Home » , , , , , , , , » Tanda2 Demam Denggi???

Tanda2 Demam Denggi???

Source Extracted from Google
Dengan faktor cuaca, faktor jerebu, faktor catuan air, macam2 penyakit timbul sekarang ni...batuklah, selesemalah, demamlah... Pendek kata, memang senanglah nak muncul penyakit time2 macam ni... Hurmm... ini pun terlintas nak kongsi info dan publish entri disebabkan my suami.... He's not feeling well since last Saturday actually... demam and pattern demam dia memang on off on off... batuk..ok fine ini jangkit dari iolss.... but then semalam is the worst day for him, tak pernah tengok dia sampai macam tu sekali... 

Conversation suami dan isteri semalam sambil iolss rasa tahap kepanasan badan my suami... 

Myself: You think something wrong with you??? (skeaping ajer...wakakaka...memang kitaorang macam ni)...
Suami: Yeah, I think something wrong with me.
Myself: Let's go to the klinik. Anje hantar abang.
Suami: Anje nak hantar abang gi hospital ke??? Abang nak ambik referral letter from clinic first... Then only nak pergi... Nak pergi PPUM takut penuh and nak pergi Hospital Serdang...ermm, tengok macam mana dulu... 
Myself: Ok then, kita pergi klinik dulu and ambik referral letter. 

Tak pernah kot sepanjang kenal, bercinta dan kahwin tengok my suami macam nak tumbang bila berdiri kalau demam... But this time it's worst... Kitaorang risau kalau denggi... So, poyo2 isteri yang ni sibuk dok cari information just nak pastikan whether ada tanda2 tu atau tidak...

PENGENALAN
Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).

Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.Lebih 100 negara di Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika, Amerika Timur Mediterranean dan Pasifik Barat mengalami masalah denggi.

TANDA DAN GEJALA
  • Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke tiga (3) hingga ke empat belas (14) selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di antara 4 hingga 7 hari.
  • Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk/kuat, sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot dan sendi-sendi. Ruam merah di kulit juga boleh terjadi.
  • Demam ini boleh mencapai suhu 40 - 41 C, dan selalunya akan berlarutan selama 2 hingga 7 hari. Ia juga boleh menyebabkan serangan sawan dikalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot dan sendi-sendi. Demam denggi ini juga dikenali sebagai "breakbone fever".
  • Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya demam.
  • Muntah dan kurang selera makan.
PEMASTIAN DIAGNOSA PENYAKIT
Antibodi akan dikesan di dalam darah (Dengue IgM) (Antibodi yang dihasilkan oleh sistem pertahanan badan untuk melawan jangkitan).Ujian PCR (kaedah mengesan genetik virus) boleh mengesan virus denggi di dalam darah dan nyamuk boleh didapati di sesetengah makmal.
NSI antigen: Satu lagi test yang mengesan virus ini pada peringkat awal/demam.

RAWATAN
  • Segera berjumpa dengan doktor kerana tiada ubat yang khusus untuk merawat demam denggi.
  • Rehat dan banyakkan minum air masak. Ubat paracetamol boleh diambil untuk menurunkan demam dan mengurangkan kesakitan.
  • Elakkan ubat aspirin bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
  • Mandi jerlum.
  • Antibiotik tidak diperlukan.
DEMAM DENGGI BERDARAH 
Merupakan demam denggi yang teruk disebabkan oleh jangkitan virus denggi.Kebiasaan tanda sakit adalah sama dengan demam denggi. Pesakit akan menjadi teruk disebabkan oleh radangan di salur darah. Tanda-tanda yang biasa termasuklah muntah, pitam dan sakit di bahagian abdomen.
Salur darah di dalam badan boleh mengalami kebocoran dan menyebabkan isi padu darah berkurangan. Ini boleh menyebabkan pesakit mengalami renjatan (shock) dan akhirnya boleh menyebabkan kematian.
 
Tiada ubat-ubatan yang khusus untuk merawat demam denggi. Pesakit perlu dimasukkan ke wad bagi rawatan demam denggi berdarah. Rawatan awal boleh mengelakkan kematian dengan kadar kurang daripada 1%. Pesakit akan diberikan rehidrasi untuk memastikan beliau tidak mengalami renjatan.
Walaupun nama penyakit ini demam denggi berdarah, masalah yang membawa kemudaratan adalah masalah kebocoran salur darah yang menyebabkan renjatan dan bukan pendarahan yang menjadi masalah utama.

FAKTOR PENYUMBANG
Intravena:
  • Pembangunan yang pesat di bandar-bandar terutama di Negara Tropika menyebabkan kepadatan penduduk tinggi dan tapak binaan yang banyak.
  • Peningkatan penggunaan bahan plastik dan pembuangan tayar lama boleh menyebabkan pembiakan nyamuk yang baru.
  • Pergerakan manusia dari satu tempat ke tempat yang lain menyebabkan penularan berlaku dengan cepat.
PENCEGAHAN
Pada masa sekarang tiada vaksin untuk mengubati demam denggi. Walau bagaimanapun usaha-usaha sedang dijalankan untuk menghasilkan vaksin tersebut.

Elakkan gigitan nyamuk dengan:
  • Gunakan ubat nyamuk.
  • Gunakan kelambu semasa tidur. Gunakan 'repellent' jika perlu.
  • Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit (5.30 pagi-8.00 pagi dan 5.30 petang-8.00 malam).
  • Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang apabila keluar daripada rumah.
  • Pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu.
Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk:
  • Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di sekeliling rumah. Musnahkan semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air, terutamanya di besen, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong. Jika tidak boleh dimusnahkan, letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di bekas tersebut.
  • Kerap tukar air di bekas minuman haiwan peliharaan.
Jika anak uolss disyaki mengalami sakit denggi dan dipantau sebagai pesakit luar (tidak dimasukkan ke wad), bawa anak uols segera ke hospital/klinik jika:
  • Muntah berlarutan/berpanjangan.
  • Sakit perut.
  • Kurang bermaya/sawan.
  • Sesak nafas.
  • Pucat/sejuk pada tangan dan kaki.
  • Pendarahan: daripada gusi/hidung, muntah darah, najis berdarah dan tanda-tanda merah pada kulit.
SUMBER: SINI

Iolss biasalah, suami memang dah faham sangat2 dah dari dulu sampai sekarang... kalau iolss risau ke, sedih ke, marah ke... jawapannya behaviour iolss tetap satu...nangis...huwaaaa.... Now, suami dah buat blood test dan tunggu result blood test. Once dapat result, suami akan call untuk inform. Tu pun berkali2 pesan. Naluri hati macam 50-50...tapi more to rasanya tak ada... Moga2 tak terkena denggi or any chronic or serious disease-lah... Siapa tak sayang suami oiiii... *_^... Dalam sakit2 pun sempat pujuk lagi tu... ahaksss... bila suami tak sihat sama juga seperti anak tak sihat... kita pun jadi tak sihat...wakakaka...sebabnya dok memikirkan keadaan mereka... hopefully tak ada apa2lah tu... Dengar suara di phone seems a little bit better... hurmmm... iolss memang cam tu... weollss memang cam tu, main teka2 emotion and condition masing2 through voice tone... And if something wrong we could detect... *_^... Tapi my suami ni kekadang naughty jugak, suka menyakat... dia pandai jer berlakon voice tone dia tu kekadang...but too badddd... he can't hide... 

Uolss, musim2 macam ni jaga kesihatan tau... jangan abaikan kesihatan diri dan juga family serta anak2...macam macam penyakit timbul sekarang ni... It's better to be safe than to be sorry!!! Mencegah lebih baik dari merawat...

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Tanda2 Demam Denggi???, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, March 5, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

36 comments:

  1. harap harap tak terkena la denggi tu kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah bukan denggi kak, cuma terlebih sel darah putih jer kata doktor....

      Delete
  2. nice entry ni..shad baca dari mula untill the end.. badan terasa tak bermaya + pening2 + macam nak muntah actually.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. shad better gi consult doctor cepat2...

      Delete
  3. thank god its not denggi....harap2 jangan la kan...ish...iolls jeles ngan u olls yang hari2 manja ngan hubby..bila la iolls nak manja2 macam tu..muahahahaha.....sapa x risau laki sakit dik..kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala kak long janganler jeles... In Shaa Allah, akan tiba masanya... syukran Allah it's not dengue... cuma terlebih sel darah putih jer...

      Delete
  4. betul tu tgh cuaca yg x menentu ni..musim kemarau mmg nyamuk suka
    so hati2 uols..pasang ubat nyamuk or apa2 tuk elakkan nyamuk berleluasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kena prevent kak el sebelum jadi benda lain... hu hu hu....

      Delete
  5. alhamdulillah bukan denggi dear. Mau pitam kalau mendapatnya. Memang satu hal pulak nak bermalam kat spital dan kena cucuk sana sini amik darah dan masuk air. Mintak dijauhkan la sumer tu haihhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah and syukran Allah it's not... memang itu yang dok berlegar2 dalam fikiran sebelum suami inform tadi...

      Delete
  6. Replies
    1. masih ok lagi ni cik akak and now even better... ^_^

      Delete
  7. betul2 sekarang nie dah musim kemarau..nyamuk pun dah makin byk

    ReplyDelete
  8. betul cuaca dah tak menentu..kesihatan pun kna jaga..kalau demam sikit2 pun batter jumpa doktor takut melarat nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup it's better to be safe than to be sorry....

      Delete
  9. Thank sharing info ni , memang takut dengan demam denggi ni.. lebih lagi kalau terkena pada anak2 kecil .. Kalau dulu ingat time hujan air bertakung akan ada nyamuk tapi sekarang musim panas kedering pun banyak nyamuk . Kadang kawasan rumah kita dah terjaga tapi jiran2 pula ternak nyamuk aduiihai susah juga kalau tak ada kerjasama dalam kejiranan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, di kawasan kejiranan farah pun ada orang2 yang macam ni...

      Delete
  10. good info this farah! lagi pon sana sini dok membantras nyamuk yang membawa virus danggi..kat area umah akak jer dan 2 kali buat semburan nyamuk ni..maybe ada suspect danggi la ni..

    ReplyDelete
  11. amboi siap ngan info sekali..
    dah okey ke abang akak??
    harapnya tak la melarat..moga cepat kebah demam tu..
    sekarang ni memang risau sikit..better detect awal2..

    ReplyDelete
  12. semoga suami kak farah cepat sembuh dari demam tu,doakan semoga tiada perkara buruk berlaku.. kawasan rumah aiza ada juga kes denggi, musim kering ni masih lagi ada nyamuk..

    ReplyDelete
  13. itu la pasal, denggi mmg bahaya kan..kena jaga diri elok2..

    ReplyDelete
  14. semoga sembuh cepat husband akak. harap2 bukan denggi.. Ros dah pernah kena, tapi bacaan platlet masih paras atas pagar. tapi, husband Ros kena sampai admit ward seminggu masa bulan Januari .. memang teruk masa tu. fikir macam macam dah.. Dan macam biasalah, bila suami tak sihat, ros yang lebih lebih nangis masa tu..

    ReplyDelete
  15. sekarang ni demam sikit² pun dah risau sangat kak

    ReplyDelete
  16. Denggi ni mmg merisaukan.. semoga kita semua selamat dari penyakit2 & kemudaratan.. aamiin. Thanks sharing Farah..

    ReplyDelete
  17. Singgah sini menjenguk sahabat ..
    Satu info yang berguna untuk kita semua ...
    Moga2 lps ni kita akan lbh alert tentang DENGGI ..
    Thanks Farah

    ReplyDelete
  18. Info yang sangat berguna sebab denggi memang tengah membiak sangat sekarang ni..semua kena bertindak kan..supaya demam denggi dapat berkurangan..

    ReplyDelete
  19. masa zaman u dulu, pernah kena suspect denggi. 2 minggu baru nak baik. aritu masa demam teruk tu, ingatkan kena denggi, nasib baiklah bukan. pastu hubby pulak kena. mmg bahaya zaman skang ni. semoga segalanya dipermudahkan dan semoga hubby farah cepat sembuh ye

    ReplyDelete
  20. musim panas sekarang nie mmg kene berjaga2 dengan nyamuk aedes.. sebab waktu panas mmh nyamuk aktif.. harap hubby sis sembuh cpt..

    ReplyDelete
  21. Akak baru jer balik poliklinik..dak abang demam...check darah ada kuman...tak sekolah ler 2 hari dpt mc...

    ReplyDelete
  22. Sy slalu skit kepala..krang slera mkn..ssak nafas..mntah2...n bintik2 merah kt tgan,kaki n mke..

    ReplyDelete
  23. ni tgh demam bisa2 takut lak denggi

    ReplyDelete
  24. Mencegah Lebih Baik Daripada Merawat. Bantu Keluarga Anda Dan Selamatkan Mereka Sama Ada Yang Belum Menghidap Kanser Ataupun Yang Telahpun Menghidapi Kanser, Leukemia, Denggi Dan Buah Pinggang Serta Penyakit 4 Serangkai Dengan Ubat Kanser Yang Terbukti Berkesan Sebelum Terlambat...

    SiLa KLik Sini

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia