Home » , , , , » Berlaku ADIL...

Berlaku ADIL...

Source Extracted from Google
Lanjutan daripada entri WW#6: Tanggungjawab Bersama semalam... Iolss tertarik dengan satu komen yang diterima dari seorang kenalan baru di alam maya iaitu Faizah Muhammad yang berbunyi... 

"banyak cabaran suami/isteri sekarang. ADIL pun banyak makna...bukan poligami je tp adil bagikan masa kerja-rumah-anak-isteri/suami, suami pakai baju lawa isteri pun patut dapat sama...hehe...lagi satu skang semua pakai smart phone...ADIL-lah bagikan masa antara tengok muka anak-isteri/suami dengan tengok HP!:p"

Cute jer komen beliau... dan ni nak cerita sikit pasal komen ni... hik hik hik, kira2 mengupas-lah kannn... memang betul, ADIL tu bukan sekadar poligami jer... kita go step by step yer... 

ADIL DALAM POLIGAMI
Kita ambil point penting saja dari SINI yang lain uolss boleh baca sendiri di pautan yer... 

Keadilan adalah satu perkara yang amat di-monitor oleh orang perempuan yang bermadu. Ahaksss...jangan marah ek uolss...I know, orang perempuan ni bila mention pasal madu ni, akan physcho semacam. Tak semua open boleh terima. Lagi2 kalau dapat madu yang physcho...perghhh.... Kalau suami tidak adil pada nilaian isteri, bergoncanglah rumahtangga. 

Adil dalam poligami ni luas sudutnya... makanan, pakaian, tempat tinggal, kasih sayang, giliran dan macam2 lagi life aspect. Keadilan diukur mengikut timbangan neraca syariat.Keadilan lahiriah namanya.

Isteri2 yang dah biasa hidup senang atau bergantung jer dengan suami 100%, tak reti nak survive sendiri, eloklah belajar2 membiasakan diri bersikap memadai dengan apa yang ada. Amat digalakkan jika isteri ikut kemampuan suami di sudut keperluan hidup. Sewaktu Sayidina Ali keluar berjuang, Siti Fatimah sendiri yang berusaha menguruskan kehidupan seharian sedangkan Sayidina Ali berbulan2 lamanya baru pulang. Jadikanlah anak Rasulullah ini sebagai modal pendorong untuk kita harungi kehidupan yang ala kadar atau memadai dengan apa yang disediakan suami. 

Keadilan dalam perkara2 batin yang meliputi pendidikan agama, kasih sayang dan kepuasan seksual.

Seorang suami tidak harus meletakkan tanggungjawab semata2 di bahu isteri2 dan begitu juga sebaliknya ek?

Keadilan dalam giliran, suami hendaklah berlaku adil dalam memberi giliran yang sama di antara isteri2nya. Tapi ada jugak tau isteri yang chill tak kisah pun walau senget sebelah. Mostly merentan lah...seboleh2 dia sorang jer nak, tu tamak namanya tu. Pandai2lah menilai diri yer? Kalau para isteri faham tentang hakikat ini, bukan mengikut bisikan syaitan, tidak timbul pergeseran dalam rumahtangga. Suami pun tak poning. Bukan saja masing2 mendapat keuntungan di akhirat, di dunia lagi sudah terasa indahnya rumahtangga secara poligami. Tetapi hakikat ini hendaklah diterima dengan penuh BERIMAN kepada Allah serta FIKIRAN YANG WARAS. Bukan tolak ketentuan dan perjalanan yang Allah dah tetapkan ek??? Jangan cakap lain, buat lain udah ler...

Kasih sayang suami terhadap isteri itu berbeza2 berdasarkan watak dan peranan masing2. Memang sesetengah suami tidak melahirkan kasih sayang dalam bentuk yang ketara. Kitalah yang perlu pintar, cerdik dalam menilai dan membaca hati suami. Barulah indah rumahtangga secara poligami. Kalau setiap isteri pandai meletakkan diri, disitulah kasih sayang dan timbang rasa suami, tetapi kalau isteri tidak faham hal ini dan tidak pandai membaca hati suami dok sibuk pentingkan diri sendiri dan perasaan serta emosi sendiri jer... rasa2 macam suami benci, tak sayang dan beralih arah, diketepikan so on and so forth...kepada diri dia... SEDANGKAN SEBENARNYA SETIAP ISTERI SENTIASA DI HATI SUAMI.... Quote contoh... "ABANG SAYANG ISTERI2 ABANG...DUA2 ABANG SAYANG..."... So sendiri mau ingatlah kann??? 

Keadilan dalam poligami tidak boleh ditimbang berdasarkan satu aspek sahaja. Hingga kerana itu, isteri2 sering menyalahkan suami kerana tidak adil. Dalam pada itu, para suami pula jangan ambil ringan bab keadilan di kalangan isteri2 ni. Suami yang beriman tidak akan cuai terhadap tanggungjawab, ia sentiasa takut akan seksaan dan amaran Allah SWT:

"Lelaki2 yang hanya cenderung kepada seorang isterinya, Allah akan bangkitkan ia dengan keadaan yang SENGET ATAU CONDONG sebelah" 

Tak susah sebenarnya nak hidup berpoligami, kalau 2-2 pihak faham tanggungjawab masing2. Suami mesti faham tanggungjawabnya, sebab suami ketua keluarga, macam tu jugak isteri2 kenalah faham tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Ada faham???

Dah tutup part adil dalam poligami, kang ada yang merentan terus putus urat kang.... 

ADIL DALAM KELUARGA
Tidak kira suami ataupun isteri, weolls mestilah sentiasa bersikap adil dengan semua orang agar rumah tangga aman dan damai sepanjang masa. Walau bagaimanapun, weolls perlulah memahami tentang konsep adil itu sendiri  dalam melaksanakannya. 

Kewajipan suami
  • Suami ialah ketua keluarga. Oleh itu, suami mestilah menjaga keluarga sebaiknya. Seorang suami mestilah mengawal, membimbing, mencari nafkah, menjaga keselamatan seisi keluarga, dan banyak lagi.
  • Selain menyediakan segala kelengkapan material untuk keluarga, suami juga perlu memastikan jiwa setiap ahli keluarga diisi dengan didikan agama secukupnya. Ketahuilah bahawa didikan agama sangat penting. Oleh itu, sekiranya suami tidak mampu mengajar sendiri, maka carilah orang yang berkelayakan untuk mengajar isteri, anak-anak dan diri sendiri.
  • Dalam hal mendidik ahli keluarga, suami perlulah menggunakan konsep menjadi contoh terbaik, belas kasihan dan berakhlak mulia.
Kewajipan isteri
  • Setiap isteri perlu taat pada suaminya. Segala tindakan tidak boleh membelakangkan suaminya.
  • Isteri juga perlu menjaga kehormatan diri dan nama baik suami ketika keluar rumah.
  • Isteri mestilah sentiasa kemas dan kelihatan menarik di hadapan suaminya dan mampu membahagiakan suami zahir dan batin.
SUMBER: SINI

Yang part Faizah mentioned tu pun ada betulnya... tentang kerja rumah dan juga smart phone tu...hik hik hik... janganlah asyik isteri jer buat kerja rumah tetapi suami tak nak membantu kalau ada masa terluang kannn??? dan janganlah memasing sibuk dengan smart phone sampai rumah tangga terabai....

*Kalau2 ada yang merentan, meroyan, terasa hati, emosi dan terguris hati dengan entri ni...ya ampunnn... iolss just mengulas jer... selebihnya terpulang pada individu kerana hanya Allah dan setiap individu yang tahu serta menyaksikan apa yang terjadi dalam kehidupan mereka kannn??? 

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Berlaku ADIL..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, April 17, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

25 comments:

  1. ohoiiii topic panas la plak..cuaca x panas pun...tp ada ke yang nak faham kalau hati dah busuk sgt?ada ke yang redha...eh...malas plak akak nak ulas panjang lebar dik sebab akak dah tau jawapan eh...tepuk dada tanya hati la...kita up macam2 pun tp kalau dah batu tu...batu jugak la...simbah asid kat batu pun x cair kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak kisahlah kak, sebab dah memang kita faham dia batu... tapi cuba jangan sentuh, cuit atau bercakap serta menyindir orang? boleh tak? dunia tak tenang ke kalau tak sentuh...or admire so much sampaikan jadi macam tu?

      Delete
  2. Betul tu kak... Adil ni sifat Allah, kna mohon spya kita berlaku adil dlm segenap perkara... Ssh nk berlaku adil... Cnth antara kita dgn suami dan anak pun kna berlaku adil... X blh abaikan suami sbb dh de anak... Kna pndai2 lah... Yg penting klu x tahu cari ilmu... Rumah tgga ni luas konsepnya..kna sentiasa dlmi ilmu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, ilmu rumahtangga tak statik di situ jer... kita belajar dari kehidupan dan bukan dari pembelajaran formal betul tak maria, kita yang kena faham dan kaji sendiri...

      Delete
  3. Sebab 2 org kata adik & tgjwb 2 bnd yang susah walau perkataan nya pendek je. itu dikira amanah. dan bnd yang paling berat kat dunia ni adalah amanah. renung2 kan..nice share kak farah

    ReplyDelete
  4. kena adil dan saksama..itu yang penting kan..baru bahagia kedua rumahtangga.insyallah

    ReplyDelete
  5. suka entri nie.. menarik kupasannya.. adil itu di tuntun dlm islam.. moga kita adil dlm setiap pekara yg kita lakukan

    ReplyDelete
  6. berlakulah adil walau macamana susah pun. kalau bab poligami, kalau xnak berlaku adil xyah kawen, kesian isteri² yang xdpt ape yang sepatutnya.. dan isteri² jugak janganlah terlalu mendesak itu ini pulak dek kerana sikap dengki kan..Apapun setiap individu kena berlaku adil dalam segala hal walaupun tidak ada poligami dari segi kerja, kewangan, pakaian dan sebagainya lah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi fiza yang akak perhatilah kan, dalam poligami ni kalau tak si polan ni dengki si polan ni pulak dengki, bha ha ha, kadang2 yang sorang duduk diam jer... lagi sorang pulak merentan tak tentu hala macam urat kat kepala dah putus...kesian betol bila tengok keadaan macam ni...

      Delete
  7. Definasi adil kena renung dan perhalusi betul-betul. Bukan mudah utk mencapai kalau hanya lahir dibibir tapi tidak masuk ke dalam hati dan perlakuan sebenar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. perkataan harus disertakan dengan perbuatan kan kak?

      Delete
  8. salam. perkongsian yang bermanfaat , boleh dijadikan panduan dan rujukan untuk semua :)

    ReplyDelete
  9. bukan senang mhu buat berlaku adil. Kalau nak berpoligami kena fikir baik2 sebab para suami akan d tanya di kemudian hari olehNya jika x jujur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul semuanya terletak di bahu suami, jadi isteri kalau sayang suami janganlah buat suami sampai bangkit dengan keadaan senget sebelah di sana nanti... hu hu hu...

      Delete
  10. info berguna.. tapi part poligami ni tak ramai yang boleh berlaku adil dan tak semua isteri sanggup.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul memang betul... tang tak semua isteri sanggup tu... banyak definisinya... yelah berbagi kasih kannn???

      Delete
  11. poligami isu yang mudah buat orang perermpuan melenting..apa pun isi entri ni saya suka..adil di dalam bekerlauga sangat penting

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu adil dalam berkeluarga sangat penting...

      Delete
  12. Replies
    1. memang berat kalau dah dinamakan tanggungjawab...

      Delete
  13. Betul tu..Adil datang dan disertai dengan tanggungjawab..kalau dalam diri penuh rasa tanggungjawab,InsyaALLAH keadilan akan wujud..InsyaALLAH..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia