Home » , , , , , » Sharnaaz Ahmad: Saya Bukan Bodoh Nak Serang Wanita Hamil!!!

Sharnaaz Ahmad: Saya Bukan Bodoh Nak Serang Wanita Hamil!!!

Source Extracted from HERE
Sharnaaz Ahmad satu nama yang tak pernah surut dari kontroversi kot pada saya sejak kebelakangan ni??? Dulu halnya dengan Shila Amzah... memang kecohlah kan masa tu??? Sampai jadi trending di social networks... panjang juga kisahnya...lepas tu sekarang yang terbaru sekali, issue yang terjadi di antara beliau dan pasangan suami isteri Lisdawati dan juga Fauzi Nawawi. 

Ha ha ha, akak ko ni bukanlah nak jadi BeautifulNara or RotiKaya. Bubblynotes bukan portal gossip artis ok??? Cuma sekali sekala bila ada sesuatu yang menarik perhatian saya tu, saya up-lah sikit2 cerita... hu hu hu.... Entahlah... bila bercerita tentang gossip selebriti ni, saya lebih suka membaca dan duduk diam...ekekeke...lepas tu fikir sendiri...malas nak ambil port sangat sebenarnya tapi taulah gossip2 sensasi terkini dan terpanas, dulu zaman2 belajar bolehlah, masa tengah nak up2 dulu, setiap perkembangan sibuk nak ambik tau...wakakakak...kekononnya nak up-to-date...Up-to-date-lah sangat kannn??? *_^... Cerita Sharnaaz dan Lisdawati dan Fauzi Nawawi ni pun saya tak tau apa kes sebenarnya sampai boleh jadi besar cam ni sekali... tu yang hari ni baru nak baca betul2 tu...Biasalah Sabtu kannn??? Hari bersantai giteww gamaknya... 

Menurut sumber di SINI

Sehingga saat ini, ramai masih belum tahu apa punca sebenar yang menyebabkan terjadinya pertelingkahan antara pasangan suami isteri, Lisdawati & Fauzi Nawawi dan juga Sharnaaz Ahmad ketika ini. Semalam, pasangan suami isteri itu mendakwa telah membuat laporan polis ekoran menerima SMS berbaur ugutan dari Sharnaaz Ahmad selain Lisdawati sendiri mendakwa diserang di lokasi penggambaran baru2 ini.

Bercakap kepada portal Murai, Sharnaaz Ahmad berkata semua yang dikatakan oleh pasangan tersebut hanya fitnah belaka dan beliau tidak bodoh untuk bertindak menyerang seorang wanita hamil kerana ibunya juga seorang wanita.
“Saya tak bodoh nak serang atau pukul wanita hamil walaupun dalam keadaan marah kerana ibu saya juga seorang wanita Lisdawati nampaknya telah memfitnah saya. Saya tidak menyerangnya di lokasi. Tapi saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai ini”

Menurut Sharnaaz Ahmad lagi, apa yang diceritakan oleh Lisdawati dan suaminya itu hanyalah luaran sahaja dan tidak mempunyai isi sebenar selain tidak akan dapat selesaikan masalah jika membawa perkara ini ke pihak media.

“Sudah beberapa kali saya minta berjumpa dengan saya untuk menyelesaikan hal ini. Mengapa mereka perlu gunakan media? Berdepanlah dengan saya jika mereka benar,” tambah hero drama bersiri Bukan Aku Tak Cinta ini. 
Lepas tu, saya ada juga terbaca yang Sharnaaz buat pemeriksaan otak dan otak Sharnaaz disahkan bagus dan dalam keadaan baik oleh doktor beliau yang mana kenyataan tu of courselah seolah2 berbaur sindirian halus kannn??? What we called that??? Reverse psychology... he he he...  lepas tu ada juga terbaca yang Sharnaaz beri tempoh untuk pasangan suami isteri tu pohon maaf.... Hurmmm...

Terbaru pagi ni, terbaca pula yang Fauzi Nawawi kata buat apa dia nak minta maaf... 

Rakan rakan sekalian, kita semua bakal melihat pertembungan ego dua orang selebriti lelaki yang epik dalam beberapa hari mendatang ini jika tiada siapa yang mahu mengalah dan berdamai — seperti apa yang berlaku sekarang ini.

Sharnaaz Ahmad dalam temubual bersama media awal hari semalam mendakwa yang Fauzi Nawawi menghantar SMS memanggil dirinya anjing kurap dan babi selain turut melibatkan ibunya dalam pertelingkahan mereka.

Fauzi Nawawi dalam kenyataan balas berkata beliau tidak akan tunduk dengan permintaan Sharnaaz Ahmad untuk beliau meminta maaf atas dakwaan mencaci dirinya dan keluarga beliau menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

“Buat apa saya nak minta maaf? Dalam SMS, perkataan ‘ibu’ saya gunakan, apa perasaan dia jika saya menengking ibunya? Itu sahaja. Kenapa dia nak putar belitkan SMS saya yang sudah jelas ingin bertanya pada dia sebab-sebab dia menengking Lisda?”
Fauzi Nawawi juga berkata yang beliau bersedia untuk berhadapan dengan Sharnaaz Ahmad jika perkara ini dibawa ke muka pengadilan selain mendakwa pelakon itu terbawa bawa watak Jebat lakonannya dalam drama Bukan Aku Tak Cinta ke dunia nyata.
Sumber: SINI 

Ermmmm....tak tau nak kata apalah pasal kes Abang Jebat dan Kak Long ni... hu hu hu... lepas ni mesti akan melarat ke sms2 yang dihantar dan ditunjukkan ke media, lepas tu tak tau apa pulak lagi, lepas tu lagi karang masuk mahkamah, turun naik turun naik... kes saman menyaman...hopefully tak sampailah ke situ...sama juga dengan kita insan biasa yang bekerja di pejabat yang sama...diibaratkanlah...kalau nak gaduh2 pun, masam2 muka pun, esok2 kita akan jumpa juga dengan orang yang sama dan mungkin kena bekerja dengan orang yang sama...kalau masalah tak dapat diselesaikan.... susah nak bekerjasama macam tu... hu hu hu... macam mana aura sihat nak wujud cam tu... haihhh... hopefully dua2 pihak boleh tenangkan diri dan jangan terbawa2 perasaan marah tu... dan rasanya lepas tu barulah boleh diselesaikan...kena mengalahlah jawabnya...salah satu pihak...dan mengalah tak bermaksud kalah... hu hu hu...

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Sharnaaz Ahmad: Saya Bukan Bodoh Nak Serang Wanita Hamil!!!, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Saturday, March 1, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

20 comments:

  1. Sy x brp nk amik part sgt pasal artis2.. Tahu2 gtu aje lah... Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang ada sesetengah orang tak berapa nak berminat maria...

      Delete
  2. Akk tak ambil tahu isu ni.... Persngai macam budak2....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kak kannn??? grow up lah... macam2 kontroversi... this one caught my attention sebab banyak sangat dengar dan baca..

      Delete
  3. ziela jalil cakap ape???

    xde paper…..

    mas tak suka korang kacau abg jebat mas.. sian abg kan???? pasni abg jgn marah-marah lg tau.. mas kan ada.. mas syg abg ketat-ketat :-*

    yey!!!!selamatkan abang jebat!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hu hu hu peminat tegar abang jebat ke kak??? he he he

      Delete
  4. Replies
    1. tulah cik yang ni dok salahkan yang tu, yang tu dok salahkan yang ni...

      Delete
  5. orang yang sama naik isu gaduh je..huhu malas sgt nk amik tahu pasal depa ni...macam2...hihi

    ReplyDelete
  6. Tak reti nak komen pasal retis ni :)

    ReplyDelete
  7. memang panas sekarang ni kan.. masing-masing ada hujah masing2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah bila bertelagah, setiap pihak akan cuba mempertahankan diri masing2....

      Delete
  8. tak ambik port sangat psl kisah depa nie..tapi harap persengketaan antara depa dapat diselesaikan dgn cara baik la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun tak berapa nak ambik port... tapi cam adoi letihlah baca kontroversi artis sorang ni, apa kes ek? tu yang sibuk plak mencari... muahahaha

      Delete
  9. tak faham akak perangai dorang nie.....

    ReplyDelete
  10. deqla ada baca blog seseorg ni.. dia kata pergaduhan depa ni memalukan kaum lelaki ...huhuhu... yg lain2 mls nk komen.. deqla cuma minat SRK jer.. so psl SRK jer la deqla nk amek tau pun..hahahahaha..

    ReplyDelete
  11. macam macam hal kan. tgk kat melodi ahad lepas.hnya krew di lokasi sja yg tahu kesahihannya.

    permudahkan la urusan mereka.aamiin

    ReplyDelete
  12. moga mereka selesaikan masalah mereka dgn baik.

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia