Home » , , , , , » Dress Yang Sesuai Untuk Badan Gempal???

Dress Yang Sesuai Untuk Badan Gempal???

Source Extracted from Google
Ini adalah salah satu keywords yang melekat untuk minggu ini... Dress Yang Sesuai Untuk Badan Gempal... Agaknya sangkut disebabkan entri Pemilihan Pakaian Mengikut Bentuk Badan sebab tadi masa iolss try Google keywords tu, ternyata entri ni yang naik di list yang kedua di muka hadapan Google... So memang sohehlah datang dari entri ni... Hurmm... Macam mana nak cerita yer??? Bagi yang mencari info tu, iolss cuba furbish info yang iolss dapat dari sedikit pembacaan dan juga Googling lah ek? Semoga dapat membantu uolss.... 

Iolss dapat dari EH! dan juga SINI

Industri fesyen sekarang semakin memahami kehendak penggemarnya tidak kira bagi yang bertubuh petite mahupun besar. Bagi mereka yang mempunyai saiz badan yang besar, jangan rasa rendah diri dan malu untuk bergaya.

Source Extracted from Google (Ni contoh jer contoh)

1. Pilih pakaian yang sesuai dengan bentuk dan potongan badan. Perlu faham, saiz tidak mewakili bentuk badan. Setiap perempuan mempunyai bentuk yang berbeza tidak kira kecil atau besar. Bentuk badan berbeza mengikut potongan setiap orang. Jangan salah sangka, bentuk badan ni tak semestinya orang gempal jer cutting straight ok? Orang kurus pun kekadang tak ada cutting langsung ok... Cuba perhati betul2... Pakaian yang terlalu besar dan longgar akan membuatkan uolss kelihatan lebih berisi manakala jika terlalu sendat membuatkan uolss tak selesa.

2. Cari baju bersaiz besar a.k.a. plus size di semua kedai. Jangan takut untuk mencuba pakaian yang dijual di kedai biasa. Uolss tidak akan tahu kalau uolss tak cuba sendiri.

3. Paling penting bagi yang bertubuh gempal mengetahui ukuran badan uolss. Beli pita pengukur untuk mengukur supaya uolss tidak perlu mencuba 2-3 helai saiz pakaian ketika membeli belah.

4. Siapa cakap orang berbadan besar tak sesuai bermain dengan warna? Siapa2...nak kena babab ni... Betul warna hitam membuatkan uolss nampak lebih kurus, tapi tak salah kalau nak cuba warna yang terang asalkan permainan warna sesuai dengan ton kulit uolss. Kalau tak yakin dengan helaian berona terang, uolss boleh bermain dengan aksesori yang tepat. 

5. Ketahui fabrik pakaian yang sesuai untuk bentuk tubuh. Bagi yang bersaiz besar, pilihan fabrik mungkin memerlukan sedikit belanja bagi mendapatkan helaian yang sesuai dengan bentuk badan. Minta nasihat dari tukang jahit yang berpengalaman, mereka lebih tahu apa yang sesuai.

Iolss tambah sikit untuk info yang lebih bersesuaian sebagai seorang muslim... 

1. Pilih busana muslim yang sesuai dengan bentuk badan, longgar serta tidak membentuk lekuk tubuh.

2. Pilih corak kecil, hindari motif2 besar yang akan membuatkan badan uolss semakin besar.

3. Kalau motif garis tu, pilih garis vertical instead of horizontal so that boleh shape silhouette yang lebih langsing.

4. Avoid yang glitter2 sangat atau berkilau because akan nampak badan lebih besar.

5. Jangan pakai warna gelap. Letakkan warna gelap pada bahagian badan yang besar dan pakai warna cerah pada bahagian lain.

6. Pilih yang polos.

7. Nak cover back side yang lebar, boleh pakai blazer untuk balance-kan bentuk badan.

8. Kalau muka bulat dan bam bam, avoid hijab yang banyak sangat corak besar2.... 

Ha tu jerlah kot??? Iolss??? Average, tak gempal, tak besar dan tak kecik...yang sedang2 ajer... hew hew hew... oklah tu just nice tapi cita2 nak kecikkan sikit... kalau gelaran sedari dulu di zaman2 sekolah... iolss is chubby but not fat...wah gitewww...ahaksss.... Tapi lepas bersalin ni tembun sikit... ha cam ner tu? Kena jumpa baru boleh tau... La la la... 

*Psst...diharapkan dapatlah membantu mereka2 yang mencari info ni yer... iolss cuba membantu setakat mana yang termampu...  

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Dress Yang Sesuai Untuk Badan Gempal??? , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Friday, May 16, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

18 comments:

  1. nice info! yang penting pakaian tidak menampakkan kita lebih besar dari saiz sebenar. Thank you dear :))

    ReplyDelete
  2. good info.. kak Alycia lebih suka kaler yg gelap like hitam atau blue black...

    ReplyDelete
  3. Bagus Farah buat panduan macam ini.
    Sebaiknya tak kiralah yg kurus ke gempal elakkan pakai yg ketat...

    ReplyDelete
  4. OO..shemontel macam akak ni, patut tengok nih!..

    ReplyDelete
  5. Plus size pon boleh bergaya jugak kan..ada je baju yang sweet kat mall tu..dress hitam itu nampak menawan..hehee

    ReplyDelete
  6. nice sharing :)
    sesuai utk rujukan
    yana suka dress hitam

    ReplyDelete
  7. dah lama tak pakai dress begini

    ReplyDelete
  8. nice tips.. cepat2 klik entry.. sesuai betol tajuk tu.. :)

    ReplyDelete
  9. thnks sharing . badan gempal ni memacam baju nak pakai kalau ikut hati , tapi buakn semua sesuai .

    ReplyDelete
  10. tq share info ni Farah..info sesuai dgn sy ni hehe

    ReplyDelete
  11. nice sharing..kenalah jugak pada badan kan..kalau tak sia2 jadi perhatian..

    ReplyDelete
  12. iols ni kategori badan gempal gak..la ni pakai jubah je sng..longgar dan muslimah hehe

    ReplyDelete
  13. selalunya pilih baju warna hitam je la nak bagi effect kurus..hee..tq share kak farah :)

    ReplyDelete
  14. Thanks for sharing dik...baju plus size pun byk kat Ms Read kan..mana2 mall ada..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia