Home » , , , » Tips 1 Minit Untuk Beli Barang Dapur Segar!!!

Tips 1 Minit Untuk Beli Barang Dapur Segar!!!

Source Extracted from Google
Biasalah weekend kannn??? Teringat pada perkara2 persekitaran ajer... hik hik hik... salah satunya tentang barang dapur... Wifey2 and mummy2 memang macam nilah salah satu rutin kann??? Macam iolss suka beli untuk stok seminggu so weekday tak adalah terkejar2 nak membeli barang dapur, beli sekali harung dan bila nak guna, bila nak masak semua dah ada...tugasnya cuma kena reka menu dari barang2 yang dah dibelilah...bukan time tu nak masak time tu baru mencari... tapi kadang2 buat jugak, time tu nak masak time tu mencari...bila tekak ini teringin nak makan apa2... 

Terjumpa dan terbaca satu tips atau info menarik dari SINI and now nak kongsi juga dengan pembaca Bubblynotes... 

AYAM, DAGING DAN LAIN-LAIN
Terpulang sama ada uolss nak beli ayam segar di pasar atau pasar raya. Untuk mengetahui sama ada ayam di dalam keadaan baik adalah menerusi kulit. Ayam yang segar boleh dilihat berdasarkan kulit ayam yang lembab, isi berwarna merah jambu cerah dan bebas dari sebarang tanda luka seperti lebam. Jika uolss terhidu bau kurang menyenangkan, jangan beli! Bagi ayam yang siap dipotong, pastikan daging melekat di tulang ayam itu padat.
 
Bagi ikan pula, lihat warna pada insang. Ikan yang segar mempunyai insang yang berwarna merah terang. Mata ikan segar juga kelihatan terang seakan-akan bercahaya. Elak membeli ikan yang matanya gelap dan tenggelam. Untuk memastikan isi segar, tekan ikan dan lihat isinya akan menganjal kembali ke bentuk asal. Jika tidak, ia mungkin ikan yang lama.
 
Begitu juga jika uolss mahu membeli daging lembu, kambing mahupun makanan laut yang lain. Lihat bentuk, warna, bau, kebersihan dan keanjalan isi.  Jika semuanya baik, uolss boleh beli dengan selamat.
 
SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN
Ada yang gemar membeli sayur-sayuran dan buah-buahan dari pemborong sekaligus kerana harga yang murah, kuantiti banyak dan semestinya segar. Elak membeli sayur dan buah ketika petang atau malam kerana rata-rata sayur yang dijual di pasar raya sudah layu dan hilang khasiat.
 
Sebelum uolss nak membeli sayur, pastikan uolss tahu sayur apa yang uolss mahu dijadikan bekalan selama seminggu. Sebagai contoh, timun dan lobak merah merupakan antara sayur-sayuran yang tahan lama berbanding sayur berdaun. Untuk mengekalkan kesegaran sayur berdaun dan yang mempunyai akar seperti kangkung, bayam atau taugeh, uolss boleh rendam di dalam satu bekas. Uolss juga boleh menyimpan di dalam plastik yang kedap.
 
Bagi buah-buahan pula, terdapat perbezaan di antara buah yang dijual di pasar dan pasar raya. Jika uolss memilih untuk membeli buah di pasar pagi, biasanya penjual bersikap jujur dan tahu keadaan buah sama ada masak, terlebih masak atau masih mentah. Berbanding pasar raya, kebanyakan buah yang dipamer adalah setengah masak kerana buah yang dipetik adalah belum masak. Hal ini berlaku kerana supermarket mahu menjadikan buah-buahan sebagai stok.
 
SENARAI BARANG
Adalah disarankan uolss supaya menyediakan satu senarai barang-barang yang hendak dibeli mengikut kategori. Misalnya, satu bahagian untuk makanan basah dan masakan kering. Dengan cara ini, uolss tidak perlu berulang-alik untuk mencari rak barang yang diperlukan. Panduan terbaik untuk lebih menjimatkan adalah dengan menyimpan resit pembelian terdahulu. Uolss boleh melihat semula harga-harga barang dan uolss dah tau berapa perbelanjaan yang boleh dibelanjakan untuk hari ini.
 
Pesanan khidmat masyarakat, bijak berbelanja dan disiplin diri agar tidak ada barang yang tidak diperlukan di dalam troli weollss. He he he...selamat membeli belah!!!

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Tips 1 Minit Untuk Beli Barang Dapur Segar!!! , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Saturday, March 15, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

15 comments:

  1. Lama cuti shopping brg dapur... Semua diurus suami... Huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. baguslah macam tu... he he he... untung orang ada suami....

      Delete
  2. Replies
    1. itu memang selalu buat eraz... senang kan kalau dah buat list???

      Delete
    2. MBTW pergi shopping bawak list... lepas tu masa shopping tambah list whoahahaahaaha... ada yang terlupa katanya ehehehe

      Delete
  3. huhuhu.... baca tips ni je dah lebih dari 1 minit.... hehehe

    ReplyDelete
  4. tis yang bagus kak farah especially for a girl like me yang masih hmm kurang 'arif' bab grocery shopping untuk kitchen ne hahaha

    ReplyDelete
  5. Kita jarang shoppong 1 minit dear..mesti hours..he..he..Suka window shopping..

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam lebih kurang sama jer??? macam macam nak di tengoknya...

      Delete
  6. Hujung minggu mmg ke shopping mall spt mydin @ tesco...list dlm kepala jer ler...biasa beli lauk utk seminggu...

    ReplyDelete
  7. Dah dua hari mata merah dan berair... allergic apa tak tau... so hari ni, semua MBTW yang pergi shopping barang-barang... tau2 banyak betul dia beli hahahahaha... kalau selalunya pergi ngan dia, dia letak dalam troli, i letak balik kat rak...dia letak kat dalam troli, i angkat letak atas rak hahahaahaha... so tak banyak sangat barang yang tak perlu hahahaahha :D.
    Hari ni dia conquer!!!!

    ReplyDelete
  8. List of item tu mmg zara stuju.. mmudahkn kita nk mbli selain dr dapat mjimatkn masa dan wang.. hehe

    ReplyDelete
  9. memang perlu ade list..fiza pun seminggu sekali beli brg..siap plan menu untuk seminggu senang :)

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia