Home » , , , , , , , , , , , » 5 Jenis Manusia Yang Patut Dijauhi Di Pejabat...

5 Jenis Manusia Yang Patut Dijauhi Di Pejabat...


Weolls2 yang berkerja ni masing2 jumpa macam2 orang dan macam2 perangai setiap hari kat office tu kannn??? Ada yang boleh IN dengan weollss dan ada yang tak boleh IN langsung. Dan ada pulak yang jenis Lone Ranger. Muahahaha... Iolss neutral semua pun boleh IN... Tak percaya gi tanya all my colleagues.. Assistant Pink Panther ni ramah uolsss... La la la... Macamlah uolss kenal colleagues iolss kannn??? ^_*... Tapi sungguh iolsss ni jenis neutral dan bukan jenis picky... Cuma akan jadi picky kalau betul2 tak boleh blah dah ngan orang tu. Hu hu hu... Sebelum jadi apa2 yang tak dingini baik back off dulu awal2... Janganlah nampak ketara sangat... buatlah tegur2 dan hi2 bye2 giteww karang sentap pulak.

Kerja satu pejabat kalau ada yang sentap ni payah uolss... Kerja bawah satu bumbung kan simbiosis... Memerlukan antara satu sama lain... So, weollss lah kena bijak main peranan and handle... Manusia yang macam mana perlu weollss jauhi??? 

Si Busuk Hati 
Haihhh... Careful dalam memilih rakan sekerja. Ada dalam kalangan theyolls yang busuk hati tauuu... Trust me... Mana2 office pun ada dan tak boleh lari uolsss... Betul tak??? Suka menjatuhkan orang lain demi kepentingan diri sendiri. Theyollss yang busuk hati ni, sanggup buat apa saja untuk dapatkan sesuatu. If uolss ada dengar khabar angin tentang seseorang yang dikatakan hati busuk, uolss perhati jer tingkah laku dia, tak payah nak bising2 apa2... sebelum uolss nak mengiakan apa yang dikatakan orang. Boleh jadi ia adalah cuma buah mulut atau mungkin juga betul. 

Kaki Kipas
Ho ho ho... ni lagi satu spesies yang memang akan sentiasa wujud dalam sesebuah syarikat. Mana ajer weollss pergi mesti akan jumpa orang macam ni tau. Golongan ini seeloknya weolls jauhi sebab nanti weollss akan mendapat tempiasnya juga. 

Peminjam Duit Tak Ganti
Kadang2 ada antara colleague yang ada masalah kewangan so theyollss mintak tolong weollss. Ataupun weolls mintak tolong theyolls. Hati2 dalam memeberikan pinjaman wang. If orang tu ada sejarah pinjam duit tapi tak pernah ganti, elok weolls bersedia dengan alasan untuk mengelak. Dan bagi yang pinjam pulak... pandai2lah lunaskan tanggungjawab. Kalau ada problem berdepan dan berbincang supaya orang tak fikir bukan2. Jangan lariiii.... 

Pemalas & Kuat Ponteng
Selain dari untuk mendapatkan gaji bulanan buat menyara kehidupan seharian weolls, kerja itu merupakan satu ibadah juga bagi umat Islam. Jauhi diri weollss dari mereka yang pemalas dan kuat ponteng kerja supaya weolls tak terpengaruh dengan perangai negatif theyollss. Weollss bekerja perlulah jujur dan ikhlas supaya rezeki yang weolls terima tu mendapat berkat. 

Kaki Gossip
Golongan yang paling banyak dalam setiap syarikat, si kaki gossip!!! Adehhh... kerja berlambak tapi dia sibuk pergi meja ke meja atau intercom untuk bergossip! Hari ni dia gossip pasal orang lain, tak mustahil esok lusa weolls pulak ye tak??? When people start talking about the bad and story of other people they have the tendency to talk about us behind our back too!!! Always remember that...  Reminder for me too...

Kredit: SINI

Weollss berkerja bukan setakat sehari dua atau sebulan dua ye tak??? Kalau kena gayanya memang bertahan lama... Ada banyak faktor yang menyumbang kepada ketahanan weolls dan rasa weolls terhadap kerja.. So pandai2lah handle dan bawa diri giteww... 


Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel 5 Jenis Manusia Yang Patut Dijauhi Di Pejabat..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, May 19, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

33 comments:

  1. ada juga orang-orang seperti itu tapi saya buat biasa2 je...tak bole nak rapat sangat...ada had dan batasnya

    ReplyDelete
  2. Betul tu Farah bila attitute kita tak berapa nak baik sangat org tak berapa nak duk dekat huhuhuhu ..Kita kena pulau lerr jawapnyerr ..Kalau kita punya sifat tu baik2 jer insyaallah org akan dekat ngan kita ..Jadi kalau tak nak diri dijauhi amalkan sikap yg baik2 jer

    ReplyDelete
  3. kaki gosip selalu ada dimana-manaa. ahhaaa
    dan selalunya perempuan..
    suka pulak eiqa bce ayat2x yg kak farah guna dalam entry nie uolss.. hehehe :P

    ReplyDelete
  4. kaki kipas paling tak boleh blah.. pakai main petik je nama sape-sape untuk kepentingan diri.. huhu benci

    ReplyDelete
  5. Setakat kaki kipas ok lagi. Jangan sampai yg kena kipas hilang integriti. Yg itu mmg menyakitkan hati..

    ReplyDelete
  6. paling takut dgn kaki gossip.. takut dia ajak kita bergossip sekali... by the time habis keje dah berbakul dosa dapat...

    ReplyDelete
  7. nasib baik nory sorang2 je kat opis takde kawan..,huhuh..

    ReplyDelete
  8. kesemua ciri2 tu ada je kat mana2. keje kerajaan ke, keje swasta ke, sama je. Yang penting mcm mana kita nak menepis or mengatasi orang2 mcm ni. kalau di layan, sakit woooo...

    ReplyDelete
  9. Tak dapat lari dari jenis2 manusia seperti ni, pejabat maupun kejiranan.. kena pandai2 la bawa diri..

    ReplyDelete
  10. Mmg semua tu kebyakan ada aje di tempat keje.. Kecuali lah kerja nelayan or petani.. Haha... Sy lebih suka berdiam dan ckp apa yg perlu je kt tmpat kerja...

    ReplyDelete
  11. Paling x suke kaki kipas...membodek kuat!!

    ReplyDelete
  12. kaki kipas?? ingatkan suka mengampu.. rupanya bukan..

    ReplyDelete
  13. kalo kat opis ni deqla nak tambah 1 lagi.. kaki makan..hahahahah.. keje gomen mkn je tahu! deqla sendiri naik rimas..bknnya tolak rezeki..tp kalo dah mkn lebih dari keje paham2 je lah kann..

    ReplyDelete
  14. ofis kita kecik so x de masalah kot. . hehe

    ReplyDelete
  15. nak tambah lagi satu....ada yang bila buat keje secara berkumpulan...tapi dia mengaku itu hasil keje dia....lebih kurang jugak cilok idea orang katanya itu idea dia huhu....bila masuk keje ni 1001 ragam manusia kita jumpa kan...

    ReplyDelete
  16. mana2 pun sama Farah... semua kategori tu boleh jumpa kan... kena pandai2 bawa diri sendiri... :)

    ReplyDelete
  17. Complete, semuanya hado dalam opis akak, tapi ku abaikan saja..kalau tak, tak harmoni pulak satu pejabat nanti, caranya, jangan rapat sangat dengan orang yang ada attitude macam ni

    ReplyDelete
  18. kadang² boss yang negative perlu dijauhi jugak :)

    ReplyDelete
  19. semua tu ada..cuma saya jenis x berapa layan orang..huhu

    ReplyDelete
  20. kaki tikam belakang tu yang paling akak benci.....

    ReplyDelete
  21. si busuk hati ni.. memang pandang pun tanak.

    ReplyDelete
  22. doalah jangan kita jadi dalam golongan-golongan kat atas ni.tapi sy paling tak suka orang yang buat group work tapi tak contribute apa-apa.

    ReplyDelete
  23. Ok, Noted untuk preparation akan datang :)

    ReplyDelete
  24. Semua di atas memang MESTI DI HINDARI boleh masam muka antara kita. Bad Attitude!!

    ReplyDelete
  25. yang no 1, 2 dan 5 tu memang ada kat opis kita. kadang2 naik menyampah pon ada, malas nak peduli orang mcm tu

    ReplyDelete
  26. yang peminjam tu agak panas jugak huhu

    ReplyDelete
  27. yg bab kaki kipas tu masa kat ofis lama dulu. tak tahan kak farahhhhh! huhu.
    nasib baik sebulan je, dapat better offer.
    sekarang ni ada tang yg gossip tu je lah. tapi nak kata kuat gossip tak jugak. masing2 semua jenis lite2 je. alhamdulillah bersih lah jugak telinga.

    ReplyDelete
  28. Semua tu mmg dah jumpa .... moga kita tak tergolong dlm golongon tu semua :)

    ReplyDelete
  29. saya tak suka org kaki kipas kak

    ReplyDelete
  30. pemalas& kuat ponteng dengan kaki gosip tuh boleh terima lagi rasanya..

    ReplyDelete
  31. lagi satu..si tikam belakang..
    tapi sy plak adalah jenis si-lantak kau lah..waakakka

    ReplyDelete
  32. Mmmm...lg2x klu ada yg suka main politik...xsuke btul.

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia