Home » , , , , , , » Ber- Beef Teppanyaki Lah Iolss Malam Semalam....

Ber- Beef Teppanyaki Lah Iolss Malam Semalam....

Ini kes craving tahap heavy metal secara tiba2 malam semalam oleh iolss... Bha ha ha... Punya lama gila tak makan Teppanyaki, tetiba malam semalam kepingin yang amatttt... Dushhh.... Boleh balik kerja hujan2 terfikir nak makan Teppanyaki??? Tekak Jepun lah pulak... 

Nak ke Sunway jalan congested gila, nanti lewat pulak sampai rumah. Nak ke OU lagilah jauh destinasi, nak ke Mid Valley... tak dapeklah... Iolss tak nak lambat sampai rumah ok??? Kesian Ash.. sebab dia dah set clock dia sendiri... Asal Maghrib jer dia dah mula pandang ke pintu dan gelisah.. Kesian anak mummy... Memikirkan Ash mummy tahan tekak jer lah. 

Sampai2 rumah, Google recipe... jeng jeng jeng... Check dalam peti ais... Yess daging ada lagi. Hurmm... kuali leper roti jala mama jadi mangsa... Bha ha ha... 

Siapkan semua bahan2 maka mengeksperimentasilah kita untuk buat homecook beef teppanyaki... Craving punya pasal kannn??? Sambil masak, sambil agah Ash dalam stroller... Phewww... nasib baik behave tak nangis uolss... Ambik gambar pun sambil2 ... Yelah, nak kejar masa, nak kejar anak... nak kemas rumah lagi, nak lipat baju lagi... ekekekeke... Banyak betul kerja... 

1st trial not bad... Ahaksss... ini tekak iolss lah tekak uolss iolss tak taulah kann??? Tapi seriously, resipi Beef Teppanyaki ni tak adalah sesusah mana pun uolss sebenarnya... 

BAHAN
Daging lembu (hiris ikut ketebalan yang senang masak)
Taugeh
Carrot
Daun bawang
Daun parsley
1 sudu makan kicap soya 
1 sudu teh serbuk lada putih 
2 biji bawang putih (hiris halus2)
2 sudu makan butter
Garam secukup rasa 

PREPARATION
1.  Masukkan ke dalam satu mangkuk bahan seperti daging, garam secukup rasa, kicap soya, serbuk lada putih, minyak masak sikit... gaul sampai sebati dan perap sekejap. 

2. Masukkan atau letakkan 2 sudu makan minyak masak atas kuali leper dan lepas tu goreng bawang putih yang dah dihiris nipis sampai garing. Garing jer tau jangan sampai hangus rentung pulak. 

3. Lepas dah goreng bawang putih tadi letakkan kat tepi kuali leper. Ihikss kekonon fe-feeling macam chef kat restaurant teppanyaki lah ni uolss. Lepas tu masak a.k.a. goreng daging yang telah diperap tadi. Kacau sehingga masak rata kesemuanya. Gaul gaul gaul. Agak2 dah masak, letakkan butter dan juga bawang putih yang dah digoreng tadi. Gaul sekali semua atas kuali leper tu, sampailah rata. Angkat dan letak tepi. 

4. Dah settle part daging, masak sayur taugeh dan carrot pulak. Gunakan kuali leper tadi jugak. Letakkan 1 atau 1 1/2 sudu makan minyak masak ataupun boleh jugak nak pakai butter... Letak taugeh, gaul atas pan, letak hirisan carrot, gaul dengan taugeh tadi, pas tu letakkan daun parsley dan daun bawang. Letak garam bagi tak tawar na, tapi janganlah sampai masin sangat. Gaul rata sampai masak. Angkat. 

5. Last sekali dah siap masak, apo laie time for dine. Ooops lupa plak, masaklah nasi siap2. Pas tu layanlah makan Beef Teppanyaki sendiri masak. Ahaksss. 

Melopong Ash tengok mummy masak Teppanyaki... Agaknya dalam hati dia, apalah mummy ni kelam kabut sangat ni. Ha ha ha. Jadilah pelepas tekak. Rugi Ash tak boleh makan lagi. Kalau tak mesti seronok makan dengan dia. 

Macam best-lah pulak kannn??? Ini boleh dijadikan menu segera or masakan time kesuntukkan masa ni. Hew hew hew... 

*Tapi still nak jugak melawat Mr.Teppanyaki... sebab masak sendiri tak ada Gyoza... Tak ada sup... he he he... One of my favourite adalah Gyoza... Rindunyaaaaa nak makan Gyoza... Ok... kena arrange masa ni... Gyoza? Might be ada yang tau dan ada yang tak tau... In Shaa Allah, nanti iolss share apa itu Gyoza... Teppanyaki ok, boleh jalan dengan tekak iolss... Tapi segala bagai sushi or Korean food memang payah nak lalu... Lebih2 lagi sushi uolss... memang iolss tak dapat nak terima... Hu hu hu... 

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Ber- Beef Teppanyaki Lah Iolss Malam Semalam...., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, April 22, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

34 comments:

  1. wow sedapnya sis..nak hihihi..mudah plak kan nak sediakan janji cukup bahan :D

    ReplyDelete
  2. wahhh laparlah pulak bila baca part2 makan ni.. aduhhh...nak cuba jgak resepi ni.. thanks tau...

    ReplyDelete
  3. jom dik...amcorp mall ada tepanyaki x...hahahahaha....

    ReplyDelete
  4. peminta makan nippon yek...akak pun suka sushi dan tempura

    ReplyDelete
  5. nyum nyummmm, rajin mummy masak :)

    ReplyDelete
  6. senang kan buat dia, simple but nice...

    ReplyDelete
  7. sedap nye.. alise dahlah suka makan daging.. bookmarks dah resipi ni.. t bole try

    ReplyDelete
  8. farah nampak sedap lah..mcm nak try jer

    ReplyDelete
  9. goreng ata kuali leper... macam buat burger tu ker? lepas tu ni makan dengan nasi ker ratah gitu jer? hahahaha... tak biasa kat teppanyaki ...gayat sikit... tapi nampak gaya macam sedap jer tu... especially ada taugeh semua tu.. my feveret... :D

    ReplyDelete
  10. nak... nak... sedapnye... boleh copy resipi nie ...

    ReplyDelete
  11. hamboiiii..lebih dari orang ngidam ni..haha..

    ReplyDelete
  12. menarik juga resepi ni farah..rajin!

    ReplyDelete
  13. wah macam sedap je...nak try lah nnti hehe...

    ReplyDelete
  14. amboi farah... selera jepun lah pulak... akak Alycia tak suka sgt, hasben yg suka... bole try ni mcm senang kan ;)

    ReplyDelete
  15. tu dia..
    bila supermama buat keje..
    hahaha..
    no hal punya.

    ReplyDelete
  16. supermom sungguh ni kak..
    cam gitu buat pon dah nampak sedap..
    at least tak runsing pikir ash kat umah..
    dah jadik mak2 memang kena pikir 2,3 kali nak keluar..zee pon kalo abis waktu keje memang cepat2 nak balik umah..tak singgah dah mana2..

    ReplyDelete
  17. Hoho..demi anak..sanggup jadi chef resepi teppanyaki..kan?kiki

    ReplyDelete
  18. Argghhh ... Tension tgk gmbr mknn... Lapar terus... Zazzz

    ReplyDelete
  19. memang lapar tengok menu nie....

    ReplyDelete
  20. laaa,baru nak diet ni -.- hahaha

    ReplyDelete
  21. waaa, teppanyaki in the house... simple je pun bahan2nya... leh try nanti...
    Melopong Ash tgk mummynya buat keje kat dapur tu... haha

    ReplyDelete
  22. sedapnya :)
    sy suka tapi encik suami kureng

    ReplyDelete
  23. senang je buat kan! kita g tepanyaki g byr mahal2.hahaha

    ReplyDelete
  24. xpernah makan tepayaki ni
    nti nak try lah

    ReplyDelete
  25. ckp dgn Ash, wifey dia belum reti masak teppanyaki! hahaha...mohon tukar selera kepada Korea! sekali dgn MIL ye! :D

    ReplyDelete
  26. hehehe..masa kawan kte ajak makan tepanyaki aritu, kte rase macam eh macam nak buat sendiri je kat rumah..huhu

    ReplyDelete
  27. Sedapnya..tapi fiza tak makan daging sangat pulak :(

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia