Home » , , , , , , , , , , » Bayi: Belajar Berenang???

Bayi: Belajar Berenang???

Source Extracted from Google
Ash... Muahahaha....Ash lagi...Jemu uols ye tak??? Nak buat macam mana, nak cerita pasal parenting tapi terkena mengena pulak dengan Ash... makanya kita selit jer lah... Oopss, kadang2 iolss jadi confuse ni blog mummy ke blog Ash??? Blog Ash??? Dah ada tapi under construction lagi uolss, and tak plan pun iolss nak release sekarang... Hik hik hik... (Melampau betul mummy, baru 5 bulan usia Ash dah siap2 buatkan blog... mentang2 mummy blogger lepas tu drag anak sekali jadi blogger... :P... Apa2 pun kita tengok jer lah sok2 kot2 dia minat ke tak minat ke jadi blogger... )...

Sambung balik mukadimah Ash yang tak habis tadi disebabkan selingan mukadimah... Ash kalau dapat air bukan main suka dan galak dia. Kalau mandikan dia, terkitai2 kaki kat dalam basin dia tu...Fe-feeling swimming-lah tu... Dushh...pengsannn.... So, since dah 5 months ni, (macam2 berlegar kann kat dalam kepala mummy ni....itulah inilah)... Terfikir nak ajar Ash swimming giteww... Oklah tu kot??? Mummy dia tak pandai swimming at all... Anak pandai swimming.. Sok2 kalau mummy lemas kat tengah lautan or swimming pool ke, bolehlah Ash jadi lifeguard selamatkan mummy. 

So??? Usia yang paling sesuai untuk ajar baby berenang ni bila??? Dari pembacaan di SINI dikatakan usia yang paling bersesuaian adalah semasa baby berusia 6 BULAN. Why iolss is thinking of swimming??? Sebabnya... banyak benefit kepada baby such as ianya membolehkan pemikiran serta tumbesaran mereka lebih cepat daripada usia sebenar, mengajar baby berenan akan menjadikan baby lebih matang daripada usia mereka kerana dah pandai berdikari apabila berada di air mahupun di persekitaran lain. Bukan masa baby jer benefit swimming ni, tapi long-term jugak... 

Di antara manfaat swimming kepada baby yang iolss baca di SINI

Berenang dapat meningkatkan kemampuan fungsi jantung dan paru2 bayi apabila bayi sudah biasa dengan keadaan sejuk dan banyak bergerak. Gerakan tangan dan kaki mendorong bayi menjadi lebih kuat serta menjadikan aliran darah ke jantung lancar. Berenang juga dikategorikan sebagai latihan aerobik di dalam air.

Melatih Pernafasan
Sesiapa yang mempunyai penyakit asma sangat digalakkan melakukan aktiviti ini kerana ia meningkatkan sistem kardiovaskular dan pernafasan. Pernafasan menjadi lebih lancar dan panjang kerana terbiasa menahan nafas di dalam air.

Membentuk Otot
Ketika berenang, keseluruhan otot pada tubuh dariapa kepala, leher, dada, perut, punggung, pinggang dan kaki akan bergerak. Ketika bergerak di dalam air, tubuh mengeluarkan tenaga yang lebih besar kerana perlu 'melawan' air yang mampu menguatkan dan melenturkan otot tubuh.

Membakar Kalori
Ketika berenang, tubuh terasa lebih berat bergerak di dalam air. Tenaga yang diperlukan menjadi lebih tinggi sehingga dapat membakar lemak sekitar 24%. Ini sekaligus membantu mengelakkan bayi mengalami masalah obesiti.

Keselamatan Diri Ketika Di Dalam Air
Berenang membuatkan bayi rasa lebih selamat ketika berada di dalam air. Parents pun tak rasa bimbang if anak weolls berada di dalam air sebab baby yang dah biasa berenang ni boleh berdikari dan mengawal keadaan. Selain bermanfaat kepada diri sendiri, theyolls pun akan datang boleh tolong orang di sekeliling ketika berada dalam situasi kecemasan. Macam iolss inform sebelum ni, Ash tolong selamatkan mummy kalau mummy lemas...Ahaksss...

Menghilangkan Tekanan
Secara psikologi, berenang dapat membuatkan ahti dan fikiran lebih tenang kerana gerakan yang dilakukan secara santai dan perlahan. Ia mampu meningkatkan hormon endorfin yang membuatkan weollss menjadi lebih ceria dan tenang.

Kalau yang dari artikel pertama yang iolss baca tu, mengatakan usia paling sesuai nak ajar baby berenang adalah pada usia 6 bulan... tapi uolsss, sebenarnya sejak lahir baby dah boleh diajar berenang sebab 9 bulan ada dalam perut mummy, baby dah terbiasa dengan air (ketuban). Memasuki usia 4 bulan, baby dah ada tindak balas menyelam. Ertinya, jika baby menyelam, dia tahu macam mana cara nak elakkan daripada tertelan air. Maka, sebenarnya sangat digalakkan mengajar anak berenang pada usia ini. Uikss... Ash nak menyelam ker??? Jangan cuba2...mummy tak berani... 

Tapi, sebaik meningkat usia dan otaknya berkembang, tindak balas itu hilang sendiri. So, baby mesti belajar lagi teknik menahan nafas di dalam air. 

Tips Ajar Baby Berenang???
  1. Pastikan mood uolss dalam keadaan tenang supaya bersabar dengan kerenah baby tatkala masuk ke dalam kolam renang. Uollss juga perlu sentiasa dekat dengan theyolls supaya anak confident berada di dalam air.
  2. Sebagai langkah awal, ajak baby bermain terlebih dahulu di tepi kolam sebelum mengajaknya masuk lebih dalam. Sentiasa wujudkan suasana gembira so that dia tak takut.
  3. If confident level dah meningkat, cuba pergerakan yang lebih susah.
  4. Of course lah, kena mulakan dengan kolam yang tidak terlalu dalam. Uolss boleh berdiri di satu tempat dan mintak baby berenang ke arah uolss. Lakukan proses ini beberapa kali, tanpa disedari baby dah boleh berulang alik di dalam kolam.
  5. Kemahiran mengapung badan dalam air adalah kemampuan secara semulajadi. Sekiranya anak tak boleh lagi mengapungkan badan, jangan marah sebaliknya terus mengajar anak berlatih teknik tersebut. If dia panic, berikan pertolongan dan galakan. 
  6. If anak dah boleh berenang tanpa weolls perlu memegang tangannya, lepaskan perlahan2 dan biarkan dia berenang sendiri. Tapi kena sentiasa terus dekat dengan anak.
Kredit: SINI

Honestly, kalau tanya iolss... huwaaa, mummy tak berani nak buat semua ni takut anak iolss lemas uolss...bha ha ha... tapi sebabkan nak ajar jugak dia berenang kann??? In Shaa Allah, will try to get swimming classes for him dan minta professional instructor atau guru renang yang bertauliah dalam melatih baby and kids untuk bantu mummy.... Ekekekekeke... habih cam no??? Mummy pun tak pandai berenang.... tapi nak anak pandai berenang... Tak punnn, payah2 sangat suruh jer Abah Ash ajar dia berenang... Bha ha ha... Habis cerita...

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Bayi: Belajar Berenang???, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, April 30, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

55 comments:

  1. kena latih anak berenang jugak la nih..nak masuk 2 tahun dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom jom kita sama2 latih... he he he...

      Delete
  2. Replies
    1. itulah anum macam best jer... hu hu hu...

      Delete
  3. hehehe...ajar je dia kak...utk masa depan jugak..mana tau kot ganti Pandalela ke kan :P

    ReplyDelete
  4. apa2 perkara pun elok diajar anak dari kecil... berenang salah satunya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak, apa2 perkara memang elok kita pupuk dan ajar dari kecil...

      Delete
  5. Kena ajar awal2 kalau tidak jadi macam zumal sampai sekarang tak tahu berenang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mummy dia pun sama tak reti berenang...

      Delete
  6. bestnyer kan?ada juga nampak hari tu betty benafe masukkan anaknya dalam kelas renang..kelakar juga tengok baby tu..hehehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah betty banafe dah ajar anak dia berenang... menarik ni menarik...

      Delete
  7. kesenangan dya jugak masa besar nanti..:)

    husna sampai sekarang tak reti berenang..-..-

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. tu lah ayu, rasa macam menarik jer... he he he...

      Delete
  9. ok juga ni.. but kena fikir pro & cons lah fara ! hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak KA, dalam setiap perkara yang kita lakukan kena fikirkan pro and con...

      Delete
  10. Elok juga ajar berenang sekurang2nya dorg boleh berdikari.... lg pun budak2 mmg suka air..klu dah masuk tak mo dorg keluar...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang ni aku setuju mia, memang macam tu, bebudak kalau dapat air...lupa segala... bha ha ha...

      Delete
  11. salam. awal sangat kut kak..baby nak belajar berenang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau baca dari bahan2 bacaan, rasanya dah ok dah tu... hu hu hu...

      Delete
  12. wah untunglah ash mummynye buatkan blog...ada tgk gak video pasal baby ni belajar berenang....mmg hebat...byk advantage gak kat baby ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus sebenarnya ajar baby berenang ni...mummy buatkan blog, tapi dianya tak tau lah lagi nak ke tak jia...he he he...

      Delete
  13. Kak farah cayammm... akk kita ni semakin aktif berblog.. terus akk :)
    touching sgt2 akk rindui nyue..ehehe.. rindu akk jugak..ummuahhhh...
    nyue sihat walafiat akk sygg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah nyue sihat... memang aktif nyue...

      Delete
  14. baby ash pon dah ad blog.. woww... nty da release gthu..nyue nk baca hehehehe... lps nie baby ash pon da bleh la blajar berenang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti akak bagitau yer bila dah release...he he he...

      Delete
  15. Kalau kita, mesti takut punyalah...kalau orang putih tu selamba jer dicampaknya baby tu dalam kolam utk belajar berenang. Baby kita dengan baby orang putih ni apa bezanye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya tak ada beza dari segi keupayaan...tapi beza sunat ngan tak sunat jer kot...he he he...

      Delete
  16. hehe awal lagi tu sis..tpi tak apala utk persediaan kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bersedia dari awal katanya lya... he he he...

      Delete
  17. tak kompiden nak lepas anak kecik berenang.. tambah pulak mak bapaknye pun tak pandai berenang.. haha...tapi bagus sebenarkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita, tapi memang bagus sebenarnya... hu hu hu...

      Delete
  18. pernah try selamkan kat baby zayyan masa umur dia 6 bulan kalau x silap. alhamdulillah, mmg xde ape2..dia sendiri yg kawal pernafasan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah ni kena menuntut dengan you ni babe...he he he...

      Delete
  19. ekceli omputih lg tahu pasal mende ni
    kita2 je malas sbb ketakutan anak lemas kot
    nti nak try lah bg baby k.el tu berenang2 tgk caner ok ke x..tp ibu mn x risau anak dia dok dlm air..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. cop soklan tak berjawab lagi, baby kak el dah keluar ke belum ni sebenarnya...muahahahaha...

      Delete
  20. ajar anak swimming, akk serahkan pada mr hasben..hhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. he he he, mr.asbenlah yang memegang dan memikul amanah dan tanggungjawab itu ye tak?

      Delete
  21. budak kecik pandai bab berenang dik...akak memang x pandai la..tp dania sangat expert..x pernah pun masuk kelas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah bagus tu dania sangat expert boleh ajar adik dia kat sini ni...he he he...

      Delete
  22. haritu pun ada niat nak lepaskan je nourah dlm swimming pool. tp, kakak tak kasi sebab dia kata kalau nak lepaskan, waktu dia lepas2 lahir tu boleh. bila dah masuk 4 or 5 bulan tu, baby tu dah lupa. tak boleh lepaskan je. mcm apa yg farah tulis tu la. kite pun mmg nk ajar nourah berenang gak sbb mak dgn pak nourah reti berenang. lgpun salah satu sunnah kan berenang ni. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hu hu hu, phobia dan trauma takut anak lemas tu tetap ada NS...

      Delete
  23. bagus ajar bayi berenang ni tapi mmg kena ade instructor lah kan baru selamat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu fiza, safety first... giteww...

      Delete
  24. Replies
    1. kita jer yang nak kena explore betul tak maria?

      Delete
  25. rumah CN takde pool, kiter orang kampung jer..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak apa CN, kita boleh pergi pool kat hotel...he he he...

      Delete
  26. tak pernah lagi ajar anak berenang...

    ReplyDelete
  27. Bagus tau berenang nikan, tapi kalau Ash nak berenang OKje rasa biarlah mummynya yg belajar dulu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mummynya yang belajar tak tau bila lah tu.. bha ha ha...

      Delete
  28. Niat di hati nak ajar baby berenang seawal usia....inshaAllah

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia