Things To Know When Uolss Renovate Rumah...

Farah Waheda Wahid
22


Ini adalah gambar sebenar di kawasan perumahan iolss... perghh gila2lah theyolls berlumba2 renovate rumah memasing. Alhamdulillah rezeki mereka kannn??? Sekelumit pun iolss tak jealous... iolss sendiri pun dah renovate rumah tu about 9 years ago, cuma kalau ada rezeki lebih nanti nak buat tang porch tu, nak diatapkan properly...senang sok2 Ash nak main kat luar kalau hujan sekalipun... and kereta pun terlindung dari cahaya matahari dan hujan... ^_^... 

Cumanya, kat kawasan perumahan iolss ni, dah seakan macam trend dan perlumbaan pula... lepas sebiji rumah ni start buat renovation, sebiji lagi akan start... bukan sekadar berlainan lorong... lorong yang sama pun sama... sampai Ash nak tidur pun terperanjat2... tak kira siang malam pulak tu uolss... muahahaha... tak apa nak lelaki kasi berani sikit... *_^.... Ada yang buat sekadar renovasi dalaman...ada yang buat renovasi luar...extension pada yang sedia ada...dan ada yang totally demolished satu rumah dan bina rumah yang baru...tak ikut standard facade.... Ada jugak yang beli 2 biji rumah sekaligus kiri dan kanan lepas tu pecahkan dan combine...Macam2 pattern dan macam2 gaya... 

I'm not so sure myself, but to my knowledge, kalau nak buat renovation kena dapatkan kelulusan dari pihak PBT and submit plan. And as what I know, bila uolss demolished satu rumah atau buat major renovation, kenalah cacak papan tanda macam kat bawah ni.. 

Source Extracted from Google
Ini memberi maksud bahawa kerja2 renovasi rumah tu dah diluluskan oleh pihak PBT dan juga plan juga dah di-submit... but mostly yang iolss tengok rata2 sana sini kat my housing area, theyolls main balun jer... Ada one of my neighbour dulu, buat major renovation juga...and then, after a while bila pihak PBT rounding, theyolls kena saman uolss... RM10K jugaklah kenanya...sebab ubah standard facade tanpa kebenaran dan kelulusan pihak PBT kann??? And to what I heard and I know, bila uolss renovate rumah such as extend lagi ke belakang atau ke depan, cukai tanah pun naik jugak... sebab dah guna tanah tu kannn??? Pheww... cukai tanah sekarang pun boleh tahan jugak harganya... ekekekeke.... 

Jadi, kekonon fefeeling nak hilangkan doubt dalam diri sendiri kannn??? Bukan menyibuk saja nak ambik general knowledge, manalah tau kot2 ada rezeki terpijak kannn??? Iolss pulak nak buat major renovation.... adalah knowledge jugak pasal perkara ni kannn??? Dari buta2 jer buat tak tentu hala, sok2 takut menanggung... bha ha ha... tak sanggup iolss ok??? Makanya terbaca di Panduan & Tips Ubah Suai Rumah ... 

If uolss nak ubah suai rumah dan hidup dalam keadaan tenang dan jimat duit, senang ajo cara eh... Caranya ialah....
  • JANGAN buat ubah suai TANPA KEBENARAN PBT
  • Lantik arkitek/perunding untuk sediakan pelan dan kemukakan kepada PBT
  • Selepas pelan DILULUSKAN, buatlah ubah suai dengan mengikut HAD ANJAKAN YANG DILULUSKAN dalam PELAN LULUS
Dinasihatkan sebelum mengubahsuai rumah, patuhilah peratuan PBT kawasan uolss, In Shaa Allah hidup uolss akan tenang dan bahagia, jiran pun senang dengan uolss. Menurut penulis artikel ni, masa dia menguruskan urusan renovation rumah dia, sebab asalnya tak dapat kebenaran atau kelulusan...letih ooo, turun naik turun naik... dia sendiri mengaku... and katanya fee nak renovate rumah tu lagi murah dengan hanya nilai sekangkang kera... bukan macam fee arkitek yang sekangkang king kong (fee arkitek 10% dari nilai projek)... 

*Iolss tak kisah siapa pun nak renovate rumah uolss... cuma satu jer iolss mintak...supaya bertimbang rasa, janganlah dah malam pun nak tung tang tung tang...jiran tetangga nak berehat dan tidur kot??? Ini kekadang sampai ke tengah malam bising orang bertukang dan buat kerja masih ada... hu hu hu.... Kalau kat apartment or condo... petang jer dah tak boleh buat kerja... stop semua kerja.... 

**Urusan orang lain, tapi terfikir jugak, theyolls ni dah banyak sangat duit, belilah rumah semi-D ke atau bungalow ker...yang worth the price theyolls renovate dan beli rumah tu.... lebih kurang nak dekat sama jer kot...kalau beli 2 biji rumah kiri kanan dan combine atau demolished the whole house sebab nak besarkan... tak pun beli tanah buat rumah sendiri...hu hu hu... entahlah tapi pada pandangan iolss macam rugi jer, beli terrace link lepas tu buat reno sebab nak besarkan dan banyak duit keluar kot...kalau penambahbaikan sikit2 tu adatlah kannn??? Tapi major ok major... Hu hu hu... Tapi duit theyolls kannn??? Suka theyolls lah... Iolss nak sibuk buat apa pulak...muahahahaha... apa2 pun.... itu pada pandangan iolss lah... he he he...

Post a Comment

22Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. paling penting dalam soal renovation ni dear, janganlah kita over-jakun sangat nak renovate rumah sampai menyusahkan dan mengganggu ketenteraman dan keselesaan jiran yang lain. Ada tu ubahsuai tempat parkin kete sampai 'masuk' ke kawasan rumah jiran, kan tak molek dah tu?

    Thanks for sharing dear :). Moga jadi panduan pada kita semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha yang tu betul, renovate sampai makan space jiran sangat tak sesuai...

      Delete
  2. hye..syira datang jenguk tuan blog..lama tak tegur..hehe
    :) jemput singgah blog syira, akan ada GA APRIL hari ini..tunggu ^_^

    ReplyDelete
  3. Rumah akak memang diorang design ngam2 ikut keluasan squarefit peh tu xde pun celah2 bedah mana nak di renovate...kalau nak tambah pun bilik kat tingkat atas and pasang pagar or awning....bulan 5 nanti nak buat...sib baik duit bonus ada..lebur ke situ jer la...

    ReplyDelete
  4. byk sgt duit smpai taktau nk buat apa..

    ReplyDelete
  5. salam. bagus entry ni..tapi sy belum ada rumah sendiri lagi nak di renovetkan haha
    kalau renovate rumah kat kampung..mau nya mengamuk mak sy haha :D

    ReplyDelete
  6. masih takda experience mengalami perkara2 macam ni kat taman perumahan sbb dri dulu smpai skrg masih tinggal kawasan lot kampung....

    ReplyDelete
  7. banyak prosedur ni bila nak renovate...semua kena ikut.. feninnn..

    ReplyDelete
  8. Jiran kita kiri kanan renovate rumah farah..sampai gelap rumah we all duduk tengah-tengah..he..he

    ReplyDelete
  9. betul tu farah, nak buat renovation, extend mmg kena approved pelan dulu..sebab tu alang2 buat biar buat bagi perabih ..upah pelan je pon dah mahal..

    ReplyDelete
  10. gitu..kalo cam SB duk kat kampung senang sikit nak renovate rumah sbb tanah sendiri,kan..pastu rumah SB lak lam hutan sapa la nak gi buat aduan bila tgh2 renovated dengan bunyi-bunyian mesin segala tu.. :)

    ReplyDelete
  11. Tanda akhir zaman... Hmm... Betul la tu kak.. Klu sy bnyk duit baik beli tanah dan buat rumah..xde ggu org lain kan..

    ReplyDelete
  12. mgkn..dyeorang segan2 nak renovate..maklum la rumah taman,..tapi bila dh sorang mula renovate..baru lah yang lain yakin nak renovate juga..kan kalau x der kebenaran x palas kena saman ke hapa..huhu

    ReplyDelete
  13. betol tu farah...kena ada maklumat tepat nie..tak pasal2 rumah entah kemana nanti

    ReplyDelete
  14. kalau kat kampung ni..ade tanah besar mana pun tak kesah kan..tapi kalau area bandar memang kena ikut piawaian standard size rumah..

    ReplyDelete
  15. setuju dgn entry farah nie....tapi sebaiknya kalau ada duit lebih lebih baik beli rumah yang besar sikit dan tak perlu nak renovate lagi....rasanya macam tak berbaloi dan leceh kalau nak renovate....

    ReplyDelete
  16. lya tak ada umah lagi..baru bercadang nak bli umah :D

    ReplyDelete
  17. hahhh...kalau ade tanah sendiri senang lah buat rumah beso gedabak..lagi murah kos die..pas tu boleh pilih dsgaain mcm mane korang nak..puas hati...
    cik pon dah beli rumah...cuma nak renovation tu belom lagi kut...sattle satu-satu dulu...hihi

    ReplyDelete
  18. gd entry farah.. masih ramai yg tau procedure kalu nak renovate rumah ni

    ReplyDelete
  19. Info yg bagus bg mereka2 yg nak ubahsuai rumah, yg penting patuhi undang2 & pastikan x mengganggu jiran2 ... Wallahhua'lam ...

    ReplyDelete
  20. wat masa nie takdelah nak renovate rumah mcm tu sekali...just nak besarkan dapur sbb kawasan rumah dan fit...tak boleh nak besarkan pun..huhuh

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !