua pakwe perasan bila awek diorg tetiba wangi semerbak..hehe..
    saya pon pengguna downy..suka2

    ReplyDelete
  5. Sponsored entri ni ke Farah..... bestnya....
    Selalu tengok iklan dia kat TV

    ReplyDelete
  6. Akak guna yg warna hitam..x slp mystique namanya....memang wangi..telekung solat yg akak guna still wangi for a week.

    ReplyDelete
  7. Rumah kakak memang guna downy. Semua warna ni kakak dah cuba dan utk bulan ini kami memilih warna kuning (ikut citarasa anak).

    ReplyDelete
  8. Umi suka yg merah maroon tu, wangi sgt ^_^

    ReplyDelete
  9. Suka suka suka ..mmg guna pon ...
    Wangi la sangattt ..
    Kadang2 masa nak jemur baju tu siap duk cium2 dulu baru jemur

    ReplyDelete
  10. lps ni kena guna downi la.. selalunya tukar jenama ikut suka hati

    ReplyDelete
  11. nur dah guna yang kaler kuning tue..memang wangi sangat...^-^

    ReplyDelete
  12. mama dik an memang peminat tegar downy...sekali shopping hambik sampai 4-5 botol huhu...

    ReplyDelete
  13. rasa mcm nak try.. sebab nak main tukar2 tuh..:p

    ReplyDelete
  14. Ros suka warna hitam tu.. Wangi dia kena ngan hidung Ros... Dulu suka warna merah. Hihu

    ReplyDelete
  15. memang jatuh cinta dah dengan downy..tak tukar lain :)

    ReplyDelete
  16. Bau wangi Downy ni mmg kuat.. tahan...

    ReplyDelete
  17. eiqa sukaaa downy.!! wangii wokkkk. hahaa
    just x pakai lg yg wrna hitam tu..
    tp kwn pakai, wangii..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia