Home » , , , , , , , , » Perlu Elak Selepas Bersalin Melalui C-Sec...

Perlu Elak Selepas Bersalin Melalui C-Sec...

Source Extracted from Google
Lorrr tak habis2 lagi iolss nak membebel pasal Caesarean Birth ni... Bha ha ha... Mesti bosan uolss kann??? Habis tu macam mana??? Tiba2 iolss teringat dok syok2 kongsi dengan uolss pengalaman iolss bersalin secara Caesarean sampai ber-part2 kat entri2 ini... 


Dan dan tu bila teringat balik lupa pulak nak kongsi dengan uolss, manalah tau kot kot kan, ada yang terpaksa bersalin secara c-sec dan tak boleh nak bersalin normal. So, mungkin pengalaman iolss boleh bagi pencerahan sikit pada uols2 semua... Hik hik hik... 

Bercerita tentang pengalaman bersalin semua dah kannn??? Ni nak highlight sikit... bersalin secara c-sec ni kann.... lepas pada operation tu... jeng jeng jeng... bukan nak takut2kan tapi kenyataan ok? Dari pengalaman sendiri... 

1. Lepas operation, bersedia untuk rasa sakit a.k.a. pedih pada tempat c-sec tu bila uolss bersin atau batuk. Hu hu hu... serious uolss, iolss tahan batuk ok, tapi tak boleh nak tahan jugak...batuk2 kecik jer...apa orang kata batuk tak lepas... bha ha ha...batuk2 kecik pun terasa ok??? Tak macam orang bersalin normal ye tak? Batuklah ko sesuka hati, tak rasa ngilu dan sakit pun kat tummy tu.... Phewww.... So, kalau boleh tahan batuk silalah tahan batuk sedaya upaya.  

2. Elak makan2 makanan yang boleh mengakibatkan uolss sembelit. Hu hu hu. Biasanya hospital akan bekalkan ubat lawas untuk melancarkan dan memudahkan. Iolss lepas c-sec masa 3 minggu pertama berpantang tu makan nasi lembik jer kot??? Demi takut tak lawas.... Nak meneran payah ooo.... luka kat tummy tu tak elok lagi kann??? Tak nak lah jadi apa2... 

3. Jangan menggatal sesekali nak angkat barang2 berat walaupun luka tu dah rasa macam ok. Tak payah nak tunjuk2 hero nak jadi bionic woman ke apa ke, superwoman ke and so on so forth... Barang2 berat biar suami atau orang lain yang angkat... Iolss sikit pun tak angkat apa2 tau... Bha ha ha...tiba2 terasa macam queen pulak...semua orang tolong angkatkan... hik hik hik... Yang iolss angkat Ash jer... Tapi bila dah masuk sebulan... Mula dah sikit2...KALAU BOLEH JANGAN LANGSUNG!!! Kes iolss ni exceptional... sebab tak ada orang nak tolong kann??? Terpaksalah buat sendiri... Tengok independent tak??? (Lepas tu sakit sendiri tanggung...tawakal jer lah... Allah kan ada???)

4. Driving. Uolss pleash yer jangan ikut macam iolss... Masuk minggu ke-2 dah gatal nak pegang stereng dah... Seriously, minggu ke-2 iolss dah drive gi supermarket beli bahan masakan basah, beli keperluan Ash yang tak ada atau yang diperlukan. Boleh??? Minggu kedua pun dah lepak MekDi??? Tapi tak makan lah pun, beli air mineral and saja2 santai... hik hik hik, tak lama pun sekejap jer... Bising semua orang takut iolss bentan...Tapi nak jugakkk....

5. Makan seafood ataupun yang gatal ataupun yang boleh melambatkan luka sembuh. Kadang2 luka ni sembuh kat luar jer, tapi kat dalam mengambil masa ok uolss... Hurmm... So jangan tertipu ok? Jangan gatal2 nak makan tak tentu arah. Orang bersalin secara c-sec pun kena berpantang juga... Siapa cakap tak payah berpantang. 

6. Jangan kerap sangat turun naik tangga. Takut2 terbuka pulak luka tu. Hu hu hu. Duduk jer diam2. 

7. Mandi, pastikan tempat luka c-sec tu tak kena air ok??? Iolss, walaupun doktor kata seminggu lepas bukak dressing tu dah boleh mandi macam biasa, still cover lagi tempat luka c-sec tu dengan dressing bila mandi. Tekap dengan dressing tebal sikit bagi tak kena air. Takut ooo, tak berani...siap cover dengan plastik lagi. Lepas mandi bukalah, kalau tak mandi apa nak jadi, tak selesa ooo berlengas. Dapat mandi memang rasa fresh. Bila dah sebulan setengah lepas operate baru iolss berani mandi macam biasa. 

8. Urut dan pakai bengkung or barut segala bagai. Mula2 lepas c-sec tu, tak payah nak gatal2 nak berbarut segala bagai.... untuk c-sec birth, ada bengkung moden khas untuk ibu2 yang bersalin secara c-sec. Tak sama ek dengan orang yang bersalin normal. So pakai yang ni, jangan pakai macam orang yang bersalin normal. Tak pasal2 merana nanti uolss. Pakai tetap pakai. Haruslah diva melets giteww kannn??? Urut pun lain caranya dari orang yang bersalin normal. Urut dan pakai bengkung tetap dilakukan tapi flight delay sikitlah. Hik hik hik. 

Hurm, so far itu jer lah experience yang iolss ingat dan boleh kongsikan dengan uolss... Mungkin sekadar sebagai pengetahuan umum sahaja, dan juga mungkin boleh dijadikan sebagai pencerahan pada siapa2 yang kurang jelas giteww... and yet to experience. Tapi bila dah lepas semua memang rasa seronok dan lega. 

Tak boleh nak compare-lah kannn orang bersalin normal dan bersalin c-sec macam mana... Lainlah pulak ceritanya dan perkiraannya kann??? Tak sama dan tak serupa... *_^ 

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Perlu Elak Selepas Bersalin Melalui C-Sec..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, April 22, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

20 comments:

  1. Ahkak xde pengalaman bersalin c-sec ni.. tp adik akak ada..

    ReplyDelete
  2. C-sec memang sakit lah lepas tu....baik normal kan...saya pon merasa c-sec anak no 3....

    ReplyDelete
  3. ehehe tq sis atas info..sebagai panduan kan.

    ReplyDelete
  4. byk jugak pantang larang nyer kan?huhu ni kalau suami xjaga betul2 juga nak kena nih :/

    ReplyDelete
  5. betul lepas bersalin c sec mmg susah part nak tahan batuk..ada sekali tu sy menonton tv dgn husband citer lawak..alahai lgi seksa nak tahan ketawa..masa tu bru 2weeks..mcm2 cekang2 je dekat penjait tu bila nak ketawa..lastly ketawa tutup mulut..sambil menahan lawak tu ^___^

    ReplyDelete
  6. x pernah rasa bersalin c-section...akak datang tau la..uhuk....

    ReplyDelete
  7. akak belum habis pantang dah bawa anak g Tesco.....hihi....

    ReplyDelete
  8. Fuh... Berani sungguh tu... Dua minggu kot...hehe.. Alhamdulillah takde pape...

    ReplyDelete
  9. Ros ada dua kakak.. kakak pertama, ketiga2 anak dia lahir normal.. kakak no2, kedua dua anak dia melalui pembedahan. masing2 ada rasa tersendiri. yang alami je yang tahu :)

    ReplyDelete
  10. good sharing...tapi pengalaman ku yg berpantang sendiri...c-zer 3 kali semua kene buat sendiri ye....kene kuatkan diri demi anak-anak dan suami.. :)

    ReplyDelete
  11. Nrl keempat2 anak bersalin normal, tapi yg ke4 tu ada risiko nak kena c-sec jgk time tu... air ketuban semakin kurang, tapi xde rasa/tanda nak bersalin pun... hri yg kena induce tu dr kata kalau jalan x terbkk jgk, trus c-sec... tapi x sampai 4 jam induce, Eisya dah keluar... :)

    ReplyDelete
  12. kesemua pantang tu bagi saya ok la jugak. tapi yagn paling tak syok bila tak boleh berurut, bengkong ketat2 dan bertungku. badan dah sengal2. kena amik masa berminggu untuk rasa kena urut yang kuar air mata punya... (maklumlah urat dah besimpul2) :)

    ReplyDelete
  13. tima kasih kak berkongsi pengalaman

    ReplyDelete
  14. dasat leh drive dh ms minggu ke 2 tu.sy x brani...huhuhu...p kinik pon soh k.ipar yg drive.naseb la ada kak ipar yg reti drive klau x menapak sndiri la jwbnya

    ReplyDelete
  15. ada dgr jugak..dah bertahun3 beranak czer..tp bila check dlman mcm ada nanah..huhu scary je dgr kwn2 dok cite..mmg payah beranak czer ni..kena betul2 jaga..

    ReplyDelete
  16. Saya nyaris kene czer masa second baby sebab buka cuma 4 cm je dari pagi sampai ke malam (no progress). Bila doc cakap kene czer, saya takut n sedih sangat. Berdoalah banyak2 dalam hati, akhirnya Allah izinkan saya bersalin secara normal. Alhamdulillah.

    Czer is really for the strong woman. Im not strong enough for czer, Allah knows. :)

    p/s : done follow sini. #1383. :)

    ReplyDelete
  17. alamak gerun plak bila baca ni..hehee..

    ReplyDelete
  18. ain langsung tak berbekung...hukhuk

    ReplyDelete
  19. bagus gak sharing..kot ada yang mencari cari info kan..boleh refer kat sini :)

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia