Nikmat Menjadi Ibu

Farah Waheda Wahid
24
Source Extracted from Google
Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?Jawab Rasulullah,”Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah, “Ibunya”.

Rasulullah S.A.W pernah menjawab, “Ibu lebih penyayang daripada bapa & doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”. Begitulah hebatnya doa seorang ibu yang lebih makbul daripada lelaki.
  1. Apabila seseorang perempuan mengandung janin di dalam rahimnya ,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan & menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
  2. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil & wanita yang hamil dapat pahala puasa di siang hari & pahala ibadat di malam hari.
  3. Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
  4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, maka keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan bayi yang baru lahir.
  5. Apabila telah lahir anak lalu disusui dengan susu badannya, maka setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
  6. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
  7. Apabila semalaman ibu tidak tidur & memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 20 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
Allah berfirman-:
A014
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). – Surah Luqman, ayat 14

Post a Comment

24Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Allahuakbar... sedihnya.... teringat kat my mom...

    ReplyDelete
  2. unrungnya jadi seorg ibu kan sis..tak sabar nak melalui fasa itu

    ReplyDelete
  3. Bila lah agaknya baru dapat merasa nikmat menjadi ibu ni...
    Semoga Allah cepatkan rezeki kepada saya... (^^,)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah...di atas anugerah terindah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Linda dengan anugerah dari Allah SWT...

      Delete
  5. Bangganya kita menjadi seorang ibukan Farah....dah doa kita makbul...doakanlah yg baik baik untuk anak anak kitakan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu OKje, sentiasa mendoakan yang baik2 untuk anak kita...

      Delete
  6. Seronoknya jadi ibu..moga ada rezeki fiza jadi ibu.aminn

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah.....banyaknya hikmah dan nikmat menjadi seorang ibu.salam jumaat sis..

    ReplyDelete
  8. terima kasih mak, untuk segala-galanya.. jadi sebak pulak baca entry ni.. Allahuakbar....

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. Alhamdulillah, anugerah dari Allah... tak tergambar nikmatnya...

      Delete
  10. Alhamdulillah.. Mmg anugerah x ternilai diberi peluang jadi ibu..

    ReplyDelete
  11. Next, nikmat menjadi bapa pula ya..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !