Home » , , , , , , , » Friday Thoughts: Mengaibkan Suami/Isteri Di Laman Sosial

Friday Thoughts: Mengaibkan Suami/Isteri Di Laman Sosial

Source Extracted from Google
Thoughts that came across last night...dan diekspresikan di dalam bentuk entri sebagai perkongsian tazkirah yang tak seberapa di hari Jumaat buat peringatan kepada diri sendiri dan juga berkongsi kepada uolss2 yang iolsss sayanglicious sangat2.... So, jangan salah anggap...ini bukan berniat nak bajet diri bagus ok??? 

Social networks...tak kira sama ada FB, Instagram, Twitter, DAYRE, blog dan segala bagai yang sewaktu dengannya memang dah sinonim dan satu kebiasaan dalam masyarakat sekarang kannn??? Dulu2 zaman2 parents kita tak adalah sebegini rupa... tapi sekarang ni segalanya di hujung jari...Maklumat tu cepat jer sampai ke mana2 tak kisahlah melalui kalangan ahli keluarga kepada ahli keluarga yang lain ke, kawan ke kawan yang lain or stalker kepada keluarga dan kawan ke... Information travels fast ok??? Kadang2 kita tak expect pun berita tu or cerita tu sampai... tup tup tu diaaa tiba2 sampai ajer berita... 

Menurut artikel INI ... iolss kongsikan sedikit yang berkenaan dengan intipati entri ni ek... 

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik laman sosial meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status/artikel/entri mereka. Mendesak suami atau isteri melalui laman sosial mereka. Kemudian, status/artikel/entri tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan2 mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebagainya melalui status/artikel/entri mereka. Tertekanlah suami serba salah apabila perkhabaran sampai.

Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumahtangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui laman sosial atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalahyang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai authority sepert ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz-Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.

Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui laman sosial. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa. Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat 'membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang 'perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan mengeruhkan atau meruntuhkannya melalui laman sosial. 

Jom kita sama2 muhasabah diri, dan semak2 balik kot kot mana2 ada yang kita terlepas pandang dek kerana terlalu emosi kannn??? Jap fikir... so far, kalau pasal suami iolss tak ado... memang tentang aib2 ni iolss dok jaga jugaklah sebaik yang mungkin... sian suami iolss... nak kata baik tu tak adalah... uishh something wrong somewhere tu kalau mengaku diri sendiri baik...tapi kalau2 ada yang terlepas pandang tu, tak taulah pulak, tapi to be honest iolss tak der pun melepaskan luahan perasaan masalah rumahtangga kami berdua kepada laman sosial... hubungan suami isteri biarlah rahsia ye tak? masalah rumahtangga bukan untuk jadi tatapan umum... hurmmm... kalau melibatkan orang lain di luar  dari lingkungan kami berdua tu mungkin ado... bha ha ha.... tu pun tak elok jugak kalau ikut2kan... tapi kalau dah melampau sangat bila kita dok diam... dipijak2nya maruah, kepala dan sesuka hati fitnah kita... siapa pun akan melantun ye tak??? (ini kes, tak tau cerita sebenar, main tuduh2 lepas tu melantun sendiri sebab hati sendiri yang sakit dengan kesan perbuatan sendiri... ok fullstop tak minat nak cerita pasal ni...selit sikit jer).

Kalau2 ada tu, eloklah kita sama2 memadam (delete) mana yang perlu kot kot kalau2 dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan akal yang wajar.

*Ada lunch appointment today dengan seseorang... jeng jeng jeng... yang lelaki selamat menunaikan Solat Jumaat yer... *_^

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Friday Thoughts: Mengaibkan Suami/Isteri Di Laman Sosial, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Friday, April 11, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

26 comments:

  1. salam... ada sesetengah tu xde niat pun nak mengata pasangan mereka, tetapi dah terbuat luahan hati yang membolehkan orang menghidu ada sesuatu yang tak kena dengan rumahtangga dia... nasib nasib... so, berhati2 menaip status.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul setiap masa kita harus berhati2 jangan ikut sedap emosi atau sedap tekak ajer.... kekononnya sebagai pelepas tekanan perasaan...but it is not so smart of them by doing that... bukan boleh selesai masalah pun...

      Delete
  2. Replies
    1. thanks for agreeing dik an... dah sihat dah?

      Delete
  3. pernah baca sorang mak cik ni punya post.. ecah pun pelik la pehal citer pasal rumah tngga dia kt fb. tpi tu lah, maybe aunty tu xdpt pncerahan lgi pasl bnda ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. makanya apa kata kita cuba bagi pencerahan sikit tentang hal ni pada aunty tu? hik hik hik...

      Delete
  4. hal2 mengaitkan rumahtangga memang tak perlu nak dedahkan dalam social media. tak sesuai. kadang2 benda kecik pun boleh jadi besar. itu belum lagi campur tangan pihak luar

    ReplyDelete
    Replies
    1. maybe orang tu nak campur tangan orang luar kot? so dia jadi macam powerful sebab ramai yang mengiakan dan menyokong...tapi sebaliknya bukan lebih bertambah baik, kadang2 boleh buat diri sendiri terperangkap dengan emosi sendiri lagi ada.... hu hu hu.... think twice or thrice before posting kannn???

      Delete
  5. sepatutnya mmg tidak elok luah dalam fb kerana kdg2 orang boleh ambik kesempatan. Maksudnya disini adalah orang dah tau hbgn suami isteri itu bermasaalah jadi ini kesempatan untuk org yang berhasad dengki memcucuk pasangan itu agar lagi bergaduh dan salah faham.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2 sebenarnya bila kita dedahkan kepada umum walau sekelumit pun itu akan mengundang risiko kepada perhubungan kita dalam rumah tangga...orang busuk hati ni ramai...kadang2 perbuatan dan sikap memang busuk hati, tapi tak mengaku, pura2 acting baik, lepas tu.... tuduh orang lain yang busuk hati...adoiii...pengsan kalau deal dengan orang macam ni...

      Delete
  6. kadang kadang mungkin ada yang terlepas pandang bab ni kan.. minta dielakkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga kita dilindungi dan dielakkan... terlepas pandang, atau buat2 terlepas pandang semua pun boleh ros...

      Delete
  7. hemm.. entri yang sangat baik ni Farah.. thanx for sharing.. sama2 bermuhasabah diri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. my pleasure dear, betul tu sama2 kita muhasabah diri....

      Delete
  8. sapa la yang duk memalukan suami dalam media sosial tuh...kalau la si suami tau kan...eee...nauzubillah...sib baik akak xde suami...hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalahnya kita isteri2 ni jangan ingat suami kita tak tau, kadang2 suami kita tau... dia buat2 tak tau...details a to z suami kita tau.... setiap bait perkataan suami kita tau... suami2 pun bijak jugak nak detect isteri2... ha ha ha.... sebab tu dipanggil ketua keluarga dan khalifah yang memimpin keluarga... so, jangan nak tanjat2 sangatlah kalau suami tau a to z kannn??? macam iolss, iolss memang no secret jer... apa iolss buat semua iolss tunjuk dan inform... bha ha ha...so lepas tu tak ada dah soklan2 maut untuk iolss...

      Delete
  9. benda yg paling takut.. lg berisiko kite2 yg online 24jam ni. syok2 bercerita, tetibe terselit hal rumahtangga yg tak best... minta dijauhkan... kan kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul benda yang paling ditakuti.... semoga kita sama2 dijauhkan...

      Delete
  10. Tiada lagi update psl diri sndiri dan klrga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak masih update but limited edition maria...yang mana2 perkataan yang boleh mengaibkan tu diperhalusi dan dibuang... supaya tak terjebak...

      Delete
  11. Bagus entri ni farah sebagai peringatan..yalah kadang-kadang tu apa yang diupdate memang tak sesuai rasanya..si pembaca pun dapat saham sekali..join visually...

    ReplyDelete
  12. setuju kak..bukan setakat rumah tangga dan hubungan suami isteri, tapi hal berkaitan keluarga, adik-beradik pun tak perlulah diceritakan di laman sosial.

    ReplyDelete
  13. apa yang kita sharekan di FB pastikan tidak melibatkan pasangan kita. Hatta kita tulis 'hint' pun orang dah boleh agak ada masalah, nanti timbul fitnah. Sebaiknya jangan mengadu di FB tapi mengadulah pada Allah di tikar sejadah. Itu lebih afdal. Wallahualam.

    ReplyDelete
  14. setel sendiri jer.....tapi ada orang suka up kat fb atau media sosial lain.......

    ReplyDelete
  15. tu lah kene baerhati2 di dalam penulisan...sekarang semua hanta di hujung jari je.tak elok orang nampak kan..kalau share cite2 gembira dengan famly tak pe jugak kan...

    ReplyDelete
  16. betol tu farah..cik akak paling tak suka tengok status cam tu...
    hal rumah tangga...bia lah depa je tahu kan...
    tak payah nak heboh atau canang kat laman sosial bagai

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia