Home » , , , , , » Penyusuan Anak Angkat : Induce Lactation

Penyusuan Anak Angkat : Induce Lactation

Source Extracted from Google
Pagi ni iolss terima satu What's App dari seorang kakak blogger iolss yang iolss sangat2 sayang... ^_^... Tak perlulah iolss mention siapakah beliau, cukup beliau jer yang tau... Question dari kakak iolss ni adalah... 

"Akak nak tanya kot2 Farah tau, wanita yang tak pernah mengandung, boleh tak ada susu, kalau dia makan apa ubat yang menghasilkan susu"

Ok, noted dan faham benar dengan maksud kakak iolss ni... Buat kakakku sayang... dari soh seh soh seh bersama2 dengan colleague yang juga ambil anak angkat serta menyusukan anak angkat beliau dan juga sedikit research yang iolss sempat buat... (tarik nafas dalam2...sebab mungkin semput nak membaca dan panjang lebar ni uolsss)....

Ada yang tau ada yang tak tau, actually IBU YANG TAK MENGANDUNG BOLEH MENYUSUKAN ANAK. Kebanyakan orang menyangkakan hanya ibu mengandung ajer yang boleh menghasilkan susu. Salah ok, salah...

Macam mana seorang ibu angkat boleh menjadi ibu susuan??? Kunci utama untuk menjayakan misi ni adalah penghasilan hormon prolaktin dan oksitosin di dalam tubuh seorang ibu. Hormon prolaktin bertugas menghasilkan susu, manakala hormon oksitosin berfungsi untuk memancutkan susu keluar dari payudara seorang ibue. Diketahui juga kedua2 hormon ini dirembeskan oleh kelenjar pituari iaitu kelenjar yang terletak di bahagian otak manusia. Ianya tidak ada kena mengena dengan rahim seorang wanita. Oleh itu, WALAUPUN SEORANG WANITA ITU TIDAK LAGI MEMPUNYAI RAHIM ATAU TIDAK MENGANDUNG SECARA TABII, DIA MASIH BOLEH MENGHASILKAN SUSU.

Melalui hasil pembacaan di SINI 

Mencetuskan penyusuan ibu atau INDUCE LACTATION bagi ibu angkat yang hendak menyusukan anak bukanlah satu perkara yang mudah kerana biasanya ibu2 ini tidak pernah hamil atau tidak pernah melahirkan anak. Jadi proses pembentukan dan kematangan kelenjar mamari seperti yang dialami semasa proses kehamilan tidak pernah berlaku kepada ibu2 ini. Namun, ini tidak boleh menjadi penghalang kepada ibu2 angkat berusaha menghasilakan susu ibu untuk diberikan kepada anak angkat mereka. 

Memberikan susu ibu kepada anak angkat bukanlah semata-mata untuk menjadikan anak itu muhrim kepada ibu bapa angkat tetapi lebih kepada memberikan makanan terbaik untuk bayi. Susu ibu tetap yang terbaik berbanding susu formula. Seperti yang dinyatakan oleh Dr. Jack Newman di dalam bukunya, The Ultimate Breastfeeding Book of Answers, susu formula bukanlah pilihan kedua terbaik selepas susu ibu. Susu formula adalah pilihan keempat selepas susu perahan ibu dan susu ibu daripada ibu susuan.
Semasa kehamilan, badan wanita akan meningkatkan penghasilan hormon progesteron dan estrogen (dirembeskan oleh ovari) dan hormon prolaktin (dirembeskan oleh kelenjar pituitari) untuk menyediakan payudara bagi penyusuan ibu. Di akhir kehamilan, aras hormon progesteron dan hormon estrogen akan menurun manakala aras hormon prolaktin akan bertambah untuk memulakan penghasilan dan pengeluaran susu ibu di payu dara. Prosedur inilah yang cuba ditiru untuk membolehkan ibu-ibu yang tidak pernah hamil mengalami proses mencetuskan susu ibu di payu dara mereka. Apabila susu ibu sudah berjaya dihasilkan maka langkah seterusnya menjadi lebih mudah iaitu meningkatkan dan mengekalkan penghasilan susu ibu.

Pil Perancang
Bilakah induce lactation harus bermula? Sebaik-baiknya lebih awal bermula lebih baik hasil yang akan diperoleh dalam usaha mencetuskan susu ibu. Sebagai contoh, ibu boleh bermula enam bulan atau lebih awal sebaik sahaja mengambil keputusan menerima bayi angkat untuk menyediakan susu ibu kepada bakal bayinya.

Ringkasnya, mencetuskan susu ibu ada empat fasa.  

FASA SATU
Adalah dengan memakan pil perancang dan Domperidone untuk membolehkan badan "meniru" proses pembentukan kelenjar mamari sebagaimana yang berlaku semasa proses kehamilan.

FASA DUA
Adalah menghentikan pil perancang tetapi teruskan Domperidone untuk mencetuskan penghasilan susu ibu. 

FASA TIGA
Adalah memerah susu untuk menggalakkan penghasilan dan pengeluaran susu ibu. 

FASA EMPAT
Dengan memberi bayi menyusu terus daripada payudara ibu untuk meningkatkan rangsangan ke atas payudara bagi menggalakkan penghasilan lebih banyak susu.

Kalau kesuntukkan masa atau ibu mempunyai masa kurang daripada 6 bulan:
1. Makan pil perancang (Yasmin atau Microgestin) setiap hari selama 30-60 hari bersama 20mg Domperidone 4 kali sehari. Penggunaan pil perancang pada peringkat awal ini adalah bertujuan untuk merencat penghasilan susu ibu sebagaimana proses yang berlaku di awal kehamilan.
2. Selepas 30 hari, jika berlaku perubahan pada payudara (saiz bertambah, rasa tegang dan penuh) hentikan pengambilan pil perancang tetapi kekalkan dos Domperidone 20mg 4 kali sehari.

3. Ibu juga boleh mula mengepam. Sebaiknya gunakan pam elektrik (double pumping hospital grade breastpump) untuk mendapatkan hasil yang baik. Makan makanan penggalak susu ibu seperti Fenugreek (halba) dan oat, minum banyak air.

Nasihat
Nasihat kepada ibu (ibu angkat) ialah susu ibu tetap makanan terbaik bagi bayi baru lahir. Sebaik-baiknya susukan bayi sekurang-kurang selama enam bulan pertama hayatnya, ibu harus berfikiran positif, cekal, sabar dan mempunyai keyakinan yang tinggi untuk berjaya mencetuskan susu ibu.
Penghasilan susu ibu bergantung kepada tindak balas hormon dan rembesan hormon bergantung kepada "arahan" daripada otak. Jadi didiklah otak supaya mahu bekerjasama dengan weolls untuk menghasilkan susu ibu yang mencukupi untuk bayi weolls. 
Latih bayi menyusu terus daripada payu dara ibu untuk meningkatkan rangsangan bagi menghasilkan lebih banyak susu. Jangan sesekali memperkenalkan puting tiruan kepada bayi. Walaupun ketika susu ibu masih belum mencukupi dan ibu terpaksa memberi susu formula kepada bayi, gunakan sudu atau cawan kecil bagi mengelak bayi keliru puting. Jika masalah keliru puting berlaku lebih sukar memujuk bayi menyusu daripada payu dara ibu. Kesannya payu dara kurang dirangsang maka penghasilan susu akan berkurangan.

Dapatkan nasihat doktor dan pakar laktasi untuk membincangkan penggunaan pil dan ubat-ubatan di atas. Kenal pasti juga kesan sampingan yang mungkin berlaku dengan penggunaan ubat-ubatan tersebut.

Hukum
Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa menggunakan ubat atau suntikan untuk merangsang pengeluaran susu badan adalah harus dengan syarat seorang wanita telah mencapai umur baligh sama ada berkahwin atau sebaliknya dan ubat atau hormon yang digunakan tidak mengandungi sebarang unsur najis atau mudarat. Keharusan ini tidak tertakluk bagi seorang lelaki yang berubah menjadi wanita melalui pertukaran jantina.

Jumhur fuqaha' juga sepakat bahawa terdapat dua kaedah penyusuan bagi menjadikan bayi mahram dengan sebab susuan, iaitu penyusuan secara langsung daripada payudara dan secara tidak langsung menggunakan tiub, botol susu dan sebagainya.

Sehubungan itu, bagi wanita yang menggunakan alat sokongan atau alat bantuan sebagai kaedah menyusukan bayi, Muzakarah memutuskan bahawa bayi tersebut sah sebagai anak susuan apabila cukup syarat penyusuan yang ditetapkan oleh Syarak seperti berikut:

(i) Bilangan susuan hendaklah dengan lima kali penyusuan.
(ii) Susu yang dihisap mestilah sampai ke perut bayi.
(iii) Umur bayi tidak melebihi dua tahun mengikut perkiraan bulan qamariah.

Hujah thabitan ini kerana susu ibu tersebut telah menjadi makanan asasi kepada bayi yang menumbuhkan daging dan memanjangkan tulang, sama seperti bayi yang menyusu secara terus daripada payu dara.

Bagaimanapun, sekiranya kaedah yang dilakukan adalah dengan cara menyuntik susu melalui qubul atau dubur, menitik susu ke dalam mata, telinga atau di tempat luka tubuh badan, maka bayi tersebut tidak sah sebagai anak susuan. Muzakarah juga memutuskan wanita beragama Islam tidak dilarang menyusukan bayi bukan Islam dan begitu juga bayi beragama Islam boleh menyusu kepada wanita bukan Islam kerana tidak ada nas syarak yang melarangnya. Penyusuan tersebut tidak memberi kesan kepada akidah dan agama bayi yang disusukan tersebut.

Muzakarah juga memutuskan susu ibu yang bercampur dengan bahan-bahan lain adalah sama seperti susu ibu yang tidak bercampur dengan makanan, minuman atau lainnya sepertimana pendapat yang rajih daripada ulama' mazhab Shafie dan Hambali, kerana untuk sah atau sabit menjadi anak susuan perlu memenuhi syarat-syarat penyusuan yang ditetapkan oleh Syarak.

Lelaki yang mengahwini wanita yang menyusukan bayi angkat dan bayi tersebut sah menjadi anak susuan, maka Muzakarah memutuskan suami kepada wanita berkenaan adalah menjadi mahram kepada anak susuan tersebut. 

Walaupun Ash tak breastfed, tapi iolss ambil pusing juga ilmu pengetahuan breastfeeding ok??? Ash tak breastfed? Ada sekejap, masa dalam pantang, lepas dalam pantang anak iolss ni nak susu ANMUM tu jugak, despite tak ada rezeki pun mummy dia nak menyusukan susu badan untuk dia... pertama Ash sendiri yang tak nak, kalau minum dia sendiri muntah lilah.... kedua, bila dia dah tak nak dah tentu2 lah susu kurang dan makin lama makin takdo... makanlah sat ni ker, ubat tambah susu ke, atau urut ke, atau SHAKLEE ke... nan hado jugak...dah tu, Ash tak stimulate??? Bha ha ha.... Tak ada rezeki iolss nak menyusukan susu badan...lagipun kesian pulak kat dia, asyik muntah jer lepas umur 2 bulan minum susu badan tu... tak minat agaknya... ekekekekee.... so abah and mummy decide, kita wean off dan tak payah gatal2 cuba nak bagi lagi kalau datangkan mudarat serta ketidakselesaan pada dia...Dah tak ado rezeki, ko paksa macam mana pun takkan jadi jugak.... Asalkan anak iolss sihat tubuh badan dan membesar dengan sempurna serta berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat udah....

Makanya, hopefully, entri ni diharapkan sebanyak sedikit dapatlah membantu siapa2 yang memerlukan... ^_^ ...Kalau ada kekurangan di mana2 dalam penyampaian entri ni, harap dimaafkan yer... dan kira halal yer...ekekekekeke... Till then cheerios!!!

*OPOCOT!!! COP... BOLEH MAKAN SUPPLEMEN TAMBAHAN SET 3M SHAKLEE... Nak dapatkan uolss mesti ramai kawan kannn??? Tak pun consult abang ni... WAFA CW ... Abang ni, jual SHAKLEE jugak uolss...hik hik hik... 

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Penyusuan Anak Angkat : Induce Lactation, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, April 16, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

30 comments:

  1. boleh rujuk ke hospital penyusuan pun boleh..kat sana ade pakar :) kelas-kelas menyusu utk ibu mengandung kat hospital tu biase free je boleh join slot tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yuppp betul tu babe, rujuk pada doktor pakar di hospital... mereka pasti tahu penyelesaian dan caranya...

      Delete
  2. ilmu yang perlu dipelajari..insyallah...harap berhasil..
    thanks farah atas maklumat ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. my pleasure kak, sama2 kita belajar dan berkongsi ilmu yang bermanfaat untuk faedah dan kegunaan bersama...

      Delete
  3. wah2..ada related gak Wafa dengan entry akak hari ni...hhehehehe...tp bukan pasal penyusuan ibu la....

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah baca tadi..pasal Vita C Shaklee kann kannn kannn?

      Delete
    2. dengan adik beradik jer promo cam tu... uhuks.. :D

      Delete
  4. ilmu yg brguna..lya ingt yg blm mgndung tak ada air susu.baru lya tahu.thanks sis ptkongsian

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau belum mengandung boleh lya... sekarang ni kemajuan teknologi perubatan kan macam2...

      Delete
  5. besarnya kuasa Allah, walaupun tidak mempunyai anak, still boleh menyusukan anak angkat dengan kaedah2 yang sis senaraikan tu.. harap ia berguna untuk semua pembaca yang memerlukan info nie...

    ReplyDelete
  6. tak silap CN, stacy penyanyi tu pun buat induce lactation utk anak angkatnya ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah CN, Rebecca Nur Al Islam dan juga Stacy buat induce lactation untuk anak angkat masing2...

      Delete
  7. mcm2 artis2..ramai yang amik anak angkat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah, artis memang ramai ambil anak angkat...

      Delete
  8. owhh boleh ye..tulah ingatkan ibu yang mengandung je boleh bf.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tapi kena rujuk doktor dan ambil ubat ler...

      Delete
  9. lengkap dan padat .. tq utk info ni kak farah :)

    ReplyDelete
  10. terbaeklah farah yup mmg ibu yang tak mengandung boleh menysukan anak..hihi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. farah pun belajar dari research dan kawan2 kak... hi hi hi...dulu pun tak tau jugak, tapi since 2 years ago baru tau...

      Delete
  11. Panjang lebar hujah nya sayang hihi Baru
    Serius terbaik entri .
    Sebelum cik akak ingat memang tak de susu kalau tak punya bb sendiri

    ReplyDelete
  12. akk nyusu anak sendiri pun sekejap je. camne nak nyusu anak angkat tuh.

    ReplyDelete
  13. very useful information!!!! Well researched... iolls memang respek u sis :D
    Kalau anak angkat perempuan memang bagus jugak kalau ibu angkat dapat menyusukan sendiri kan... supaya dengan ayah angkat pon tak aurat lagi..kan? betul kah yang i faham ni?

    ReplyDelete
  14. good sharing farah.. thanks for info.

    ReplyDelete
  15. memang kena sabarlah sikit nak susukan anak angkat

    Jom kita baca TIPS KULIT CANTIK

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia