Home » , , , , » Tentang Bayi: Mitos VS Realiti...

Tentang Bayi: Mitos VS Realiti...

Source Extracted from Google
Kalau ikutkan petua orang2 lama atau orang2 matang yang terdahulu sebelum kita, memang banyak pantang larangnya tentang bayi. Betul tak??? Yang itu tak boleh, yang ini tak boleh, yang itu dilarang, yang ini dilarang... Bha ha ha... Sejauh mana keberkesanan pantang2 tu semua weolls pun tak boleh nak komen lebih2 sebab hanya weolls yang pernah experience yang tau sejauh mana kebenarannya. La la la... 

Makanya, disebabkan terbaca satu artikel yang iolss rasakan menarik di SINI, moh ler weollss berkongsi bersama2... ^_^...Dan ini adalah perbandingan dari sudut pakar perubatan yer uolss???

Bayi Baru Lahir Perlu Dipakaikan BARUT Agar Tidak Kembung atau Rangka Dada Tidak Terlalu Menonjol Khususnya Bayi Perempuan

Penjelasan:
Dinding perut bayi masih lagi lemah pada waktu ketika usia ini. Oleh yang demikian, barut perlu dipastikan dipakai pada bahagian perut sahaja dan bukan terus ke dada kerana khuatir perkembangan organ dalaman anak weolls sukar untuk berkembangan dengan cepat. Jangan diikat terlalu ketat kerana dikhuatiri bayi tidak selesa. Pemakaian barut boleh membantu mengelakkan tali pusat tidak luka akibat geseran. Barut dapat membantu memanaskan tubuh bayi. 


Setelah Tali Pusat Tercabut, Pusat Bayi Harus Ditindih Dengan Kepingan Syiling atau Logam Agar Pusat Tidak Menonjol Keluar

Seriously tak pernah dengar pantang larang atau petua ni... hu hu hu... 
Penjelasan:
Sebenarnya, kaeda ini tidak perlu dilakukan lebih2 lagi jika pusat bayi memang tidak menonjol. Namun, weolls boleh mengikut panduan ini jika pusat bayi menonjol asalkan logam terbabit bersih dan disteril. (Pulak dah)

Bayi Baru Lahir Harus Dibedung Agar Kakinya Tidak Bengkok atau Bersilang.

Ash memang tak suka dibedung... kalau bedung mulalah dia mengamuk.
Penjelasan:
Sebenarnya, membedung adalah untuk memberikan keselesaan kepada bayi ketika tidur. Orang tua2 kata kalau bayi dibedung, theyolls tidur lama kan uolss??? Dush, anak iolss tak suka dibedung... Sehingga anak berusia 6 bulan, anak sering mengalami kejutan refleks. Jadi, jika dibedung, ketika berlaku kejutan refleks ini, bayi akan kurang merasa terkejut. Namun perlu diingat, bedung biasanya membuat peredaran darah anak terganggu. Ini membuatkan jantung terpaksa bekerja keras untuk mengepam darah. Akibatnya, anak akan kerap sakit terutama di bahagian dada khususnya di sekitar paru2 atau rongga pernafasan.
Tidak Elok Memandikan Bayi Selepas Jam 3 Petang

Ash mandi 2 kali sehari, sekali pagi dan sekali petang dalam pukul 5.30 pm atau 6.00 pm...Kalau tak mandi dia mengamuk sebab tak selesa. Hu hu hu.... 

Penjelasan:
Ibu sebenarnya bebas menentukan masa untuk memandikan bayi. Biasanya, pada bulan2 pertama, anak boleh dimandikan antara jam 9.30 hingga 10.00 pagi. Bila usia bayi meningkat, weolls boleh memandikan anak antara jam 8.00 hingga 10.00 pagi. Manakala, pada waktu petangnya pula, bergantung pada suhu ketika itu. Paling penting jangan mandikan anak setelah diberi susu kerana selepas minum biasanya anak akan mengantuk dan mahu tidur.

Tangan Dan Kaki Bayi Tidak Perlu Selalu Ditutup dengan Sarung Kaki dan Tangan

Sampai la ni, Ash duk pakai socks...bha ha ha...kelas ko, dalam rumah pun pakai socks anak mummy ni... Ahaksss, kelas sangat ke? Mittens pulak, bila tak sempat mummy nak potong kuku dia... takut bercalar balar pulak muka nanti kannn.... 

Penjelasan:
Sebenarnya tiada masalah jika tangan dan kaki anak disarungkan terutama ketika suhu dingin. Pemakaian sarung tangan juga perlu untuk mengelakkan berlaku calar akibat terkena kuku. Jika di luar rumah, sebaiknya bayi tidak perlu dipakaikan sarung tangan kerana pemakaian sarung tangan akan membatasi perkembangan deria rasanya.

Kuku Bayi Tidak Boleh Dipotong Sebelum Usianya 40 Hari

Masa dalam pantang memang tak pernah potong kuku Ash... bukan sebab pantang larang ke apa... tapi takut terketip tempat yang sepatutnya...tak berani ooo...Al maklumlah baru melangkah ke arah WonderMom...bha ha ha.... belum ada experience lagi sebelum ni.

Penjelasan:
Larangan ini mungkin disebabkan khuatir akan melukakan kulit jari tangan dan kaki anak. Saiz kuku yang kecil dan nipis memang menyukarkan weollss memotong kuku si kecil. Namun, jika dilakukan secara berhati2 dan menggunakan peralatan yang khusus, kemalangan mungkin dapat dielakkan. Jadi, sebenarnya memotong kuku bayi tidak perlu menunggu sehingga usianya 40 hari asalkan berhati2. 

Anak Tidak Boleh Didukung dengan Kaki Dikangkangkan kerana Khuatir Akan Terkangkang

Erk, tak pernah lagi buat macam ni, tapi mungkin akan buat kot? Bha ha ha... 

Penjelasan: 
Tidak benar sama sekali. Tidak menjadi hal jika anak didukung dengan cara ini asalkan kepala dan punggungnya diampu agar tidak jatuh ke belakang. Kaki anak kangkang mungkin disebabkan oleh genetik yang diterima daripada parents.

Begitulah penjelasannya, nak ikut pantang larang orang tua2 dulu atau tidak, sebenarnya terpulang pada individu ye tak??? Tapi apa yang iolss nak share dari pandangan iolss lah... ada yang boleh diikut dan ada yang tak semestinya weolls kena ikut. Pandai2lah...and yang weollss yang rasa2 tak nak ikut ni, kalau tak nak ikut tu, janganlah sampai mengecikkan hati orang tua... Orang tua cepat tacing tau uolss...Dah namanya dah matang, berumur, berusia dan tua... dah tentu lah cepat tacing... So kenalah pandai2 jaga hati dan perasaan theyolls kalau theyolls suh buat pantang larang itu ini dan weolls tak nak ikut... Hu hu hu... Kalau tak silap haribulan, ada yang bawak diri, merajuk sekeping hati...betul tak? Dah payah weolls nak pujuk dan ambik hati balik... 

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Tentang Bayi: Mitos VS Realiti..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Friday, April 25, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

34 comments:

  1. Replies
    1. sama sama kita berkongsi perkara2 yang bermanfaat untuk manfaat bersama.... ^_^

      Delete
  2. ada yang benar juga kan sis..tapi tak semstinya nak ikut semua,mana yang rasa positif kita ikutla kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. asalkan tak bertentangan dengan hukum....

      Delete
  3. heheee... pantang orang dulu2 kan.. nak ikot atau tak nak ikut terpulang kat kita.. kalau cam dkna, mak nasihat tu dengar dan ikut sebab kadnag-kadang mulut ibu nie 'masin' kan ... hehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan kadang2 dkna, mulut ibu memang masin...hu hu hu...

      Delete
  4. yg pusat kena tindih ngan duit syiling tu 1st time dgr
    mandi pulak..sllunya petang tu pas asar mandikan
    mil x bagi mandi lewat2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. iolss pun baru dengar tentang pusat kena tindih dengan duit syiling tu... hew hew hew... iolss mandikan petang tapi sebelum maghriblah... tak lebih dari 7 p.m....

      Delete
  5. thanks sharing kakak..sangat berguna ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama sama kita berkongsi perkara2 yang bermanfaat untuk ilmu bersama...

      Delete
  6. nasihat dan pantang larang orang tua/ atau yang lebih makan garam ni ada kalanya betul dan tak tapi ada kalanya kalau ikut pun kena fikir baik dan buruk nya ye.. tapi yang pasti semua ibu/mummy nak yang terbaik untuk anak nya.. kan farah hehe.. peluk anak ketat2 hehehe.. thanks up kan entry ni nice sharing sis..

    ReplyDelete
  7. gd one, for KA kalau pantang larang itu tidak berlebih2 dan tak melanggar hukum tak salahlah.. plg penting utk kesihatan bayi jugakan !

    ReplyDelete
  8. yang mana elok kita ikut.. sebab ade baik buruknya...

    ReplyDelete
  9. ada yg ikut dan ada jugak yg dah xikut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bergantung pada keadaan dan situasi kan kak Alycia?

      Delete
  10. salam jumaat farah.ada betulnye jugak pantang orang orang tua ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam jumaat ija. pantang larang orang tua ada yang betulnya... ^_^

      Delete
  11. Assalamualaikum wondermum.Akak dulu pun tak berapa ikut pantang2 semua tu. Langgar banyak pantang lagi ada. Apa pun larangan tu sebenarnya ada kebaikan supaya ibu-ibu baru ni lebih cermat dalam merawat bayi mereka. Zaman akak dulu anak pun dah malas nak berbedung, tapi yang itu akak buat juga. Bukan sebab takut kaki pengkar tapi kalau tak berbedung nanti jalan memang tak cantik terutama kalau bayi tu bayi pompuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam kak lynnn, ahakss wondermum ke ni? memang ada kebaikannya kak, tapi bergantung pada keadaan jugak kan? kitalah kena tau nak buat macam mana kan?

      Delete
  12. kan pikir pada logik la senang..hihi
    tima kasih kak berkongsi

    ReplyDelete
  13. penah gak dgr pantang larang ni dari arwah mak.. kami ikut jer.. heee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang mana baik kita ikut jer lah kannn???

      Delete
  14. kita ikut mana yang baik jer dan tidak memudaratkan baby......tak gitu pn farah

    ReplyDelete
  15. Kembali kepada Iman yang benar, insya Allah tiada keraguan dan kebimbangan hidup yang hanya sekerlip mata....

    ReplyDelete
  16. penjelasan yang bagus..kdg² confused mitos n reality kan

    ReplyDelete
  17. Letih nk ikut semua sbnrnya... Tpi sy buat mana yg logik dan blh diterima akal dan.x bertntgan dgn syarak je la..

    ReplyDelete
  18. Kadang2 nampak cam betul je kan farah.
    Ibu cik akak siap kening Di urut haha

    ReplyDelete
  19. kebanyakannya semua husna pernah dgr..
    paling tak menahan bila budak dah besar pnjang bjalan kaki masuk ke dalam, mula nak cakap dulu time kecik tak kena bedung la tu.. >.<

    ReplyDelete
  20. Nice sharing...ada yg diamalkan dan ada yg tak...

    ReplyDelete
  21. Assalammualaikum... farah,

    banyak juga pantang larang yg kekadang kita ikut aje tanpa tahu asbab2 tertentu kan.. rupa nyer ada hikmah nya.. mana yg boleh ikut kita ikut yg tak baik utk baby tgl kan ,.. yer tak?.

    mselim3

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia