Home » , , , , » Saya Berotak Kiri!!! ^_^

Saya Berotak Kiri!!! ^_^

Jalan2 di blog kawan saya yang seorang ini di SINI dan terbaca entri tentang otak kanan atau otak kiri ni... lepas tu ada pautan untuk kita buat test ni. Nak buat jugak??? Sila buat di SINI. Sekadar suka2 jer... ketepatan??? Saya tak pasti, don't ask me ok... Tapi bila dah buat test ni...saya berotak kiri uolss...dikatakan melalui test ni...bila berotak kiri ni kita lebih kepada peraturan, bahasa, strategi, kewajaran, logik, butiran...

Well, I guess yer kot??? *_^... Uolss yang mana mengantuk2 tu bolehlah cuba2 buat yer... Buat hilang2 mengantuk jap pepagi ni...he  he he...or tenang2kan fikiran ke...

Melalui pembacaan saya melalui satu artikel tak lama dulu... dikatakan kebanyakan manusia di dunia ini adalah pengguna otak kiri. Bila uolss pengguna otak kiri maksudnya ialah:
  1. Banyak menggunakan logik, menyatakan pendapat based on logical thinking.
  2. Detail oriented iaitu mudah nampak benda yang kecil tapi penting sebelim proceed ke bahagian yang seterusnya.
  3. Criticial thinking, iaitu berfikir secara mendalam...memang pun...wakakakakaka....
  4. Pandai berkomunikasi, kelebihan dalam bercakap tanpa merancang... 
  5. Perform well under stress...thank Allah... tak mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling.
  6. Non-emotional decision, biasanya membuat keputusan tak based on emotional!!! *_^
  7. My opinion is fact, suka orang dengar pendapat dia jer...wakakakaka...ye ke??? tak betul kot... lol...
  8. Stay still, tak suka berubah kepada sistem yang baru. Ditakuk lama... sangat tipu kot... suka jer something new in life... and new challenges in life... 
  9. Realist and strict, salah tetap salah...tak boleh langgar peraturan... yup yup... 
  10. Suka ambil tahu pasal benda2 sekeliling... sangat, in terms of current affairs bukan busybody hal personal orang.
  11. Math, pandai dalam kira2... memang suka kira2 pun...kalau tak, tak adalah ambik accounting course masa kat UiTM dulu...kui kui kui... 
  12. Forever Alone, suka buat kerja berseorangan...memang pun, tak selesa bila ramai2... 
Profession untuk major otak kiri - pengarah syarikat (wakakaka, been there once before), president, organizer (yup I am), architect... 

Tak acilah cerita pasal pengguna otak kiri jer kann??? Bagi pengguna otak kanan pula... 
  1. Big picture oriented, mampu melihat sesuatu scope atau isu dengan luas. Broad scope.
  2. A dreamer, mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan suka berangan.
  3. Future, selalu berfikir untuk jangka masa panjang.
  4. Philosophy, lebih sukakan something yang lebih kepada falsafah. Pandai berkata2.
  5. Could be bad on Math and calculation, lebih kepada sastera and non math.
  6. Creative, boleh menggunakan imaginasi untuk selesaikan masalah.
  7. Spontaneous thinking, at certain time pengguna otak kanan boleh selesaikan masalah dengan mudah.
  8. Speak innuendo, boleh memahami benda yang tersirat. Boleh kesan double meaning dengan mudah.
  9. Feeling, suka bercakap menggunakan perasaan dan mudah memahami perasaan orang.
  10. Spatial perception, macam habits yang kita buat bila dalam masalah. Tak termasuk panas baran.
  11. Suka bertindak melulu, bertindak mengikut emosi.
  12. Berani mengambil risiko, big risk taker is the bigger success maker.
  13. Mudah mengingat macam mana sesuatu benda berfungsi, tahu sesuatu perkataan dan tahu sebut tapi tak reti nak eja.
  14. Detector, mudah tahu kalau seseorang itu hiding something atau ada masalah.
  15. Suka buat kerja secara berkumpulan.
Profession untuk major otak kanan - penulis, pemuzik, pelukis, pelakon, penari.

Macam mana kalau seseorang itu GENIUS??? Mostly, orang2 yang pandai dan cemerlang dalam pelajaran plus dalam kokurikulum, mereka biasanya menjadi amat bijak disebabkan oleh Whole-Brain Thinking.

Whole-Brain Thinking ini umpama uols menggunakan otak kiri dan kanan dengan hampir sama rata. Tapi, ianya mustahil untuk uolss 50% left brain and 50% right brain. Paling hebat pun, uolss mestilah 51-49 atau 49-51. Sebab salah satu otak kita mestilah menjadi dominant.

Tak semestinya kita semua mempunyai ciri2 otak kanan atau kiri. Ianya bergantung kepada tahap dominasi otak masing2. Contohnya, out of ciri2 otak kiri, mungkin 10 daripada ciri2 itu uols ada dan sebaliknya. Jadi, kalau uols otak kiri tak semestinya uolss pandai Math. Sebab ianya adalah amat mustahil uolss akan 100% otak kiri ataupun otak kanan... *_^

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Saya Berotak Kiri!!! ^_^, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, March 5, 2014.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

28 comments:

  1. Dua2 guna... Tp ada,otak tgh x... Hehe

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. cuba tau kak, lepas tu nanti jangan lupa share tau... *_^

      Delete
  3. OKje ni macam lebih otak kanan jer hehe sebab suka berangan haha......Sekarang ni lagi teruk sebab dah tak guna mana mana otak haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. uittt, mana ada tak guna mana2 otak, blogging, blogwalking, comment, masak, buat kerja rumah, tengok tv, tu semua guna otak tu OKje... hu hu hu....

      Delete
  4. kak Fa.. ira pnya 41-59.. dia ckp ira guna otak sama rata.. ♥

    ReplyDelete
  5. will always be "otak kanan"...dari dulu lagi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah the answer is so firm... so ni memang betul2 confirm lah ni... hik hik hik...

      Delete
  6. Replies
    1. tulah i tengok you buat i pun menyibuk buat sekali...

      Delete
  7. Hahaha kita sama, otak kiri... tapi you 63%, mine is 75%... patut rasa senget sebelah kepala ni hahahahahahaha berat sangat sebelah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. give me five... he he he... nak balancekan kalau boleh.... ekekekeke

      Delete
  8. kita ballance dah try cek kelmarin :D

    ReplyDelete
  9. hey....akak lebih ke otak kanan la dik....hahahha

    ReplyDelete
  10. k lily dua2 belah otak itu pasal berserabut jadinya hahahahhah

    ReplyDelete
  11. Kakak belum cuba tapi bila baca few details description given kat N3 ini macam kakak punya pun kiri juga kot hihi...

    ReplyDelete
  12. Ros dah cuba. Ros berotak kanan :)

    ReplyDelete
  13. aida otak kanan ..mostly la..tapi ada jugak otak kiri..tapi more kepada kanan..hihih

    ReplyDelete
  14. saya berotak kanan. hehehehe 72% kanan, 28% kiri.. :)

    ReplyDelete
  15. Mcm best jer...akak otak kiri...

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia